May 2021 - Cahaya Hayati

16 May 2021

Sejarah Ringkas Makanan Cina di Malaysia & 16 Menu Masakan Yang Popular

May 16, 2021 3
Sejarah Ringkas Makanan Cina di Malaysia & 16 Menu Masakan Yang Popular

Kaum Cina di Malaysia lebih gemar untuk menetap di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur dan juga Taiping. Apabila imigrasi berlaku secara berterusan dari satu negara ke negara yang lain, mereka tidak hanya bergerak secara fizikal, tetapi mereka turut membawa tradisi mereka dan tidak pernah melupakannya. 

Tabiat, bahasa, hari percutian, budaya dan sudah tentu masakan mereka yang mereka banggakan. Masakan Cina yang terdapat di Malaysia terdiri daripada gaya masakan yang berbeza antara yang utama ialah Hokkien, Hainan, Kantonis, Hakka dan juga Teochew. Dari masa ke masa, percampuran antara bahan dan juga makanan dari budaya yang berlainan telah mula lahir dan banyak rasa yang berbeza telah muncul.


Sejarah Ringkas Makanan Cina di Malaysia, 16 menu masakan china yang popular, makanan china Muslim, Chinese muslim food, halal Chinese food, foodpanda, chinese food sedap, halal chinese food penang, penang halal chines food, makanan china halal, makanan cina halal sedap, sedapnya menu chinese muslim, halal food in penang, penang halal food, makanan sedap di pulau pinang, jalan-jalan cari makan penang,
Image Trey Ratcliff Flickr

Terdapat beberapa makanan Cina yang tidak dapat dijumpai di negara asalnya, tetapi ia boleh dijumpai di Malaysia. Walaupun majoriti penduduk Malaysia adalah orang Melayu, dan selebihnya adalah Cina, India dan lainnya, makanan Cina sangat popular dan sangat diminati di kalangan rakyat Malaysia. 

Makanan Cina sangat terkenal dan sangat diminati di negara ini. Puncanya adalah dengan mencampurkan buah-buahan, sayur-sayuran, beberapa jenis rempah dan sos, dan lain-lain lagi. Dengan menggunakan teknik daripada Cina dengan betul, anda dapat membuat makanan dengan menggunakan daging dan sayuran menjadi hidangan yang lazat. 



Sejarah Ringkas Makanan Cina di Malaysia, 16 menu masakan china yang popular, makanan china Muslim, Chinese muslim food, halal Chinese food, foodpanda, chinese food sedap, halal chinese food penang, penang halal chines food, makanan china halal, makanan cina halal sedap, sedapnya menu chinese muslim, halal food in penang, penang halal food, makanan sedap di pulau pinang, jalan-jalan cari makan penang,
Image Eddy Lara Brito Flickr

Antara jenis makanan Cina yang terkenal adalah Kantonis. Dengan menggoreng makanan dalam minyak yang sedikit bagi mendapatkan tekstur makanan yang rangup dan enak. Makanan seperti ini biasanya disajikan dalam pinggan yang besar dan kuantiti yang banyak agar dapat dikongsi bersama antara satu sama lain. 

Terdapat juga kepercayaan bahawa semua jenis makanan Kantonis haruslah mempunyai unsur Yin dan Yang bagi menyeimbangkan makanan tersebut. Ini disebabkan oleh maksud yang dibawa oleh perkataan tersebut dimana Yin bermaksud sejuk dan Yang bermaksud panas. 

Bahan yang sesuai untuk unsur Yin adalah sayur-sayuran, buah-buahan dan beberapa jenis sup. Manakala bagi Yang pula adalah daging dan mana-mana makanan yang berkanji. Contohnya ubi keledek.

Anda boleh mendapatkan makanan Cina di mana-mana kawasan kejiranan dan restoran Cina yang terdapat di Malaysia. Selain daripada makanan, perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina dan hari-hari istimewa yang lain juga turut diterima oleh negara Malaysia dengan tangan yang terbuka. 

16 Pilihan Jenis Makanan Tradisional Cina Yang Popular


1. Yee Sang Atau Yusheng
2. Chang Shou Mian
3. Dumpling atau Jiaozi
4. Kuih Bulan
5. Kuih Bakul
6. Char Koay Teow
7. Bak Chang
8. Ding Bian Hu
9. Dim Sum
10. Stir Turnip Fried Cake
11. Nasi Ayam Hainan
12. Tau Fu Fah
13. Mee Wantan
14. Chee Cheong Fan
15. Mantou
16. Nasi Ayam Claypot

Sewaktu makanan Cina Malaysia mula berkembang di dalam pasaran negara, banyak tempat seperti gerai, restoran dan juga hotel-hotel yang terkenal mula menambahkan pelbagai jenis hidangan dalam menu mereka. Namun awas, tidak semua jenis makanan ini halal. Perlu tahu dulu status halalnya sebelum order, nak lebih selamat hanya kunjungi restoran cina muslim. 


Sejarah Ringkas Makanan Cina di Malaysia, 16 menu masakan china yang popular, makanan china Muslim, Chinese muslim food, halal Chinese food, foodpanda, chinese food sedap, halal chinese food penang, penang halal chines food, makanan china halal, makanan cina halal sedap, sedapnya menu chinese muslim, halal food in penang, penang halal food, makanan sedap di pulau pinang, jalan-jalan cari makan penang,
Image Polly F Flickr

Kebanyakan keluarga menyediakan makanan bersama di rumah mereka mengikut budaya mereka. Tetapi pada masa sekarang, orang ramai mula untuk hidup dengan cepat bagi mengikuti perkembangan semasa dan gemar menikmati makanan di luar di mana makanan lebih cepat dihidangkan daripada menyediakannya sendiri di rumah. 

Cara lain bagi mendapatkan chinese food yang paling banyak digunakan oleh masyarakat sekarang adalah dengan memesan makanan secara dalam talian . Ia juga menjadi salah satu sebab sektor makanan dan minuman Cina di Malaysia menjadi terkenal.