Gulai Udang Tumis Darat Dengan Kacang Buncis Mudah, Sedap dan Menyelerakan. Sekali sekala masak lauk kampung memang membangkitkan selera. Tambah-tambah bila buat tumis darat. Bau wangi bawang dan daun kari memang menaikkan selera. Terus rasa nak makan time tu jugak. Gulai udang tumis darat dengan kacang buncis ni tak pedas. Jadi anak-anak kecil boleh belajar makan. Kalau di Kedah, gulai udang ni selalunya di makan juga dengan nasi lemak. Kalau yang dah siap bungkus tu, korang kena tanya sama ada sambal udang atau gulai udang. Jarang-jaranglah nasi lemak bungkus tu letak sambal udang. Jangan salah beli yer...
Gulai Udang Tumis Darat Dengan Kacang Buncis Mudah, Sedap dan Menyelerakan |
Gulai udang tumis darat dengan kacang buncis yang CH masak ni style orang utara. Guna rempah kari ikan kering, udang dan ketam. Jenama rempah pilihan CH adalah Rempah Cap O.
Tumis darat pula bermaksud bahan tumis di letakkan setelah gulai atau kari dah masak. Gulai atau kari yang di masak dengan tumis darat lain rasanya dari kari atau gulai yang dimasak dengan cara biasa. Tumis darat ni lebih wangi dan rasanya lebih ummmphh. Tambah-tambah lagi bila bahan tumis di tuang ke atas gulai. Aroma yang naik tu terus buat orang rasa nak makan.
tumis darat dalam kuali legend |
Kongsi dengan korang cara CH masak gulai udang tumis darat dengan kacang buncis. Mudah, sedap dan menyelerakan.
Gulai Udang Tumis Darat Dengan Kacang Buncis Mudah, Sedap dan Menyelerakan
Bahan:
15-20 ekor udang saiz L
Kacang buncis secukupnya
RM 1.20 santan segar
1 peket rempah kari ikan kering, udang dan ketam cap O
1 biji tomato - dibelah enam
garam secukupnya
1 sk manggi cukup rasa
2 mug air
Bahan Tumis:
1 biji bawang besar
1-2 ulas bawang putih
2 pelepah daun kari
Minyak secukupnya
Caranya:
Masukkan 2 mug air dan rempah kari ke dalam kuali atau periuk. CH guna kuali sebab senang nak agak dan senang nak kacau. Masak rempah sehingga mendidih dan sehingga rempah masak.
Masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih selama 5 minit.
Masukkan udang dan tomato. Gaul rata dan biarkan sehingga udang separuh masak.
Masukkan garam, maggi cukup rasa dan kacang buncis. Gaul rata sehingga udang dan kacang buncis masak sepenuhnya.
gulai udang tumis darat |
Rasa. Sekiranya dah cukup rasa masin, masam dan manis dah boleh tutup api. Jika belum, boleh tambah apa yang patut.
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga sedikit garing. Bila dah garing, campurkan semua bahan tumis sekali dengan minyak ke dalam gulai tadi. Kacau sekata dan tutup gulai tadi supaya aroma tadi sebati dengan gulai.
gulai udang tumis darat dengan kacang buncis |
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas dan ikan goreng.
Selamat Mencuba!
Nak info ibu hamil, nak lebih banyak resepi, nak motivasikan diri ataupun nak jadi blogger? Korang klik ja link telegram di bawah.. Confirm tak nyesal.
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
https://t.me/katasemangathidup
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer