December 2018 - Cahaya Hayati

27 Dec 2018

Ammar Dan Aisy Dah Berkhatan

December 27, 2018 4
Ammar Dan Aisy Dah Berkhatan
Ammar Dan Aisy Dah Berkhatan. Dah jadi hero dah anak teruna mommy dua orang ni. Dah selamat dikhatankan pada hari isnin (17hb Disember 2018) yang lalu. Proses berkhatan hero-hero mommy ni di buat di Poliklinik Dr. Azhar Lembah Impiana, Kulim. 

Proses berkhatan yang menjadi pilihan adalah clamp tetapi Aisy saja yang boleh buat clamp. Manakala  abang perlu di sunat secara biasa di sebabkan ada masalah sikit. Walaubagaimanapun, kedua-dua cara ini sangat mudah untuk di jaga. Proses penyembuhan pun sangat cepat. Hari kelapan dah boleh pakai seluar. Hari ke sembilan dah boleh pergi jalan-jalan dan makan kenduri. hihi...

Gambar atas baru sampai dari klinik, Abang Ammar dah tak boleh senyum sebab kesan ubat kebas dah hilang. Aisy masih lagi boleh senyum.. Tapi lepas tu, dia pula dok jerit sakittt. So, cepat-cepat mommy bagi ubat yang doktor bekalkan. Barulah tenang keadaan.. 

Seperti ibu-ibu yang lain, mommy sendiri yang jaga termasuklah mencuci dan meletakkan ubat. Agak mencabar untuk mencuci dan meletakkan ubat kerana Ammar & Aisy seperti fobia untuk di sentuh di tempat berkhatan. Baru pegang kapas dan jerit sakit, sakitttt... Memang perlukan kesabaran yang tinggi. Untuk info dan proses penjagaan pula, banyak yang mommy perolehi melalui mr. google. Tak tahu nak tanya siapa dan ini merupakan pengalaman pertama mommy dan juga daddy.

Lepas 3 hari Aisy dah boleh bangun, jalan dan panjat katil sendiri. Abang ammar masih fobia.. Sikit-sikit mommy... mommmy. Manja overdose! hahaha..

Bagi yang tak tahu tentang kaedah berkhatan secara clamp, ini adalah gambar alat yang di gunakan. Cara ini mudah untuk di jaga dan ibu bapa pun tak perlu guna paip atau tali untuk tinggikan kain. Tempat berkhatan selamat dalam sarung ni. Senang juga untuk di mandikan... 

Masalah yang mommy hadapi adalah ketika hendak buka clamp ni sebab tiada explanation lanjut dari doktor. Maybe doktor ingat kami suami isteri dah ada pengalaman. So, bagi yang memilih kaedah clamp ni, korang perlu bagi anak berendam lama dalam air terlebih dahulu sebelum ke klinik. Ini adalah untuk memudahkan proses membuka clamp dan anak tidak akan berasa sakit

Inilah pengalam pertama dan terakhir kot untuk anak berkhatan. 

26 Dec 2018

Review A'PIEU x Rilakkuma Air Fit Cushion Blusher

December 26, 2018 2
 Review A'PIEU x Rilakkuma Air Fit Cushion Blusher
Review A'PIEU x Rilakkuma Air Fit Cushion Blusher. Hai korang! Mommy sebagai angel Althea terima lagi box dari Althea. Kali ini untuk kolaborasi atau untuk review A'PIEU x Rilakkuma Air Fit Cushion Blusher. Walaupun hanya satu produk saja tapi dalam box ini ada 2 lagi produk untuk angel. Tu yang syiok jadi angel Althea. So, produk-produk yang mommy terima kali ini adalah:-

  • A'PIEU x Rilakkuma Air Fit Cushion Blusher
  • Innisfree Capsule Recipe Pack
  • Mizon Collagenic Aqua Volume Lip Essence

Mommy akan review satu-satu so korang kenalah baca sampai habis untuk tahu produk ni yay or nay...

A'PIEU x Rilakkuma Air Fit Cushion Blusher (Rilakkuma Edition)

Masa unbox kotak Althea ni, mommy tersenyum sorang-sorang sebab ternampak packaging A'PIEU x Rilakkuma Air Fit Cushion Blusher yang comel dan cute ni. Packaging comel dan cute macam ni yang menyebabkan mommy sayang nak guna. Comel dan cute kan?

A'PIEU x Rilakkuma Air Fit Cushion Blusher yang mommy terima adalah untuk chushion yang berwarna brown atau code BR01 dan ia dikelaskan sesuai oleh A'PIEU sebagai contouring atau shading. 

Bila dah buka, cushion dia pun comel. Haishhh ni yang buat nak simpan buat koleksi ni.... Bekas pun kemas di mana terdapat pengasingan di antara cushion dan blusher. Jadi, ia tak akan comot atau cepat kering walaupun make up sambil membawang. hahaha

Warna yang sangat kontra dengan kulit mommy. Tak sesuai sebagai bedak... So, kita jadikan ia sebagai contouring/shading. Korang tahu tak shading tu apa? Shading tu yang buat pipi pau jadi tirus, hidung tak mancung jadi mancung dan tinggi. Banyak lagi tapi korang kena explore sendiri bab make up ni sebab lain orang lain cara dan gunanya... Jangan sempitkan fikiran yer!

Inilah hasil mommy menggunakan A'PIEU x Rilakkuma Air Fit Cushion Blusher. Buat shading/contouring kat hidung ja.

Gambar atas adalah gambar sebelum buat shading/cotouring. Hidung tak tinggi pun... Shading/contouring di hidung ni buat cara mommy sajalah sebab mommy bukanlah kaki make up.. Just make up untuk syok syok saja..

Letak A'PIEU x Rilakkuma Air Fit Cushion Blusher di kiri kanan dan atas lubang hidung macam gambar di bawah. Atas batang hidung pula guna CC Cream yang lebih cerah.

Hasilnya, nampak mancung tak? Tinggilah sikit dari gambar pertama sebelum buat contouring/shading. 

Innisfree Capsule Recipe Pack

Agak-agak korang ni amende? Siap tulis recipe pack lagi. hehe. Okaylah Innisfree Capsule Recipe Pack ini adalah masker dalam bentuk capsule. Mommy suka mask yang berbentuk capsule ni sebab ia untuk sekali guna atau 2 kali guna. Bekas comel dan sangat sesuai untuk korang bawa pergi bercuti... 

Bagusnya capsule pack ni sebab ia di sebab ia di formulakan mengikut keperluan kulit. Maksudnya, penggunaan capsule ni mengikut kehendak kulit. Contohnya, kalau korang rasa kulit korang kering hari tu, korang gunalah capsule Aloe Vera. Kalau korang nak kecilkan pori-pori pula korang boleh guna capsule volcanic clay. 

Innisfree capsule recipe pack ni terdapat 8 pilihan iaitu :-

  • Aloe Vera
  • Volcanic Clay
  • Green Tea
  • Canola Honey
  • Jeju Bija & Tea Tree
  • Seaweed
  • Rice
  • Jeju Bija & Aloe Vera

Innisfree Capsule Recipe Pack yang mommy dapat adalah Jeju Bija dan Aloe Vera. Ia baik untuk menyejuk, melembapkan juga untuk merawat jerawat. Sangat sesuai untuk kulit mommy... 

Oh yer capsule pack ni sesuai untuk semua jenis kulit. Cara guna pula sangat mudah seperti di bawah. 

Cara Guna Innisfree Capsule Recipe Pack

  1.  Buka separuh saja penutup capsul apabila hendak guna. Ini adalah untuk memudahkan proses menyimpan sekiranya tidak habis di gunakan. 
  2. Sebagai  wash-off mask - guna mask selepas mencuci muka. Sapu mask secara mengurut di seluruh wajah. Biarkan selama 10-15 minit. Akhir sekali bilas sehingga bersih.
  3. Sebagai sleeping mask - sapu mask ketika muka telah di bersihkan. sapuan nipis saja dan biarkan semalaman. Bersih dengan air ketika waktu pagi.

Mizon Collagenic Aqua Volume Lip Essence

Kali pertama guna jenama ni. Sangat sesuai untuk mereka yang bekerja di bawah aircond atau pun yang sering alami kulit bibir kering. Yang tak alami kulit bibir kering pun boleh guna sebab ia akan menjadikan kulit bibir semakin sihat, lembap dan tak merekah. 

Mizon Collagenic Aqua Volume Lip Essence ini tidak berwarna dan ia seperti jeli jernih. Bila pakai dengan hanya sapuan nipis, terus menjadikan bibir nampak lembap, berkilat dan licin. Best sangat dan bila pakai ketika bekerja dalam aircond tak terasa kering. 

Untuk pembelian   A'PIEU x Rilakkuma Air Fit Cushion Blusher,  Innisfree Capsule Recipe Pack, Mizon Collagenic Aqua Volume Lip Essence dan banyak lagi... korang klik link di bawah ini.

22 Dec 2018

Huggies Dry Pants, Diapers Paling Pantas Menyerap

December 22, 2018 6
Huggies Dry Pants, Diapers Paling Pantas Menyerap
Ingat lagi masa baru bergelar mommy... Serba tak tahu tentang produk baby, penjagaan baby dan asyik harapkan kepada mak, MIL, saudara, rakan-rakan dan juga Mr. Google. Apa yang orang beritahu elok, yang itulah elok untuk kami. Sampailah satu tahap mommy fed up dengan satu jenama diapers yang dicadangkan. Asyik bocor saja dan setiap hari selama satu minggu mommy terpaksa tukar cadar. Sakit hati dan badan pun penat.huhu... Paling teruk kejadian diapers bocor adalah ketika tengah shopping baju di pasaraya.  Habis baju mommy basah dan nasib baik kebocoran tu tak meleleh ke lantai. Terus ke bilik air dan minta daddy belikan persalinan yang baru untuk mommy... 

Bila asyik bocor saja dan tak mahu perkara seumpama itu berulang, kami decide untuk mencuba diapers jenama Huggies pula iaitu Huggies Dry Pants. Keputusan ini di buat adalah kerana mommy dapati banyak review positif hasil carian Mr. Google dan juga dari pendapat rakan-rakan yang berpengalaman.

Huggies Dry Pants, review huggies dry pants, pengalaman menggunakan huggies dry pants, huggies, diapers huggies, review diapers huggies,
Pek baru Huggies Dry Pants, terdapat di dalam pelbagai saiz

Selain dari review yang positif mommy juga dapatkan maklumat lain bagi menyokong dan membezakan Huggies Dry Pants dengan diapers jenama lain. Maklumat yang mommy perolehi adalah Huggies Dry Pants adalah diaper pants paling pantas menyerap di Malaysia.

Huggies Dry Pants, review huggies dry pants, pengalaman menggunakan huggies dry pants, huggies, diapers huggies, review diapers huggies,

Lihat sahaja bagaimana pantasnya Huggies Dry Pants menyerap basahan berbanding lampin pakai buang jenama biasa di pasaran melalui video di bawah:

Ini adalah kerana Huggies Dry Pants mempunyai 1000 Lubang Mikro Pantas Serap yang menyerap dengan serta-merta dan mengunci basahan, di mana ianya sekaligus menjadikan bayi sentiasa kering.
Huggies Dry Pants, review huggies dry pants, pengalaman menggunakan huggies dry pants, huggies, diapers huggies, review diapers huggies,

Huggies Dry Pants juga mempunyai ciri 5-way comfort fit yang mana regangan dan keanjalan lampin pakai buang telah dipertingkatkan dengan lebih baik bagi memberikan keselesaan maksima di 5 kawasan khusus iaitu: pinggang di perut, pinggang di belakang, kedua belah kaki dan juga celah kelangkang (crotch).  

Huggies Dry Pants, review huggies dry pants, pengalaman menggunakan huggies dry pants, huggies, diapers huggies, review diapers huggies,

Mommy tahu yang Huggies Dry Pants memberi keselesaan kepada anak-anak mommy kerana anak sudah tidak kerap terjaga mahupun meragam di tengah malam yang  disebabkan oleh kebocoran lampin pakai buang. Anak selesa mommy happy.

Mommy setia menggunakan Huggies Dry Pants kerana ia tidak memberi kesan sampingan kepada kulit bayi. Tiada lagi kulit rengsa, melecet atau apa saja yang di sebabkan oleh kelembapan. Seronok mommy melihat kulit anak-anak sihat dan anak pun tak lagi meragam.

Akhir sekali, anak mommy sudah tidak alami masalah kebocoran pada waktu malam atau ketika berjalan-jalan di hari minggu.  Lega Mommy untuk penyelesaian masalah ini. Thumbs up Huggies Dry Pants!

Untuk maklumat lanjut tentang Huggies Dry Pants,  korang boleh klik SINI dan untuk pembelian dengan harga DISKAUN, korang klik perkataan Huggies Dry Pants di bawah.

14 Dec 2018

Althea Milk Peel Cream Mask | Masker Susu Terbaik

December 14, 2018 0
Althea Milk Peel Cream Mask | Masker Susu Terbaik
Althea Milk Peel Cream Mask | Masker Susu Terbaik. Hai korang! Tengah bercuti ke? Mommy dah balik dari bercuti.. Lepak-lepak tepi pantai dan mandi laut. Paham-paham sajalah bila mandi laut dan berjemur tepi pantai. Kulit pun dah terbakar (sunburn).. Kusam dan kurang berseri dah. Tapi mommy ada cara nak kembalikan kesegaran dan kurangkan kesan terbakar tu. Mommy guna Althea Milk Peel Cream Mask.

Jom tengok apa yang best tentang Althea Milk Peel Cream Mask ni... Kena baca sampai habis tau! Sebab mask ni best sangat! Tak tipu tau.

Althea Milk Peel Cream Mask

Althea Milk Peel Cream Mask merupakan masker yang di perbuat dari tanah liat sehingga menjadi krim bersusu yang mengandungi ekstrak AHA dan BHA. Ia mampu menyegarkan dan mengelupaskan kulit secara lembut secara efektif. Bahkan ia juga sangat berkesan untuk meninggalkan sel kulit yang mati. Selain dari tanah liat,  rumusan casein protein dari susu juga di gunakan untuk meransang dan melembapkan kulit.

Althea Milk Peel Cream Mask, althea mask, the best althea mask, milky mask, masker susu, masker susu althea, masker susu terbaik, kelebihan masker susu, kenapa perlu guna masker susu, kelebihan masker susu, kelebihan masker susu althea, harga Althea Milk Peel Cream Mask, cara beli Althea Milk Peel Cream Mask, kandungan Althea Milk Peel Cream Mask , ingredients Althea Milk Peel Cream Mask, cara guna Althea Milk Peel Cream Mask, mask, face mask, milky face mask,
Althea Milk Peel Cream Mask | Masker Susu Terbaik

Althea Milk Peel Cream Mask, althea mask, the best althea mask, milky mask, masker susu, masker susu althea, masker susu terbaik, kelebihan masker susu, kenapa perlu guna masker susu, kelebihan masker susu, kelebihan masker susu althea, harga Althea Milk Peel Cream Mask, cara beli Althea Milk Peel Cream Mask, kandungan Althea Milk Peel Cream Mask , ingredients Althea Milk Peel Cream Mask, cara guna Althea Milk Peel Cream Mask, mask, face mask, milky face mask,
Althea Milk Peel Cream Mask

Kandungan utama Althea Peel Cream Mask adalah Milk protein extract, AHA & BHA, Kaolin dan lain-lain. 

Siapa Yang Perlu Guna Althea Milk Peel Cream Mask?

Althea Milk Peel Cream Mask sesuai untuk yang memiliki masalah kulit berikut.

  • Kulit jenis kombinasi 
  • Pori-pori besar
  • Kulit kasar dan sensitif yang memerlukan pengelupasan lembut
  • Kulit kering yang perlu di lembapkan selepas pengelupasan. 

Cara Menggunakan Althea Milk Peel Cream Mask

Sapukan Althea Milk Peel Cream Mask ke atas kulit. Sapuan nipis saja tau sehingga ia membentuk foam/ buih yang banyak. Biarkan selama 30-60 saat sebelum membilasnya. Bilas dengan air suam sehingga bersih.

Althea Milk Peel Cream Mask, althea mask, the best althea mask, milky mask, masker susu, masker susu althea, masker susu terbaik, kelebihan masker susu, kenapa perlu guna masker susu, kelebihan masker susu, kelebihan masker susu althea, harga Althea Milk Peel Cream Mask, cara beli Althea Milk Peel Cream Mask, kandungan Althea Milk Peel Cream Mask , ingredients Althea Milk Peel Cream Mask, cara guna Althea Milk Peel Cream Mask, mask, face mask, milky face mask,
sikit saja untuk sapuan nipis.

semakin di sapu semakin banyak foam

seronok main buih sampai nak sapu satu tangan.. haha

Senangkan?

Review Althea Milk Peel Cream Mask

Mommy sendiri memliki semua jenis masalah kulit yang di nyatakan di atas. So, Althea Milk Peel Cream Mask sangat sesuai untuk mommy. 

Bila dah cuba sendiri, memang sangat berbaloi memiliki Althea Milk Peel Cream Mask sebab ia membantu untuk melembapkan, membuang sel kulit mati mencerahkan dan melembapkan semula kulit mommy. Korang pun patut cuba sendiri.

Berbaloi Tak Kalau Nak Beli???

Of course sangat berbaloi! Yelah dengan harga RM 36 saja korang boleh dapat masker susu 50ml, boleh guna banyak kali dan dapat kulit yang cantik. Overall memang 5 bintang mommy bagi untuk produk Althea yang ni. In sha Allah bila dah habis nanti mommy akan beli lagi...

Untuk beli pula, korang boleh klik link di bawah sebab ada free shipping dengan hanya masukkan code PBSHIP.

Masuk Thailand Melalui Imigresen Durian Burung (Malaysia) Dan Banprakob (Thailand)

December 14, 2018 4
Masuk Thailand Melalui Imigresen Durian Burung (Malaysia) Dan Banprakob (Thailand)
Masuk Thailand Melalui Imigresen Durian Burung Dan Banprakob (Thailand). Hai korang! Esok pi mana? Mesti tak sabar nak pergi bercuti lah tuu... Mommy dah pergi bercuti tapi yang dekat-dekat sajalah. Sesuailah dengan budget... 

Percutian keluarga kali ini, mommy memilih Sakom, Thailand sebagai destinasi percutian. Sakom adalah kawasan laut dan pantai bagi Selatan Thailand. Ia terletak sebelum Pattani. Part berkenaan Sakom, mommy cerita dalam entry yang lain. Dalam entry yang ini, mommy hendak cerita tentang Imigresen Durian Burung dan Banprakob, Thailand. 

Mommy dan daddy memilih untuk melalui Imigresen Durian Burung kerana ia lebih dekat untuk Sakom Beach dan yang paling penting tak perlu queue lama macam di Bukit Kayu Hitam. Berejam oii nak lepas Imigresen sana tu. 

Oh yer sebelum nak pergi ke Imigresen  Durian Burung tu, korang perlu prepare border/ passport, white card, insurans dan juga kebenaran membawa masuk kenderaan. Kami buat semua tu di Shell RnR Gurun. Tak ingat berapa kena bayar tapi daddy kata murah. Kalau tak buat atau terlepas tempat nak buat, korang boleh buat di Kuala Nerang ataupun di Padang Sanai berhadapan dengan kilang gula. Cuma kat sana mahai la sikit... 

Masuk Thailand Melalui Imigresen Durian Burung (Malaysia) Dan Banprakob (Thailand), imigresen durian burung, cara masuk ke imigresen durian burung, durian burung,

Masa melepasi Imigresen Malaysia, semua berjalan dengan lancar. Satu-satunya kereta yang melalui Imigresen tu. kihkih... Heaven gila.

Masa di Imigresen Banprakon pula, hanya ada 2 biji kereta yang parking. Yang beratur pula ada la dalam 5 orang. Kiranya dok settle urusan di Banprakob ni dalam 15 minit ja. Giler cepat. Cuma masa urusan kat Banprakob ni, pegawai yang urus tu tak berapa mesra alam. Asyik speaking thai saja. So, urusan pun macam ayam bercakap dengan itik. Nasiblah senang kalau tak mau ternganga kat situ... Rugi betul tak cakap siam ngan arwah ayah dulu. 

Masuk Thailand Melalui Imigresen Durian Burung (Malaysia) Dan Banprakob (Thailand), imigresen durian burung, cara masuk ke imigresen durian burung, durian burung,

Seperti biasa, sementara menunggu giliran... Kita posing dulu. Sempatlah snap dua tiga keping gambar buat kenangan..

Masuk Thailand Melalui Imigresen Durian Burung (Malaysia) Dan Banprakob (Thailand), imigresen durian burung, cara masuk ke imigresen durian burung, durian burung,

Masuk Thailand Melalui Imigresen Durian Burung (Malaysia) Dan Banprakob (Thailand), imigresen durian burung, cara masuk ke imigresen durian burung, durian burung,

Lepas settle urusan, teruskan perjalanan ke bumi Thailand. Alhamdulillah cuaca kat sana cantik dan awan dia pun cantik. Nampak macam dekat ja. 

Kalau nak ke Hatyai, Songkhla, Narathiwat dan Yala pun boleh ikut sini... Jalan kat sini senang saja. Just follow signboard. Kami 100% follow google maps. Alhamdulillah tak sesat, cuma kena rajin google tempat-tempat yang best untuk di lawati dan makan. 

Masuk Thailand Melalui Imigresen Durian Burung (Malaysia) Dan Banprakob (Thailand), imigresen durian burung, cara masuk ke imigresen durian burung, durian burung,

In sha Allah kalau nak ke sana lagi, kami akan masuk melalui sini...  Senang dan tak perlu tunggu lama. 

12 Dec 2018

MMSOS SATU APLIKASI MANTAP DALAM MELINDUNGI DAN MENGURANGKAN BEBANAN RAKYAT

December 12, 2018 0
MMSOS SATU APLIKASI MANTAP DALAM MELINDUNGI DAN  MENGURANGKAN BEBANAN RAKYAT
MMSOS “Panic Button” merupakan aplikasi bantuan kecemasan “Creating Awareness”. Merupakan kempen menanam dan menyemai kesedaran rakyat akan kepentingan aplikasi MMSOS ini, dengan hanya menekan “Panic Button” para pengguna yang berdepan dengan kecemasan seperti kecemasan kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, membantu dalam memaklumkan ahli keluarga bila berlaku kecemasan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti  tayar pancit atau rosak dan mengatur ambulan.

Aplikasi MMSOS “Panic Button” 

Aplikasi MMSOS “Panic Button” 

Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses. MMSOS beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan. Apabila berlaku kecemasan, mereka hanya perlu menekan butang kecemasan dan team SOS Response akan membantu pengguna mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mendapatkan bantuan yang terdekat dengan anda. Anda sebagai pengguna boleh monitor status
anda melalui aplikasi ini.

Aplikasi ini dimuat turun secara percuma di Play Store dan Apps Store dengan hanya klik http://bit.ly/2mC6Y03. Kemudian buat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri.

Kelebihan Melanggan Aplikasi MMSOS 

  • Kelebihan melanggan aplikasi ini, percuma ‘Personal Accident Insurance’ (value worth 50,000).
  • Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365).
  • Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’.
  • Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person, 3D2N + Dining).
  • ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta.
  • ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta.
  • ‘Ambulance fees’.
  • Percuma ‘towing’.

Pengenalan aplikasi ini adalah tepat pada masanya, sekali gus dapat membantu kerajaan dan polis memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus menurun dan rakyat sentiasa berasa selamat. Ia juga membantu dalam mengurangkan kos bebanan pengguna.

7 Dec 2018

Ulangkaji | Solat Jamak

December 07, 2018 0
Ulangkaji | Solat Jamak
Assalamualiakum wbt & salam jumaat. Last day keja untuk minggu ni. Tak sabar nak tunggu hari minggu sebab mommy dan keluarga nak pergi bercutiiiiii. Best nyerrr.... Tapi sebelum kita pergi jalan-jalan, marilah kita ulangkaji tentang solat jamak. Kot kot terlupa dan bila dah buat ulangkaji barulah tak ragu-ragu bila nak kerjakan solat jamak.

Solat Jamak

Sebelum itu, solat Jamak dan Qasar hanya apply untuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Jamak bermaksud menghimpunkan 2 waktu solat dalam satu waktu. Jamak terbahagi kepada dua iaitu  :-

  • Jamak Taqdim 
  • Jamak Takhir. 

Jamak Taqdim ialah menghimpunkan 2 waktu solat dalam waktu pertamaContoh Jamak Taqdim ialah Solat Zuhur dan Asar dihimpunkan dalam waktu Zuhur dan Solat Maghrib dan Isyak dihimpunkan dalam waktu Maghrib.

Jamak Takhir ialah menghimpun dua waktu solat dalam waktu yang kedua iaitu solat Zuhur dan Asar dalam waktu Asar serta solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak. Fahamkan?

Qasar pula bermaksud memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat. Maknanya, qasar tak apply untuk Solat Maghrib dan Subuh, hanya untuk solat Zuhur, Asar dan Isyak.

Niat Solat Jamak 

JAMAK TAQDIM

1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

JAMAK TAAKHIR

1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

6 Dec 2018

Tersinggah Di RIB'S CAFE

December 06, 2018 3
Tersinggah Di RIB'S CAFE
Tersinggah Di RIB'S CAFE. Hari isnin baru ni, mommy dan keluarga ke Sungai Petani sebab ada urusan penting. Di sebabkan masa yang mommy ambil agak lama, daddy bawa anak-anak pergi minum tapi depa order sekali dengan makan. hahaha... Macam tu lah selalu. Rupanya restoran yang daddy dan anak-anak pergi tu adalah RIB'S CAFE.

RIB's CAFE adalah restoren yang menyediakan menu western dan ala carte seperti  Lamp chop, Rib's Steak, Nasi Goreng Harimau Menangis, Chicken Chop, Burger Kambing Special dan lain-lain lagi. Korang boleh cuba sendiri ataupun tengok komen-komen di facebook Rib's Cafe sendiri. 

Masa mommy sampai, anak-anak dah order set chicken wing dan Spaghetti carbonara. Sedap dan saiz hidangan pun banyak. Berbaloi dengan harga... 

Tersinggah Di RIB'S CAFE, rib's cafe, kedai western terbaik di sungai petani, kedai western sedap di sungai petani, jalan-jalan cari makan sungai petani, restoren western sedap dan murah di sungai petani, sedapnya western di rib's cafe, menu di ribs cafe, lokasi rib's cafe, western food sungai petani, sungai petani western food,
Rib's Cafe

Untuk air pula anak-anak order ice blended berperisa mangga dan coklat. Daddy pula order fresh orange.. Air pun sedap. 

Tersinggah Di RIB'S CAFE, rib's cafe, kedai western terbaik di sungai petani, kedai western sedap di sungai petani, jalan-jalan cari makan sungai petani, restoren western sedap dan murah di sungai petani, sedapnya western di rib's cafe, menu di ribs cafe, lokasi rib's cafe, western food sungai petani, sungai petani western food,

Tersinggah Di RIB'S CAFE, rib's cafe, kedai western terbaik di sungai petani, kedai western sedap di sungai petani, jalan-jalan cari makan sungai petani, restoren western sedap dan murah di sungai petani, sedapnya western di rib's cafe, menu di ribs cafe, lokasi rib's cafe, western food sungai petani, sungai petani western food,
Kakak Aisya 

Ini pula gambar menu-menu yang ada Rib's Cafe. Gambar-gambar ini mommy perolehi dari Facebook mereka. 

Okaylah bagi korang yang gemarkan western food, korang boleh singgah ke Rib's Cafe yang terletak di Wisma Bandaran Sungai Petani. Sedap, murah dan sangat berbaloi...

4 Dec 2018

Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant

December 04, 2018 1
Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant
Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant. Bila sebut Pattani saja, terus terbayang di fikiran mommy tempat yang mundur dan kawasan yang tidak maju. Lagi pun kebanyakkan cerita yang mommy dengar ia adalah tempat yang kebanyakkan rakyat Malaysia pergi untuk belajar ilmu keagamaan. Itu yang mommy dengar... Rupa-rupanya tanggapan dan bayangan mommy itu salah. Pattani juga seperti tempat lain di mana ia juga mempunyai kawasan perlancongan yang cantik dan menarik. Mommy tahu tentang tempat ni pun selepas ianya viral. 

Mommy buat entry ni supaya korang pun tahu juga tentang tempat perlancongan yang menarik di Pattani seperti Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant.  So, jom tengok apa yang menarik di  Coco One Beach Hotel & Restaurant..

Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant

Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant,  Coco One Beach Hotel & Restaurant,Coco One Beach Hotel, coco one beach,review coco one beach hotel, hotel di pattani, rate coco one beach hotel, harga bilik di coco one beach , jenis bilik di coco one beach, hotel di pattani, hotel di sakom, sakom hotel, pattani hotel, hotel, hotel at thailand, thailand,
Coco One Beach Hotel & Restaurant

Coco One Beach Resort adalah sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang di Pattani. Cantik dan selesa serta sesuai dengan namanya. Hotel ini menyediakan 2 jenis penginapan iaitu Villa Room dan Villa Pool. 

Villa Room adalah bilik hotel  yang selesa seperti di bawah... Kalau dapat bilik macam ni, mommy lepak seharian pun takpa. hihi.. Harga bilik adalah 2500 THB

Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant,  Coco One Beach Hotel & Restaurant,Coco One Beach Hotel, coco one beach,review coco one beach hotel, hotel di pattani, rate coco one beach hotel, harga bilik di coco one beach , jenis bilik di coco one beach, hotel di pattani, hotel di sakom, sakom hotel, pattani hotel, hotel, hotel at thailand, thailand,

Villa pool pula adalah villa yang mempunyai 3 bilik tidur dan private pool. Best kalau datang ramai-ramai dan ambil villa pool ni.. Confirm meriah dengan suara anak-anak.

Harga villa pool ni pula adalah 9000THB.

Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant,  Coco One Beach Hotel & Restaurant,Coco One Beach Hotel, coco one beach,review coco one beach hotel, hotel di pattani, rate coco one beach hotel, harga bilik di coco one beach , jenis bilik di coco one beach, hotel di pattani, hotel di sakom, sakom hotel, pattani hotel, hotel, hotel at thailand, thailand,

Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant,  Coco One Beach Hotel & Restaurant,Coco One Beach Hotel, coco one beach,review coco one beach hotel, hotel di pattani, rate coco one beach hotel, harga bilik di coco one beach , jenis bilik di coco one beach, hotel di pattani, hotel di sakom, sakom hotel, pattani hotel, hotel, hotel at thailand, thailand,

Landskap di luar villa juga sangat cantik. Setiap sudut boleh di ambil gambar dan confirm gambar-gambar tu semua lawa lawa... Tak percaya korang boleh tengok sendiri dan confirm korang pun nak piiii jugak. hahaha...

Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant,  Coco One Beach Hotel & Restaurant,Coco One Beach Hotel, coco one beach,review coco one beach hotel, hotel di pattani, rate coco one beach hotel, harga bilik di coco one beach , jenis bilik di coco one beach, hotel di pattani, hotel di sakom, sakom hotel, pattani hotel, hotel, hotel at thailand, thailand,

Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant,  Coco One Beach Hotel & Restaurant,Coco One Beach Hotel, coco one beach,review coco one beach hotel, hotel di pattani, rate coco one beach hotel, harga bilik di coco one beach , jenis bilik di coco one beach, hotel di pattani, hotel di sakom, sakom hotel, pattani hotel, hotel, hotel at thailand, thailand,

Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant,  Coco One Beach Hotel & Restaurant,Coco One Beach Hotel, coco one beach,review coco one beach hotel, hotel di pattani, rate coco one beach hotel, harga bilik di coco one beach , jenis bilik di coco one beach, hotel di pattani, hotel di sakom, sakom hotel, pattani hotel, hotel, hotel at thailand, thailand,
mensti best tengok sunrise dan sunset dari sini...

pinjam gambar yer... 

Selain dari villa dan landskap yang cantik, hidangan dari restoren nya juga nampak sedap dan menarik. Asli hidangan Thai.. Sambil taip entry ni pun dah telan air liur. Kalau ada depan mata, confirm makan tak berhenti...

Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant,  Coco One Beach Hotel & Restaurant,Coco One Beach Hotel, coco one beach,review coco one beach hotel, hotel di pattani, rate coco one beach hotel, harga bilik di coco one beach , jenis bilik di coco one beach, hotel di pattani, hotel di sakom, sakom hotel, pattani hotel, hotel, hotel at thailand, thailand,

Cantiknya Coco One Beach Hotel & Restaurant,  Coco One Beach Hotel & Restaurant,Coco One Beach Hotel, coco one beach,review coco one beach hotel, hotel di pattani, rate coco one beach hotel, harga bilik di coco one beach , jenis bilik di coco one beach, hotel di pattani, hotel di sakom, sakom hotel, pattani hotel, hotel, hotel at thailand, thailand,

Menarik kan? Kalau korang nak pergi , korang boleh book dengan PM sendiri page Coco One Beach Hotel & Restaurant di bawah. 

 Tel : +66 86 150 3077