Ketahui Tahap Kewangan Peribadi Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik. Assalamualaikum wbt & hi korang. Lamanya CH tak update tentang kewangan.. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa CH suka update tentang duit, kewangan dan cara pengurusan kewangan yang betul. Yang sebenarnya CH sendiri tengah belajar tentang cara urus wang atau pendapatan dengan lebih baik. Jadi, bila dapat ilmu yang baik CH suka kongsi disini supaya lebih ramai yang CELIK KEWANGAN. Bila dah celik tentang pengurusan kewangan, insha Allah kita tak akan susah atau jadi papa kedana. Jadi, untuk pengurusan kewangan yang lebih baik, kita perlu tahap kewangan peribadi kita agar masa depan yang lebih baik.
Masa depan yang lebih baik bermaksud, jika apa-apa berlaku pada kita contohnya terpaksa berhenti kerja disebabkan ekonomi atau tempat kerja kita ditutup, berlaku kemalangan dan lain-lain lagi kita mempunyai simpanan / kewangan yang mencukupi untuk menyara diri sendiri atau keluarga sementara hendak memperolehi pekerjaan semula ataupun untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Selain itu, ia juga untuk memastikan kita sentiasa positif dalam menjalani hidup yang mendatang sebab bila kita mempunyai kewangan, kita boleh merancang masa depan dengan lebih baik berbanding orang yang tidak mempunyai apa-apa atau kewangan yang terhad.
Add caption |
Sekarang dah pertengahan tahun 2020 dan kita semua baru lepas dari berada dalam situasi yang teruk iaitu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di mana semua orang tidak bebas bergerak, malah tidak boleh pergi kerja dan juga berniaga. Bila berada dalam situasi ini, kita baru sedar betapa pentingnya pengurusan kewangan, betapa pentingnya mempunyai simpanan tetapi sudah terlambat. Kita berada dalam situasi yang teruk ini dalam keadaan mengejut. Tak sempat nak buat apa-apa dah kena PKP.
Pening? Of course pening kepala nak fikir nak cari duit untuk sara diri sendiri dan keluarga. Yang rajin, tak malu, mempunyai kudrat yang kuat dan banyak idea mungkin bijak menhadapi situasi yang tak di jangkakan ini. Yang kurang upaya mungkin mengharap bantuan dari pelbagai pihak tapi banyak mana lah yang mereka boleh bantu pun.
Pokok pangkalnya untuk senang di masa depan adalah dari diri sendiri. Jadi marilah kita ketahui tahap kewangan peribadi kita agar kita dapat membetulkan dan membaiki tahap kewangan dan cara pengurusan kewangan kita.
5 Tahap Kewangan Peribadi Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik
#1 Financial instability
Financial instability bermaksud ketidakstabilan kewangan. Golongan yang berada dalam kategori ini mempunyai perbelanjaan yang lebih banyak berbanding pendapatan. Bila perbelanjaan melebihi pendapatan bermaksud golongan ini terpaksa membuat hutang ataupun meminjam.
Selalunya orang yang berada dalam kategori ini adalah:-
1. Mempunyai tanggunggan (anak atau ahli keluarga ) yang ramai. Bila ramai, jumlah perbelanjaan menjadi besar dan adakalanya melebihi pendapatan yang di perolehi
2. Yang mengutamakan gaya dan kemewahan. Biar papa asalkan bergaya. Hahaha... istilah yang merujuk kepada gaya hidup mewah seseorang sedangkan dia tak mampu untuk bergaya sebegitu.
Golongan yang berada dalam kategori ini mempunyai hutang yang banyak, tiada aset dan simpanan. Boleh dikatakan apabila sampai satu tahap, terpaksa berhutang untuk menampung makan dan minum.
#2 Financial stability & sufficiency
Financial stability/sufficiency adalah kategori kewangan yang stabil dan mencukupi. Golongan yang berada dalam kategori ini membelanjakan semua pendapatan yang diperolehi. Dapat 5K, 5K juga yang dihabiskan.
Tiada simpanan dan tiada aset. Ada hutang tapi masih boleh ditampung dengan pendapatan yang di perolehi.
#3 Financial security
Financial security bermaksud kewangan selamat. Golongan yang berada dalam kategori ini mempunyai pengurusan kewangan yang baik dimana pendapatan yang diperolehi diagihkan kepada simpanan, perbelanjaan , pelaburan dan juga untuk perlindungan.
Golongan ini menguruskan perbelanjaan dengan baik dan sentiasa mengikut budget yang telah ditetapkan dan setiap tahun atau dari masa ke semasa simpanan, pelaburan dan aset semakin bertambah. Hutang yang wujud pun hanyalah 30% atau 50% dari jumlah pendapatan.
Ia satu pencapaian yang membanggakan bila berada 4 di tahap ini apatah lagi ketika korang masih muda.
#4 Financial Freedom
Financial security adalah bebas kewangan. Impian saya dan juga setiap orang. Golongan ini sama seperti golongan tahap #3 Financial Security cumanya golongan ini tidak mengharapkan pandapatan dari kerjaya saja. Mereka juga mempunyai pendapatan pasif dari perniagaan ataupun pelaburan. Jika tidak bekerja pun mereka masih mempunyai pendapatan yang mencukupi.
Aset, simpanan dan pelaburan bertambah dari masa ke semasa. Hutang ada tapi hanya untuk perkara penting dan berada di paras yang minimum.
#5 Financial Wealth
Financial Wealth bermaksud kewangan mewah. Tiada masalah duit tapi terlebih duit... Boleh berbelanja di mana saja yang mereka suka.
Mempunyai pendapatan aktif dan pasif yang banyak, simpanan yang banyak, aset yang banyak sehingga boleh menjana pendapatan. Golongan ini hidup mewah dengan pendapatan yang diperolehi dan mereka adalah orang kaya, jutawan dan billionaire.
Dah tahu tahap kewangan kan? Korang berada di tahap yang mana? Tahap pertama, kedua, ketiga, atau keempat atau kelima?
Jika masih terkial-kial ditahap pertama, stabil di tahap kedua dan selesa di tahap ketiga... berusahalah untuk ke naik ke tahap keempat dan kelima dalam tempoh yang dirancang dengan :-
- Baiki tahap kewangan diri sendiri
- Tambah ilmu tentang pengurusan kewangan peribadi
- Tetapkan matlamat dan tahap kewangan yang dikehendaki
- Kawal perbelanjaan dan hutang
- Tambah pendapatan pasif
- Membuat simpanan dan pelaburan
- Membeli dan menambah aset
Bila korang buat perkara diatas secara berterusan walaupun sikit demi sedikit, percayalah tahap kewangan anda akan bertambah baik dari masa ke semasa. In sha Allah.
No comments:
Post a Comment