October 2015 - Cahaya Hayati

30 Oct 2015

OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE

October 30, 2015 11
OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE
Assalamualaikum wbt.

Alamak! Dah nak hampir tarikh due baru perasan MekZumbie ada buat GA. Sempat lagi ni.. jom join! 

Dulu aku tak follow pun blog mekzumbie ni sebab aku ingat blogger yang cerita tentang hantu.. Heheh sebab nama ZUMBIE tu.. TAPI bila masuk ja blog ni penuh dengan info yang berguna terutamanya tentang vacation.. Satu lagi blog yang wajib di follow.

OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE
klik banner untuk join
Syarat-syarat penyertaan :
1. Follow blog MekZumbie,
2. Follow Instagram MekZumbie,
3. Buat satu entri & cerita pasal Blog Mek Zumbie (Ringkas aje),
4. Letakkan banner Giveaway yang di HIPERLINK kan ke entri GA ini,
5. Komen entri ini sekaligus dengan URL entri korang & Nama Instagram korang & paling penting URL FB korang untuk memudahkan aku nak contact kalau korang pemenangnya hehehe.
6. Tarikh tutup GA ini ialah pada 31 Oktober 2015 pada jam 12 malam waktu Malaysia.

Cara Follow Blog Yang Tiada Button Follower

October 30, 2015 1
Cara Follow Blog Yang Tiada Button Follower
Assalamualaikum wbt.

Dalam seronok nak join GA tetapi bila syarat kena follow blog yang tiada button follow terus rasa lemah. Kalau tak follow tak memenuhi syarat dan tak menang.. huhu

Jangan risau sebab cara nak follow blog yang tiada button follower senang saja. Hehe...

1. Pergi ke www.blogger.com
2. Cari  'READING LIST'. Di situ ada button 'Add'.

Cara Follow Blog Yang Tiada Button Follower
follow me!

3. Tekan Button Add. Nanti keluar pop out box yang minta masukkan link blog yang korang nak follow tu..

Cara Follow Blog Yang Tiada Button Follower
Masukkan link blog yang nak di follow

4. Last sekali tekan button follow. Dah follow...

Good Luck!

29 Oct 2015

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

October 29, 2015 4
Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih
Assalamualaikum wbt.

Fuhh kiri fuhh kanan. Harap-harap menang GA ni.. 

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015


28 Oct 2015

THENAMYBLOG 1ST ANNIVERSARY

October 28, 2015 4
THENAMYBLOG 1ST ANNIVERSARY
Assalamualaikum wbt

Klik banner untuk join

THENAMYBLOG 1ST ANNIVERSARY


Bila kekeringan idea atau mood update blog ke laut, join segmen, give away dan lain-lain untuk pastikan blog saya senantiasa ter'update.

So, jom join THENAMYBLOG 1ST ANNIVERSARY.

Tiada hadiah tunai TETAPI apa yang pasti tuan blog menjanjikan....

5 blog bertuah akan kekal bertepek di sebelah kanan bloglist saya selama setahun. 
3 blog review.

Dengan itu, sila ambil peduli 4 perkara dibawah;

1. Follow THENAMYBLOG and/or Google + namy yul. 
2. Buat satu entry berkenaan THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY
3. Last but not least, jangan lupa tinggalkan URL entry diruang komen ya.
4. Dateline: tengah malam 31 Oktober 2015

Segmen Blogwalking YanieYusuf.com

October 28, 2015 3
Segmen Blogwalking YanieYusuf.com
Assalamualaikum wbt.

Jom Join.
Klik banner untuk join.

Segmen Blogwalking YanieYusuf.com


Tarikh tutup 31 Oktober 2015

Karma

October 28, 2015 2
Karma
Assalamulaikum wbt.

Karma. 

Setiap perbuatan itu ada timpal baliknya. Hukum alam.


27 Oct 2015

Inilah Sebab Aku Dapat Gelaran Tak Reti Adab

October 27, 2015 1
Inilah Sebab Aku Dapat Gelaran Tak Reti Adab
Budak ni tak reti adab!

Dulu, aku dapat ayat ni dari seorang yang agak berusia. Yang bergelar mak saudara kepada aku.. Yang memberi gelaran tak reti adab kepada aku di sebabkan aku tak bersalam dengan abang sepupu yang lebih berusia. Aku diamkan saja sebab aku bukan jenis membidas cakap orang. Tambah-tambah lagi orang yang perlu di hormati.

Tak reti adab aku dulu rupanya bermunasabah. Ternyata di larang dalam agama.. Hehe. So, I win.

Jadi, jangan sesedap rasa melabelkan orang tu tak reti adab atau adat.  Yang sebenarnya dia lebih bijak sebab memilih HUKUM.

antara adat, adab vs hukum

Resepi Mudah | Mee Lada

October 27, 2015 1
Resepi Mudah | Mee Lada
Assalamualaikum wbt.

Akhirnya semangat meng'update' blog sudah mai. Setelah bertungkus membetulkan responsive template. Belum siap 100% tetapi dah agak memuaskan hati. Ok tak template ni? Cer komen sikit...

Hari ini nak share resepi yang mudah dan sedap terutamanya kepada yang suka makan mee hailam dan hot plate yee mee. Bukan apa sesetengah orang tak suka.. Biasalah selera masing-masing.

mee lada
Mee Lada Mommy Style

Resepi Mee Lada

Bahan
1 bungkus mee
12 biji bebola daging
1 keping dada ayam - di potong kecil
2 pokok sayur sawi
3 biji bawang putih - di cincang halus
3 biji cili kering - di potong 2 atau 3
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus
2 sudu besar tepung jagung- bancuh dengan 3 sudu air
5 - 6 cawan air
2 sudu besar minyak
4 biji telur ayam
garam

Cara
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kering sehingga wangi dan agak garing. Masukkan air.

Tambahkan sos tiram, kicap dan lada hitam. Biarkan sehingga mendidih.

Masukkan ayam dan bebola daging. Masak seketika. Masukkan garam secukupnya.

Bila rasa dah cukup, masukkan bancuhan tepung jagung ketika kuah tengah mendidih.  

Untuk menghidang, panaskan kuah sehingga mendidih.. Masukkan telur sebiji-sebiji. Biarkan telur masak seketika. Kemudian barulah masukkan sayur sawi dan mee. Biarkan seketika sehingga masak.

Hidang panas-panas.

* Sekiranya kurang pedas boleh  makan bersama dengan cili potong kicap.


Selamat mencuba.

Bencinya!

October 27, 2015 0
Bencinya!
Assalamualaikum wbt.

Bencinyaaaa... Tak sukanyaaaa.. TAPIIIII nak buat jugak. Nak jugak!


Apa yang aku BENCI adalah bila jumpa template blog yang cantik dan dah jatuh cinta tapi tak boleh suit dengan iklan. Bila masukkan iklan terus jadi buruk. Pada pandangan mata aku lah.

Benci bila cuba edit blog, tapi tak berjaya.. Jadi lagi teruk adalah. Terfikir juga kenapa la dulu aku tak ambik course IT. Kan senang sikit nak edit guna html. 

TAK SUKANYA bila tengok blog berserabut dan jadi ntah hapa-hapa.

Korang jangan pengsan pula bila masuk blog aku... Nanti ada masa baru aku edit bagi cantik. Kena berguru untuk dapat blog yang cantik.. Alhamdulillah ada cikgu template dalam EFG. Thanks cikgu, thanks EFG.

Kepada yang bertanya, macam mana nak join EFG. Untuk makluman, keahlian EFG di tutup sementara waktu. Pengambilan akan di umum kelak. Apa-apa yang berhubung dengan EFGsila contact dengan mommy Irra .

Oklah sampai sini saja luahan perasaan pada hari ni. :)

23 Oct 2015

Idea, Please Come To Mommy

October 23, 2015 3
Idea, Please Come To Mommy
Assalammualaikum wbt.

Salam Jumaat.

Wordless hari ni. Masih belum ada idea nak update blog. Rasa macam kosong saja.. Harap-harap lepas lunch nanti idea muncul dengan banyaknya. hahaha..


20 Oct 2015

Asam Pedas Tumis Ikan Duri

October 20, 2015 7
Asam Pedas Tumis Ikan Duri
Assalamualaikum wbt.

Petang-petang camni akak share resepi sajalah. Mana tahu boleh jadi idea untuk korang masak malam ni... :)

Menu tengahari hari sabtu hari tu.. Hari ni baru terhegeh-hegeh nak update..  Janji update dan letak resepi kat sini. Mana tahu, esok-esok dah tua.. Dah berjauhan.. anak-anak pula godek blog mommy cari resepi yang mommy selalu masak. Rindu masakan mommy... :)

Asam pedas tumis ni lebih dikenali sebagai asam pedas melaka. Since akak bukan orang melaka... Akak letaklah asam pedas tumis. Ikan duri tu akak tak pasti pula nama saintifik dia apa. Kalau belah selatan di kenali sebagai ikan mayong kot. Alah ikan yang telur dia bulat-bulat besar tu...

asam pedas tumis

Resepi Asam Pedas Tumis

Bahan-bahan

2 ekor ikan duri
2 batang serai - ketuk
1 kuntum bunga kantan
1 genggam daun kesom
3 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 sudu kecil halia - kisar
1 sudu kecil lengkuas - kisar
1 sudu kecil belacan
2 sudu besar minyak
3 keping asam keping
garam secukupnya.

Caranya

Tumis cili kisar sehingga garing. Masukkan bahan kisar.. Masak sehingga wangi dan berminyak..

Tambah air. Masukkan belacan, serai, bunga kantan, daun kesum, garam dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih.

Apabila mendidih, masukkan ikan. Masak dengan api kecil sehingga ikan masak/ mendidih sekali lagi.

Siap.  Hidangkan panas-panas.


**** Asam pedas sedap jika di panaskan kali kedua. Lebih terasa bahannya. 

Bila Suami Minta Makan Di Tengah Malam...

October 20, 2015 0
Bila Suami Minta Makan Di Tengah Malam...
Assalamualaikum wbt.

Dah lama encik suami pantang makan tengah malam. Erk! Akak yang tak bagi dia makan.. Suruh dia jaga pemakanan dan kesihatan. Sapa tak sayang laki oii..

Bila dia temankan si isteri menyiapkan kerja di tengah malam dan bagitau lapar... Haruslah si isteri tunaikan. Tapi hanya yang ini saja si isteri mampu buat. 

Mee segera... Mudah, cepat dan sedap. 

Walaupun segera, akak masukkan pelbagai bahan agar nampak lebih menyelerakan.. Hahaha.


Resepi??? Jangan buat malu akak.. Resepi mudah camni pun takkan korang tak tahu. 

Oklah akak bagitau jugalah... Bahan dia, sebungkus mee segera perisa sup, meatball, sayur sawi, 2 biji cili padi dan sebiji telur.

Caranya. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan meatball, cili padi dan batang sawi. Biarkan mendidih lagi, masukkan telur. Jangan kacau telur tu... 

Last sekali masukkan perencah mee segera, daun dan mee segera. Biarkan sehingga mee lembut.. Dah siap. hidangkan panas-panas.

Pstt. jangan makan selalu tau. Sesekali takpe....

19 Oct 2015

Kembali Meriah

October 19, 2015 3
Kembali Meriah
Assalamualaikum wbt.

Terima kasih Nuffnang kerana kembali memeriahkan blog. Iklan apa yang ada...

#Dove 
#UMobile
#MOH -Exclusive Breastfeeding
#LuxObsession 
#SofyCompact


Apabila blog kembali meriah dengan iklan iklan dari advertiser seperti nuffnang dan adsense, semangat meng'update' pun jadi tinggi. Kalau boleh nak update setiap jam. Itu kalau boleh lah... Tapi selalunya tak boleh lah. hahaha.

Oklah jom rajinkan diri meng'update blog'!!

Good Luck!

Nak Sambut Di Tadika Katanya

October 19, 2015 1
Nak Sambut Di Tadika Katanya
Assalamualaikum wbt.

Serba sedikit update tentang sambutan birthday Ammar di tadika. Nak sambut di tadika katanya. Dua tiga kali tanya nak jugak sambut kat tadika... Mommy dan daddy ikutkan sajalah sebab dah tahun akhir di tadika setelah 3 tahun mengenal huruf, belajar mengeja, membaca, mengira dan menghafaz di sini.


Kek tu tempah dengan adik PR opis. Kreatif dan rajin orangnya.. Kalah akak. hehe...

birthday boy
Nak sambut dengan kawan-kawan. Nak nyanyi lagu dan makan kek dengan kawan-kawan.

Alhamdulillah. Seronok tengok anak-anak kecil di tadika ini. Sporting...


Dah penuhi hasrat anak.


Di sebalik tabir pula. Nak sambut besday kat sekolah kena buat goodies bag sendiri  sambil di bantu oleh kakak. Sambil buat sambil masuk mulut... Suka lah depa. :)


Pembantu kecik pun sibuk nak tolong. Penat mommy kepung...Kalau boleh semua barang atas meja tu nak di tarik letak bawah...


Setakat ini saja sebab hari ini berada di luar pejabat. Kena bertugas di luar... Sesekali untuk mencapai sasaran yang telah di tetapkan.

16 Oct 2015

Tawaran Diskaun Oleh TM

October 16, 2015 0
Tawaran Diskaun Oleh TM
Assalamualaikum wbt.

Sering menerima panggilan dari agensi kutipan? 

Merasa terganggu?

Mendapat notis tunggakan dari peguam atau mahkamah?

Di belenggu hutang?

Ingin melangsaikan tunggakan TM?


BERITA BAIK KEPADA PElANGGAN AKAUN PENAMAT TM ( FINAL ACCOUNT)!!!

Buat pertama kalinya TM menawarkan diskaun sehingga 50% kepada pelanggan yang memiliki akaun penamat TM atau lebih di kenali sebagai Final Account. 

Tawaran diskaun ini bermula dari 18 September  sehingga 31 Disember 2015 dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.


Untuk penyelesaian/ pembayaran/maklumat lanjut, sila kunjungi TM Point terdekat.



Note:
Akaun Penamat TM adalah akaun yang telah di tamatkan perkhidmatannya tetapi masih mempunyai tunggakan atau hutang dengan TM. 


#sharingiscaring

Happy Birthday Ammar!

October 16, 2015 3
Happy Birthday Ammar!
Assalamualaikum wbt.

Happy Birthday Ammar. Semoga Ammar menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat. 

Itu ucapan yang mommy bisik di telinga Ammar pagi tadi sebelum mommy keluar kerja. Ammar angguk saja bila mommy bisik dan cium pipi. :) 

Nak kek ultraman katanya

Sekejap saja dah besar anak mommy ni. Anak yang dari dalam kandungan lagi tidak banyak ragam. Tahun depan dah nak masuk sekolah.... 

Mommy dan daddy tak mampu nak beri kemewahan dan beli hadiah yang mahal-mahal TAPI Mommy dan daddy mewahkan anak-anak dengan kasih sayang. In Sha Allah.

Selamat hari lahir Sayang!
Mommy, daddy, kakak dan adik sayang abang selamanya.

15 Oct 2015

Orlin - Jus Yang Luarbiasa

October 15, 2015 4
Orlin - Jus Yang Luarbiasa
Sejak beranak tiga dan umur pun dah pertengahan 3 siri, saya sering menghadapi masalah keletihan. Kalau korang memang follower blog Cahaya Hayati... memang saya selalu sebut yang saya cepat letih, no mood dan macam-macam lagi.

Bila dah letih, korang faham la. Malas nak buat tu... Malas nak buat ni. Sampaikan nak jaga badan sendiri pun rasa tak larat. Akibatnya badan naik bagai di pam pam la. Nak layan suami lagilah takdak mood. hehe.. Saya tak malu nak akui sebab tu yang saya rasa.

Selain badan yang keletihan, kulit muka pun kusam. Dah pelbagai produk penjagaan muka telah saya guna tetapi masih tidak berkesan. Sampaikan encik suami pun dah tegur kenapa saya tidak jaga kulit muka. Sedih rasanya bila suami sendiri tegur. :(

Lalu saya ceritakan masalah ini kepada kawan. Dia beritahu masalah luaran adalah di sebabkan masalah dalaman. Kalau nak cantik luaran kena cantik dalaman dulu. Oh begitu rupanya.

Dia juga yang cadangkan saya mencuba jus Orlin dari Alludra International. Jus ni untuk memperbaiki hormon dalaman dan luaran wanita.

ORLIN BOTANICAL DRINK FOR WOMEN

Orlin Botanical Drink, Jus Orlin, Orlin Botanical Drink, Orlin, alludra international, herba, minuman herba terbaik, herba untuk wanita

Orlin Botanical Drink adalah minuman yang di formulasikan dari ekstrak buah manjakani, kurma, sireh dan lain-lain herba. Jus ini di cipta khas untuk WANITA dan ianya 100% natural dan HALAL.

Kebaikan Jus Orlin

Tenaga Dalaman

Orlin membantu membina tenaga dalaman agar wanita berasa segar dan cergas sepanjang hari. Ini membantu wanita untuk lebih berjaya di samping memiliki keluarga bahagia.

Fizikal Luaran

Jus orlin juga membantu wanita untuk mendapatkan tubuh idaman idaman iaitu dengan menaikkan, menegangkan dan menganjalkan payudara serta mencantikkan pinggul . Selain itu, ia juga mengetatkan otot faraj. Kembali dara uolls.

Hormon

Selepas bersalin, kebanyakkan wanita akan mengalami masalah hormon yang menyebabkan wanita menjadi cepat marah, cepat terasa dan mengalami tekanan perasaan. Sekiranya tidak di stabilkan ia akan mengganggu perhubungan di antara suami isteri, anak-anak dan persahabatan.

Orlin berfungsi untuk menstabilkan hormon dan menjadikan hari-hari wanita lebih bermakna dan segar tanpa sebarang masalah.

Kulit

Bila hormon terganggu ia juga menyumbang kepada masalah kulit seperti kusam, jerawat dan jeragat. Orlin membantu memperbaiki masalah kulit agar kulit menjadi lebih berseri, putih dan bebas cela. Kulit akan kelihatan lebih anjal dan lembap.

Alludra International,Jus Orlin, Orlin Botanical Drink, Orlin, alludra international, herba, minuman herba terbaik, herba untuk wanita
khasiat dan kebaikan jus orlin

Testimoni Jus Orlin

Jus Orlin, Orlin Botanical Drink, Orlin, alludra international, herba, minuman herba terbaik, herba untuk wanita
tetimoni jus orlin

Pendapat dan perasaan saya sendiri setelah mengambil jus Orlin selama seminggu, jus Orlin adalah jus yang luarbiasa. Keletihan yang saya alami selama ini bagaikan di bawa pergi. Balik kerja pun masih cergas dan boleh masak untuk makan malam, menemani anak-anak buat homework serta melakukan kerja rumah yang tidak pernah habis.

Kulit muka pun rasa anjal dan lembab. In Sha Allah saya akan terus mengambil jus Orlin kerana ia adalah jus yang luarbiasa dan superb.

Orlin Juice,Jus Orlin, Orlin Botanical Drink, Orlin, alludra international, herba, minuman herba terbaik, herba untuk wanita
jus orlin

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila layari laman web atau fb Alludra International. Boleh juga menghubungi Puan Arifah sendiri melalui talian di bawah.

Website :Alludra International
Facebook : Alludrainternational
Alludra HQ : 017-6767966
Harga 1 botol Orlin ini adalah RM 99.90 ( WM) / RM104.90(EM)
1 botol mengandungi 250ml


Hadiah Tahun Baru

October 15, 2015 1
Hadiah Tahun Baru
Assalamualaikum wbt. 


Pagi ini di kejutkan dengan hadiah tahun baru dari kerajaan. Tol Lingkaran  Luar Butterworth naik lagi. Banyak pula tu... Naik 70 sen menjadikan tol 50 sen menjadi RM1.20. huhu..

Ingatkan tak naik sebab yang heboh naik sebelah KL dan Selangor saja. Rupa-rupanya Penang pun naik gak. Aduh, parahlah. Lari budget camni... :(


Nak cakap banyak pun tak guna gak. Tak boleh ubah apa-apa pun. Tak nak guna tol pun tak boleh juga sebab jalan yang tak bertol jauh sikit dan selalu jammed. 

Kena nyanyi lagu #sakitnyatuhdisini. Bukan setakat hati yang sakit tapi wallet mommy pun sakit gak.. Sakit nak kena top up tol. Nanges!

Apa-apa pun bersyukurlah. #Malaysiamasihaman.

14 Oct 2015

SALAM MAAL HIJRAH 1437H

October 14, 2015 0
SALAM MAAL HIJRAH 1437H

SemOga kita semua dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki DAN DIBERI KESIHATAN YANG BERPANJANGAN OLEH ALLAH SWT

13 Oct 2015

Doa Awal & Akhir Tahun Hijrah

October 13, 2015 3
Doa Awal & Akhir Tahun Hijrah
Assalamualaikum wbt.
Selamat menyambut tahun baru Hijrah. Semoga tahun baru ini lebih bermakna dan penuh dengan keberkatan serta di murahkan rezeki oleh-Nya. 

Dalam menyambut tahun baru hijrah ini marilah kita bersama membaca doa akhir tahun sebelum masuknya waktu maghrib hari ini dan doa awal tahun selepas masuknya waktu maghrib hari ini.

Doa Awal & Akhir Tahun Hijrah

Doa Awal & Akhir Tahun Hijrah

Amin.

Jadi Diri Sendiri, Abaikan Yang Lain

October 13, 2015 0
Jadi Diri Sendiri, Abaikan Yang Lain
Assalamualaikum wbt.

Wordless tuesday.


12 Oct 2015

Awak Pun Boleh Jadi Jutawan

October 12, 2015 0
Awak Pun Boleh Jadi Jutawan
Assalamualaikum wbt.

Sedikit perkongsian berhubung dengan simpanan di unit amanah. Telah terbukti dan bukan cakap kosong. 

Melabur dalam unit amanah adalah cara menjadi jutawan senyap. Simpan/labur saja.. Tup tup selepas dua puluh tahun, awak dah bergelar jutawan. Dalam diam... siapa pun tak sangka. Tiada yang tahu... 

Bila pencen, pergi makan angin sana sini. Orang pun naik heran. Dia buat apa lepas pencen yer. Tengok dok rumah saja tapi tiap-tiap bulan pi sana sini. Setahun sekali pi oversea. Aku yang keja ni pun tak cukup..

Rahsianya adalah dia menabung/ melabur dalam unit amanah sejak muda. Berjimat cermat... Tak pakai barangan mahai-mahai. Beli sekadar kemampuan atau sesekali bila teringin.


Sekarang dia menikmati hari tua dengan senang iaitu hanya mengambil duit dividen yang di perolehi setiap tahun. Simpanan dia tidak luak sikit pun...

Ini cerita seorang pak cik yang saya kenali. Ini juga impian saya untuk menjadi seperti dia.. Senang pada hari tua atau sebelum umur 50 tahun. In sha Allah. 

Dalam usaha ke arah itu. Bukan untuk duniawi saja tapi juga untuk akhirat dan bekalan untuk ke sana. 

Bagaimana simpanan dalam unit amanah boleh manjadikan seseorang itu jutawan?


Simpanan dalam unit amanah menggunakan pengiraan berganda. Bila semakin banyak kita menyimpan semakin banyak perolehan/ dividen yang kita terima. Gandaan ini akan berterusan. Boleh rujuk pengiraan di atas. Deposit 10K, simpanan wajib selama 15 tahun... Pulangan ( simpanan + dividen) selepas 15 tahun adalah 700K+++.

Siapa yang tidak mahu?

Kalau mahu seperti ini dan bersara dengan senang... PM untuk maklumat & tindakan lanjut. Saya sedia membantu.

Whatsapp: 0194703288
email : yati292@gmail.com


Suka Makan Tapi Malas Nak Buat

October 12, 2015 0
Suka Makan Tapi Malas Nak Buat
Suka makan kacang kuda tapi yang bersambal. Malas nak buat sebab renyah dan banyak proses.

Nak yang senang saja.:)

Sapa kata senang tu memang rajin orangnya.Tapi akak bukan malas orangnya. :D

Untuk makan kacang kuda, kena rendam kacang tu 2-3 jam. Rebus sehingga empuk. Kalau nak bersambal kena buat sambal pula. Makan masa.. hehehe


Ni kacang kuda bersambal yang akak beli di gerai nasi lemak Taman Selasih, Kulim. Sebungkus RM 1 saja. Murah dan sedap. Orang Kulim bolehlah pi cari dan beli.

Boleh kata hampir setiap hari akak beli.

Terima kasih mak cik nasi lemak yang jual tu dan orang yang buatnya. 

Sambut 4 Birthday Sekaligus

October 12, 2015 1
Sambut 4 Birthday Sekaligus
Assalamualaikum wbt.

Kali ni update tentang makan-makan sampai pecah perut.#justkidding.

Update tentang sambutan besday 3 generasi. Buat sekali sebab nak berjimat dalam ekonomi sekarang. Kena banyak simpan dari keluarkan. 

Birthday boy tema hijau. Birthday girl pakai merah..

Sambutan kali ini di Seoul Garden Sunway Carnival, Seberang Jaya. Motif makan-makan sampai lebam. Takde kek dan kejutan.. Just nak habiskan masa dengan family di tempat yang santai dan boleh feeling-feeling dok di korea.


Tayang lamb kimchi. Sedap ooi... Encik suami keja ngangkut lamb ni ja. 


Si Aisy yang tak reti dok diam. Sekejap pusing sana.. sekejap pusing sini. Dia pun suka makan.. Siap tunjuk yang mana dia nak. Hai lah adik, adik mana boleh makan semua. Jadi Aisy makan fries, nugget, nasi goreng dan ais krim. Banyak tau.

Mommy siap spare minyak telon dalam bag. Takut perut Aisy meragam. Alhamdulillah tak ada apa-apa. 

Ammar dan Aisya pula dok ambik kerang dan segala jenis siput. Sedap katanya... Udang ,sotong dan pelbagai jenis bebola dah tolak ke tepi. 


Semalam kami order kuah tom yam dan kim chi. Kalau tak suka pedas atau bawa anak kecil, silalah order kuah kim chi  atau sup.


Makanan yang banyak-banyak tu dah licin dikerjakan.

Kena makan sampai habis kalau tak nanti kena bayar RM 5 bagi setiap 100 gram makanan yang tak di habiskan. Jadi, kalau rasa tak boleh makan banyak-banyak... sila ambil sikit-sikit. :)


Lepas makan-makan, biasalah bawa MIL dan Ammar cari benda yang di hajati sebagai hadiah besday. 

Ini saja cerita hari minggu dan sambutan besday kali ini. 

Nak 'Show Off' Sekejap

October 12, 2015 2
Nak 'Show Off' Sekejap
Assalamualaikum wbt.

First time dapat cash out Nuffnang. 

Bangga! Hasil dari berblog.. Bukan senang nak kumpul. 

Moga dapat meningkatkan motivasi dan inspirasi untuk berblog dengan lebih baik pada masa akan datang.


Tengah usaha mengumpul nuffnang untuk cash out kali kedua. CPUV dan CPC nuffnang cepat pula naik lepas minta cash out. hihi. Benarlah sepertimana yang di tulis oleh blogger yang pernah cash out.

Tips nak kumpul duit nuffnang dan adsense adalah kena rajin update. :D

Good Luck!

9 Oct 2015

Ayam Rosemary Lemon Bersama Kentang Dan keledek

October 09, 2015 4
Ayam Rosemary Lemon Bersama Kentang Dan keledek
Assalamualaikum wbt

Hari jumaat ni mood kerja  ke laut. Otak pun macam kosong ja. Kerja depan mata macam tak dapat nak selesaikan. Dah la banyak kes yang nak kena settle..pening pening. huhu. 

Bukan hari jumaat ni saja tapi setiap kali jumaat. Sebab badan rasa letih kot... Agaknya nak kena ambil supplement bagi badan rasa segar dan bertenaga sikit. :)

Kali ni akak nak kongsikan resepi Ayam Rosmery Lemon bersama kentang dan keledek. Resepi asal dari blog Laughing Spatula. Akak guna apa yang ada kat rumah saja. Laughing spatula ni banyak guna rosemary fresh. Mana akak nak cari... Jadi akak guna yang kering dan dalam botol saja.


Ayam ni akak marinate siap-siap selepas cuci. Kalau takmo masak pada hari tu... Boleh simpan beku dulu. Nanti defrost saja bila nak masak.


Resepi ayam ni sama saja dengan resepi yang terdahulu. Tengok kat SINI atau cari kat label recipe. Untuk kali ni akak tambah lemon, kentang, keledek dan tomato. Lemon, kentang dan keledek memang akak letak awal-awal sebelum bakar. Lagi 10 minit nak masak, baru masukkan tomato. 

Motif letak kentang keledek dan tomato tu sebab malas nak buat salad atau kentang goreng. Jadi guna kaedah masak semua sekali.


Taraaa!
Dah siap. Makan panas-panas...
Sekali sekala makan keledek bakar sedap la pula...

selamat mencuba!

8 Oct 2015

CABARAN 7 HARI INSTABLOG EFGKBBA | Gadget Tercinta

October 08, 2015 1
CABARAN 7 HARI INSTABLOG EFGKBBA | Gadget Tercinta
Assalamualaikum wbt.

Yeay cabaran terakhir! Alhamdulillah.

Kali ni berjaya jugak menghabiskan cabaran. Cabaran puasa raya hari  tu separuh jalan saja....

Untuk gadget tercinta saya adalah laptop. Walaupun bukan hak milik sendiri tetapi kena jaga macam hak milik sendiri. Kena sayang macam hak sendiri... 


Dengan laptop ni lah saya update blog hari-hari. Hari-hari ke? Sila abaikan... hahaha 


Apa gadget kesayang korang? 

Bagi yang baru separuh jalan menyahut cabaran ni... Saya cabar anda untuk habiskan SEBAB lepas ni ada cabaran lain. Tungguuuuuuu...

Kalau ada suara negatif tu sila abaikan. Yang penting kita tahu apa yang kita buat dan tak berdosa. :)

kipidap & dongibap.

Baca cabaran lain di sini:




Alhamdulillah & Terima Kasih Uolls!

October 08, 2015 6
Alhamdulillah & Terima Kasih Uolls!
Assalamulaikum wbt.

Alhamdulillah & terima kasih uolls. IG akak dah mencecah 4 angka. Punyalah susah nak naik.. Berkat usaha dan sedikit update, barulah IG bertambah follower. 


Sebagai blogger (walaupun separuh masa) kena naikkan follower IG sebab advertiser akan tengok berapa follower sebelum memberi jobs. hehe...

Lagi ramai followers lagi senang dapat job.

Yang belum follow dan nak follow ... boleh follow akak @Cahaya_Hayati292

7 Oct 2015

Pikat Pasangan Dengan CiUM

October 07, 2015 2
Pikat Pasangan Dengan CiUM
Assalamualaikum wbt.

Amaran: 

Entry ini hanya untuk pasangan yang sah bergelar suami isteri. Yang baru couple dan masih berstatus tunang jangan gatai-gatai nak cuba. 


Pernahkah dalam fikiran kita terlintas tentang perasaan indahnya ciuman pertama itu. Ingin ulanginya?

Atau

Hubungan anda sebagai suami isteri sudah terasa sedikit hambar... Telah mencuba pelbagai cara tetapi masih belum jaya....

Atau

Apakah yang anda lakukan dalam misi memikat pasangan? Dah lama kahwin... so takyah la nak pikat mikat bagai. Salah tu!

Jangan salah sangka. Saya bukan kaunselor perkahwinan yang boleh beri nasihat tentang perkahwinan atau penyelesaian masalah rumah tangga TAPI saya ada cara/ alat untuk memikat pasangan melalui ciuman yang lebih berperisa dan manis. Awwww!

CiUM Lip Balm

Memperkenalkan lip balm CiUM yang membawa pasangan lebih dekat, lebih memikat dan mempesonakan melalui ciuman.

Bagaimana CiUM tercipta? Ini ceritanya....

Boleh baca kisah ini di blog www.nomonkey.org

CiUM di datangkan dengan 4 perisa iaitu:

 a) CiUM Sambal/Ais
 b) CiUM Meeko/S'berry
 c) CiUM Jumbo/Ying
 d) CiUM Zac/Kimmy

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana CiUM boleh memikat pasangan... Senang saja. Setiap pasangan akan memakai lip balm yang berbeza flavour ( contoh suami memakai flavour sambal, si isteri pula memakai flavor ais)... Pastu berikan ciuman selamat malam atau pagi kepada pasangan. Rasa unik yang terbit dari kombinasi lip balm ini pasti akan memberi rasa bahagia dan kejutan yang manis-manis saja.
Isi kandungan dan cara penggunaan.
Walaubagaimanapun, CiUM juga boleh di gunakan oleh orang bujang sebagai lip balm untuk menjaga kelembapan bibir. Caranya dengan meletakkan flavour yang berbeza di bibir atas dan bawah. Pasti anda akan sukakan rasanya.

Bawa kemana saja untuk pastikan bibir sentiasa lembap.

Jika berminat untuk mencuba CiUM bagi menambah perasaan CINTA & BAHAGIA dalam melayari bahtera rumah tangga, boleh dapati dan tempah di  www.nomonkey.org ataupun beli ketika anda menaiki penerbangan AIR ASIA. Di jual dalam semua penerbangan.

Jangan lupa untuk pikat pasangan anda dengan CiUM!



psssttt. Saya dengan suami malu kalau ambik gambar romantik-romantik. Gambar google pun jadilah. :)