Minggu lepas, on the way balik kampung... singgah makan kat restoran Makkah. Mr. Hubby teringin sangat nak makan kat sini. Bulan posa hari tu nak buka posa kat sini tapi penuh. Pi tesco dulu... shopping barang nak masak raya dan jap lagi balik nak singgah la makan. Time balik singgah, restoran dah tutup.... Semua makanan dah habih. Takde rezeki.
So, khamis hari tu tak lepaskan peluang nak makan nasi mandy kat sini.
Sedap sangat . Nasi dia macam bersup sikit. Takde kuah-kuah ... Macam dalam gambar. Daging dia lembut... Rasa dia lain dari nasi arab kat Perda.
Nasi sepinggan kongsi 3 orang. Biasa la nasi arab kan style dia sepinggan boleh makan 2 orang...
Untuk Aisya & Ammar pula, saya order roti dan daging cincang. Tak ingat apa nama dia... Swarma kot. Sedap dan roti dia lembut. Hihi siap tapau lagi....
Lokasi restoran ni agak tersorok sikit. Area Tesco Mergong dan di belakang bangunan yang ada butik Hajra. Masa kali pertama cari, dua tiga kali gak pusing area ni.... Dah tersesat baru jumpa...
Ini jer JJCM bila balik kampung. Raya Aidiladha nanti nak pi cari nasi lemak royale pula...
-xoxo-