Assalamualaikum wbt.
Hari ni Cik Ti nak cerita tentang kad membership yang ada dalam purse. Yang membuatkan purse menjadi gemuk dan berat. Hihi.. Biasalah orang perempuan... Tu belum lagi termasuk kad klinik, insurans, ic sendiri, ic anak-anak dan lesen memandu. Banyakkan kad yang ada kat purse orang perempuan. :)
Purse orang perempuan ni dah umpama macam poket doraemon. Segala mak nenek ada..
Okay, ni pasal membership shopping. Untung ke jadi ahli banyak2?
Yang ada dlm wallet... yang lain ingat no. ahli saja. |
Bagi Cik Ti ia sangat menguntungkan sebab:-
- Bila jadi membership sesuatu syarikat, kita boleh beli barangan tersebut dengan harga yang lebih murah 10% - 25%. Dah jimat dari beli dengan harga retail untuk produk yang di gunakan sendiri.
- Boleh buat side income. Bila dah beli dengan harga murah, kita boleh jual kepada rakan-rakan dengan harga retail. Kan boleh buat $$$. Itu kalau buat jualan... Ada juga yang membership yang menawarkan diskaun dan bonus tunai. Ini lagi untung.. Dapat kedua-duanya. Contoh membership yang memberi diskaun dan bonus tunai adalah shaklee.
- Boleh redeem barang bagi point yang terkumpul. Cik Ti selalu redeem point Smiles ( Petron) untuk beli barangan di kedai runcit Petron. Tak perlu keluarkan tunai bila ke sana... Tetambah anak-anak Cik Ti ni suka bebenar ke kedai.
- Untuk kaki shopping pula, boleh dapat diskaun tambahan kalau ada kad. Antara syarikat yang menawarkan diskaun tambahan adalah seperti Ariani dan Jusco.
- Boleh dapat ilmu business. Bila join membership seperti shaklee,mentor akan beri tunjuk ajar cara mendapatkan business dan keuntungan.
- Keahlian kad tersebut ada yang seumur hidup... tak perlu renew pun.
Untungkan bila jadi ahli...
Ini pula keuntungan menjadi ahli kelab pizza hut. Encik Suami yang join tapi kad keahlian bagi kat cik ti untuk simpan.
Untuk keahlian pizza hut ni, dapat 2 voucher regular pizza ( free) dan 2 voucher 50% untuk pasta atau nasi di pizza hut. Voucher ni boleh expired bulan December 2015. So, boleh pergi pizza setiap bulan. hikhik.