Cahaya Hayati : Kisah Kehidupan
Showing posts with label Kisah Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Kehidupan. Show all posts

11 Jun 2019

Kisah Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

June 11, 2019 1
Kisah Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Masakan Mudah Dan Sedap Dengan Rempah Ratus Mak Siti. Hai Korang!. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin. Lama cuti bermakna lama lah blog tak update. Raya sakan katakan. hihi.. So, macam mana dengan raya korang? Pasti sakan juga kan? Oh yer bila bercerita bab raya, confirm dapur korang pun meriah dengan pelbagai menu raya kan? Mommy pun sama. Cuma kerja-kerja memasak mommy di mudahkan dengan rempah ratus Mak Siti. Mommy mula mengenali rempah ratus Mak Siti apabila mommy mencuba rempah sotonya. Yelah kat utara ni mana nak cari rempah soto macam kat Johor. So, bila ada rempah soto Mak Siti, mommy dapat masak menu kegemaran mommy. Serius sedap!

Ini adalah antara menu-menu yang mommy sediakan menggunakan rempah ratus Mak Siti.

Rempah Ratus Mak Siti
Lontong - serbuk kunyit Mak Siti

Rempah Ratus Mak Siti
Kari Sotong - guna rempah daging Mak Siti

Rempah Ratus Mak Siti
Sup Tulang - Rempah Sup dan Sup Bunjut Mak Siti


Bila dah cuba rempah soto, teruslah mommy mencuba dengan rempah ratus yang lain pula. Maka terhasillah menu-menu yang sedap. So, korang pun patut mencuba rempah ratus Mak Siti ni. Tapi sebelum korang cuba tu, korang kenali dulu Jenama Mak Siti dengan lebih dekat. Bila dah kenal barulah dekat di hati kannnnn?

Kenali Jenama Mak Siti


Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.

Rempah Ratus Mak Siti

40 tahun dalam pasaran, Rempah Mak Siti memang sangat terkenal di Johor Bharu. Produk yang ‘wajib’ ada didalam dapur rumah ini menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet.

Kemunculan resepi turun temurun yang asli ini sebenarnya ada jalan cerita, pahit manis buat  Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya. Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka. Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal adalah idaman ramai orang. Tapi ramai yang tidak pasti apakah langkah pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran yang akan dihadapi dan bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan sehingga menjadikan mereka terkenal.

Rempah Ratus Mak Siti

Orang kata menjadi anak founder adalah satu anugerah! Di saat orang lain bergelut nak mulakan perniagaan tapi bagi mereka, lahir-lahir saja bisnes dah ada untuk mereka. Tapi ramai yang tak tahu betapa mereka terpaksa bergelut untuk mengembangkan bisnes milik keluarga mereka ini. Puan Siti dulu selalu tertekan kerana di bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman. Selepas beliau habis belajar dan terjun dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya adalah tidak tentu arah. Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya kemampuannya.

Rempah Ratus Mak Siti

Terdetik dalam fikirannya, kenapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran Malaysia dan antarabangsa. Meneruskan bisnes yang dah bertapak sejak turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi-lagi nak pastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi satu hari nanti. Sampai satu tahap beliau rasakan yang sales dah stagnant, tidak ada perubahan dan beliau anggap pasaran dah mula tepu dan tiada lagi masa depan untuk perniagaannya di Malaysia. Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI daripada paket biasa sehingga sekarang diperkenalkan rempah ratus di dalam botol.

Rempah Ratus Mak Siti
pelbagai pilihan rempah ratus Mak Siti

Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians. Produk utama adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Kini produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin).

Syarikat kini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 baru-baru ini dan  mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Rempah Ratus Mak Siti
Mak Siti kini dalam botol

Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan. Setelah itu, Siti Khawa diberi mandat oleh keluarganya untuk meneruskan legasi keluarga.. Minat yang mendalam Siti Khawa dalam perniagaan sebenarnya timbul sejak kecil lagi. Semasa berumur sekitar 8-10 tahun, Siti Khawa telah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Siti Khawa tidak perasan akan minat tersebut sehinggalah pada masa itu, Siti Khawa berniaga air dan jajan di kawasan perumahan beliau. Perasaan berniaga pada masa itu hanyalah sekadar suka-suka. 

Perniagaan kedua yang diceburi adalah apabila beliau cuba berniaga keronsang dan rantai tangan dan leher yang dibuat sendiri daripada manik yang dipelajari oleh seorang kenalan. Dan perniagaan ketiga adalah apabila beliau mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan sebagai seorang pustakawan kerana terdapat terlalu banyak buku yang dibaca beliau kemudian dipinjamkan kepada kawan-kawannya dimana pinjaman buku tersebut memerlukan deposit. Ketiga-tiga pernigaan tersebut dilalui semasa beliau di zaman sekolah rendah lagi.

Sewaktu mula-mula bekerja dengan Mak Siti adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu.  Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit. Walaubagaiamanapun, pengalaman- pengalaman ini yang mendewasakan siti Khawa. Atas sebab itu, siti Khawa bertekad untuk benar-benar mempelajari ilmu dan selok- belok perniagaan walau apa pun terjadi.

Rempah Ratus Mak Siti
Tonggak kejayaan Mak Siti

Persaingan produk bukanlah perkara utama Siti Khawa. Siti Khawa akan hanya fokus kepada pesaingan yang melibatkan diri sendiri iaitu “ adakah tahun ini kita buat lebih baik daripada tahun sebelumnya”. 

Setiap kali apabila merasa mahu putus asa, sebenarnya di saat itulah saat yang kita patut bangkit dan melawan perasaan itu. Siti Khawa juga tidak gemar melayan perasaan sedih terlalu lama. “Sekiranya ada sesuatu cabaran berlaku, Siti Khawa yakin itu adalah proses pembelajaran untuk ke peringkat yang lebih baik dan seterusnya”Ujarnya.

Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.

Tonggak utama Puan Siti khawa semestilah ibu dan bapanya. Ibu dan bapanya adalah seorang yang amat kuat bekerja dan berusaha dalam memperbaiki kehidupan. Ini adalah kerana pada asalnya keluarga ini bukanlah daripada kalangan keluarga orang berada. Tidak asing lagi bila diperkatakan perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK SITI . Lebih 35 Tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).

Pernah juga ibu bapa di kutuk dan dihina kerana pada masa dahulu kononnya bekerja di dalam sektor kerajaan adalah amat dihormati berbanding dengan berniaga “hanya rempah sahaja”. Ketika itu, perniagaan rempah ini diambil enteng kerana belum nampak lagi “buah dan isinya”. 

Ternyata, itu semua bukanlah satu pengakhiran. Ianya merupakan pembakar semangat keluarga ini untuk terus berusaha menjadi yang lebih berjaya.

Buka Ladang Rempah Ratus Untuk Tampung Pengeluarang Produk Mak Siti


Kilang Mak Siti pada awalnya diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Diatas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana disulah perusahaan rempah dan disitulah juga tempat tinggal.  Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalah pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.

Restoran Herbal di Ladang Rempah Ratus Mak Siti

Ladang dan kilang   terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor  yang merangkumi  kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR). Selain daripada mengusahakan ladang Rempah Ratus Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak siti juga mengusahakan sebuah restoran . “Melayu sememangnya terkenal dengan nilai dan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Bahan-bahan masakan yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak berubah”.ujar Mak Siti

Walau apa cara sekali pun, masakan Melayu tetap dilihat sebagai antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan rasa manis, pedas, masin dan masam. Jika ditanya rahsia keenakan masakan Melayu sudah tentu disebabkan rempah asli atau bahan asas yang segar.

Bagi Mak Siti, keistimewaan hidangan yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh beliau sendiri. Misalnya, kesemua hidangan yang disajikan di sini menghidangkan masakan Melayu tradisional yang pastinya berpatutan dengan harga yang ditawarkan.

“Kami menawarkan lebih kurang 40 jenis masakan Melayu asli tanpa masakan gabungan (fusion Food) seperti yang ditawarkan di mana-mana restoran lain yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur.

“Sebab terlalu banyak restoran menyediakan masakan gabungan, saya ingin berikan suatu kelainan terhadap sentuhan masakan asli yang pastinya lebih kena dengan selera orang tempatan,” jelasnya.

Dari pelbagai variasi lauk-pauk seperti gulai sayur nangka, ikan bakar, pecal, sayur lodeh, daging masak lada hitam dan ulam pastinya membangkitkan selera mereka yang menggemari masakan Melayu asli.

Mak Siti berkata, restorannya ini mempunyai penggemarnya tersendiri. Bukan setakat orang Melayu, Cina malah pelancong asing juga berminat dan gemar pada masakan Melayu.

Seperkara lagi yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG. Sebaliknya, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli daripada Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin.

Bahan-bahan yang digunakan dalam rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dan bebas daripada sebarang bahan awet serta ejen pewarna. Dengan adanya rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti cukup tinggi, pastinya mudah untuk sesiapa menyediakan pelbagai resipi kegemaran di rumah tanpa perlu risau rasa masakan berubah daripada kebiasaan.

“Di sini, kami mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera, salad, sup, masakan laut dengan harga berpatutan. Kami juga menyediakan menu percubaan, iaitu hidangan dalam kuantiti kecil untuk tujuan rasa. Dengan cara ini tetamu kami dapat merasa lebih keistimewaan dan membuat pilihan yang sesuai dengan cita rasa mereka,” ujar anak kelahiran Perak ini.

Untuk maklumat lanjut yang lain, korang bolehlah layari media social Mak Siti yang berikut:-

1 May 2019

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya

May 01, 2019 0
Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya
Hai korang. Selamat Hari Pekerja! Mesti korang semua tengah bercuti dan bersama-sama dengan keluarga tersayang kan. Sempena Hari Pekerja ni, mommy nak kongsikan satu kisah yang menjadi inspirasi kepada mommy dan mungkin juga kepada korang. Kenapa mommy kata beliau menjadi inspirasi mommy? Sebab beliau adalah seorang yang sangat tabah, sangat berani, sangat berjiwa besar dan sangat tahu nilai sebuah kesyukuran yang sebenar.

Beliau yang mommy sebut sebut dalam entry ini adalah saudara KHAIRUL NIZAM. Beliau adalah pengasas JAMU MALL. Bukan seorang yang sempurna fizikal tapi dalaman beliau sangat sempurna dan kuat. Mommy hampir menitis air mata apabila melihat FB beliau.. Dan beliau buktikan kekurangan diri bukan penghalang untuk berjaya. Inspired!

Jom tonton video luahan hati yang beliau muatnaik dalam FB. Bukan untuk meraih simpati tetapi untuk memberi inspirasi kepada semua untuk lebih berjaya dalam hidup. 
 
Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli apa ku nak mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan banyak negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,
Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sana nak jadi mcm aku , nak banyak duit mcm aku , nak bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??
Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .
Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,
Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,
Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ada ketika saya rasa sangat terkesan bila ada ketika bila saya haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ada sesuatu manfaat yg nak aku buat ..
Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ... 
Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suka bg bermacam alasan bila bekerja, ramai yg cepat giveup bile ada cabaran !! 
Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ... 

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,
Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada orang lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai orang-orang disekeliling aku ..

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,

Kini aku sedar, untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih sayang yang hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..
Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!! 

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!


 follow Khairul Nizam
FB https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE https://www.facebook.com/Jamumallcom/
IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/
Website https://jamumall.com/


6 Sept 2017

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

September 06, 2017 1
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 


''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com


21 Jan 2016

Termotivasi Dengan Gadis Ini

January 21, 2016 2
Termotivasi Dengan Gadis Ini
Assalamualaikum wbt.

Akak termotivasi dengan gadis ini sebab bukan senang hendak mengumpul aset dan memiliki apa yang di idamkan. Marilah kita berusaha sekuatnya. :)

Sumber dari OhBulan!


Memiliki Rumah Dan Kereta Mewah Ketika Usia Muda

Terngiang-ngiang kata-kata kawan masa belajar Dahulu. “Orang paling gila dalam Rumah ni adalah kau”. Sikit pun tidak terasa apa yang kamu kata, malah ingin berterima Kasih sebab ayat ni menjadi pembakar semangat saya Sampai sekarang

Berjaya memiliki aset di usia muda

Alhamdulillah cita-cita tercapai dan buat mak tersenyum Saya bukan dari golongan bijak pandai dan keluarga berada, tapi saya tahu Usaha dan pengorbanan serta berkat doa keluarga saya hari ini memberi hasil di masa Akan datang

Saya dah tahan lama segala kehendak saya dan bohong la kalau saya cakap saya tidak suka shopping, tapi saya tahan diri saya sebab saya yakin dengan kata-kata mentor saya Tn Khairul Ezuwan , “tahanlah sementara kehendak awak hari ini untuk dapat sesuatu yang lebih baik akan datang dengan lebih selesa”, saya banyak belajar dengan beliau bagaimana mengenal apa yang positive dan apa yang negative. Apa yang perlu didahulukan, apa yang perlu dikemudiankan. Bagaimana tahap memiliki kehendak tanpa terbeban. Dulu saya pernah cakap pada beliau, mustahil saya mampu lakukan tapi beliau dengan tenang jawab, TAK MUSTAHIL PON, AWAK BUAT JER.

Saya telah berjaya lakukan sebelum umur saya 24 tahun untuk miliki apa yang saya mahukan. Walaupon itu kehendak, saya tidak terbeban lagi untuk memilikinya dan ini masanya saya nak reward diri saya sendiri . Betul orang cakap, Kita bukan cukup bila bergaji besar, Kita akan rasa cukup bila Ada simpanan yang cukup. Lepas tu angka gaji bukan lagi faktor utama.

Kepada rakan-rakan , Tidak ada yang mustahil jika kita sanggup berusaha lebih, cekal dan kental untuk ubah diri kita sendiri . Semoga anda semua berjaya. Saya menulis untuk memberikan inspirasi apa yang telah saya lalui dan apakah hasilnya.

Sekadar perkongsiaan
Syafieqah Alya

2 Sept 2015

Sejarah Kubur Panjang

September 02, 2015 3
Sejarah Kubur Panjang
Sejarah mengenai kampung halaman saya - Kubur Panjang, Kedah.

Sejarah Kubur Panjang


Memang menghairankan dan sukar dipercayai apabila kubur yang suatu ketika dulu bersaiz biasa, tetapi keadaaannya berubah apabila jarak antara dua batu nesan di bahagian kepala dan kaki memanjang sehingga mencecah 8.6 meter.


Walaupun keadaan itu pelik, itulah hakikatnya dan tidak hairanlah tempat berkenaan diberi nama Kubur Panjang.  Ia terletak di Mukim Rambai, Daerah Pendang.  Sehingga kini tiada siapa tahu mengapa dan bagaimana batu nesan itu boleh `bergerak' dari tempat asalnya hingga menambah ukuran panjang kubur itu.

Kubur misteri yang dikelilingi banyak kubur lain di tanah wakaf seluas 0.4 hektar di tepi jalan utama itu pernah menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang ingin melihat keganjilannya. Dulu ada penduduk membina batu penghalang di sekliling kubur itu, tetapi ia kini tertimbus akibat hakisan tanah, namun sepasang batu nesannya masih utuh.

Penduduk asal kampung itu, Sulaiman Arshad 80 , berkata tidak diketahui dengan jelas usia kubur itu bagaimanapun menurut cerita lisan orang tua sebelumnya, kubur panjang itu ada kaitan dengan janji tidak ditepati.  Lebih 200 tahun lalu dua beradik yang berasal dari Pattani, Thailand telah berhijrah ke Kampung Budi di Mukim Lesong kita-kira 10 kilometer dari Kubur Panjang.

Dua beradik tersebut mempunyai ilmu kebatinan dan guru silat yang disegani sehingga salah seorang daripadanya dilantik menjadi ketua kampung.  Berdasarkan cerita dua beradik tersebut rajin bercucuk tanam dan bersawah sehingga mampu mengumpul harta yang banyak.  Setiap kali selepas musim menuai penduduk mengadakan pertandingan menyabung ayam dan lokasi paling popular untuk kegiatan itu ialah di Kampung Mempelam Susu, di daerah sama.

 "Suatu hari pertandingan secara besar-besaran diadakan dan seorang penduduk berjaya menjadi juara selepas mengalahkan ayam sabung yang lain.Selepas kemenangan itu dua beradik dicabar supaya bertanding dengan juara berkenaan.  Dua beradik yang masing-masing membawa ayam sabung itu enggan berlawan kerana tujuan asal ke situ hanyak untuk menyaksikan pertandingan itu sahaja, bagaimanapun selepas didesak penduduk akhirnya salah seorang daripadanya bersetuju berlawan.

Akhirnya ayam salah seorang daripada dua beradik itu berjaya mengalahkan pencabar berkenaan dan selepas kemenangan itu orang ramai minta dua beradik itu bersabung ayam sesama sendiri. Setelah didesak akhir nya dua beradik tersebut setuju dengan syarat yang menang dilarang menyorak yang kalah.  Akhirnya ayam adik lelaki itu kalah dalam perlawanan tersebut, manakala abangnya yang terlalu gembira terlupa kepada perjanjian hingga bersorak kegembiraan bersama penonton yang menyaksikan perlawanan itu.

Kerana malu, adiknya mencabut keris lalu menikam dada abangnya.  Sebelum mati abangnya berpesan kepada adiknya supaya tolong menjaga anak dan isterinya dengan baik.  Adiknya yang kesal dan sedih dengan kejadian itu bertindak membunuh diri dengan menikam dirinya menggunakan keris yang sama.  Ketika mengusung jenazah untuk dikebumikan di Kampung Budi penduduk terkejut apabila kedua-dua jenazah tiba-tiba menjadi semakin berat sehingga penduduk berhenti rehat beberapa kali.

Penduduk yang tidak mampu mengusung jenazah adiknya mengkemumikannya di situ, manakala jenazah abangnya dibawa ke Kampung Budi untuk disemadikan.  Apa yang menghairankan ialah apabila penduduk kampung menziarahi kubur adiknya pada keesokkan harinya batu nesannya berubah kedudukan hingga menjadikan kubur itu panjang.  Malah satu ketika dulu jika kubur itu diukur ukurannya sering berubah-ubah sehingga menimbulkan rasa pelik di kalangan penduduk dan digelar sebagai Kubur Panjang sehingga kini.

Apa yang berlaku boleh dijadikan iktibar iaitu manusia patut berpegang pada janji dan perlu hidup rukun damai.

29 Jul 2015

Menantu vs Mertua

July 29, 2015 4
Menantu vs Mertua
Assalamualaikum wbt.

Ramai yang tahu Cik Ti tinggal sekali dengan emak mertua sejak kahwin sehingga sekarang. Ramai yang tanya petua bagaimana boleh tahan tinggal dengan mertua...

Bagi Cik Ti, takdak petua apa pun. Terpulanglah kepada diri kita sendiri... Kehidupan bagaimana yang kita hendak. Nak yang porak perandakah atau yang aman damai?

Setakat teguran sikit-sikit tu tak perlu la ambik serius sangat. Nanti hal kecil jadi besar pula... Kerana setitik cuka semua susu jadi masam. Kalau boleh jadi lassi ok la jugak.. Dapat la minum lassi yang sedap tu.

Kalau rasa tak puas hati juga.. Buat la luahan kat encik suami. Bukan nak ngadu domba. Cuma nak redakan rasa tak puashati yang terbuku di hati. Dah buat luahan tu nanti legalah..

Encik suami juga kena memahami dan pandai memberi pendapat. Jangan di ikutkan rasa kasih & sayang....

Bila isteri mengadu tu janganlah cakap begini

' awak tu sikit-sikit tak suka dengan mak saya'

Kalau dapat ayat cenggini kompom isteri tarik muka dan mogok.#sakitnyatuhdisini.   hehe

Pujuklah isteri tu cenggini..

'Sabarlah. Biasalah orang tua... Kadang-kadang depa pun nak perhatian dari anak-anak'

Kan sedap dengar. Barulah terubat rasa kat hati...

Pokok pangkalnya, terpulanglah kepada diri sendiri untuk tentukan hubungan sebagaimana dengan mertua. Nak amankah, nak bermusuhkah ...

Sebagai isteri, kita pun jangan lupa yang suami kita masih mempunyai tanggungjawab terhadap mertua sehingga akhir hayatnya. 

Anggap sahaja, kita pun akan dapat menantu yang baik yang boleh tinggal bersama dan menjaga kita bila dah tua nanti. In Sha Allah.

28 Apr 2015

Kisah Kehidupan: Maafkan Ayah!

April 28, 2015 6
Kisah Kehidupan: Maafkan Ayah!
Kisah seorang jutawan yang kini sedang sakit menunggu ajal telah menyuruh dikumpulkan anak-anaknya yang tercinta. Beliau berkata kepada mereka, 

"Anak-anak ayah, bila ayah sudah tidak ada nanti, ada permintaan ayah kepada kamu semua. Tolong pakaikan stokin kesayangan ayah, walaupun stokin tu koyak, ayah ingin pakai stokin kesayangan ayah kerana banyak kenangan ayah bersama stokin tu, minta stokin itu dipakai bila ayah nak dikafankan nanti."

Akhirnya jutawan itu meninggal dunia. Saat mengurus jenazah dan saat mengkafankan, anak-anaknya minta tuan imam untuk memakaikan stokin yang koyak itu sesuai dengan permintaan terakhir ayahnya. Akan tetapi tuan imam menolaknya, 





"Maaf secara syariat hanya 2 lembar kain putih saja yang dibenarkan dipakai kepada mayat."

Terjadi pula perbalahan antara anak-anak jutawan yang ingin memakaikan stokin koyak dan tuan imam serta beberapa orang ustaz lagi yang berada di sisi jenazah yang melarangnya. Kerana tidak ada titik temu dipanggilah penasihat keluarga yang juga seorang peguam. Beliau berkata,


 "Sebelum meninggal dunia, arwah ada memberikan saya surat wasiat, kita bacalah bersama mana tahu ada petunjuk."

Maka dibukalah surat wasiat jutawan tadi buat anak-anaknya yang dipesankan kepada peguam tersebut.
Suratnya bertulis, 


"Anak-anakku pasti sekarang kamu semua sedang berbalah kerana dilarang memakaikan stokin koyak kepada jenazah ayah. Lihatlah, padahal harta ayah banyak, wang berlimpah dengan kereta mewah, tanah, rumah dan ladang yang banyak tapi tidak ada ertinya ketika ayah sudah meninggal. Stokin koyak tu pun tidak boleh dibawa mati. Begitu tidak berertinya dunia buat ayah ketika ini, kecuali amal ibadah, sedekah dan doa-doa daripada kamu semua. Anak-anak ayah, inilah yang ingin ayah sampaikan agar kamu semua tidak tertipu lagi dengan dunia. Salam sayang dari ayah yang ingin melihat kamu semua menjadikan dunia sebagai jalan menuju Allah."


~ sila share kat kekawan...sharing is ilmu.

19 Mar 2015

Kisah Kehidupan : Di Runtun Anak-Anak

March 19, 2015
Kisah Kehidupan : Di Runtun Anak-Anak
Assalamualakum wbt.

Kisah Kehidupan : Di Runtun Anak-Anak

Tadi sesembang waktu lunch ngan kakak satu opis.. Biasa la pasal staff yang mohon vss kendian nak tolak pula. So, sebagai rakan seopis yang prihatin, tertanya jugak kenapa nak tolak sedangkan tawaran menarik...

Rupa-rupanya, beliau di runtun ( bahasa kampung untuk memanjakan secara berlebihan) oleh anak-anak. Anak-anak dah bekerja dan juga dah berkahwin... TAPI masih meminta kepada bapa. Bapa ni pula jenis yang tak pandai nak menolak... Beli rumah cash untuk anak yang tak pandai belajar, beli kereta untuk anak ini.. bla.. bla...

So, di pendekkan cerita.. Habis la duit EPF yang sepatutnya digunakan selepas berpencen..

Kesian. Tapi cam tak patut kesian pun ada.. Yer lah habiskan untuk anak-anak yang dah bekerja dan berkahwin. Ada jaminankah anak-anak tersebut akan jaga beliau nanti?.. Banyak yang dah baca dalam surat khabar.. Tak pedulikan ibu / bapa selepas dibahagikan harta.. hmmm.

Minggu lepas, terdengar satu ceramah dalam radio kedah fm. Ustaz tersebut menyatakan yang kita tak perlu tinggalkan bekal buat yang hidup. Sediakan bekal untuk kita di alam kubur.. Ada jaminankah yang hidup akan kirim bekal buat kita ketika di alam kubur???....

Gulppp! Insaf terus cik ti.... kena banyak amal lepas ni.

Peringatan kepada diri sendiri dan juga yang singgah ke blog ni.. sediakan bekal untuk kita di SANA dan juga tabungan untuk meniti hari tua..

Untuk anak-anak atau yang masih hidup tu, pepandai la cari sendiri... Jangan di runtun ibu bapa. Biarlah mereka menikmati hasil kerja keras selama ini.. Ingat hukum karma.......

18 Mar 2015

TUNDUK

March 18, 2015
TUNDUK
Assalamualaikum wbt.

Tunduk itu tanda hormat. Betul. Adat melayu sekalipun menyatakan bila berjalan di hadapan orang yang lebih tua, kepala dan badan mesti di tundukkan. Mesti minta izin.. Itu tanda hormat kepada mereka yang lebih tua dari kita..

Zaman sekarang macam dah hilang adat tu.. anak-anak berjalan sambil pegang telefon, tak tengok kiri kanan, tiada izin apatah lagi nak tunduk hormat. Terhakis sikit demi sikit.. Ibu bapa yang tidak mengajar atau pengaruh dari luar? Hmm... pikiaq sendiri la.


Hari tu, cik ti post kat FB dengan quote ' ikut resmi padi. Makin berisi makin tunduk.' Ada macam2 tafsiran. Yang sebenarnya nak nyatakan kalau dah berisi... lebih baik ambik gambo tunduk sikit.. barulah dagu berlapis tu tak nampak... hehehe.

Namun ayat tu jugak adalah sebagai peringatan buat diri sendiri... Jangan dabik dada kalau dah berjaya. Biarlah semakin tunduk dan merendah diri... 

Semoga diri ini terus tawaduk dan ikhlas dalam melakukan kebajikan..

13 Mar 2015

Kisah Kehidupan: Jangan Gelakkan Nama Orang

March 13, 2015
Kisah Kehidupan: Jangan Gelakkan Nama Orang

Kisah Kehidupan: Jangan Gelakkan Nama Orang

Hari tu dapat wassap dari group opis.. Bagitau bom di jumpai di KLIA seberat 75kg. Terkejut la cik ti.. Mau hancur KLIA tu. 

Rupa-rupanya depa jumpa bom ni... patutla berat. Kih kih!


Jangan gelak tau.. TAPI cik ti gelak juga.. hahahaha.
Ada lagi... 
Yang ni lagi kelakar.. hahaha
PINTU & MASUK.


Aduh!. Tak tahu la ni nama sebenar atau tak.. Kalau nama sebenar kesian kat depa kena bahan..

Moral of the story, letak nama yang maksudnya cantik dalam islam...

10 Feb 2015

Kisah Kehidupan: Teddy Pun Nak Pakai Lampin

February 10, 2015
Kisah Kehidupan: Teddy Pun Nak Pakai Lampin

Kisah Kehidupan: Teddy Pun Nak Pakai Lampin

Cerita petang semalam......

Me: kenapa kakak sepahkan bilik?
Aisya: Kakak cari lampin...
Me: Nak buat apa?
Aisya: Kiki & Lala pun nak pakai lampin... Cam adik Aisy.
Me: LoL!

Kiki & Lala

29 Dec 2014

Seribu Rasa

December 29, 2014
Seribu Rasa

Kisah Kehidupan :Seribu Rasa

Simpati berserta doa kepada semua mangsa banjir besar di seluruh negara khususnya Pantai Timur. Saya tiada keluarga terdekat di Pantai Timur tetapi ramai kawan-kawan saya yang tinggal, bekerja dan berasal dari sana.

Saya juga pernah belajar di sana (Kuantan, Pahang)... Alhamdulillah KYPM Kuantan tidak terlibat dalam banjir. Banjir hanya di kawasan sekitar.. Namun kesusahan tetap terasa. Terkepung. Tidak boleh ke mana-mana. Makan apa yang di jual di cafe... or mee segera yang di simpan untuk makan ketika malas nak turun cafe ataupun ketika lapar tengah malam. Namun banjir yang di alami tidaklah seteruk tahun ini.

Namun jauh di sudut hati rakyat Malaysia hari ini berasa sedih dan simpati. Hanya mampu menghulurkan doa dan sedikit sumbangan. Moga bantuan kecil ini mengurangkan beban yang di tanggung.

Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
dan para sahabat2 baginda....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat2 kami,
Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis & Perak yang terkena musibbah banjir ini....

Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,

Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin,
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,
Ya Waaliy....

Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi,
Kasihilah kami semua, 
Kami mohon kepadaMu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara2 yang buruk...

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,

Ya Allah, Ya Tawwab,
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,

Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....

Amin....

Minta kongsikan doa ini..
Semoga dengan keikhlasan hati kita...
Allah SWT akan mengabulkan doa kita...
Serta merahmati kita semua.......


note: Doa ini saya ambil dari blog PCL dan di panjangkan kepada yang membaca blog saya. 

27 Dec 2013

Kisah kehidupan: Bukan senang nak senang

December 27, 2013 0
Kisah kehidupan: Bukan senang nak senang

Kisah kehidupan: Bukan senang nak senang

Hari isnin baru-baru ni balik kampung. Balik hari ja tanpa suami dan anak-anak. Niat nak bawa adik pi beli baju dan keperluan untuk sekolah menengah..

Sampai kat kampung terus ajak mak dan adik pi beli baju dan keperluan sekolah... Pi Pacific kat Alor Setar ja. Kat lobby dia tu ada semua keperluan untuk sekolah. Dari yang murah sampai ke yang ada jenama.. Beli kat adik yang biasa-biasa ja. Baju 2 helai, seluar 2 helai , stokin dan kasut serta bag sekolah. Fuhhh.. RM 200 jugak. Tu beli kat sorang ja. Bayangkan kalau ada anak ramai... Mmmm. Fikir sendirilah yer!

Masa dok shopping tu mak cerita la yang jiran sebelah rumah tak sihat pastu kena jaga cucu 3 orang. Mak bapa budak-budak ni pi mana pun tak tau. Saya ni sebulan sekali balik kampung, so macam-macam cerita la yang mak cerita.

Sebelum balik Kulim, pi la ziarah jiran tu.. Sembang-sembang sat ngan anak jiran yang sebaya adik saya. Masih belum bekerja selepas melahirkan anak. Dia cakap la ni susah sikit la... Nak start keja bulan depan katanya. January ni la... Kat mana tak tahu lagi. Then, bagi kata-kata semangat sikit.. Pastu dia kata saya dah senang sekarang.... Uhukks.

Bagi saya la... Bukan nak dabik dada sebab saya pun penah susah dan family pun bukan orang senang pun. Keluar Uni tapi start kerja kat 7E ja. Gaji mula pun RM1K ja...Takpa sebab saya nak cari pengalaman. Lama jugak kat 7E. 4 tahun jugak. Dalam tempoh ni, saya dari trainee sehingga menjadi store manager ( manager kat outlet di panggil store manager). Enjoy dengan kerja walaupun gaji ciput...  Buat part time sikit-sikit. Dari kawan-kawan lama... Gaji manager outlet pun lebat sekarang. Dulu masa saya nak resign, depa tengah nak naikkan gaji pekerja tapi rezeki saya kat tempat keja sekarang.

Walaupun gaji ciput, setiap bulan tak lupa nak bagi kat mak ayah. ada sikit saya bagi sikit... ada lebih saya bagi lebih. Sampai sekarang saya amalkan..

Alhamdulillah. Sekarang bila gaji dah banyak sikit, saya beri lebih kat mak. Bantu persekolahan adik-adik. Beli barang keperluan dapur dan lain-lain. Guna untuk diri sendiri, anak-anak + suami dan simpan untuk masa depan...

Ada jugak yang kata saya kedekut nak berbelanja.. Bukan kedekut, tapi mengamalkan perbelanjaan yang berhemah. Kalau kita susah, ada orang nak pinjamkan kita duit? Ada yang nak bantu kita...? Mungkin ada tapi saya jenis tak suka  minta-minta dengan orang. Biar kedekut tapi tak menyusahkan orang... Ada simpanan untuk masa depan. In Sha Allah.

Bagi saya, kalau nak senang kita perlu usaha, kerja keras dan sabar... Ada ganjaran pada masa depan. Bukan senang nak senang.. Banyak benda kena korbankan. Tak percaya... Pergilah tanya dengan orang yang dah berjaya.

Dengan adik beradik saya pun saya dok cakap benda yang sama. Biar susah sikit masa muda... Usaha lebih sikit masa muda... In Sha Allah nanti kita senang masa tua. Tapi tu lahhh, cakap ngan adik lelaki ni kadang-kadang menyakitkan hati pun ada..  Kena ugut dan  marah -marah baru nak cari kerja..  Tak tahulah nak cakap apa dah.. En. suami selalu kata, balik kampung asyik berleter ja... Berleter nak bagi elok... Kalau kakak tak tegur adik, sapa lagi nak tegur... :)

Kepada anak muda sekalian, bangunlah dan keluarlah dari kepompong keselesaan. Usahalah selagi boleh... Taburkan bakti kepada orang tuamu. Bantu mereka selagi boleh... Kalau tak boleh bantu, jangan susahkan mereka... Biarlah mereka nikmati hari tua mereka dengan hati yang senang.

Carilah pengalaman di mana saja. Biar mula kerja dengan gaji yang ciput tapi berkat usaha tu nanti ada ganjarannya.

Ini adalah kata-kata yang bernilai doploh sen dari saya yang bergelar kakak.

-xoxo-


28 Oct 2013

Kisah Kehidupan: Hidup Yang Bagaimanakah Yang Kita Pilih?

October 28, 2013 0
Kisah Kehidupan: Hidup Yang Bagaimanakah Yang Kita Pilih?
Amboi panjangnya tajuk..
Bukan nak buat segmen motivasi ... Just nak buat luahan rasa yang penuh dalan hati dan kepala ini.
Pening dengan masalah... Bukan masalah dari diri sendiri, suami atau anak2. Masalah ahli keluarga...
Kekadang rasa tak nak ambil tahu... Tapi bila tak nak ambil tahu, rasa macam tak bertanggungjawab dan tak prihatin pula.. Bila ambil tahu rasa sesak kat kepala dan hati pula.. Pening dengan masalah yang tak berkaitan...
Oh! Masalah...

Bila dok pikiaq masalah ini, saya tertanya-tanya dengan diri sendiri...

Kisah Kehidupan: Hidup Yang Bagaimanakah Yang Kita Pilih?

1. Hidup yang bagaimanakah yang menjadi pilihan kita?
Pernahkah kita tanya diri sendiri, hidup yang bagaimanakah yang kita nak. Hendak hidup senang dan kayakah? atau nak mempunyai syarikat sendiri?

Kalau nak hidup senang dan kaya, kita perlu berusaha.. Ada pepatah yang saya dengar dan pernah baca ' bukan salah  kita jika di lahirkan dalam kemiskinan, tetapi salah kita jika mati dalam kemiskinan'. Yuppp tak dapat di nafikan salah kita jika mati dalam kemiskinan... Ada peluang untuk berjaya dan mendapat apa yang kita mahukan. Tapi kita tak ambil peluang tu...

2. Kita ambil iktibar tak dengan apa yang berlaku di sekeliling kita?
Ramai yang tak mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di sekeliling... Contohnya, peningkatan jumlah penagih dadah. Ini kerana ramai yang tak ambil iktibar.. pengambilan dadah boleh membunuh, memporak perandakan hidup dan rumahtangga serta lain-lain lagi...

Kalau kita atau masyarakat kita mengambil iktibar, pasti tidak berlaku ... kita akan jauhi dan menghalang perkara yang tidak sepatutnya dari berlaku...

3. Pernah tak kita cuba selesai masalah itu sendiri?
Masalah yang timbul ini, kita cuba selesaikan dengan berfikir secara mendalam setiap tindakan. Apa yang baik dan apa yang buruk..
Ramai yang ambil ringan masalah yang timbul... Penyelesaian yang di ambil pun melalui jalan yang mudah.
Sebaik-baiknya, penyelesaian yang hendak di ambil biarlah yang menjadi kebaikan atau menguntungkan diri sendiri bukannya yang menyusahkan diri.

Think before Act.

4. Terlalu mengharap pada bantuan?
Mengharap pada bantuan orang, NGO dan Kerajaan sekarang seperti sudah menjadi trend. Tak perlu usaha lebih-lebih, nanti ada yang beri bantuan... Contohnya bantuan BR1M. Memberi itu elok, tetapi kepada yang benar-benar memerlukan lah.. Berapa ramaikah yang benar-benar memerlukan bantuan ini? Masa pengagihan bantuan ini di tempat saya hari tu, ramai yang berkereta mewah seperti vios dan Grand Lavina datang untuk mengambil bantuan ini.... Layakkah mereka? Saya berpendapat, kerajaan perlu perhalusi lagi syarat-syarat pemberian BR1M. Berilah kepada yang benar-benar layak...

Sekiranya mendapat bantuan dari pihak-pihak tertentu, jadikan ia sebagai pendorong untuk mencapai kejayaan. Ambil peluang yang telah di berikan...

5. Usaha kita sudah 100%?
Dah dapat bantuan. dah ada pilihan tetapi adakah usaha yang kita lakukan itu 100 peratus? Tanpa usaha bantuan yang diberikan tiada makna... Usahakan tangga kejayaan. Sekiranya kita telah berusaha, kita perlu double usaha tu.. Tak dapat cara A kita ada cara B dan C.
In Sha Allah kita akan berjaya.

6. Kita ada keinginan untuk berubah tak?
Pernah tak kita cakap kat diri kita yang kita nak berubah. Berubah kearah yang lebih baik..Pernah tak?
Kita perlu cakap kat diri sendiri yang kita nak berubah.. Semangat untuk berubah ni yang mendorong kita untuk menggandakan usaha yang kita lakukan...

7. Apa yang manjadi penghalang kita?
Kita tahu akan ada halangan dalam memulakan sesuatu usaha. Kadang-kadang dari keluarga dan kawan-kawan yang rapat...perlian dan kata-kata sinis.  Selalunya keluarga akan sokong sekiranya kita berusaha ke arah kebaikan..
Sekiranya kawan-kawan tak sokong kebaikan yang di lakukan, kita perlu jarakkan diri dengan kawan tersebut. Berkawanlah dengan orang yang boleh menegur dan memberi motivasi dalam sesuatu usaha.. Kawan bukan untuk menjatuhkan kawan...

9. Belajar dan terus belajar...
Untuk mencapai kejayaan. kita perlu belajar dan terus belajar... Jatuh dan bangun semula.

10. Meminta pada yang satu - Allah SWT.
Dalam kita berusaha untuk berubah, janganlah kita lupa kepada penentu segalanya - Allah SWT. Meminta hanya pada-Nya. Yang selebihnya adalah usaha kita..


In Sha Allah.

Oh problem! Please go go away from my life.....
Bersabarlah Puan Yati ooiiii... Setiap dugaan tu ada hikmahnya. Allah tak kan uji seseorang sekiranya sesorang itu tak mampu menanggungnya. Setiap ujian itu, adalah tanda sayangnya Allah SWT kepada kita.

Amin.

p/s: Terima kasih kerana membaca luahan perasaan yang tak seberapa ni.. nak motivasikan diri. Lately rasa cam lemah jer...

15 May 2013

Kisah Kehidupan : Tupperware Amira

May 15, 2013 0
Kisah Kehidupan : Tupperware Amira
Kisah ini sedang popular di fb.
Siang tadi terbaca dan hampir mengalirkan air mata.. menginsafkan juga.
yer lah... kadang-kadang diri ini juga terlupa.
dan kisah ini juga mengingatkan diri ini agar peka dengan keadaan sekeliling..

Kisah ini adalah kisah 'Nasi Goreng Amira'. CH copy & paste dari FB saja.
Sama-samalah kita menghayatinya..


Begini kisahnya, waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu, dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu. Mungkin Amira dah jemu agaknya sebab hari-hari bawak roti kosong jer cicah air sirap.

Suatu hari anak saya bersuara kepada Amira, Mira..aku teringin nak makan nasi goreng kau, kau asyik bawak roti je, apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin.

Amira termenung, nampak muka dia macam tak sedap. Alahh tak nak lah nasi goreng aku tak sedap lah.ko mesti tak nak makan nanti Alahhh ko bawak je, ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap ko bawak je la mesti sedap punya.

Ok la kau punya pasal esok aku bawak, aku bawak nasi goreng special untuk kau. Yeeaaahhh anak saya suka sangat sebab Amira setuju nak bawak nasi goreng esok.

Sampai di rumah, malam hari sebelum tidur. Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu. Mak boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng ? Mak Mira terkejut apa sayang ? Esok Mira nak bawak nasi goreng, Kenapa? Esok Mira ada jamuan ke ?

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok, Mira bawak roti je la. Alahh mak boleh lah tak payah bubuh rencah pun tak apa, mak taruk telur je pun dah ok.

Ya lah baik la esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya, telur pun tinggal sebijik je tau dah malam-malam buta ni mana nak carik telur bawang pun dah habis tu takpe la mana yang ada je lah.

Keesokkannya dalam dalam kelas anak saya tanya Mira, Mira ko bawak nasik goreng tak ? Aku bawak ni Mira senyum.

Kau bawak tak Mira ? Bawak le aku bawak kan semalam dah janji.

Ok cayalah tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii.

Jam 10.00 pagi loceng rehat bunyi mereka berdua berlari ke kantin nak tukar-tukar nasi goreng.
Sampai di kantin, Mira kau nak air tak? Hari ni aku belanja kau air, kau nak air apa? Aku belikan.

Alah tak kisah air apa-apa pun tak apa aku minum je.

Alahhh Mira kenapa ko tak buka bekal lagi ni, ko duk diam je kat situ apasal ? ya la aku tunggu kau datang bawak air kita buka bekal sama-sama.

ooo ya ker jom jom kita buka bekal.

Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik, Mata anak saya tidak berkelip.

Amira mana nasi goreng kau? Ko bawa apa ni ? Ni lah nasi goreng aku kau buka je lah.

Tuan atau Puan nak tau ? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon warna kuning bekas tu.

Amira kenapa kau letak nasi goreng dalam bekas Axion ni ? Mak ko tak marah ke ? Tak rasa sabun ke nanti ?

Tak la mak yang bubuh dalam bekas tu, kat rumah aku mana ada tupperware macam ko, memang kami pakai balik bekas sabun tu, standard la kami memang dah biasa macam ni.

Air mata anak saya mula bergenang tunggu masa untuk tumpah.

Mira kenapa kau tak cakap yang kau takde bekas untuk bawak nasi ni, aku boleh bagi kau bekas, kenapa kau tak cerita dengan aku Mira kau ni kan.

Mira tunduk tolong jangan nangis boleh tak ? Semalam kau yang cakap kau nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak ? Makan je la.

Mira aku rasa bersalah sangat sebab menyusahkan kau, takpe lah Mira jom kita makan, kau makan nasi goreng aku, aku nak rasa nasi goreng ko.

Ehhh tak per..tak per..kau makan je nasik goreng kau, nasi goreng aku tak sedap bubuh dalam bekas sabun pula tu.

Mira jgn ckp mcm tu, bagi sini aku rasa nasi goreng kau, ya la rasa sesudu je kompom tak sedap tu.

Anak saya pun makan rasa sesudu, memang betul pun tak sedap, nasi goreng Amira putih meleset takda rencah, takda rasa pun tawar je, tapi anak saya tak kisah dia tak merungut pun.

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu, air mata dia plak berlinang, anak saya tanya kenapa kau nangis, dia cakap tak ada apa, takpelah, kita makan je la.

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya, saya menangis tapi saya tidak menangis semasa itu. Saya tidak mahu menangis di depan anak saya. Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis.

Selesai anak saya bercerita saya cakap kat anak saya, esok bawak bekas tupperware kat dapur tu bagi kat Amira ya cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita.

Lepas tu saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta, sebenarnya bukan saya tengok kereta saya menangis semahunya kat tepi kereta tu, tak sangka sangat di zaman moden ni masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita sedih dan sayu hati ni.

Kepada orang kaya di luar sana ingatlah dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan.

Saya berdoa kepada Allah agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan Aminn.

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita.


12 Oct 2012

Kisah Kehidupan: Empat Isteri

October 12, 2012 0
Kisah Kehidupan: Empat Isteri
Sekadar berkongsi email dari Kelab... 




Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.

Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...