PerrySmith Air Fryer | Gadget Dapur Yang Sangat Membantu. Assalamualaikum & hi korang! Semoga semua sihat-sihat saja di musim PKP ni. Hari ni CH nak kongsi dengan korang tentang air fryer walaupun ada yang dah lama guna. CH baru saja guna PerrySmith Air Fryer sebab sebelum ni malas nak beli. Seorang CH ni tak suka banyak sangat gadget kat dapur sebab bukan rajin sangat masak. Kihkih...
Lagi satu sebab takde ruang nak simpan. CH tak suka banyak-banyak barang sampai letak bawah bawah meja makan atau bawah katil. Susah nak mengemas dan bersihkan ruang tersebut. Nak kena angkat keluar pastu nak kena letak balik. Kalau tak angkat keluar masa bersihkan tu, memang tempat tu akan berhabuk. Memang bukan CH ler nak buat semua tu. Masa yang terluang tu adalah untuk diri sendiri dan keluarga. Gituuu. Hahaha
Nak dijadikan cerita, ada collaboration dengan satu website dan mereka bayar CH melalui ewallet dan ewallet tersebut tak boleh cashout macam shopee. Nak tak nak, terpaksalah CH beli barang. Cari punya cari barang apa yang nak beli, CH buat keputusan nak beli air fryer. Ada dua tiga brand yang CH pertimbangkan dan tengok review. Ada yang bagus, ada yang tak bagus dan antara maklumat penting apabila baca review adalah mendapat saiz yang sesuai. Yelah satgi terbeli yang boleh muat nugget 2,3 ketoi saja... Rugilah beli kalau boleh masak nugget ngan fries saja.
Sebelum membeli air fryer juga, CH melihat kepada kegunaanya juga. Apa yang boleh di masak dengan air fryer ni. Rupanya dengan air fryer kita boleh masak macam-macam... Sebab tulah ramai yang ada dan idamkan air fryer.
Setelah membaca review dan melihat kegunaan air fryer, barulah CH decide untuk membeli air fryer jenama PerrySmith kerana harganya yang berbaloi dan dalam budget ( baca payment yang CH terima ya ).
Review PerrySmith Air Fryer |
Review PerrySmith Air Fryer | Gadget Dapur Yang Sangat Membantu
So, inilah air fryer CH yang pertama. Warna hitam gold gitu.. Jenama PerrySmith Ecohealth II Series bersaiz XL ( 4.8L). Mempunyai waranty selama 2 tahun. Okay la kan...
PerrySmith 3D Air Fryer EcoHealth II |
details air fryer PerrySmith |
Masakan pertama yang CH masak menggunakan airfyer adalah ayam panggang ala kenny rogers. Itu pun sebab oven CH tetiba tak panas. Terus zasss buka kotak air fryer. Kalau tak, confirm air fryer tu bertahun dalam kotak. hahaha...
Packaging sangat terbaik sebab ada 2 kotak yang tebal |
Hitam itu menawan |
Inilah hasil ayam panggang ala kenny roger yang di panggang dalam air fryer. Saiz 4.8L ni memang buat seekor ja ayam.
ayam panggang air fryer |
dah masak.. |
Pastu try goreng nugget dan fries dalam air fryer ni. 10 minit dah siap.. Bubuh dalam air fryer pastu set suhu dan masa. Tinggal dan pergi sambung buat kerja opis. Tinggg! Dah siap. Senang sungguh. Ni yang buat suka sangat dengan air fryer.
Gambar goreng nugget dan fries dah takde sebab dah hilang dari memori telefon. Takleh nak tunjuk kat korang. Sobs sobs.. Disebabkan takde gambar nugget dan fries yang kita berjaya masak menggunakan air fryer, CH letak gambar yang ada sajalah.
Berjaya bakar baked macaroni. 10 minit saja... cantik sangat hasilnya.
Baked macaroni air fryer |
Sejak ada air fryer ni, CH rasa dah kurang menggunakan minyak. Jimat!
Paling best sebab dah boleh suruh anak dara buat sendiri saja apa yang yang depa nak makan. Selalunya frozen food lah. Adiknya pun tahu bila mommy sibuk, si kakaklah yang di suruhnya. Tak lama lagi, CH dah boleh goyang kaki sikitlah.
So, kalau korang nak beli air fryer yang harga berpatutan dan sesuai dengan budget korang, korang bolehlah beli air fryer jenama PerrySmith ni. In sha Allah okay. CH cakap sebab sebelum ni CH dah guna vacum jenama ni.
Kalau nak cuci mata air fryer yang harga berpatutan, korang boleh tengok di SINI.