Pelbagai Resipi Mee Sedap Dan Mudah Untuk Dihidangkan Kepada Keluarga. Bila dah habis berpuasa, ibu-ibu kembali bertugas di department oil and gas seperti biasa. Tapi bila hari-hari masak, memang akan rasa buntu sampai tak tahu nak masak apa. Nak ulang resepi yang selalu masak, dah jemu. Apa kata ibu-ibu semua selang seli dengan resepi mee sedap dan mudah untuk dihidangkan dengan keluarga.
Pelbagai Resipi Mee Sedap Dan Mudah Untuk Dihidangkan Kepada Keluarga.
Ada pelbagai resepi mee yang boleh dihidangkan kepada keluarga antaranya adalah mee kuah, mee hailam, mee goreng, mee goreng basah, mee champa, mee kuah terengganu, mee bandung, mee wantan, mee rebus dan banyak lagi.
Semua resipi mee yang dikongsi ini adalah menu yang akan kita order bila makan di luar. Disebabkan kita tak boleh makan di luar, kita bawa menu restoren ke rumah. Pasti keluarga suka dan akan pesan lagi...
Pelbagai Resipi Mee Sedap Dan Mudah Untuk Dihidangkan Kepada Keluarga |
Berikut adalah resepi mee yang boleh di cuba.
#1 RESEPI MEE KICAP DAN SUP WANTAN
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Mee Kicap
Sepatutnya guna mee wantan tapi saya tak beli pulak. So, guna mee yang ada jer. Saya guna mee cintan. Sedap jugak (nak sedap guna mee wantan la boleh beli kat mana2 supermarket). Mee cinta tu celur dulu sehingga lembut.
Bahan-bahan:
Minyak Bijan
Kicap Pekat
Kicap Cair
Sos Tiram
Campurkan semua bahan-bahan di atas tu. Saya agak-agak je ikut banyak mana mee yang kita guna. Kemudian masukkan mee dan gaulkan rata. Tak perlu masak pun.
Wantan
Kulit Wantan beli jer yang dah siap
Bahan Inti Wantan
Hancurkan isi udang dan ayam
Bawang putih dikisar hancur
Daun bawang dihiris halus
Daun sup dihiris halus
Carrot disagat halus
Tepung Jagung
Lada Sulah
Garam
Sos tiram
Gaulkan semua sehingga sebati. Pastu ambil kulit wantan tadi dan letakkan adunan isi wantan ni dan bentukkan mengikut kreativiti masing-masing. Lepas dah siap bentukkan dengan pelbagai bentuk tadi, steamkan selama 15 minit. Kemudian boleh masukkan dalam sup.
Sup Wantan
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Bahan-bahan:
Air
Kiub ayam
Lada Sulah
Daun Sup
Daun bawang
Garam sikit
Didihkan air. Kemudian masukkan kiub ayam, lada sulah, garam, dan masukkan wantan yang dah siap ke dalam sup . Biarkan sekejap dan agak2 dah nak siap tabur daun bawang dan daun sup.
Bahan lain WAJIB ada:
Sayur sawi (celurkan je)
Sambal kicap (cili api + kicap cair)
Minyak Bawang Putih (Bawang putih dicincang + minyak masak. Gorengkan sehingga garing)
Bawang goreng
kredit kpd Madihah Mazha
#2 RESEPI YEE MEE SIZZLING
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air
Cara-caranya:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee.
#3 RESEPI MEE GORENG MAMAK
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Bahan:
Mee kuning 450g(5 org makan)
Lada kering+Bwg Merah+Bwg putih (blend)
Sayur Sawi@Taugeh
Fish cake@Fish ball
Sotong@Udang
Telur 2biji
Kicap
Seafood sos adabi
Sos Cili
Perencah Maggi Kari
Garam
Caranya:
1. Tumis lada kering yg dah diblend hingga garing
2. Masukkan seafood sos adabi,sos cili,kicap,perencah maggi kari dan sedikit air.
3. Masukkan sotong@udang dan fishcake@fishball
4. Masukkan sayur dan telur kacau sebati perasakan dgn garam
5. Akhir sekali masukkan mee kuning yg sudah dibasuh gaul sebati sehingga masak
#4 RESEPI MEE RACUN
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Bahan-bahan:
400gram daging atau tulang gear box
6 biji bawang merah - dikisar/ditumbuk
6 biji bawang putih - dikisar/ditumbuk
1 senduk cili sos
1 senduk tomato sos
2 susu cili boh - yang tak tahan pedas boleh kurangkan/tahan pedas boleh tambahkan
3 tangkai sawi
3 helai daun kobis
4 biji tomato
6 biji telur
1 kilo mee kuning
Cara-cara:
Daging dipotong kecil-kecil dan direbus.
Telur digoreng dadar dan dihancurkan.
Tumis bawang kecil, bawang putih dan cili boh hingga garing.
Kemudian masukkan tomato sos dan cili sos. Tambah air secukupnya.
Bila sudah mendidih masukan telur dadar yang dihancurkan tadi dan masukkan sawi dan kobis yang telah dihiris.
Taburkan garam secukupnya dan masukkan tomato yang telang dipotong.
Akhir sekali, celur@rebus mee kuning dan hidangkan bersama kuah mee racun.
*Bagi pengemar gearbox, daging itu boleh ditukar dengan gearbox.
#5 RESEPI MEE KARI NYONYA
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
BAHAN² MEE KARI:
Setengah ekor ayam (potong kecik²)
5 biji bawang merah kecil (kisar)
1 labu bawang besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 inci lengkuas (kisar)
3 biji buah keras (kisar)
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
2 sudu besar udang kering ( rendam seketika dan kisar )
2 tangkai daun kari
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan (tak letak)
2 batang serai (ketuk)
8 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili kering kisar (boleh tambah kalau nak lagi pedas)
1 kiub pati ayam
1 kiub pati ikan bilis
2 keping asam keping
Santan secukupnya (saya guna 3 cawan santan)
Garam
Gula (saya guna nisan)
CARA²:
1. Blender semua bahan² kisar sehingga halus.
2. Panaskan minyak yg mencukupi, masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih, tumis semua bahan kisar bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, buah keras, daun kari dan udang kering. Tumis shgga masak @ kekuningan.
3. Kemudian masukkan daun kesum, serai dan tumis sekejap. masukkan pula rempah kari yg telah dibancuh bersama cili kisar bersama sedikit air. Tumis rempah ni smpi betul2 garing dan naik minyak.
4. Then masukkan ayam yg telah dipotong kecil2. Tumis sehingga air ayam keluar.
5. Kemudian masukkan santan dan air. Agak² la ye nak kuah byk mana.
6. Biarkan mendidih, masukkan kiub pati ayam, kiub pati ikan bilis, asam gelugur, garam dan nisan. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing2.
7. Bila nmpk kuah dah mula mendidih dan mula pekat boleh masukkan fishball, fishcakes dan tauhu pok. Kalau nak masukkan kerang pun boleh, ikut citarasa uolss.
8. Dah masak semua, boleh la rasa apa yg kurang dan tutup api.
BAHAN SAMBAL UDANG KERING :
2 sudu besar udang kering rendam sekejap dan blender
4 ulas bawang putih blender
1 cawan cili kering blender
Garam
Gula (guna nisan warna sambal cantik)
CARA²:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis semua bahan blender sehingga benar² masak dan garing. Kemudian masukkan gula serta garam.
4. Tumis sambal smpi betul² naik minyak serta bertukar warna merah yang cantik.
BAHAN² LAIN MEE KARI
Sawi
Taugeh
Telur rebus
Bawang goreng
mee kuning
Cili besar
Limau kasturi
* celur mee, sawi dan taugeh seketika shja.
#6 RESEPI MEE BANDUNG
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Sambal Mee
(Sambal ni boleh simpan dlm fridge, bekukan & tahan lama)
Lada kering/Cili Boh 1 blender
Bwg putih (10 ulas)
Bawang besar (4 ke 5 biji)
2 blender penuh udang geragau (rendam dulu)
Siap blender sema, masak api kecil sampai air kering.. Sambal ni bole buat sambal mee goreng juga
Goreng kacang tanah dan blender kering . Campur biskut lemak utk pekatkan kuah
Rebus daging utk dptkn air rebusan..ni yg buat sdp mee bandung tu..
Cara:
Tumis sambal td ( 1 sudu sup utk sorg makan)
Masukkan air rebusan daging, agak2 dlm 2 senduk besar (utk sorg mkn), pecahkan telur.
Dah mendidih masukkan kacang, udang, sotong rendam dan daging
Masukkan mee, masukkan sawi & tomato & perasakan
Siap utk di hidangkan..
#7 RESEPI MEE REBUS TERENGGANU
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Bahan-bahan
1 paket NuMee
isi ayam/fish ball/fish cake
telor
2 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
1 sudu besar lada hitam-tumbuk
1 ikat sayur sawi
lobak
5 biji cili api
1 sudu kecil gula
1 sudu besar garam
sedikit ajinomoto
Cara-Caranya:
1. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan lada hitam, hingga agak sedikit kekuningan.
2. Masukkan air dan biar hingga mendidih baru masukkan isi ayam/fish cake/fish ball.
3. Perasakan dengan garam, gula dan ajinamoto.
4. Pecahkan telor sebiji demi sebiji ke dalam kuah,dah pecahkan jangan kacau,biarkan dahulu hingga telor jadi separuh masak.
5. Masukkan sawi, cili api dan lobak. Kacau sekejap supaya rata dan lagi elok sekiranya perasakan lagi sekali supaya secukup rasa.
6. Tutup api gas dan siap untuk dihidangkan bersama mee.(ikut resepi sebenar mee rebus teganu, mee akan di campur terus ke dalam kuah dan kena makan terus masa panas2, tapi resepi ni sy asingkan mee dan kuah, bila nak makan baru letakkan mee. Untuk mengelakkan mee jadi kembang bila dicampur ke dlm kuah)
7. Bagi yang suka sambal kicap, bolehlah sediakan sambal kicap ye.
#8 RESEPI BAKSO ASLI INDONESIA
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Bakso/ Bebola Daging
500 gram daging lembu giling
1sdk baking powder
2 sdk garam
90ml air sejuk (air peti ye)
1 biji putih telur
5 sdb tepung ubi
2 ulas bawang putih ditumbuk
Cara2 buat bakso
Siapkan mangkuk besar masukan tepung ubi & baking powder
Haluskan/blender daging bersama dgn air sikit
Daging yg halus td letak bawang putih , putih telur , serbuk lada putih & garam .. Uli sampai sebati
Daging yg diuli td campurkan dgn bahan tepung ubi tadi & uli sampai sebati
Simpan ke bekas & tutup bekas dgn plastik & masukan dalam peti 30minit
Doh dh sejuk sikit , ambil & bentukkan bulat bakso & kemudian rebus seketika
Jika bakso terapung itu bermakna bakso dh masak.
BAHAN KUAH BAKSO
6 ulas bawang Putih
1/2 sdk serbuk lada putih
3sdb garam
2 liter air
2 batang daun bawang
500 grm Tulang Daging lembu
Caranya:
Rebus air hingga mendidih & masukan tulang lembu bias dlam 30 mnit , masukan bawang putih yg sudah dihaluskan , masukan daung bawang , garam & serbuk lada putih.
#9 RESEPI MEE SUP MUDAH
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Bahan:
Sedikit minyak
5 ulas bawang putih
1 kiub pati ikan bilis
1 kiub pati ayam
1 liter air
Serbuk lada sulah
Garam
Caranya:
1. Mula panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga garing.
2. Dah garing masukkan 1 liter air tadi dan biar mendidih. Nak kuah banyak lebihkan air.. hokey
3. Dah mendidih tu boleh la masukkan kiub ayam, kiub ikan bilis, bebola ikan dan fish cake. Time tu boleh masukkan sekali serbuk lada sulah dan perasakan dengan garam. Biaq lagi dalam 5 minit macam tu.
4. Sebelum angkat, tumis sikit bawang putih dan masukkan dalam sup dan siap. Ada yang kata boleh tambah minyak bijan sikit. Lagi kick rasa dia.
5. So dah cukup rasa semua tutup laa api.
#10 RESEPI MEE SIPUT DAGING
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Bahan:
5-8 bawang putih (cincang)
1 biji bawang merah(belah besar2)
cili api (belah tk putus/ketuk)
minyak bijan
kicap pekat
kicap manis
garam
gula
mee siput(rebus dan toskan)
daging lembu - (potong nipis2 perap dgn minyak bijan 2,3 titis, 1sdk kicap manis, lada hitam dan garam)
Caranya:
Tumis bawang putih dgn minyak masak sampai kekuningan angkat dan toskan bawang putih. Ke tepikan.
Tumis bawang merah dan masukkan daging yg diperap tadi.
Masukkan sos tiram, sedikit kicap manis dan minyak bijan. Biar daging masak dlm 10minit.
Masukkan garam, gula kicap pekat dan last sekali masukkan mee siput. Kacau sekata..
Akhir sekali masukkan bawang putih tadi.. siap! makan dgn cili potong..
#11 RESEPI MEE WANTAN KICAP DAN DUMPLING
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Bahan dumpling :
Kulit dumpling segera (beli di pasaraya)
2 keping dada ayam - dicincang
isi udang - dicincang
1 biji telor
1/2 biji bawang holand - diracik
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil garam
daun bawang - diracik halus
CARA-CARA:
Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati.
Ambil kulit dumpling, letakkan isi yang digaul tadi di tengah-tengah kulit.
Letakkan sedikit air dikeliling kulit dan bunjutkan.
Kukus dalam 4@5 minit.
Jangan lupa sapukan minyak pada periuk kukusan untuk mengelakkan dumpling melekat semasa mengukus.
Bahan sup jernih :
3@4 cawan air
Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)
Bebola ikan
Dumpling yang telah dikukus
1/2 kiub ayam knorr
1 sudu teh lada sulah
1cm halia | dihiris nipis
2 sudu besar minyak bawang putih
Garam cukup rasa
Daun bawang
CARA-CARA:
Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan dumpling).
Akhir sekali baru masukkan bebola & dumpling. Biar mendidih sekejap.
Padamkan api.
Bahan mee kicap:
.
1 paket mee wantan
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair/manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh lada sulah
CARA-CARA:
Celur mee wantan dengan air panas dan toskan.
Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan.
Hidangkan mee tadi bersama dumpling goreng, cili jeruk, sayur kailan celur dan sup jernih.
#12 RESEPI MEE HAILAM
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Bahan-bahan:
1/2 kg. mee kuning
1/4 kg daging ayam dan daging lembu
10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
1 sudu besar cili boh
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
Sos cili
Sos tomato
Kicap(warna asal Bkn mcm ni,kami suka mkn kicap sb tu boh byk2)
* Ditumbuk terlebih dahulu
* Ayam dan daging direbus dahulu
Cara2 Membuatnya.
Pertama sekali anda tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.
Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar2 masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.
Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
Selepas itu anda masukkan pula ajinomoto, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda)
Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.
Kemudian anda masukkan mee.
Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.
Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.
Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)
Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.
Setelah siap anda boleh menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.
#13 RESEPI MEE CHAMPA
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
BAHAN KUAH:
1 1/2 - 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand* potong 4
3 biji bawang besar * potong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni..tp kalau takde boleh la abaikan
daun ketumbar seikat
daub bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga cengkih*
1/2 cawan sos ikan
gula
garam
perasa jika suka
serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging
Caranya:
1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita.
Caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam. Kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran. kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya. dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi...kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..
2. Sementara daging kita empuk, anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)
3. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas2..
time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 nsegala rempah tak masuk dlm mangkuk mee tu..so dpt kuah yang suci bersih je..
SAMBAL LADA
4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
sedikit garam
caranya
1. rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap
MINYAK BAWANG PUTIH
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api ...
AKSESORI LAIN
kuey teow, mihun,mee champa
daun ketumbar, daun sup, daun bawang
limau nipis
hirisan daging
minyak bawang putih
lobak asin yang dipotong halus
sambal lada
tauge
kicap
serbuk lada sulah/lada hitam
gula (tambahan jika suka manis)
sos ikan jika perlu
## psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi
#14 RESEPI MEE KARI MUDAH DAN SEDAP
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Bahan:
1/2 ekor ayam-di potong kecil, cuci dan toskan
4 sudu besar rempah kari ikan *
2 sudu besar rempah kari daging *(*bancuh dngn sedikit air)
1 keping asam keping
1 kiub pati ikan bilis Knorr
2 cawan santan pekat(saya guna 2 kotak santan, setiap satu kotak mengandungi berat 200ml)
5 cawan air
1 cawan isi kerang atau lebih
garam dan sedikit gula
1/2 cawan minyak masak utk menumis
2 keping fishcake- di potong nipis
10 ketul fish ball- di belah 2
Bahan Untuk Dikisar
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar udang kering- cuci, rendam dan toskan
Bahan Untuk Tumis:
1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 batang serai- di ketuk
Bahan Mee dan Hiasan:
1 kilo mee kuning di celur dan toskan
Daun bawang dan daun sup- di potong2
2 keping tauhu digoreng dan dipotong nipis
4 biji telur direbus kupas kulit dan belah dua
cili merah atau cili jeruk
sawi dan taugeh dicelur dan di toskan
4 biji limau kasturi, cuci dan belah
Bawang goreng
CARA-CARA:
Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis. Masukkan pula bahan2 kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari ayam dan daging yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.
Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di cincang dan biarkan sehingga empuk.
Masukkan air, kerang, fish cake,fish ball, serbuk pati ikan bilis, dan asam keping.
Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, angkat dan hidangkan.
#15 RESIPI MEE GORENG BASAH SEDAP SANGAT
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Bahan:
2 bungkus Mee Kuning
100-200g daging tetel/harimau menangis- rebus sehingga daging empuk.
Udang (CH tak masukkan)
Air rebusan kulit udang ( CH tak masukkan)
3 biji telur rebus
3-5 biji ubi kentang - rebus terlebih dahulu. Separuh blend, separuh potong separa bulat.
Daun bawang - potong panjang 2cm
1-3 sudu besar cili boh
2 biji tomato
Sawi
2 sb sos cili
1/2 tin tomato sup kimball
2-3sb Sos tiram
2sb kicap
Minyak secukup
Bahan blend
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
So, untuk caranya.. CH copy paste yang Teacher Shila bagi. Korang boleh skip kat part udang dan air udang sebab CH tak masukkan pun. Hanya guna daging dan air daging 100%. Tu pun dah sedap.
Caranya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend serta batang daun bawang. Tumis Sampai wangi..
2. Masukn udang.Goreng Sampai spruh masak saja.
3. Masukan cili kisar. Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih.
4. Masuk Air daging dan air udang. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi.
4. Bila dah mendidih, masukkan TOMATO SOUP KIMBALL (WAJIB Ada) dan ubi kentang yang dikisar. Tujuan masukkan ubi kentang kisar adalah untuk memekatkan kuah.
5. Masukkan sos cili,sos tomato, sos tiram, kicap. Gaul sebati dan biarkan hingga mendidih.
6. Masukkan daging rebus dan biarkan sehingga mendidih.
7. Bila dah mendidih, baru masukkan mee, sawi, ubi kentang yang dipotong separa bulat dan tomato. Gaul rata.
8. If kurang kuah, tambah air daging /air udang.
9. Rasa. If ada bahan terkurang, tambah la apa yang patut.
9. Bila dah masak, angkat dan hiaskan dengan bawang besar yang dipotong separa bulat, daun bawang, cili besar dan telur yang dipotong 12.
#16 Mee Goreng Sotong Mudah Dan Sedap
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Bahan:
1 bungkus kecil Mee Kuning
2 biji telur ayam
2 ekor sotong besar - di potong bulat
1-2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu kecil sos tomato
1/2 biji bawang - diracik
2 ulas bawang putih - di racik
2 sudu besar minyak masak/ secukupnya
Kobis
1/2 cawan air
Caranya:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar serta bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan biarkan cili masak sehingga sedikit garing.
Masukkan sotong. Biarkan sotong sehingga separa masak.
Tambahkan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap dan air. Biarkan sehingga mendidih selama 2 minit.
Masukkan mee dan kobis. Gaul rata sehinga mee masak sepenuhnya.
Tolak mee ke sebelah kuali, masukkan sedikit minyak dan masukkan telur. Tutup telur dengan mee dan biarkan sekejap ( 1 minit). Gaul rata.
Tutup api, angkat dan hidangkan ketika masih panas.
#17 Resepi Mee Udang Ala Teluk Kumbar
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Bahan-Bahan
1 Bungkus Mee Kuning (1 kg)
20 ekor udang kertas saiz XL
2 biji tauhu - di goreng terlebih dahulu dan di potong
daun bawang
daun sup
sawi
taugeh
1 biji bawang besar di potong separa bulat
Bahan Kuah
5 ekor udang dibuang kulit dan dikisar halus
1 biji bawang besar - di racik
3 biji bawang putih - di racik
1 batang kulit kayu manis
3-4 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili
4 sudu sos tiram
1/2 tin tomato sup kimball
bahan kisar - 1 bji bawang besar, 2 biji bawang putih dan 2 cm halia
minyak masak secukupnya
1liter air
Caranya
Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan kulit kayu manis sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak sehingga sedikit garing.
Masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga agak masak. Tambah udang yang dikisar halus, tomato soup, sos cili, sos tiram dan air. Biarkan sehingga mendidih dan rasa semua bersatu.
Masukkan garam secukupnya. Rasa. Jika masih ada rasa yang kurang, masukkan sos tiram, sos cili ataupun tomato soup.
Akhir sekali untuk hidangkan pula, mommy panaskan kuah dalam kuali dan masukkan udang 3-5 ekor untuk seorang. Biarkan sehingga udang masak sepenuhnya. Bila udang telah masak, masukkan mee dan sayur sawi. Biarkan sehingga mee dan sayur masak. Sebelum angkat, masukkan taugeh.
Angkat dan hidangkan dengan tauhu, daun bawang, daun sup serta bawang besar.
Sedap di makan panas-panas.
#18Mee Kuah Tulang Mudah Masak Dan Sedap
Resipi Mee Sedap Dan Mudah |
Bahan Kuah
1 kilo tulang rusuk - boleh diganti dengan daging rincik atau daging harimau menangis
1/2 tin tomato soup - akak guna jenama kimball. Boleh ganti dengan tomato fresh yang dikisar
3 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos cili
4 Sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk perasa
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak
garam secukupnya
Air - 2 liter atau guna air rebusan daging
Bahan Lain
Mee kuning - 2 bungkus ( boleh di gantikan dengan koay teow atau mee segera)
Sawi
Tauge
Tauhu - di goreng terlebih dahulu
Bawang goreng
Daun bawang
Cili besar merah - di potong nipis
Caranya
Rebus daging sehingga empuk.
Tumis bawang putih & besar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
Tambah air/ air rebusan daging , tulang dan daging. Masukkan sos cili, sos tiram, tomato soup. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Rasa. Jika rasa masih kurang sepertimana yang di mahukan.. Tambahlah sos cili, tomato soup, sos tiram atau garam sehingga mendapat rasa yang di hendaki.
Untuk menghidangkan pula, akak akan panaskan kuah, daging dan tulang dalam kuali sehingga mendidih. Kemudian masukkan mee dan sayur. Biarkan sehingga masak. Kemudian angkat dan hidangkan dalam mangkuk.
Hiaskan hidangan dengan meletakkan tauhu goreng, bawang goreng, daun bawang dan cili merah yang di potong.
Selamat mencuba uolls!
No comments:
Post a Comment