10 Restoran Di Malaysia Yang Terkenal Dengan Makanan Sedap Dan Harga Yang Berpatutan. Hi korang! Esok dah PKPP... korang ke mana? Cuti-cuti dalam Malaysia eh? Dah alang-alang pergi bercuti tu mestilah nak cari makanan yang sedap dan harga yang berpatutan. Tahukah korang terdapat 10 restoran di Malaysia yang terkenal dengan makanan sedap dan harga yang berpatutan? Kalau nak tahu kena baca sampai habis tau!
10 Restoran Di Malaysia Yang Terkenal Dengan Makanan Sedap Dan Harga Yang Berpatutan
#1 Restoran Itik Salai Masthar
Bagi yang suka makan masak lemak cili padi, korang wajib mencubanya di Restoran Itik Salai Masthar. Ini kerana restoran ini menawarkan itik yang disalai selama 90 minit sebelum di buat masak lemak cili padi. Gabungan itik salai dan kuah lemak cili padi memang padu. Tak sedar korang dah habiskan sepinggan nasi.
Selain itik salai, terdapat juga pilihan ayam salai, daging salai dan ikan keli salai yang dibuat masak lemak cili padi. Itu pilihan untuk masak lemak cili padi yang korang boleh pilih... Hidangan ini dihidangkan dengan ulam-ulaman dan cili padi.
Paling best, terdapat juga lauk pauk yang lain yang korang boleh pilih untuk melengkapkan menu tengahari korang.
Harga yang ditawarkan untuk semangkuk itik salai adalah RM9 dan semangkuk ayam salai pula RM6. Harga ni sekali dengan nasi tau. Murahkan? Sebab itulah restoran ini terkenal sebagai restoran yang sedap dan harga berpatutan.
Di bawah adalah details restoran.
Alamat: Medan Selera Adikku, Itik Salai Masthar, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: 11pg -10mlm , Setiap Hari
Telefon: 019-255 3645
#2 Semangkuk Mee Bandung Gearbox Kambing
Bagi penggemar Mee dan Gearbox, korang wajib try mee bandung gearbox kambing yang sedap dan kaya dengan rasa di restoran Semangkuk Batang Benar di Nilai.
Bila melihat sendiri hidangan yang dihidangkan, macam tak percaya harga semangkuk mee bersama gearbox yang penuh dengan daging dan urat hanyalah RM14.50. Sangat berbaloi untuk dinikmati di waktu petang dan malam.
Selain dari Mee Bandung Gearbox Kambing, restoran ini juga terkenal dengan saiz air yang besar di mana ia boleh dinikmati oleh 4-5 orang. Sangat berbaloi jika datang ramai-ramai.
Restoran ini bukan saja menawarkan mee bandung, terdapat juga hidangan lain seperti nasi lemak, set nasi tengahari, roti john, mee kuah udang, mee kari, pelbagai pilihan roti dan juga menu petang seperti kelapa baldi, cendol, pisang cheese serta lain-lain lagi.
Semua menu ditawarkan dengan harga yang berpatutan.
Alamat: 3265, Kawasan Perindustrian Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Isnin-Khamis 8.35pg-6ptg | Fri 8.35pg-1ptg & 2ptg-6ptg | Sat-Sun 8.30pg-6.25ptg
Telefon: 011-1002 5981
#3 Nasi Dulang Daun Pisang
Makan Nasi Dulang Daun Pisang di restoran yang berkonsepkan makanan atas dulang beralas daun pisang adalah sesuatu yang sangat rare atau jarang di dapati. Menu mereka ringkas. Tapi rasa sedap sangat. Harga murah tp kuantiti dia banyak. Puas makan.
Hidangan utama set dulang termasuk ayam/ayam kampung, itik, ikan keli, ikan kembung, ikan talapia merah, ikan bawal, udang dan kambing.. Ayam dan itiknya diperap dengan 6 jenis gabungan rempah sebelum digoreng manakala ikan-ikannya diperap dengan kunyit dan garam.
Semua set siap dengan nasi putih, ulam, 3 jenis sambal / sos (sambal penyet, air asam dan sambal belacan) dan kuah masak lemak cili api / kuah kari (pilih satu atau tambah 30 sen untuk kedua-dua kuah).
Selain itu, mereka juga menyajikan set nasi ganja ayam versi mereka tersendiri.
Alamat: PT 75024, Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang.
Waktu Perniagaan: 10am - 4pm
No. Tel : 0123230220
#4 Ikan Bakar Terangkat
Bila sebut saja ikan bakar terus terbayangkan Ikan Bakar Terangkat. Ini kerana ikan bakar direstoran ini diperap dengan rempah istimewa ikan bakar yang di buat sendiri. Jadi memang tak akan jumpa di mana-mana restoran. Hanya di sini saja. Jadi, untuk menikmati ikan bakar terangkat haruslah kena datang ke restoran Ikan Bakar Terangkat yang terletak di Kajang.
Kedai/restoran ni bukanlah terletak di tepi pantai dan nampak laut, hanya dapat melihat jalan raya besar di hadapan kedai tu aje. Tapi restoran ini menawarkan ikan dan seafood yang segar dan besar. Paling best, pelanggan boleh pilih sendiri.
Hasil hidupan laut yang di panggang cukup sempurna, terasa kelembutan pada isi ikan tersebut, manakala bahagian bakar dia taklah hangus ataupun terasa hangus.
Penyedap rasa sudah semestinya “sambal istimewa” yang di cipta sendiri oleh tuan punya kedai, dan sambal tersebut di letakkan di atas ikan atau apa sahaja jenis bakar yang lain. Manakala terdapat juga air asam dan sambal kicap jika korang nak!
Nak makan ikan bakar dan hidangan seafood yang sedap bolehlah ke sini.
Alamat: No. 1, Lot 3083 Jalan Ayer Itam, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: 5.30ptg -12pg, Setiap Hari
Telefon: 012-466 2869
#5 Sedap Malam Station
Sedap Malam Station menawarkan hidangan yang lebih santai untuk mereka yang tidak gemarkan makan berat. Antara hidangan yang di tawarkan adalah set roti dengan kacang pool, otak-otak, satar dan pepes.
Walaubagaimanapun, Sedap Malam Station juga memenuhi penggemar nasi diwaktu malam dengan menawarkan nasi lemak daun pisang, nasi set seperti paru goreng berlado, ikan keli berlado, sotong berlado, ikan patin berlado dan juga set nasi bersama asam pedas. Menu-menu ini memang menjadi pilihan pelanggan yang datang ke restoran ini.
Terliur kan? Harga yang ditawarkan untuk set nasi adalah kurang dari RM10... Sangat berbaloi!
Alamat: Blok P-1-21 & 26, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11.30pg-3.30ptg & 6.30ptg-10.30mlm, Setiap Hari
Telefon: 019-3886510
#6 Restoran Barra
Restoran Barra adalah restoran yang berkonsepkan kedai mamak. Kiranya semua menu di kedai mamak ada di sini. Terdapat pelbagai pilihan makanan tapi yang paling digemari adalah nasi goreng kambing yang sedap sampai teringat-ingat. Harga untuk sepinggan nasi goreng kambing hanyalah RM9.90.
Nak cuba sendiri kena datang ke..
Alamat: No. 2, Jalan 6/7A, Seksyen 6, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 24 hours, Setiap Hari
Telefon: 03-8912 0040
#7 Nasi Kukus Dapur Mama
Dapur Mama menyediakan nasi kukus yang mana resipinya adalah original dari Kuantan, Pahang. Nasi Kukus Dapur Mama menyediakan pelbagai pilihan lauk pauk untuk di padankan dengan nasi kukus tapi yang paling digemari adalah set nasi kukus bersama ayam goreng garing panas, pajeri nanas, telur masin, kuah kari, sambal belacan dan ulam-ulaman.
Alamat: Blok B-G-01, Jalan SS6/20A, Dataran Glomac Kelana Jaya, 47301,Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10pg - 10mlm, Setiap Hari
Telefon : 03-78030112
#8 Tempat Makan Lesehan
Bagi penggemar masakan Indonesia, Tempat Makan Lesehan adalah pilihan yang tepat untuk anda kerana ia menyediakan pelbagai menu Indonesia yang popular. Paling best terdapat 22 jenis sambal dan lauk pauk yang korang boleh pilih untuk menyedapkan menu korang.
Jom cuba sendiri keenakkan makanan Indonesia di Tempat Makan Lesehan.
Alamat: Jalan LP 7/2, Lestari Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi: 12tgh-11mlm, Setiap Hari
Telefon: 014-963 2457
#9 Smoke Texas
Restoran Smoke Texas ini terkenal dengan Crispy Beef yang boleh dipadankan dengan nasi putih atau roti subway. Harga pun sangat berbaloi iaitu RM10 setiap set dan percuma air minuman.
Bukan itu saja, terdapat pelbagai pilihan lagi di Smoke Texas seperti nasi set bersama daging harimau menangis, nasi batang pinang, nasi cabai hijau dan juga pilihan western food..
Alamat: No 10, Jalan 2A/27A, Seksyen 1 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12tgh-12mlm, Setiap Hari
Telefon: 013-380 5567
#10 Nasi Kandar Salman
Nasi kandar memang menjadi pilihan setiap masa. Tak kira waktu pagi, tengahari, petang dan malam... Namun harga nasi kandar tidak murah pada zaman sekarang. Walaupun begitu, di Nasi Kandar Salman masih lagi boleh dapat sepinggan nasi kandar bersama lauk yang berharga RM5. Tak sangkakan!
Jadi jangan lupa dapatkan nasi kandar yang murah dan berpatutan hanya di Nasi Kandar Salman.
Alamat: Lot 6741E, Jalan Bistari, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Isnin-Khamis 11mlm-8mlm | Sabtu-Ahad:11mlm-8mlm (Jumaat - TUTUP)
Telefon: 013-380 5567
Seperti yang kita sedia maklum yang restoran yang terkenal dengan makan sedap dan harga berpatutan ni akan ada ramai pelanggan di waktu kemuncak. Malah perlu beratur panjang untuk menikmatinya. Jika sanggup anda boleh ke restoran tersebut sendiri. Jika tidak sanggup anda boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran.
Tapi bagi korang yang berada jauh dari restoran terkenal dan harga berpatutan ini dan mencari 'restaurants near me' yang best, berbaloi, sedap dan tak perlu beratur panjang, korang guna saja service Foodpanda.
Dengan Foodpanda, korang hanya tunggu di rumah untuk menikmati makanan kegemaran korang.... Jimat duit minyak, jimat tenaga dan tak buang masa...2
Ni yang nak buat food hunting nanti ni
ReplyDeletemudah je dengan foodpanda, order dan tau-tau dah sampai depan rumah
ReplyDeletenampk sedap2 belaka semua ni.. kalau dekat boleh pergi.. tp bila fikir balik, dah ada foodpanda..lg senang kan
ReplyDelete