January 2015 - Cahaya Hayati

26 Jan 2015

Zny Shop

January 26, 2015
Zny Shop

Alhamdulillah. Bergerak selangkah lagi dengan menjadi agen dropship. Melebarkan sayap dengan page Zny Shop . Silalah melawat dan like page saya. Kalau berkenan boleh pm/ whatsapp saya untuk dapatkan harga yang terbaikk..

Bagi yang ingin lantik saya menjadi agen dropship atau DS boleh juga hubungi saya melalui pm dan whatsapp. Kita discuss2 dulu T&C..

Doakan saya dalam melebarkan sayap dan berjaya seperti blogger2 yang dah terbang tinggi. Amin.
Sesama kita menjadi terbaik di antara yang terbaik.

Nanti saya update lagi berhubung product yang ada dalam Zny Shop.





16 Jan 2015

Penuhi selera di Sis Grill's

January 16, 2015
Penuhi selera di Sis Grill's
Sejak habis pantang asyik jalan-jalan cari makan dengan family ja.. Masa ngandung banyak benda tak boleh makan.. Now cover balik. Jangan berat naik sudahhhh laaa.. Karang pikiaq pula cara nak turunkan berat badan.Hihihi. Orang perempuan ni memang suka makan tapi nak maintain kuruih ..

Minggu lepas, kami mencuba western food kedai di deretan foodcourt Bandar Perda yang bertentangan dengan uptown Perda. Kedai ni mendapat komen yang baik dari semua pelanggannya yang di update dalam page FB - Penang Halal Food (Jalan2 Cari Makan Di Pulau Pinang). Sedap, banyak dan harga yang berpatutan..

Sis Grill's

His - Mix grill
 Alhamdulillah. Sepertimana yang di perkatakan oleh ramai orang.. memang sedap, banyak dan harga yang berpatutan. Boleh mai lagi dan boleh habaq kat sedara mara dan kawan-kawan. Thumb up!
Mine - Lamb chop

- xoxo-

Jom Jaga Otak

January 16, 2015
Jom Jaga Otak
Jom jaga otak kita. Di sini Cik Ti share kan 10 perkara yang boleh merosakkan otak kita. So, jangan buat perkara ni.. :)


15 Jan 2015

Dah Darjah Satu

January 15, 2015
Dah Darjah Satu
Alhamdulillah. Aisya dah masuk darjah satu 11hb hari tu..  Anak dan mak sama-sama teruja. Tak sabar tunggu sekolah buka. Nak tengok aisya duduk sebelah sapa, meja mana, kawan nama apa..
Tak sabar nak dengar dia cerita tentang kawan-kawan dia..  Apa yang dia buat kat sekolah. Makan apa? Beli apa? Tak sabar kannnn...

Kerr perasaan saya sorang ja? Saya rasa ni semua perasaan ibu2 bapa2 yang anak pertama baru menjejakkan kaki ke sekolah.. 

Muka di hari pertama
Hari pertama saya pi hantar dan tunggu sehingga loceng masuk bunyi. Pastu pi hantar Ammar ke tadika pula. Time rehat pi tengok dan ajar  dia membeli di kantin.. Tengahari mai ambik balik..

Hari kedua pergi dengan van sekolah. Follow van sampai sekolah. Tengok dia jalan masuk ke sekolah. Time rehat pi lagi sekali.. Hari ni bawa bekal. Tak habis sebab nak pi main-main dengan kawan-kawan.

Hari ketiga, pergi time rehat ja. Tak mau bawa bekal... Nak beli kat kantin katanya. Beli fries saja. Tak habis jua.. Balik saya survey dari dalam kereta saja. Keluar dari kawasan sekolah ke van lambat 15 minit. Sampai rumah saya tanya kenapa lambat.. Buat homework dulu la mummy. Aduh kakak jangan buat homework dulu... Nanti van tinggal. Sapa nak pi ambik kakak nanti sebab mummy n daddy keja. Ok mummy! Anak dara ni terlebih rajin la pula...  Jangan awal2 ja rajin. maintain yer laling. ..

masa rehat
Oklah setakat ini saja. Dah kol 2 , sila lah buat keja memasing yer!

Santai Di The Ridge - Teja By The Sea

January 15, 2015
Santai Di The Ridge - Teja By The Sea

The Ridge- Teja By The Sea

Pernah dengar The Ridge- Teja By The Sea? Alahhh dah masuk jalan-jalan cari makan TV3 hari tu... yang episod kat Pulau Pinang tu.. 

Lepas tengok hari tu, saya dan suami teruja nak try kat situ. Sebab tepi laut sebenarnya.. Dan ada set bbq serta steamboat.

Dua minggu lepas kami pun pi cuba makan kat sana... Persekitaran luas & cantik, angin laut yang nyaman, pemandangan yang indah.. boleh nampak jambatan kedua dari restoran ni. 


Untuk makanan pula, kami pesan Ocean set untuk steamboat dan BBQ. Tersalah order untuk BBQ... Yang sebenarnya nak order set yang ada daging & ayam. Dah dua-dua seafood.. Tapi oklah sebab anak-anak saya penggemar seafood.

Ocean Set - steamboat
Ocean set steamboat pula di datang dua pilihan kuah iaitu sup dan tomyam. Di sertakan juga mee, bihun dan nasi serta sayur sayuran.

Ocean set - BBQ
BBQ pula di datangkan dengan 3 jenis pilihan sos iaitu lada hitam, sos cili kicap dan sos cili manis. Saya suka sos cili kicap sebab tak manis sangat.. Air satu jug untuk setiap set.

Dua pilihan
Penggemar seafood. Makan sampai kenyang.. pastu lari keliling restoran ni. Adoi laa anak-anak. Nasib baik susun atur meja ni jauh-jauh ... lari, lompat dan panjat.
Kami suka makan sini.. 
 Ni ja yang tinggal. Memang puashatilah makan kat sini.. Anak-anak kami request untuk mai lagi nanti.. In sha Allah.



-xoxo-

14 Jan 2015

3 Pintu Kawalan

January 14, 2015
3 Pintu Kawalan

3 Pintu Kawalan

Alhamdulillah dah 5 tahun berblog. Ada idea, ayat tak power tapi still nak berblog. Dah minat.. Jadi teruskan & jangan peduli apa anggapan orang lain. Janji kita penuhi 3 pintu kawalan ini dalam berblog. In sha Allah kita tidak akan mengguriskan perasaan orang yang membaca dan juga agar kita tidak keterlaluan dalam berblog.

3 pintu kawalan tu adalah :-

1. BETULKAH? 
Betulkah berita yang ingin kita sampaikan? Lahir dari diri sendiri or just khabar angin? Di saksikan oleh mata sendiri ke? Ataupun kita telah menilai perkara tersebut dengan mata hati yang ikhlas?

2. PERLUKAH?
Perlukah sesuatu perkara/ cerita di blogkan? Ada perkara / cerita yang kita boleh blogkan dan ada perkara/ cerita yang tak perlu di blogkan.

3. ELOKKAH?
Elokkah cerita tersebut? Cerita tentang apa? Perlu faham ada perkara/ cerita yang betul tetapi tidak elok untuk di sampaikan. 


Jom audit diri kita dalam berblog. :D

9 Jan 2015

Sup Hameed Thorbaikkk!

January 09, 2015
Sup Hameed Thorbaikkk!
Antara menu waktu malam  yang Cik Ti suka adalah roti benggali cicah dengan sup. Sup tu adalah sup mamak yang pekat dan berempah.  Sup mamak kesukaan adalah sup urat di Restoran Sup Hameed. Sup Hameed ada banyak cawangan di Pulau Pinang.. Yang selalu saya dan famili pi adalah di Penang Road & Bertam...

Sup Mamak Terbaik

Cuba sekali terus teringat-ingat. hahaha..

Kepada foods hunter macam Cik Ti & suami boleh la mai sini. Ada macam-macam pilihan. Nasi kandar, goreng-goreng, tandoori dan lain-lain lagilah.

Sup ekor
Untuk sup ada banyak pilihan antaranya urat, kambing, daging, ekor dan ayam. Tepuk perut tanya selera yang mana nak... Nak campur pun bolehhhh. :D

Tandoori set
Kali ni kami try Tandoori set pula. Sedap. Ayam dan roti pun lembut... memang kena dengan seleralah.
Budak kena marah...
Malam tu, budak berdua ni kena marah sebab order tapi tak mau makan.. kenyang tapi nak order gak. Tu yang sorang muka dah takmo senyum... sorang lagi tu macam biasa la. merajuk sat ja, pastu dok buat lawak. Buat tak reti.. kan saya dah kata budak dua orang ni macam-macam.

Tempat ni memang di cadangkan lah. Thorbaikk baq hang...

7 Jan 2015

Ganjaran Kejayaan

January 07, 2015
Ganjaran Kejayaan
Undur kebelakang sikit. Cerita lama tapi baru nak blogkan... Baru berkesempatan.:P

Peace dari Ammar
Alhamdulillah. Berkat usaha, marah, paksaan dan cabaran kepada anak-anak telah membuahkan hasil. Tempat pertama untuk 6 tahun dan 5 tahun.... Tahniah kakak Aisya & Ammar. Mami & Daddy bangga atas kejayaan kalian. Teruskan berusaha yer anak-anak. Semoga kejayaan terus menjadi milik kalian. Amin.

So,  Malam tu daddy reward dengan belanja makan di Secret Recipe. Reward sebenar adalah permintaan mereka kepada saya dan suami. Nanti saya update reward yang sebenarnya.. 

Kongsi pula

Dua beradik ni kuat makan la ni.. Order pun nak sorang satu. Kekadang habis, kekadang bungkus bawak balik.. Macam-macam. Suruh kongsi tak nak..

Ada masa order sorang satu tapi makan berkongsi. Sebab satu order sedap dan satu lagi kurang sedap. Macam-macam lah depa ni.. Tak terlayan kami suami isteri.

Otomen
Walaupun tak terlayan, kami cuba jugak tunaikan permintaan anak-anak. Semoga layanan ini akan di ingati bila kami berdua dah tua.. Akan menyayangi kami sepertimana kami sayang mereka.

Kesukaannya
Kakak Aisya tahun ni dah darjah satu.. Barang & baju sekolah dah siap. Tuan punya badan pun dah tak sabar nak ke sekolah. Asyik dok kira hari nak pi sekolah ja.. Jangan nangis kat sekolah dah la. Sekolah dia tak dak orientasi. Jadi, 11 hb ni terus start sekolah.. Jangan cengeng dan garang sangat kat sekolah dah la... hahaha.

Nanti saya update lagi yer.




6 Jan 2015

Pro & Kontra

January 06, 2015
Pro & Kontra
Assalamualakum wbt. Baru berkesempatan untuk update.. Balik lambat sikit hari ni..

Cerita opis hari ni.. Tawaran vss kepada pekerja yang berumur 55 tahun dan sambung kontrak sehingga umur 60 tahun. Alkisahnya masa Cik Ti baru masuk keja hari tu ( cuti 3 bulan la katakan), staff yang ambil tawaran tersebut hanya 3 orang. Hari ni, dah jadi 6 orang...  Masa 3 orang tu, Cik Ti terluah juga sebab 3 orang yang ambil tu jenis yang boleh buat kerja...  Yang kerap mc tak nak ambil pula.. hihi.

Bukan pilih kasih tapi di sebabkan lambakan dan tekanan kerja kepada yang lain, itu yang menyebabkan Cik Ti berfikiran seperti tue.. Kita tak jahat tau.

Berbalik kepada VSS tadi, dah jadi 6 orang sebab tawaran vss yang di tawarkan menarik antaranya;
  • Setengah bulan gaji x month y 
  • medical benefit sehingga umur 60

Bagi Cik Ti, VSS ni ada pro & kontranya kepada yang terlibat iaitu pekerja & company. Kajian terperinci juga telah di jalankan sebelum tawaran VSS di tawarkan kepada pekerja.

So, sama ada nak ambil vss atau tak ... Solat istikharah lah untuk mendapat jawapan yang terbaik. Kita hanya merancang yang terbaik kepada diri kita tapi perancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan untuk semua.

5 Jan 2015

Sorry Zalora, Bukan Salah Saya

January 05, 2015
Sorry Zalora, Bukan Salah Saya
Hari ni jenguk kat web Zalora.
Hati & mata ni bagai di tarik-tarik untuk tengok handbag. Kekononnya nak hadiah untuk diri sendiri sempena tahun baru. Buat penambah semangat... Hihihi

Dah pilih. Dah masuk dalam cimb clicks.. Dah masuk password. Dah tekan submit... Dah request TAC. Tapi TAC still tak sampai-sampai... 3 kali ulang langkah yang sama tau. huhuhu..



Bila dah 3 kali, jadi maknanya saya takde rezeki untuk dapatkan bag ni... Lain kalilah yer kita shopping kat zalora.

Dalam hati kata selamat duit aku... hahaha. Nak shopping tapi kedekut ...Leh camtu? apa-apapun boleh kannnnn!


Hello 2015!

January 05, 2015
Hello 2015!
Happy new year for all,



2014 yang di tinggalkan meninggalkan pengalaman dan pelajaran yang berharga kepada kita semua. Mengambil iktibar di atas apa yang terjadi... Meraikan juga kejayaan yang telah di perolehi. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.. In sha Allah.

Tak terfikir dek akal. Tak kuat tangan untuk menahannya. Hanya doa di pohon agar di beri kesejahteraan.

Hello 2015!

Semoga tahun ini memberi lebih sinar kepada semua. Memberi kejayaan atas usaha yang di lakukan..
Meningkatkan amalan untuk bekalan ke sana.

Wishlist?
Dah tua... so dah takde wishlist untuk di letak kat blog. Just nak capai apa yang dah di rancang.. semoga di permudahkan oleh Nya. Amin.