July 2015 - Cahaya Hayati

30 Jul 2015

Wahai Mama, Mommy, Ibu, Emak.. Jom Sertai Woop.my

July 30, 2015 1
Wahai Mama, Mommy, Ibu, Emak.. Jom Sertai Woop.my
Assalamualaikum wbt.

Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada blogger www.azirahman.com yang mengajak saya menyertai Woop.my. Memang best...


Kenapa Perlu Join Woop.my?

Woop.my adalah komuniti untuk wanita memberi pendapat tentang barangan kegunaan harian. setiap pendapat yang di berikan akan diberikan point. Selain itu, woop.my juga memberi peluang kepada kita untik memenangi hadiah yang menarik.

Point Yang Terkumpul

Point yang terkumpul boleh ditukarkan dengan barangan. Terdapat pelbagai barangan yang di tawarkan bergantung kepada jumlah point. Boleh semak di SINI



Sertai woop.my

Jadi tunggu apa lagi. Jom sertai woop.my 

Jumpa di komuniti woop.my pula yer

29 Jul 2015

CPUV Nuffnang | Masih Berbaki 8

July 29, 2015 4
CPUV Nuffnang | Masih Berbaki 8
Assalamualaikum wbt.

Sejak masuk bulan Syawal ni, tak pernah tengok lagi akaun nuffnang. Dah boleh cash out rupanya.Takpe.. simpan dulu bagi jadi bukit.

CPUV pula ada 8. Baki dari bulan lepas dan 3 lagi baru masuk pada 24 Julai.


Alhamdulillah..

Menantu vs Mertua

July 29, 2015 4
Menantu vs Mertua
Assalamualaikum wbt.

Ramai yang tahu Cik Ti tinggal sekali dengan emak mertua sejak kahwin sehingga sekarang. Ramai yang tanya petua bagaimana boleh tahan tinggal dengan mertua...

Bagi Cik Ti, takdak petua apa pun. Terpulanglah kepada diri kita sendiri... Kehidupan bagaimana yang kita hendak. Nak yang porak perandakah atau yang aman damai?

Setakat teguran sikit-sikit tu tak perlu la ambik serius sangat. Nanti hal kecil jadi besar pula... Kerana setitik cuka semua susu jadi masam. Kalau boleh jadi lassi ok la jugak.. Dapat la minum lassi yang sedap tu.

Kalau rasa tak puas hati juga.. Buat la luahan kat encik suami. Bukan nak ngadu domba. Cuma nak redakan rasa tak puashati yang terbuku di hati. Dah buat luahan tu nanti legalah..

Encik suami juga kena memahami dan pandai memberi pendapat. Jangan di ikutkan rasa kasih & sayang....

Bila isteri mengadu tu janganlah cakap begini

' awak tu sikit-sikit tak suka dengan mak saya'

Kalau dapat ayat cenggini kompom isteri tarik muka dan mogok.#sakitnyatuhdisini.   hehe

Pujuklah isteri tu cenggini..

'Sabarlah. Biasalah orang tua... Kadang-kadang depa pun nak perhatian dari anak-anak'

Kan sedap dengar. Barulah terubat rasa kat hati...

Pokok pangkalnya, terpulanglah kepada diri sendiri untuk tentukan hubungan sebagaimana dengan mertua. Nak amankah, nak bermusuhkah ...

Sebagai isteri, kita pun jangan lupa yang suami kita masih mempunyai tanggungjawab terhadap mertua sehingga akhir hayatnya. 

Anggap sahaja, kita pun akan dapat menantu yang baik yang boleh tinggal bersama dan menjaga kita bila dah tua nanti. In Sha Allah.

Bagaimana Hendak Menjadi Produktif Bila Bekerja Dari Rumah

July 29, 2015 1
Bagaimana Hendak Menjadi Produktif Bila Bekerja Dari Rumah
Assalamualaikum wbt.

Bagaimana Hendak Menjadi Produktif Bila Bekerja Dari Rumah

Bila melihat orang yang bekerja dari rumah... Tak kira la peniaga online, financial consultant, agent insurans dan blogger sepenuh masa. Terfikir juga bagaimana mereka ni menjadi produktif bila bekerja di rumah? hmmm... Lainlah orang yang bekerja di pejabat sebab minda dah set yang datang pejabat untuk bekerja dan ada yang memantau. Ofkoslah bos dan ada KPI (sasaran) yang telah di tetapkan. Nak tak nak kena buat dan siapkan dalam tempoh yang di berikan.


Bekerja dari rumah tidaklah semudah yang di sangkakan. Rutin sebagai bapa atau emak kadang-kadang men'sabotaj' jadual yang telah di buat untuk bekerja dari rumah. Sama ada terlambat atau di terpaksa di tangguhkan daripada jadual sebenar. KECUALI lah anda seorang yang berdisiplin dan tegas dalam mengatur jadual kerja dan tugasan rumah.

Menurut artikel dalam The Huffington, terdapat 8 cara untuk menjadi lebih produktif.

Tetapkan Masa Bekerja

Masa untuk melakukkan kerja dari rumah amat terhad. Tambah lagi mempunyai anak-anak yang perlu di uruskan. Selalunya jadual yang telah di tetapkan akan lari di sebabkan oleh anak-anak yang kadang-kadang memerlukan pemerhatian yang lebih dari ibu/bapa. Jadi tetapkan masa untuk bekerja dari rumah , contohnya ketika anak-anak tidur atau waktu malam yang kurang gangguan untuk bekerja.

Ruang Kerja Sendiri

Tak perlu mempunyai pejabat memadailah bilik/ruang khas yang menyenangkan untuk membuat kerja dan simpan dokumen yang diperlukan. Bilik/ruang khas ini akan memudahkan dan menyenangkan bekerja dari rumah serta membawa seketika diri untuk bekerja. Pastikan ruangan ini tidak nampak tugasan rumah seperti melipat baju, sampah dan lain-lain.

Kawan Boleh Tunggu

Tiada kerja, tidak siap tugasan bermakna tiada aliran tunai akan masuk. Jadi sila pastikan tugasan di siapkan terlebih dahulu sebelum melayan chat dalam wassap atau melihat media sosial seperti FB dan instagram. Jadi ketika waktu bekerja, sila pastikan telefon dijauhkan atau berada dalam mode jangan ganggu.

Kerja Adalah Kerja

Bila bekerja dari rumah, kita perlu tetapkan minda bahawa kerja adalah kerja. Jangan main-main atau mengambil rehat yang lama. Ini akan menyebabkan kerja yang dilakukan akan tertangguh.

Yang Penting Di Dahulukan (prioritize)

Jawab email dan panggilan dalam masa yang singkat ataupun secara pukal (bulk). Pastikan melakukan kerja yang penting terlebih dahulu. Boleh juga di lakukan secara first in first out (FIFO). Jangan amalkan untuk melakukan kerja senang terlebih dahulu.. Yang susah kemudian. Ini akan menyebabkan anda menghasilkan kerja yang tidak berkualiti.

Sentiasa Berhubung Dengan Rakan-rakan

Network atau perhubungan adalah penting terutamanya bagi yang menjual produk dan perkhidmatan. Pastikan anda sentiasa berhubung dengan rakan-rakan. Perhubungan juga akan menambah maklumat terkini yang mungkin anda tidak tahu.

Bersiap 

Walaupun bekerja dari rumah, anda perlu bersiap seolah-olah bekerja di tempat lain. Ini akan memberi anda motivasi untuk melakukan kerja.

Tukar Suasana Kerja

Sesekali perlu tukar suasana atau tempat kerja contohnya pergi ke tempat yang menyediakan wifi free dan membuat kerja sambil menikmati segelas kopi. Ini akan menjadi kita lebih bermotivasi, berinsprasi dan melakukan kerja dengan santai.

Apa yang penting untuk berjaya bila bekerja dari rumah adalah ruang kerja tanpa gangguan, disiplin dan berjadual serta jujur dengan diri sendiri.


p/s: terima kasih kerana membaca artikel ini.

Bercuti di Tanjung Bungah

July 29, 2015 2
Bercuti di Tanjung Bungah
Assalamualaikum wbt.

Setelah sekian lama berada dalam draft entry.. hari ni baru nak update. Lambat betul Cik Ti nak menghapdate.

Yang sebenarnya Cik Ti memberi laluan kepada entry ramadhan dan syawal terlebih dahulu..  Entry ni adalah untuk memberi cadangan percutian untuk cuti sekolah bulan sembilan ni.Kot-kot tak tau nak pi mana..

Ini tempat pilihan Cik Ti & suami bila tak tahu nak pergi mana dan untuk budget ciput.. Bercuti di Tanjung Bungah. Selalunya orang update bercuti di Batu Feringhi.. Tanjung Bungah adalah lokasi sebelum Batu Feringhi.

Tempat penginapan pula adalah TM Resort. Support business company.. Lagipun TM Resort adalah resort berkonsepkan apartment. Ada 2 bilik & hall yang besar... sesuai &selesa untuk keluarga kecil kami.

Lagipun, bila menginap di Tanjung Bungah... adalah senang untuk ke tempat-tempat pilihan seperti , Pasar Malam Batu Feringhi, Gurney & Georgetown. Sekiranya hendak membeli barang makanan untuk kudapan bolehlah ke Tesco Tanjung Tokong.

Di belakang resort ada pantai yang boleh anak-anak mandi laut.. Ada kolam untuk anak-anak main air..

 Untuk menempah TM Resort boleh hubungi : 04 - 8995492.

 Setakat ni saja. Next kita update tentang kali pertama Aisy mandi laut.

28 Jul 2015

12 Perkara Yang Tidak Sepatutnya Di Lakukan Di Dalam Kapal Terbang

July 28, 2015 3
12 Perkara Yang Tidak Sepatutnya Di Lakukan Di Dalam Kapal Terbang
Bagi kaki travel, ini adalah 12 perkara yang anda tidak sepatutnya lakukan di dalam kapal terbang.



1. Tidur ketika berlepas sehingga mendarat.

Apabila pesawat itu naik atau turun, tekanan udara di sekeliling anda berubah lebih cepat daripada udara di dalam telinga anda. Jika anda pernah menaiki penerbangan sebelum ini, anda tahu ini boleh menjadi sangat selesa - tetapi ianya hanya buat sementara waktu.

Untuk menyamakan tekanan, semua yang anda perlu lakukan adalah gusi mengunyah; menyedut, kemudian menghembus nafas perlahan-lahan seperti yang anda memegang mulut dan hidung anda menutup; menghisap gula-gula; atau menguap. Dalam erti kata lain, anda lebih baik terjaga.

Tidak sengaja tidur sepanjang perubahan tekanan, dan keadaan ini hanya akan mendapatkan lebih banyak tidak selesa, berpotensi untuk pening, jangkitan telinga, kehilangan sedikit pendengaran, kerosakan gegendang telinga, atau hidung berdarah dan kehilangan pendengaran yang teruk (dalam kes yang serius)

2. Duduk dari berlepas sehingga mendarat.

Tekanan udara yang rendah dalam kabin boleh melambatkan peredaran anda dan posisi duduk sahaja boleh menyebabkan pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Duduk sahaja tidak membantu - terutama jika anda berada di pil kawalan kelahiran, kerana ada yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat beku berbahaya (walaupun tanpa perjalanan udara) .Untuk mengurangkan risiko mendapat beku, yang boleh menimbulkan isu-isu kesihatan yang besar jika mereka perjalanan ke paru-paru, otak, atau jantung, CDC mencadangkan bangun dan bergerak di sekitar sekerap yang mungkin. Ini lebih mudah di lakukan oleh orang yang memilih tempat duduk lorong bukannya yang berada di tengah atau tepi tingkap.

Tidak kira di mana anda duduk, anda boleh melindungi diri anda dengan melakukan senaman ini sering sekali (tidak sukar dan garis panduan berpuasa pada berapa kerap anda perlu melakukannya): Meningkatkan tumit anda sambil jari kaki anda di atas lantai; meningkatkan jari kaki anda semasa tumit anda di atas lantai; dan berkertak gigi dan melepaskan otot kaki anda. Ulangi setiap pergerakan beberapa kali sebelum beralih ke depan, dan mengulangi seluruh langkah inisepanjang penerbangan anda. 

3. Mengantuk disiang hari di destinasi akhir anda.

Tempoh perjalanan yang panjang dan lama akan menyebabkan badan menjadi letih dan mengantuk. Sukar untuk menyesuaikan diri dalam zon masa yang berbeza. Oleh itu, anda perlu sesuaikan diri dengan zon masa yang sudah sebati dalam diri anda. Tidur walaupun hari masih cerah. Jangan paksa diri untuk berjaga.

4. Menolak minuman.

Udara kabin adalah kering. Oleh itu, badan anda kehilangan lembapan setiap kali anda menghembus nafas, hanya bernafas pada altitud yang tinggi boleh menjadi kering. Oleh itu, apabila atendan penerbangan membuat pengumuman berhubung jualan/ pemberian minuman, sila membuat pesanan atau menerima minuman tersebut.

5. Meminta teh atau kopi.

Tahukah anda, kopi dan teh yang dibuat daripada air paip kapal terbang yang boleh mengandungi koliform, bakteria yang terdapat dalam 12 peratus daripada kapal terbang komersial ( sumber-  Agensi Perlindungan Alam Sekitar2012). Selama ini sistem kekebalan tubuh terpulang kepada tembakau, bahan yang tidak semestinya membuat anda sakit.

Tetapi kerana koliform berasal dari najis, di mana bakteria berbahaya juga bersembunyi, air yang mengandungi ia adalah lebih cenderung untuk menyimpan barangan menakutkan seperti E. coli, yang benar-benar boleh mengganggu sistem anda. Jadi janganmengambil risiko. Lebih baik memilih air botol dan minuman tidak berais.

6. Minuman berbuih.

Menurut laporan  Persatuan Perubatan Aeroangkasa, perubahan tekanan udara boleh menyebabkan gas dalam badan untuk berkembang sebanyak 25 peratus. Oleh itu, minuman berbuih melakukan perkara yang sama dan boleh memburukkan lagi kesan-kesan tidak selesa ketika dalam penerbangan. Menolak minuman tersebut jika di tawarkan.

7. Boozing sehingga.

Walaupun alkohol pada mulanya mungkin membantu anda tidur dalam penerbangan, ia boleh akhirnya kucar-kacir dengan kualiti tidur dan menyebabkan anda menjadi kering, dan mencetuskan mabuk berlarutan yang membuat anda cepat marah serta tidak bermaya. Jadi, jangan mengambil minuman keras sehingga anda tiba di destinasi.

8. Makan mengikut nafsu pada makanan kapal terbang.

Sudah tentu anda perlu makan ketika merasa lapar - sama ada anda berada dalam kapal terbang atau di tempat lain. Tetapi memesan semua makanan dalam penerbangan hanya kerana anda bosan, dan anda akan menikmati ia kurang daripada apa yang anda makan di restoren. Ini di sebabkan  udara kabin kering dan tekanan udara yang rendah boleh mengurangkan keupayaan anda untuk melihat rasa masin dan manis sebanyak 15 hingga 30 peratus. Kadangkala ia juga boleh membuat makanan rasa lebih teruk apabila anda makan di udara( menurut satu kajian Jerman).

Menurut kajian Universiti Cornell yang mengesahkan yang jelas- bunyi bising dari enjin pesawat dan gangguan alam sekitar boleh menjejaskan deria rasa kamu. Beberapa syarikat penerbangan mengimbangi suasana dengan menyediakan makanan masin.

9. Makan makanan yang jatuh di atas meja dulang anda.

Jangan makan makanan atau kacang yang terjatuh di atas dulang kerana kajian menunjukkan terdapat kuman yang berbahaya diatas dulang tersebut. Ini kerana petugas hanya mengelap permukaan dulang dan tidak di bawah dulang. Dulang tersebut di bertindih di antara satu sama lain.. Ini menyebabkan kuman merebak dari satu dulang ke dulang yang lain. Korbankan makanan atau kacang tersebut untuk terus sihat.

10. Cerewet dengan tali pinggang tempat duduk anda.

Cerewet dengan tali pinggan kaledar bukan bermaksud anda tidak perlu memakainya tetapi perlu menggunakan hand satinizer selepas menggunakannya. Ini kerana terdapat beribu bakteria yang tersembunyi di situ.

11. Berjalan di sekitar dengan berkaki ayam.

Pasti, ia adalah baik untuk membuat diri anda merasa seperti di rumah dalam penerbangan - terutamanya apabila anda berada di udara selama berjam-jam atau anda terbang dalam sekelip mata. Walau bagaimanapun, bekas atendan penerbangan mengatakan lantai boleh menjadi positif kotor - dan sesiapa yang mempunyai bola mata yang tajam boleh mengesahkannya.

12. Menahan pembuangan air kecil atau besar sehingga sampai ke destinasi

Jangan menahan pembuangan air kecil atau besar ketika dalam penerbangan kerana ia akan menyebabkab kerosakan pada pundi/ saraf kencing serta menjadikan diri anda amat tidak selesa. Gunalah tandas yang disediakan walaupun tidak selesa. 

KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

July 28, 2015 0
KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN



Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.


TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
27 Julai 2015

Kenyataan Rasmi Perdana Menteri Terhadap Rombakan Kabinet

July 28, 2015 0
Kenyataan Rasmi Perdana Menteri Terhadap Rombakan Kabinet
Entry sebelum ini memaparkan senarai penuh menteri kabinet. Boleh baca DISINI

Ini pula adalah kenyataan rasmi PM berhubung rombakan kabinet dan perlantikan kabinet baru.



Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan berikut: 

Menteri Persekutuan: 

(i) YB Datuk Wilfred Madius Tangau;
(ii) YB Dato’ Hamzah bin Zainudin;
(iii) YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar;
(iv) YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid;
(v) YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said;
(vi) YB Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan
(vii) YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak

(Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak sebagai Ahli Dewan Negara dan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam masa terdekat). 

Timbalan Menteri Persekutuan:

YB Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum;
YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin;
YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed;
YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki;
(v) YB Senator Tuan Chong Sin Woon;
(vi) YB Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican;
(vii) YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakob;
(viii) YB Tuan Masir anak Kujat; dan
(ix) YB Dato’ Johari bin Abdul Ghani.

Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.

Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran
Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13. 

Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan. 

Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility). 

Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu. 

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan. 

Insha-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat Kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional. 

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur. 

Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak

Senarai Terkini Menteri Kabinet 2015

July 28, 2015 0
Senarai Terkini Menteri Kabinet 2015
Assalamualaikum wbt.

Dah kecoh dalam group whatsapp & media sosial yang lain, bahawasanya menteri kabinet malaysia telah bertukar. Inilah senarai menteri kabinet yang terkini...


Penghantaran LAZADA Terbaik!

July 28, 2015 2
Penghantaran LAZADA Terbaik!
Sepanjang pengalaman Cik ti membeli atau shopping online ni.. Penghantaran oleh LAZADA adalah yang terbaik. Tempah dan bayar semalam... Tup tup hari ni dah dapat. Best lah. Tak perlu tunggu lama-lama sebab dalam web dah nyatakan yang tempoh penghantaran adalah dalam masa 7 hari...

Lepas ni boleh la order lagi. hikhik... Voucher RM20 dari LAZADA pun belum guna lagi... Nak beli apa lagi yer?

Boleh baca DISINI apa barangan yang Cik Ti beli dari LAZADA... Dulu takut-takut, sekarang dah berani sebab boleh di percayai.


Yeay! Adsense Dah Approved

July 28, 2015 6
Yeay! Adsense Dah Approved
Alhamdulillah. Dua tiga kali gak apply akaun adsense... Dulu dah ada.. Pastu tak aktif terus kena tarik balik. Hehe...

Lepas ni boleh la merasa komisen dalam USD. Masyuukkkk!


Oklah nak pasang adsense kat blog sekarang juga.. Nak refer cara yang di kongsi oleh blogger SHA dalam entry 3 Cara Pasang Kod Iklan Adsense.

Doakan Cik Ti berjaya yer! Dan jangan lupa tolong Cik Ti tambah tabung adsense jugakkk.

27 Jul 2015

Sizzling Yee Mee Menu Makan Malam Yang Mudah

July 27, 2015 2
Sizzling Yee Mee Menu Makan Malam Yang Mudah
Assalamualaikum wbt.

Dah bosan dengan menu raya? Jom cuba menu ringkas tetapi menjadi kesukaan ramai iaitu Sizzling Yee Mee. Yee Mee ni Cik Ti beli masa bulan puasa hari tu lagi... ingatkan nak masak buat berbuka tetapi tak mendapat sambutan. Jadi, semalam baru masak untuk makan malam kami sekeluarga...  

Sizzling Yee Mee

Bahan-bahannya:
Yee mee - Cik ti guna jenama iman. 
Ayam  - 1 ketul bahagian dada
Cendawan shitake - 5. Di potong 4.
Minyak Bijan - 1 sudu kecil
Kicap Manis
Kicap pekat - tak masukkan sebab tiada stok di rumah.
Sos Tiram
Bawang putih 3 ulas- Di cincang halus. 
Halia - 1 cm. 
3 biji cili kering - dipotong 2 atau 3

 Cara-caranya:

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
  3. Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
  5. Masukkan cendawan.  Biarkan 2 - 3 minit.
  6. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
  7. Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
  8. Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 8 untuk hidangan yee mee yang lain. Selamat mencuba...

Kuah, Yee Mee dan sayur sawi yang siap untuk di panaskan dalam kuali kecil
Yee Mee yang dah siap di celur dengan air panas.. Tak celur pun tak apa. 
Yee Mee jenama Iman. Support product bumiputera...

Aisy Punya Kerja!

July 27, 2015 2
Aisy Punya Kerja!
Assalamualaikum wbt.

Aisy dah 10 bulan.. Dah pandai macam-macam. Contohnya...

Nak baca buku apa yer?

Yang ni lah...

Dah habis baca....

Larikk.. Nanti mommy marah sebab tak kemas balik..

24 Jul 2015

Cabaran20Hari ~ Aktiviti Di Pagi Raya

July 24, 2015 4
Cabaran20Hari ~ Aktiviti Di Pagi Raya
Assalamualaikum wbt.

Dah lambat tapi tetap nak teruskan. Seronok gak buat entry cabaran ni. Banyak mengimbas kenangan dulu-dulu.

Cabaran ke-16 ~ aktiviti di pagi raya.

Biasalah Cik Ti kan anak perempuan sorang dalam keluarga dan menantu perempuan yang pertama.. Banyak yang kena buat.

Pagi-pagi selepas sembahyang subuh, perangat rendang.... hidangkan ketupat bersama kuih muih. Mop lantai lagi sekali...

Pastu siap cantik-cantik. Bermulalah drama air mata.. Ampun maaf di pinta.

aisya & ammar

Sejak kahwin dan ada anak kecik memang tak pernah pergi sembahyang raya.. Tahun ni encik suami pergi dengan anak-anak. In sha Allah untuk tahun akan datang... Cik Ti akan pergi bersama-sama dengan suami dan anak-anak.

Selepas sembahyang raya, kalau beraya di kampung... tunggu rombongan dari surau datang beraya dulu, barulah kami pergi beraya di sekeliling kampung dan rumah saudara mara.

Kalau beraya di Kulim, sama la jugak..beraya di Penang dulu. Pastu baru ke rumah abah mertua...

Itu ja kot, aktiviti Cik Ti di pagi raya..Korang pula macam mana? Cerita la sikit.


23 Jul 2015

Buat Header Blog Menggunakan Microsoft Excel

July 23, 2015 6
Buat Header Blog Menggunakan Microsoft Excel
Assalamualaikum wbt.

Cik Ti mengaku yang Cik Ti cepat boring dengan header blog. Kalau boleh nak tukar setiap bulan.. tapi itulah masa selalu mencemburui Cik Ti. Hehe..

Bila masuk kerja dengan mood raya dan selepas cuti, mood kerja memang akan ke laut. Nak ambil balik mood kerja tu memang susah dan ambil masa. Bukan tak buat kerja langsung.. Buat tapi tengok pada kerja. Yang penting di dahulukan... In Sha Allah akan cuba selesaikan juga sebelum due date.

Dalam mood kerja yang suam-suam kuku tu, dapat juga siapkan header blog. Lebih kepada imej matang seperti matangnya usia tuan punya blog. Hihi.

Inilah header baru untuk blog Cahaya Hayati.


Amacam? okay takkkk? Komtar tu lambang blogger utara..

Header blog ni menggunakan ms Excel seperti yang di ajar oleh blogger EnyAbdullah. Untuk totorial header ini boleh rujuk di SINI.

Selamat membaca, mencuba dan menukar header blog yer!

Power Bank PINENG Murah Di Lazada

July 23, 2015 2
Power Bank PINENG Murah Di Lazada
Assalamulaikum wbt.

Minggu lepas mencari-cari power bank di pasaraya Giant yang berdekatan dengan rumah. Mudah untuk dibawa ketika mengunjungi rumah saudara dan rakan di musim perayaan ini. Mencari power bank jenama PINENG. Hmmm... Yang paling murah RM79 untuk 10000mAh.



Tak jadi beli kat sana sebab hari tu ternampak kat LAZADA yang 10000mAh boleh dapat dengan harga RM39 saja. Jadi, buat keputusan untuk beli dari LAZADA saja. Murah dan free delivery lagi..




In Sha Allah lagi 7 hari sampailah power bank tu. kongsi saja dengan encik suami sebab pi mana-mana pun berdua. :)

Kepada sapa-sapa yang nak membeli power bank baru boleh la beli dari LAZADA sebab 27-31 Jun 2015 ada tawaran istimewa. Diskaun sehingga 90% untuk pelbagai produk dan jenama..

Berbaloikan? Tunggu apa lagi.. Jom shopping di LAZADA.

22 Jul 2015

#Cabaran20Hari ~ Gambar Dan Ucapan Raya

July 22, 2015 5
#Cabaran20Hari ~ Gambar Dan Ucapan Raya
Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya. Mohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa dan terlajak perbuatan.
kosong-kosong yer!



#Cabaran20hari ~ Memori Raya 90an Atau Zaman Kanak-kanak

July 22, 2015 1
#Cabaran20hari ~ Memori Raya 90an Atau Zaman Kanak-kanak
Fuhhh! Cabaran ke 14 dah.

Raya dulu tak sama dengan sekarang. Suasana dulu-dulu memang tak akan kembali..

Kutip Duit Raya

Zaman kanak-kanak Cik Ti dulu masih ada lagi istilah kutip duit raya. hehe.. Sekarang tak tahu la pula sebab anak-anak hanya pergi beraya dengan Cik Ti dan suami saja.. Kami ( Cik Ti dan suami) tak benarkan anak-anak pergi beraya dengan kawan-kawan demi keselamatan depa. Lagipun kawasan perumahan kami besar dan mempunyai banyak nama.. Sesat nanti.

Tak Makan Tiada Duit Raya

Dulu, kami (cik ti dan kekawan) akan berjalan sekeliling kampung selepas sembahyang raya. Tak makan tapi nak duit raya saja.. Ada yang layan.. ada yang kenakan syarat ' tak makan takdak duit raya'. Maka, kami pun gigih juga makan demi duit raya...hihi

Kena Ngorat

Bila jalan ramai-ramai dalam kampung memang akan kena usik. Biasalah team anak dara semua... Jalan pun dengan penuh sopan, ayu dan segala mak nek yang berkaitan dengan kontrol ayu.. hihi
Tapi kami tak la melayan... Jaga diri beb!

OOTD Raya 2014
Ammar : Kurta
Aisya : kurung moden

Dapat Penat

Bila dah keliling kampung dengan jalan kaki, penat la yang dapat paling banyak sekali. Sampai rumah terus zzzzzz. Sedangkan duit raya yang dapat tu tak banyak mana pun... Selalunya lumba dengan kawan-kawan dan adik beradik sapa yang dapat duit raya paling banyak.


Itulah pengalaman raya Cik Ti masa zaman kanak-kanak. Apa pengalaman korang pula? Kongsi la sikit.. kitakan ada pengalaman masing-masing.



Selamat Hari Raya 2015

July 22, 2015 0
Selamat Hari Raya 2015
Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Mohon ampun dan maaf andai terlanjur perbuatan dan kata.

Sorry terlambat wish.. Sibuk dengan persiapan raya dan jauh dari internet..

Tahun ni beraya di Kulim. Hihi .. Beraya di kawasan perumahan tak meriah seperti beraya di kampung. Suasana dia lain sikit.

Sebelum sembahyang raya berada di Kulim.. Selepas sembahyang raya dah terus ke Pulau Pinang. Beraya dengan keluarga sebelah suami. Malam pula, kerumah abah encik suami.. Jumpa adik abang kakak encik suami. Meriah.. Beraya aka sembang sampai pukul 1 pagi...

Eh! Nanti lah cerita pasal raya. Nak ucapkan selamat hari raya kat semua ja.

Selamat hari raya semua!

15 Jul 2015

3 Cara Memakai Topi

July 15, 2015 3
3 Cara Memakai Topi
3 Cara Memakai Topi
Lazimnya, topi dipakai pada zaman dahulu adalah bertujuan sebagai pelindung kepala dan juga sebagai simbol jawatan atau kedudukan seseorang individu tersebut. Pemakaian topi juga amat sinonim dengan aktiviti yang berkaitan dengan sukan. Sebagai contoh, sukan baseball yang memerlukan kesemua pemain memakai topi semasa perlawanan berlangsung.
Namun pada hari ini, topi merupakan diantara aksesori yang juga dianggap sebagai penyelamat kepada si pemakai lebih-lebih lagi during ‘lazy days’. Hari dimana anda tidak sempat berdandan dan hari anda mungkin sudah terlambat untuk bersiap ke sesuatu acara. Tapi, perlu diingatkan bahawa tidak semua acara dan pakaian adalah bersesuaian dengan pemakaian topi. Anda harus berhati-hati untuk memadankan penampilan dengan jenis topi wanita seperti berikut;
Untuk penampilan ala hipster atau santai dihujung  minggu dengan padanan jeans dan t-shirt seperti berikut, anda boleh memakai fedora hat atau normal snapback sebagai aksesori tambahan anda.
Jika anda mahu ke gym atau melakukan aktiviti sukan di bawah cuaca yang terik, adalah lebih sesuai untuk anda gayakan bersama topi baseball seperti berikut. Topi ini amat sesuai digayakan dengan pakaian sukan anda.

Pantai dan topi juga tidak boleh dipisahkan. Tampil santai dengan pemakaian straw hat seperti berikut untuk melindungi wajah anda daripada terkena terik cahaya matahari. Topi ini amat berpadanan dengan mana-mana pilihan pakaian kasual anda.

12 Jul 2015

Senarai Pemenang EFG Mega Raya 2015

July 12, 2015 0
Senarai Pemenang EFG Mega Raya 2015

Salam 25 Ramadhan. Hari ini kami umumkan pemenang #duitraya Giveaway EFG Mega Raya 2015 yang Exchange Feed Group (EFG) lancarkan pada 10 Jun sehingga 9 Julai. 

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015
Serlahkan kejelitaanmu dengan Helenz Signature

Pemenang SEO Giveaway EFG Mega Raya 2015

1. http://tengkubutang.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html (RM300)
2. http://www.blogparihh.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html (RM200)
3. http://suriaamanda.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100_25.html (RM100)


Pemenang #duitraya Giveaway EFG Mega Raya 2015 (RM100)

47 - AMY J
http://www.amysyeera.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
48 - NOOR NAJWA
http://muslimahsejati96.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
50 - MIRABEADS AZIE
http://www.azirahman.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
52 -ZAIDALIFAH HUSSIN
http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
54 - ENGKU MUZAHADIN
http://engkumuzahadin.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
61 - AKULA
http://anakbonda.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
66 - UMMUL AZKEE
http://housewifearts.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

128 - SAYE NIZA
http://nizatuangcerita.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
129 - RIANA LITTLE CUTTIES
http://rianalittlecuties.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

170 - LELA NURJATI
http://leylanurjati.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
Kepada semua pemenang di minta whatsapp mommy irra 0133560192. Berikan detail
-url blog
-nama
-no akaun maybank/cimb
-email
Lagi cepat korang beri detail, lagi cepat korang dapat duit raya.



Terima kasih kepada semua penyertaan (SENARAI PESERTA) , semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.


Terima kasih kepada penaja UTAMA:

Selamat hari raya maaf zahir batin!

9 Jul 2015

#Cabaran20Hari ~ Kuih Raya Paling Best

July 09, 2015 6
#Cabaran20Hari ~ Kuih Raya Paling Best
Assalamualaikum wbt.

Sedar tak sedar dah masuk cabaran yang ketiga belas #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015. Untuk cabaran ketiga belas ni tajuk best iaitu kuih raya paling best.

Kuih raya paling best bagi cik ti adalah almond london. Suka dari dulu lagi... suka makan saja. 

Buat sendiri? Cek tak pandai buat kuih. Selalu tak jadi... Dulu pernah belajar tapi dah lupa. Daripada buang duit beli bahan tapi tak jadi.. baik beli yang dah siap. Dulu saja.......

Malas nak beli sebab dah mahal sekarang ni. Jadi, kalau pergi beraya rumah yang ada kuih ni.. wajib rasa. Kalau tak nanti dok teringat-ingat. hehe


Habaq mai sapa yang buat kuih ni? Cik Ti nak pi beraya...

8 Jul 2015

#Cabaran20Hari ~ Bajet Raya

July 08, 2015 0
#Cabaran20Hari ~ Bajet Raya
Assalamualaikum wbt.

FuhFuh.. Berpeluh dah dalam econ ni nak siapkan cabaran yang tertinggal. Tertinggal keretapi... Tak sempat nak buka lappy dan mengarang. Kat rumah sibuk ngan anak-anak dan kerja rumah. Encik suami kerja malam jadi banyak perkara kena buat sendiri.. Tu yang tak sempat nak mengarang. Kalau buka lappy pula, anak-anak nak tengok you tube. Sebelum depa buat perangai dan Cik Ti hilang sabar... bagi la depa tengok you tube dulu. Tu yang tetangguh tu..


Bercerita tentang budget raya.. Sederhana saja kot sebab duit bonus dah habis baiki rumah mak kat kampung. Yang ada tu malas nak korek sebab nanti belum tentu nak masukkan balik. Simpan dulu untuk kegunaan pada masa kecemasan.

Budget raya Cik Ti lebih kurang macam ni lah:

Baju raya 3 anak - beli sebelum puasa. Beli masa offer.. Tetambah yang ada offer 70% tu..

Baju Raya Cik Ti, MIL & Aisya - Kain beli awal tahun hari tu. Jadi bayar duit untuk tempahan saja.

Tempahan baju melayu/Kurta encik suami/Ammar/Aisy - Kain raya tahun lepas punya. Tailor tak sempat buat. Guna balik untuk tahun ni...

Baju raya mak & adik-adik - Ada la sikit untuk mereka.

Kuih Raya - Belum sampai lagi. Tak ingat berapa yang order..

Duit Raya - In Sha Allah jika ada lebih.. Rezeki untuk anak-anak kecil. Yang dah besar jangan ngengada minta yer.

Service kereta - Dah service minggu lepas. Sorang sikit ngan encik suami..

Lain-lain barang - Ni yang paling banyak sebab belum fikir lagi apa menu raya.. hihi

Total anggaran RM XXXX gak kot... Sikit kot sebab budget untuk ahli keluarga sekali. lap peluh. Budget ni pun belum lagi masuk kos perjalanan beraya...Ada kita jalan. Tak dak kita dok rumah ja. Tunggu orang mai rumah.. hehe

Hasrat di hati nak bersederhana tapi bila dijumlahkan semua yang disenaraikan memang macam yang tertulis.  Ada yang dah selesai dan ada yang belum lagi...

Harap-harap budget raya ni tak kacau gaji Julai sebab nanti nak dapat gaji Ogos lambat lagi. huhu..

Jadi, pepandailah kita berjimat cermat agar lepas raya tak garu dan pening kepala memikirkan duit yang keluar dan lambat lagi nak masuk.

#Cabaran20Hari ~ Lagu Raya Pilihan

July 08, 2015 2
#Cabaran20Hari ~ Lagu Raya Pilihan

Dendang Perantau 

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau



Nilah lagu raya pilihan masa zaman dok belajar dulu.. merantau kat negeri orang. Jauh pula tu... Malam raya baru dapat balik.. Balik ngan bas chartered. Semua budak utara ja dalam bas tu.. Sedih wooi!

Dalam bas tu pakat nyanyi ramai-ramai bagi hilang sedih.. kononnya saja. Tapi sedih gak. huhu


#Cabaran20Hari ~ Tetamu Raya Yang Paling Di Tunggu-Tunggu

July 08, 2015 2
#Cabaran20Hari ~ Tetamu Raya Yang Paling Di Tunggu-Tunggu
Assalamualaikum wbt.

Tetamu raya yang paling di tunggu-tunggu. Siapa yer?

Tentulah saudara mara sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa. Lebih-lebih lagi yang selalu menghulurkan duit raya yang banyak. hehe.