Salam AidilFitri 2020 - Cahaya Hayati

1 Jun 2020

Salam AidilFitri 2020

Salam AidilFitri 2020. Assalamualaikum wbt & selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin dari CH serta keluarga. 

Seminggu tak update blog sebab lepas raya hari tu badan rasa lemaah sangat macam tak cukup rehat. Tak tahu kenapa.. Nak kata letih memasak, tak juga. Mungkin sebab makan pulut (ketupat dan lemang), badan jadi lemau. huhu... Nampaknya faktor usia dah menjelma. Dah tak boleh makan macam dulu-dulu. Mungkin juga sebab dah lama tak keluarkan peluh.. Moga #covid19 cepat pergi dan tiada lagi jangkitan baru.


So, macam mana dengan raya korang? Raya CH biasa-biasa saja di mana solat sunat aidilfitri di lakukan di rumah FIL beramai-ramai dengan adik-beradik suami. Adik beradik suami semuanya tinggal di kawasan Kulim saja. Kerja pun dalam kawasan Kulim. Jadi, tak risau akan terjangkit dengan #covid19. Walaubagaimanapun, langkah-langkah keselamatan tetap di amalkan.. 

Tahun ni plan nak beli baju raya sebelum ramadan tapi sebab PKP dan PKPB, maka segala planning jadi lintang pukang. Bila ramai yang up yang tahun ni takyah beli baju raya, sebab tak pergi kemana-mana pun, CH pun hampir terpengaruh. Tapi bila fikir-fikirkan balik, jika kita yang hilangkan rasa kemeriahan hari raya aidilfitri ini... Pasti anak-anak pun akan hilang keterujaan menyambut hari raya pada masa akan datang. Takmo takmo. Biarlah kemeriahan menyambut hari raya berkekalan dan terpahat kukuh dalam jiwa anak-anak. 

Disebabkan itulah lagi 5 hari nak raya, CH dan suami keluar mencari baju raya untuk anak-anak di sekitar Kulim. Dah berkenan di satu kedai, terus beli untuk semua di kedai tersebut. Tak perlu pergi jauh-jauh dan banyak kedai/ butik. Pilihan warna baju raya kami pada tahun ini adalah hijau emerald. Tudung, recycle yang dok ada... 


Dah tak tahu nak tulis apa sebenarnya... Jom layan gambar hari raya aidilfitri kami dalam tempoh PKPB....

salam aidilfitri 2020
Bersama adik-beradik sebapa suami dan anak-anak buah.. Tak cukup 3 orang lagi iaitu abang sulung, kakak ketiga dan adik lelaki suami. 


FIL dan mak cik ... 

Dah selesai solat aidilfitri dan beraya rumah FIL, kami balik rumah pula. Beraya dengan MIL dan SIL... So, jangan tanya kenapa kami tak pergi beraya rumah adik beradik CH yang lain. Adik beradik CH berada di lain daerah. Lagipun beraya di sebelah suami saja dah lebih dari 20 orang yang di benarkan. Tak nak ambik risiko. dengan buat pandai dan berani dari had yang telah di tetapkan. 

Bersama MIL dan SIL..

Sebelum tu aktiviti wajib... 








2 comments:

  1. Nice content and asome theme. Thank you 💋

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya akak

    ReplyDelete