Tonton Online Drama Setelah Ku Dimiliki. Hi korang! Mommy dah tonton drama Setelah Ku Dimiliki. Best juga walaupun baru 2 episod. Mungkin disebab drama ini dibintangi oleh pelakon yang hebat seperti Zul Ariffin, Intan Najuwa, Kuza, Tiz Zakiah dan banyak lagi. Pelakon baru pun tak nampak kaku atau macam hafal dialog. Drama Setelah Ku Dimiliki ni ditayangkan pada pukul 7 setiap hari isnin sehingga jumaat di TV3.
Tonton Online Drama Setelah Ku Dimiliki
Drama ini mengisahkan mengenai konflik cinta di antara Sarra dan Adriz yang diuji dengan pelbagai dugaan. Kerana dosa silamnya, Sarra dihalau ibunya dan membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju. Sarra bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Azirah.
Drama Setelah Ku Dimiliki |
Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz di Rumah Azirah membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.
Itu serba sedikit tentang drama Setelah Ku Dimiliki. Kalau korang nak tahu sikit-sikit tentang drama ni korang boleh baca novel Setelah Ku Dimiliki online tapi dari bab 1 sampai 15 sajalah... Korang klik saja link di bawah ni.
Novel Setelah Ku Dimiliki |
NOVEL SETELAH KU DIMILIKI
[ Prolog ] [ BAB 1] [ BAB 2 ] [ BAB 3 ] [ BAB 4 ] [ BAB 5 ] [ BAB 6 ] [ BAB 7 ] [ BAB 8 ] [ BAB 9 ] [ BAB 10 ] [ BAB 11 ] [ BAB 12 ] [ BAB 13 ] [ BAB 14 ]
Untuk drama pula korang boleh klik link ni. Mommy try update dari masa ke semasa...
[ Episod 1 ] [ Episod 2 ] [ Episod 3 ] [ Episod 4 ] [ Episod 5 ] [ Episod 6 ] [ Episod 7 ] [ Episod 8 ] [ Episod 9] [ Episod 10 ] [ Episod 11] [Episod 12 ] [ Episod 13] [ Episod 14 ] [ Episod 15 ] [ Episod 16 ][ Episod 17 ]
Oh ya selain dramanya best. OST untuk drama ni pun best... Sekali dengar rasa macam nak dengar lagi. Memang kena sangat dengan jalan cerita drama Setelah Ku Dimiliki ni...