January 2016 - Cahaya Hayati

29 Jan 2016

Masih Kekal

January 29, 2016 6
Masih Kekal
Alhamdulillah.

Berita baik untuk rakyat Negeri Kedah. Dato Seri Mukhriz masih kekal sebagai Menteri Besar Kedah. mesti ramai yang lapang dada mendengar berita ini..


Sumber: FB Page Mukhriz Mahathir FC

Salad Buah-Buahan Dan Bayam

January 29, 2016 1
Salad Buah-Buahan Dan Bayam
Supper semalam.
Ini biasa terjadi bila di tengah malam terasa lapar dan ingin mengunyah sesuatu. Maka terhasillah salad buah-buahan.

Salad Buah-Buahan Dan Bayam


Salad buah-buahan

Bahan
1 Buah epal merah - di potong dadu
1 biji epal hijau - di potong dadu
10 biji buah anggur - di belah dua
3-4 pokok bayam - ambil daun saja. Celur dengan air panas
2 sudu besar Mayonis
Garam

Caranya
Gaul semua bahan di atas. 

Nota: untuk rasa yang lebih sedap, biarkan seketika (min satu jam) di dalam peti sejuk.

Kalau Aku Bawa Motor Berkuasa Tinggi..

January 29, 2016 1
Kalau Aku Bawa Motor Berkuasa Tinggi..
Assalamualaikum wbt.

Dulu, masa bergelar minah rempit ( belum mampu nak beli kereta)... Ada gak cita-cita nak pakai motor berkuasa tinggi. Masa tu idola i is Erra Faziera. Suka sangat tengok dia bawa motor besar dan berkuasa tinggi. Tapi apa kan daya... Sebelum tercapai cita-cita, i dah tergolek eksiden. Terus fobia nak bawa laju-laju. Bawa dekat-dekat tu boleh la. Jejauh tu dah tak confiden.

Sekarang, kalau aku bawa motor berkuasa tinggi macam dah tak sesuai. faktor umur barangkali... Pastu askar-askar (anak-anak) pun pasti akan ikut. Tahap keyakinan aku nak tunggang moto tu dah rendah... Jadi lebih baik jadi pembonceng saja. hahaha

BMW Motorrade
Sekadar di bilik pameran

28 Jan 2016

I lap U too!

January 28, 2016 4
I lap U too!
Gedik sikit petang ni. :)


27 Jan 2016

BR1M, Dah Boleh Check Akaun Bank Dah

January 27, 2016 0
BR1M, Dah Boleh Check Akaun Bank Dah
Assalamualaikum wbt.

Pakcik, makcik, akak, abang dan adik yang dah mohon BR1M boleh check akaun bank dah. Dengar-dengar ada yang masuk dah. Kalau ikut jadual yang di berikan, BR1M akan di masukkan ke dalam akaun esok - 28 Jan 2016.

Yuhuuu! Sapa yang dapat tu.. Guna sebaik-baiknya. Jangan buat pi enjoy pula... :)


Tarikh bayaran BR1M 2016

Selamat menerima BR1M!


What Do You Want To Be?

January 27, 2016 0
What Do You Want To Be?
Assalamualaikum wbt.

Pilihan itu di tangan kita. Nak jadi sebagaimana yang di impikan atau sebaliknya. Di bawah adalah chart productive & lethargic panda. Kita berada di sebelah mana? Yang productive atau lethargic? 

Melalui chart di bawah kita boleh tukarkan diri dari lethargic ke productive iaitu dengan melakukan apa yang orang productive buat setiap hari.

Jom jadi lebih produktif!



26 Jan 2016

Mee Kuah Daging

January 26, 2016 2
Mee Kuah Daging
Assalamualaikum wbt.

Dah tengahari rupanya. Perut pun dah mendendangkan irama keroncong.. hehe.

Hari ini nak update menu semalam iaitu mee kuah daging. Dok teringin nak buat dan makan mee kuah ni dah lama tetapi tiada kesempatan. Alang-alang cuti ganti thaipusam, usahakan juga untuk buat. Bila buat sendiri ni terasa kepuasannya. Nikmat tu sampai ke perut. hehe

Resepi yang di kongsikan ini boleh di pelbagaikan bahannya dan mengikut citarasa sendiri. Selalunya akak buat mengikut apa yang ada di rumah. Almaklumlah shopping barang dapur seminggu sekali.

Mee kuah daging
akak gantikan dengan mee segera

Resepi Mee Kuah Daging

Bahan Kuah
Mee kuning - 2 bungkus ( boleh di gantikan dengan koay teow atau mee segera)
1/2 kilo daging rincik - yang siap potong dan ada lemak-lemak tu. Rebus terlebih dahulu
1/2 tin tomato soup - akak guna jenama kimball
3 sudu besar cili  kering kisar
3 sudu besar sos cili
4 Sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk perasa
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak
garam secukupnya
Air - 2 liter atau guna air rebusan daging

Bahan Sampingan
Sawi
Tauge
Tauhu - di goreng terlebih dahulu
Bawang goreng
Daun bawang
Cili besar merah - di potong nipis


Caranya
Rebus daging sehingga empuk. 

Tumis bawang putih & besar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.

Tambah air/ air rebusan daging + daging dan masukkan sos cili, sos tiram, tomato soup. Biarkan sehingga mendidih.

Masukkan garam dan serbuk perasa. Rasa. Jika rasa masih kurang sepertimana yang di mahukan.. Tambahlah sos cili, tomato soup, sos tiram atau garam sehingga mendapat rasa yang di hendaki. 

Untuk menghidangkan pula, akak akan panaskan kuah + daging dalam kuali sehingga mendidih. Kemudian masukkan mee dan sayur. Biarkan sehingga masak.  Kemudian angkat dan hidangkan dalam mangkuk. 

Hiaskan hidangan dengan meletakkan tauhu goreng, bawang goreng, daun bawang dan cili merah yang di potong.

Selamat mencuba!

Kedah Dapat Menteri Besar Baru Hari Ini?

January 26, 2016 3
Kedah Dapat Menteri Besar Baru Hari Ini?
Assalamualaikum wbt.

Aku bukan politician tetapi perkembangan politik di negeri sendiri kena ambil tahu jugak. Lately ni banyak betul DRAMA yang wujud. Tidak tahu siapa yang mulakan... Inilah sebabnya aku tak suka politik termasuklah politik pejabat. 

Bila dah dapat Menteri Besar yang ok dan di senangi oleh orang kebanyakkan.. Kena turun kononnya tak boleh kerjasama dengan ahli politik yang lain. Kenapa tidak boleh bekerjsama, rasanya tidak di sebut dalam hal media sosial.

Baca tweet dari kawan-kawan isu ini adalah di sebabkan oleh 'kewangan'. Ada yang kata ADUN yang menolak mukhriz telah di sogok dengan duit, tamak dan mahu jawatan tersebut. Siapa lagi kalau bukan yang lantang bersuara. 

Oklah berita The Star hari ini mengatakan DS Mukriz akan di beri jawatan baru. Ini bermaksud kedah akan mendapat Menteri Besar baru. Siapa? Tunggu berita selanjutnya. hehehe



Kalau suruh aku pilih, aku nak DS Mukriz kekal menjadi menteri besar Kedah. Kenapa? Aku suka tengok dia. Low profile sangat.


22 Jan 2016

Ketam Lembut Kuala Kurau

January 22, 2016 3
Ketam Lembut Kuala Kurau
Assalamualaikum wbt.

Dari Taiping singgah pula di Restoran JS Mutiara yang terletak di Kuala Gula, Kuala Kurau. Ingin merasakan keenakan ketam sebagaimana yang di viralkan. Untuk ke sini  kami menggunakan google maps. Alhamdulillah google maps bawa kami mengikut jalan yang betul. hehe

Jika tidak menggunakan google maps memang tidak akan jumpa sebab restoran ini kena masuk ke dalam sikit melalui jalan kampung. Tiada tempat parking khas ... Parking di tepi-tepi jalan masuk saja. 

Dah sampai. Restoran di atas air.. Suasana yang tenang. Dari restoran boleh nampak sangkar ikan, udang yang di usahakan oleh penduduk di situ.


Ketika sampai sini, kami masih lagi kenyang dengan pasembur &cendol Bismillah. Jadi, tiada makanan yang berat kami order. Sekadar mee goreng ketam, koay teow goreng ketam, nasi goreng ketam, moi sup ketam dan ketam goreng tepung. 

Rasa ok. Cuma dari segi presentation kurang menyerlah. Biasa sangat. So, memang tak ambik gambar makanan... Harga pula tak dapat nak komen sini sebab encik suami yang bayarkan. Dia cuma kata bolehlahhhhh.. Kalau akak, seafood di sini memang tak boleh lawan yang kat Pulau Pinang. Taste masing-masing kannnnn.

Servis ok sebab ketika kami sampai di sana, memang ramai pengunjung. Maklumlah musim cuti lagi dan tahun baru.

ketam lembut kuala kurau

Aktiviti wajib sementara menunggu makanan, ambil gambar. 


 Dan ada saja gangguan bila mommy ngan daddy nak selfie.. hehe


Itu saja. Tunggu next update... 

21 Jan 2016

Termotivasi Dengan Gadis Ini

January 21, 2016 2
Termotivasi Dengan Gadis Ini
Assalamualaikum wbt.

Akak termotivasi dengan gadis ini sebab bukan senang hendak mengumpul aset dan memiliki apa yang di idamkan. Marilah kita berusaha sekuatnya. :)

Sumber dari OhBulan!


Memiliki Rumah Dan Kereta Mewah Ketika Usia Muda

Terngiang-ngiang kata-kata kawan masa belajar Dahulu. “Orang paling gila dalam Rumah ni adalah kau”. Sikit pun tidak terasa apa yang kamu kata, malah ingin berterima Kasih sebab ayat ni menjadi pembakar semangat saya Sampai sekarang

Berjaya memiliki aset di usia muda

Alhamdulillah cita-cita tercapai dan buat mak tersenyum Saya bukan dari golongan bijak pandai dan keluarga berada, tapi saya tahu Usaha dan pengorbanan serta berkat doa keluarga saya hari ini memberi hasil di masa Akan datang

Saya dah tahan lama segala kehendak saya dan bohong la kalau saya cakap saya tidak suka shopping, tapi saya tahan diri saya sebab saya yakin dengan kata-kata mentor saya Tn Khairul Ezuwan , “tahanlah sementara kehendak awak hari ini untuk dapat sesuatu yang lebih baik akan datang dengan lebih selesa”, saya banyak belajar dengan beliau bagaimana mengenal apa yang positive dan apa yang negative. Apa yang perlu didahulukan, apa yang perlu dikemudiankan. Bagaimana tahap memiliki kehendak tanpa terbeban. Dulu saya pernah cakap pada beliau, mustahil saya mampu lakukan tapi beliau dengan tenang jawab, TAK MUSTAHIL PON, AWAK BUAT JER.

Saya telah berjaya lakukan sebelum umur saya 24 tahun untuk miliki apa yang saya mahukan. Walaupon itu kehendak, saya tidak terbeban lagi untuk memilikinya dan ini masanya saya nak reward diri saya sendiri . Betul orang cakap, Kita bukan cukup bila bergaji besar, Kita akan rasa cukup bila Ada simpanan yang cukup. Lepas tu angka gaji bukan lagi faktor utama.

Kepada rakan-rakan , Tidak ada yang mustahil jika kita sanggup berusaha lebih, cekal dan kental untuk ubah diri kita sendiri . Semoga anda semua berjaya. Saya menulis untuk memberikan inspirasi apa yang telah saya lalui dan apakah hasilnya.

Sekadar perkongsiaan
Syafieqah Alya

The Journey Of Life

January 21, 2016 1
The Journey Of Life
Assalamualaikum wbt.

Wordless Wednesday - The Journey of life.

quote of life

19 Jan 2016

Jadi Seperti Saya!

January 19, 2016 4
Jadi Seperti Saya!
Hahaha.. terpengaruh dengan kuiz vonvon ' Jadi Seperti Saya!'  di FB. Maka inilah hasilnya... Baiknyaaaa akak! :D

Jadi Seperti Saya!

Boleh cuba banyak kali dan dapatkan hasil yang berlainan.. Akak cuba 2 kali saja.

Jadi Seperti Saya!

Sebab Cahaya Hayati bijak, dia tak kongsi di FB. Dia kongsi di belog agar orang mai belog dia. Jadi seperti Cahaya Hayati. :)

Jadi Seperti Saya!

Jadi seperti saya adalah pengaruh dari ' Jadi Seperti Rashid & Shasha'. Tak sangka vonvon pantas dalam membuat kuiz seperti ini. So, korang tak payah nak fikir ayat-ayat sendiri. 

Kadang-kadang apa yang akak nampak dari 'jadi seperti saya' adalah seperti masuk bakul angkat sendiri atau masuk lif tekan sendiri. Pujian yang melambung untuk diri sendiri... Kalau tengok dari satu sudut pula, ia seperti memerli pun ada.. Siapa yang terkena memang akan terasa. Kalau tengok dari sudut yang lain pula, ia seperti satu motivasi untuk ajak mencontohi perkara yang baik. 

So, terpulanglah kepada individu tersebut untuk mentafsirkannya. Jika baik, baiklah. Jika buruk, buruklah.

How To Have A Lovely Day

January 19, 2016 3
How To Have A Lovely Day
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah masih di beri peluang untuk bernafas pada hari ini, untuk menjalani kehidupan ini. Tapi bagaimanakah kita menjalani hari kita? Dengan perasaan marah dan penuh stress? Atau dengan perasaan bahagia dan penuh gelak ketawa? Pilihan itu di tangan kita iaitu diri sendiri.

Ini adalah sedikit tips untuk memulakan hari yang baik. Amalkan di samping melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan mengikut segala suruhan serta meninggalkan segala larangan - Nya .. In Sha Allah unsur-unsur negatif akan pergi jauh dan hidup kita dari hari ke hari akan bertambah baik.


Selamat menjalani kehidupan yang indah hari ini. :)

18 Jan 2016

#88LOVELIFE VOL. 02

January 18, 2016 1
#88LOVELIFE VOL. 02
Assalamualaikum wbt.

Berita baik buat peminat buku #88 love life kerana edisi kedua telah di lancarkan semalam. Harap edisi kedua ini berada di pasaran Malaysia secepat mungkin memandangkan edisi pertama mendapat sambutan yang hangat. 

#88LOVELIFE VOL. 02

Bagi yang belum mengetahui.. Buku ini di tulis oleh pemilik blog hot chocolate & Mints dan di ilustrasikan oleh rakannya Dinda.

#88LOVELIFE VOL. 02

Seriusly, akak memang tak sabar nak dapatkan edisi ke-2 ni. Kalau ada yang nak hadiahkan memang akak sukaaaaaaaaaaaa. Edisi pertama dah otw.. akak baru beli dari MPH. Akak cari kat popular tak dak hari tu.. Kalau tau MPH ada jual, dah lama akak beli. hihuhihu..

#88LOVELIFE VOL. 02

Jom dapatkan buku motivasi ni..

TIGA LALAT CALENDAR GIVEAWAY

January 18, 2016 2
TIGA LALAT CALENDAR GIVEAWAY

Assalamualaikum wbt.

Last day dah GA ni... Sapa nak join, cepat up entry & follow blog sebagimana syarat dia. Pastu bagi link kat blog dia... Dah siap.

TIGA LALAT CALENDAR GIVEAWAY


Good luck kepada siapa yang join tu...

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

January 18, 2016 11
Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih
Assalamualaikum wbt

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih

Marilah kita join. Untung2 menang.. hehe.

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]

REFINITY Acne Hydrogel

Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.


Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke  019-544 3000

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Change

January 18, 2016 2
Change
Assalamualaikum wbt.

Wordless monday : Change


15 Jan 2016

Singgah Sebentar Untuk Menikmati Keenakan Cendol Di Taiping

January 15, 2016 2
Singgah Sebentar Untuk Menikmati Keenakan Cendol Di Taiping
 Assalamualaikum wbt.

Kali ini kami singgah di Taiping untuk menikmati keenakkan cendol Bismillah. Selalunya dengar keenakan cendol ini dari kawan-kawan saja. Kali ini cuba sendiri.

Alhamdulillah sedap. Rasa seperti cendol buat sendiri yang asli. Tidak terlalu manis dan lemak pula hanya dari santan asli. Tidak di campur dengan susu... Keenakkan air gula melaka dia tu yang menjadikan cendol bertambah sedap.

Di Bismillah Cendol ini, terdapat pelbagai pilihan cendol. Antaranya, Cendol biasa, Cendol Kacang Merah, Cendol Pulut... Pilihan kami adalah cendol kacang merah.

tempat makan best di taiping

Sambil menikmat keenakan cendol kami juga merasa kelazatan pasembor yang juga di jual di situ. Kalau tidak kenyang memang boleh habiskan sepinggan. Tapi di sebabkan kenyang kami hanya order sepinggan dan makan ramai-ramai. Yang penting dapat rasai kelazatan tersebut.  

tempat makan pilihan di taiping

So, boleh singgah lagi di sini lain kali. :)

Tips mendidik Anak Sebagai Ibu Bapa Cemerlang

January 15, 2016 0
Tips mendidik Anak Sebagai Ibu Bapa Cemerlang
Assalamualaikum wbt.

Bukan senang menjadi ibu bapa. Salah langkah anak terasa hati, salah langkah anak tidak berjaya, salah langkah anak derhaka kepada kita dan kita menjadi ibu bapa yang GAGAL.

Kenapa kita menjadi ibu bapa yang gagal?

  • Mengikut cara asuhan dan didikan oleh orang yang di sekeliling kita terutamanya ibu bapa dan saudara kita. Kenapa? Kerana kita tidak mahu orang mengata tentang kita.. Sepatutnya kita abaikan pandangan orang di sekeliling.  Asuhlah anak kita mengikut cara islam dan Rasulullah.
  • Terlampau bertegas dengan anak. Semuanya TIDAK BOLEH. Ini menyebabkan anak tidak boleh berdikari dan membuat keputusan sendiri.
  • Berkira dengan anak. Tidak dapat di nafikan ada sesetengah ibu bapa yang berkira dengan anak-anak. Abaikan permintaan anak-anak. Kadang-kadang permintaan itu tidak mahal pun tetapi ibu bapa merasakan tidak perlu untuk anak memilikinya sedangkan kita tidak tahu apa yang anak imaginasikan. Contohnya, jika dia ingin kapal terbang mainan.. mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi seorang pilot. 
Cukuplah tiga sebab kenapa kita menjadi ibu bapa yang gagal. Banyak sebab sebenarnya tapi tak perlulah di tulis dengan panjang lebar di sini.

Yang perlu ketahui adalah tips untuk menjadi ibu bapa cemerlang anak terbilang. In sha Allah. Baca tips- tips tersebut di bawah ini.


cara mendidik anak

Sorry Michael :(

January 15, 2016 0
Sorry Michael :(
Hello Michael!

Firstly thanks for your email. But, i'm not interested to knowing you.. Maybe u can find another girl who suit you and looking for a relationship.

Sorry to disappointed you. I'm truly sorry!


Hahhaha... sekali sekala melayan spam email. Kadang-kadang terfikir juga, orang yang kena tipu tu dok melayan spam email macam ni kot. Dah sah-sah google letak email macam ni dalam spam bucket... Jadi kenapa perlu nak layan?

Jangan fikir dapat email seperti ni mamat mata biru hijau nak kawan ngan ko... Depa just nak for fun or duit ko saja. Jadi, jangan dok gatai pi reply email macam ni. Tak buka lagi bagus..

Jadilah orang yang bijak IT yang membuat keputusan melalui iman dan akal fikiran.


14 Jan 2016

Kerana 'Dilwale'

January 14, 2016 3
Kerana 'Dilwale'
Assalamualaikum wbt.

Cerita semalam. Ambil half day leave demi menonton 'Dilwale'. Idea asal adalah dari kakak ofismate yang buat tanda peace tu. Akak ngan kak Azi tumpang sekaki. hahaha.

Akak bagi 5 bintang sebab boleh buat akak menonton gambar ni berulang kali.. hehe. kena download la pasni. Sapa ada link download, bak sini.. akak nak donlod. 

Dilwale

Next, kami boleh planning lagi untuk ladies day out. :) Sebab memang best bila sesekali keluar  dan menghabiskan masa dengan kawan-kawan. 

13 Jan 2016

Boleh Cuba Jika Tertinggal Kunci Di Dalam Kereta Yang Berkunci

January 13, 2016 4
Boleh Cuba Jika Tertinggal Kunci Di Dalam Kereta Yang Berkunci
Assalamualaikum wbt.

kaedah membuka kunci kereta dalam kereta yang berkunci ini telah menjadi viral. Aku share kat sini supaya dapat menjadi rujukan terutamanya pada diri sendiri sebab dulu pernah tertinggal kunci dalam kereta, pastu dengan selamba pergi lock manual dengan engine yang masih hidup. Time pakai sang kancil yang comei tu.. Nasib baiklah masa tu parking sebelah kedai service kereta. hehe.. So, abang mekanik yang tolong bukakan.. :D

Ini pula kaedah untuk buka jika log guna alarm. Nampak senang, yang paling penting kena ada kunci dan alarm spare di rumah. Kita tak tahu bila masa kita akan menjadi seorang yang kelam kabut dan terlupa semua perkara.. terutamanya bila panik. Jadi, sila hafal kaedah ini.. terutamanya kepada pemilik kereta jenis auto log. Tutup pintu je terus log... Tengok2 anak kecik dok kat dalam.. Nangis!




Selamat mencuba yer!

12 Jan 2016

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

January 12, 2016 3
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink
Assalamualaikum wbt.

Giveaway yang wajib di join.

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink
klik untuk join

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist

Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini
Senarai Hadiah Hebat
Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula
Senarai Peserta Hebat

Kerana Nyamuk!

January 12, 2016 2
Kerana Nyamuk!
Assalamualaikum wbt.

Balik kampung hari tu... Semua pakat bangun awai. Kerana nyamuk! Ubat nyamuk habis... Akak malas nak pasang yang baru sebab dah pagi. So, semua pakat bangun awai. hehe...

indahnya suasana di kampung
Takdak cerita apa pun cuma seronok tengok anak-anak menikmati suasana di kampung. Bebas bermain dan berlari. Kalau kat rumah susah sikit sebab rumah mengadap jalan utama...  Yang bawa moto pun laju semacam. Excident tak terkira dah...

Layan gambar jelah yer..
Main buaian
Belakang rumah. Ada la kambing dan lembu seekor dua.
Tunjuk rajin.. 
Yang ni Ayam... Kalau ayam goreng depa panggil chicken. :D
Marah ayam... Bawah pokok ni lah tempat lepak mak ngan kawan2 dia.
Binatang apa ntah.. adik beradik lady bird kot

TM E- Billing Di Tangguhkan Sehingga Julai 2016

January 12, 2016 3
TM E- Billing Di Tangguhkan Sehingga Julai 2016
Assalamualaikum wbt.

TM E- Billing di tangguhkan sehingga Julai 2016 di atas beberapa faktor. Namun faktor utama yang menjadi sebab penangguhan ini adalah untuk memastikan semua pelanggan TM bersedia dan maklum tentang pelaksanaan e-billing.

Bagi pelanggan yang masih dan mahu mengekalkan penerimaan hardcopy bill, pelanggan akan di caj RM 2 bagi setiap bil. Jika tidak mahu di caj, bertukarlah kepada e-billing.

Maklumat lanjut berhubung pelaksanaan dan penangguhan e-billing ini boleh di lihat dalam web rasmi TM iaitu https://www.tm.com.my/OnlineHelp/BillPayment/Pages/EBill.aspx

TM E-Billing

Untuk membuat pertukaran dari hardcopy bill kepada e-billing pelanggan boleh menerusi dua medium berikut:

  • Call service center TM - 100
  • Walk in ke TM Point yang berdekatan dan isi borang berhubung penukaran hardcopy bill ke e-billing.
Dengan menukar kepada e-billing, kita juga dapat menyelamatkan bumi dan penggunaan kertas. Ini selaras dengan kempen Hijau Bumiku.

Saya dah, anda bila lagi?

11 Jan 2016

Jika Tiada Bahu Untuk Bersandar..

January 11, 2016 2
Jika Tiada Bahu Untuk Bersandar..
Assalamualaikum wbt.

Dalam meniti hari-hari yang mencabar,jika merasa diri berseorangan, jika tiada bahu untuk di sandarkan.. ingatlah masih ada sejadah untuk bersujud. 

Ingatlah masih ada Dia (Allah SWT) untuk mengadu dan mohon pertolongan. Inilah rahsia kekuatan dan jati diri yang sebenar. In Sha Allah.



8 Jan 2016

Percutian Di Hujung Tahun 2015 Dan Di Awal Tahun 2016

January 08, 2016 0
Percutian Di Hujung Tahun 2015 Dan Di Awal Tahun 2016
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah di beri kesempatan untuk membawa anak-anak bercuti pada cuti sekolah yang lalu. Tidak dapat bawa pada awal cuti sekolah di sebabkan beberapa masalah peribadi yang melibatkan keluarga. Percutian ini adalah pada 31hb Disember sehingga 2 Januari 2016. So, dah cover cuti untuk tahun 2016 jugak.:D

Lokasi percutian kali ini adalah di Port Dickson. Menginap di Grand Lexis Port Dickson. Tempahan di buat oleh daddy Z. Memula book bilik Grand Pool Villa. Lepas tu minta tukar ke Grand Garden Pool Villa di sebabkan bilik tersebut lebih besar dan berdekatan dengan parking. Almaklumlah ahli keluarga ramai. 

Tempahan berjalan dengan lancar. Bayaran untuk booking pun minta di lakukan sehari sebelum check in. Nak bayar ketika walk in pun boleh.. Tapi kena inform awal-awal agar staff GL dapat masukkan remarks dalam system mereka.

Jadi, tak perlu risau kehilangan deposit jika tidak dapat pergi atau ada halangan ketika tarikh percutian.

Grand Lexis Port Dickson

Ingatkan tak ramai yang bercuti ketika sekolah hampir di buka. Ramai rupanya.. hihi. Orang Malaysia memang suka bercuti. Panjang barisannya ketika check in. Di sebabkan semua kaunter di buka maka process check in berjalan dengan cepat dan lancar.

Grand lexis Port Dickson

Perkhidmatan mengangkat beg pun baik. Dari parking sampailah ke bilik... Kalau tak jenuh jugak daddy Z nak angkat sorang-sorang. Terima kasih yer adik. Orangnya satu daerah ngan akak. Tengah buat praktikal kat situ katanya.

Banyak yang akak nak taip tapi sampai kat sini dulu. Nanti akak sambung lagi sebab masa mencemburui kita. Akak kan makan gaji!hik hik

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

January 08, 2016 11
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz
Assalamualaikum

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).  


Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)

Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat blog papaglamz jer.(WAJIB)

3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe 

Hadiah yang bakal di menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januai 2016. 


100K, Terima Kasih

January 08, 2016 3
100K, Terima Kasih
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah blog Cahaya Hayati telah mencapai 100K pageview pagi ini. Dulu tertunggu-tunggu gak bilalah blog ni nak mencapai 6 angka pageview. Tercapai jugak akhirnya.

pageview

Terima kasih kepada mommy irra dan AJK EFG sebab beri peluang untuk join EFG. Dari EFG aku belajar banyak perkara tentang blog, seo, ping dan lain-lain lagi.

Terima kasih juga kepada EFGier yang turut menyumbang PV. Tanpa korang blog Cahaya Hayati tidak akan mencapai 100k PV. Adik beradik blogger yang saling membantu.. Love u alls!

Terima kasih juga kepada pengunjung yang sudi singgah dan ikuti blog ini. Tinggalkan jejak anda agar akak dapat jenguk balik dan follow blog korang.

Muah 23kali untuk korang semua!!

7 Jan 2016

Jawapan Itu Ada Pada Diri Sendiri

January 07, 2016 2
Jawapan Itu Ada Pada Diri Sendiri
Assalamualaikum wbt.S

' Saya boleh berubah kan?'

Pertanyaan dari seseorang yang ingin berubah dan membetulkan keadaan. 

berubah

Yupp! Semua orang boleh berubah tetapi perlu ke tanya orang lain atau minta pendapat orang lain.. Bagi aku kita tak perlu tanya pendapat orang lain sama ada kita boleh berubah atau tidak. Jawapan itu ada pada diri sendiri.

Dengan bertanya kepada orang lain, kita nak meyakinkan diri sendiri atau meyakinkan orang tersebut yang kita boleh berubah. Atau dengan harapan semuanya akan menjadi seperti dulu kembali.

berubah

Jika kita hendak berubah ke arah kebaikan, tak perlu tanya pendapat atau pandangan orang lain. Lakukan terus dengan penuh keyakinan dan abaikan anasir-anasir atau perasaan was was yang wujud. 

berubah

In Sha Allah kita akan merasa kemanisan dan kecantikan serta kebaikan dari perubahan tersebut.

Jom berubah!