November 2016 - Cahaya Hayati

30 Nov 2016

Jus Qalbi Al-Ehsan Di Booth D18,Hall C (International Hall) MAEPS Serdang MAHA 2016

November 30, 2016 0
Jus Qalbi Al-Ehsan Di Booth D18,Hall C (International Hall) MAEPS Serdang MAHA 2016
Assalamualaikum wbt.

Hai korang!!!!

Tahukan esok MAHA 2016 akan berlangsung sehingga 11 Disember 2016 ni? So, ni info menarik untuk korang...

1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? Mummy tak akan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.

SEBAB APA HARUS KE BOOTH D18, HALL C (International Hall) MAEPS, SERDANG SELANGOR?



👉Sementara offer, boleh belikan untuk yang tersayang, mak, abah. Sebagai hadiahkan buat mereka sebotol satu Jus Al Ehsan. Alhamdulillah mereka dah pekena sebotol, nampak efeknya.
👉Semasa program MAHA 2016 ini berlangsung. Ada harga istimewa potongan DISKAUN sehingga RM73. Banyak tu RM73. Rugi tak grab !
👉Dan, selain itu ada banyak VOUCHER potongan diskaun untuk pembelian lain.

KENAPA PERLU JUS QALBI AL-EHSAN?



Ada banyak kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan.



FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STR0K


KOLESTEROL tinggi memang masalah yang amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari.. Ingat, orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolesterol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI



🔹Sering berasa kebas-kebas pada kaki.

🔹Timbul bintik-bintik putih (biji kolesterol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.

🔹Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.

🔹Sering berasa sakit kepala.

🔹Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

🔹Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

🔹Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.

Ini menunjukkan kadar kolestro terlampau tinggi. Jadi, jika ada mempunyai tanda-tanda seperti inj. Jom cepat lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Kawal KOLESTEROL... baru sihat!


Jangan lupa tunjukkan VOUCHER ini juga ketika ke Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.





jus qalbi

jus qalbi al ehsan

jus qalbi al ehsan

jus qalbi al ehsan


Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi :

Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421


Ig @qalbialehsan : www.instagram.com/qalbialehsan

24 Nov 2016

Black Friday Cyber Monday | Diskaun Hebat Untuk Semua Jenama

November 24, 2016 2
Black Friday Cyber Monday | Diskaun Hebat Untuk Semua Jenama
Assalamualaikum wbt. Black Friday Cyber Monday | Diskaun Hebat Untuk Semua Jenama
Esok tau!!!!!
Jangan lupa shopping untuk diri sendiri. Kan dah gaji.. hikhik. Bila lagi nak shopping barangan berjenama dengan harga murah... Bukan murah sikit tau. Murah giler giler...
Ni mommy letak banner tempat online shopping yang best tu.... Klik ja banner di bawah.
Oklah, mommy nak pi tengok barang yang mommy nak beli. Korang pula, jangan kata mommy tak habaq pula..








 


23 Nov 2016

Suka Dengar OST 7 Hari Mencintaiku - Lelaki Teragung

November 23, 2016 2
Suka Dengar OST 7 Hari Mencintaiku - Lelaki Teragung
Assalamualaikum wbt. Suka Dengar OST 7 Hari Mencintaiku - Lelaki Teragung

Siapa suka tengok drama 7 hari mencintaiku? Kalau suka sep sikit... Mommy layan jugak petang-petang. Kalau tak sempat tengok online saja.. Suka dengan lakonan Shukri Yahya.. 

Drama 7 hari mencintaiku

Bila menghayati ost drama ni, terus tersuka. Bait-bait liriknya menyentuh hati. 

So, mommy tujukan lagu ni kepada buah hati mommy Daddy Zul.. hikhik.



Lirik Lelaki Teragung

 Lelaki Teragung - Dayang Nur Faizah

Ku sesali
Kerna pernah cuba
Sakiti hatimu
Sedang diri ini
Tidak mampu
Untuk hidup tanpa
Cintamu di sisi

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga
Oh kekasih

Kembalikan
Cinta yang pernah ada
Dalam hatiku
Walau dirimu pernah terluka
Ku akui segalanya salahku

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga

Meskipun kesetiaan
Yang selalu dipersia
Namun engkau tidak pernah lelah
Untuk bertahan
Ku mengerti kini semua
Demi cintamu kepadaku
Padaku

Kasih
Pabila bersama
Dunia terasa sempurna
Jangan tinggalkan diriku
Oh sayangku

Cinta lelaki teragung
Membuat diriku berbahagia
Engkaulah kekasih di dunia
Dan di syurga

22 Nov 2016

Dropship | Berniaga Tanpa Modal

November 22, 2016 2
Dropship | Berniaga Tanpa Modal

Apa itu dropship? 


Mungkin anda yang masih baru tertanya-tanya apa itu dropship? Bagaimanakah sistem dia? Halal ke? Baik buruk dropship? Dropship ni sesuai untuk siapa? Anda jangan bimbang kerana saya akan cuba terangkan kepada anda dengan lebih detail lagi apa itu maksud dropship. Entry ini khas kepada yang baru nak berjinak dengan dropship yer

Bagaimana Dropship Berfungsi?


Dropship


Daripada carta alir di atas,  dropship ini adalah sejenis perniagaan di mana kita menjual produk tanpa menyimpan stok. Dalam bahasa yang mudah, anda menjadi orang tengah. Kerja anda cuma mempromosikan produk tersebut dan apabila ada orang memgambil order dari anda, anda hanya buat pesanan kepada supplier anda tadi untuk menghantar barang tersebut kepada pelanggan. Dari segi teori dan praktikal, itulah maksudnya dropship. Fahamkan?

Dropship

Di Malaysia terdapat 2 , 3 carta alir dropship. Ia di tentukan oleh supplier. Ada yang pelanggan bayar kepada anda dan anda membayar harga produk kepada supplier dan supplier hantar barang kepada pelanggan. 

Ada juga yang pelanggan bayar terus kepada supplier dan anda dapat keuntungan. Keuntungan akan di bayar kepada anda secara harian/ mingguan ataupun bulanan. Ada juga yang supplier tetapkan had komisen. Contohnya jika komisen mencecah RM 100 baru akan di transfer kepada dropshipper.. So, anda perlu berusaha keras untuk mencapai komisen sebanyak itu.

Dropship

Siapa Yang Patut Buat Dropship?

Dropship adalah satu cara menjana income. Semua patut mencubanya. Tambah-tambah lagi student. Dengan ini anda boleh menjana pendapatan sendiri tanpa perlu mengeluarkan modal, peluh dan tenaga. Hanya perlu promosi secara online saja.


Setakat ini saja tentang dropship. Dalam entry yang lain, saya akan ceritakan tentang kelebihan dan kekurangan dropship. 

Ehemmm! Buat pengetahuan anda, saya adalah agent dropship untuk BIOBAX dan SeqyBeuty.  Nak beli BIOBAX dan Seqybeuty boleh pm/ wassap atau email mommy.

wassap: 0194703288
email : yati292@gmail.com


19 Nov 2016

Cuti Panjang 2017

November 19, 2016 1
Cuti Panjang 2017
Assalamualaikum wbt. Cuti Panjang 2017

Mommy baru melihat-lihat kalendar tahun 2017.. Banyaknya perayaan yang berkaitan dengan weekend dan menjadi cuti yang panjang. 

Bestnya sebab boleh plan bercuti jauh dan naik flight. Tahun ni tak sempat. Paling jauh pun pergi ke Kelantan dan PD. 

Dah ada tarikh cuti panjang ni boleh lah tengok-tengok harga flight Air Asia ke ..... Dah book nanti baru kita reveal yer! Muahahaha

cuti perayaan di Malaysia

Korang plan ke mana?

18 Nov 2016

Lagi Berbaloi Shopping Di LAZADA

November 18, 2016 0
Lagi Berbaloi Shopping Di LAZADA
Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ni mommy mencari dapur dan rice cooker untuk rumah sewa adik-adik. Mommy dah survey 5 kedai di sekitar Kulim. Harga memang tak berapa nak berbaloi sebab paling murah mommy jumpa RM 90++ ...

Dalam dok survey tu tetiba teringat LAZADA. So, mommy pun terbelilah barangan tersebut di LAZADA. Jimat sungguh!

 Khind Gas Cooker GC6010

Harga dapur gas ini RM 49.00. Mommy tak perlu beli dapur canggih.. Yang penting ada dan boleh guna untuk memasak. Lagi pun untuk adik-adik bujang saja. 

Lagipun sepanjang mommy mengenali jenama KHIND ini, produknya memang berkualiti dan tahan lama.
lazada
Klik SINI untuk membeli

Midea MG-GP18B Rice Cooker with Keep Warm Function 1.8L  


Barangan kedua yang mommy beli untuk adik-adik pula adalah Rice Cooker. Kali ini mommy pilih jenama Midea. Tak pernah cuba lagi jenama ini tapi tak salahkan cuba jenama baru. Harga Rice Cooker ini hanyalah RM 58.  Murah sebab rice cooker ini besar iaitu 1.8L.

Beli besar sebab adik-adik lelaki kan kuat makan. Lagipun senang jika ada ahli keluarga yang datang bertandang.

lazada
klik SINI untuk membeli 

Sebenarnya kannnn!, Selain dua barang di atas, mommy sedang tengok barang-barang kat bawah ni.. Yelah nak beli NOXXA tak berapa nak mampu.. hikhik. Beli yang seakan-akan NOXXA pun boleh kan? Janji function dia sama...

Philips HD2139 Pressure Cooker Electric 6.0L (Brown)  

Pressure Cooker ini berharga RM 329.00

lazada
Klik sini untuk ke LAZADA


TEFAL STEAM GENERATOR GV6340(Purple)  


Ini barangan kedua yang mommy wajib beli. Almaklumlah anak-anak dah sekolah. Banyak baju yang nak kena seterika. Nak beli yang keluaran AMWAY terasa sayang duit. Beli jenama lain tapi function tetap sama. Dan harga pun sekali ganda murah. Bijakkan mommy!

Harga RM 780.00

lazada
lazada

Untuk dua barang  ni pun dah cukup bagi memudahkan kerja-kerja rumah mommy. Apa yang korang beli kat LAZADA ONLINE REVOLUTION 2016?


Ku Rela Di Benci

November 18, 2016 0
Ku Rela Di Benci

Assalamualaikum wbt. Ku Rela Di Benci 
Tak sangka mommy lagu Aiman Tino menjadi nyanyian di bibir kakak Aisya. Nampaknya anak dara mommy dah besar. Dah pandai menghafal lirik lagu dan mengikuti perkembangan artis di Malaysia..
Tempek kat sini agar tak lupa sebab kak Aisya suka main teka-teka lagu dengan mommy. Kalau dia nyanyi sekerat-sekerat pastu tanya mommy, ni lagu siapa? huhu...

Lirik Lagu Ku Rela Dibenci – Aiman Tino

Ku ketawa kau menangis
Engkau tertawa aku menangis
Hanya dirimu oh sayangku

Kesudahan tiada henti
Hanya yang tinggal
Igauan mimpimu ternanti-nanti

Sering kali aku diuji
Air mataku terus mengalir
Membasahi di dadaku
Hanya ratapan di dalam hati
Moga tercipta kesudahan yang dinanti

Ku inginku dibenci olehmu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya di sana kekal dan abadi

Ku inginku dibenci olehmu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya di sana kekal dan abadi
Hanya di sana kekal dan abadi

17 Nov 2016

Nasi Daging Ayaq Asam Utara Di Permatang Pauh

November 17, 2016 2
Nasi Daging Ayaq Asam Utara Di Permatang Pauh
Assalamualaikum wbt. Nasi Daging Ayaq Asam Utara Di Permatang Pauh

Semalam mommy repeat makan nasi daging pokok asam, Permatang Pauh. Sedap dan kuantiti sup daging yang dapat pun banyak. Siap boleh share dengan kawan-kawan yang lain jugak. Alhamdulillah.

Hari ni, mommy share pula dengan pengunjung blog mommy. Bukan apa, benda yang baik, makanan yang sedap harus di sebar-sebarkan. Sama-sama kita merasakannya.

Nasi Daging Pokok Asam ni terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Tok kandu, selepas SHELL dan carwash

Selain dari nasi daging, gerai ini juga menawarkan nasi ayam, bihun dan mee sup. 


Bila dah rasa sekali, memang akan repeat. Kalau yang belum pernah datang dan rasai keenakan nasi daging ni, silalah bawa diri tu. Tak menyesal punya.

16 Nov 2016

15 Nov 2016

Mewangi Selalu Dengan Syahirah Vitalis

November 15, 2016 1
Mewangi Selalu Dengan Syahirah Vitalis
Assalamualaikum wbt. Mewangi Selalu Dengan Syahirah Vitalis

Mommy dan wangi-wangian memang tak dapat di pisahkan. Sejak dulu lagi tau! Rasa tak berapa berkeyakinan kalau tak wangi.:D

Baru-baru ni mommy telah mencuba Syahirah Vitalis Eau De Cologne  yang terbaru dari Syahirah. Tak sangka best dan baunya pun tahan lama.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne


Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Baru-baru ini, Syahirah telah melancarkan koleksi wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Haruman yang memiliki keunikan tersendiri ini pasti membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada anda, terpana sekaligus mencipta memori manis mengenai anda.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. 

Ia disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan member kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda. Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka.

Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesame individu menerusi kuasa harumannya

Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Kenapa Syahirah Vitalis Eau De Cologne Menjadi Pilihan?


Hanya semburkan sedikit haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal menyerlah. Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “serlahkan pesona meraih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:


Haute Couture 

Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.


Femme Chic 

Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.

Celebrite

Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.

Glam Star 

Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.

Jadi mengapa perlu meninggalkan ‘posyen ajaib’ anda di rumah apabila ia boleh dibawa ke mana sahaja di dalam beg tangan sebagai perangsang keyakinan yang berpanjangan dalam setiap semburan haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda. Malah, ia juga membolehkan anda menikmati hidup sebagai wanita penuh glamor di setiap detik tanpa perlu dibatasi hanya untuk acara-acara istimewa.


Harga Jualan  Syahirah Vitalis Eau De Cologne 


Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.


U Mobile iPhone 7 Launch | CPUV Nuffnang Yang Terkini

November 15, 2016 4
U Mobile iPhone 7 Launch | CPUV Nuffnang Yang Terkini
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.

Puaskan tengok SUPERMOON semalam. Mommy tak dapat tengok sebab kat Kulim hujan dari petang sehingga malam. Takde rezeki nak tengok live SUPERMOON tapi ada rezeki tengok online. Ramai kawan-kawan FB dok update gambar SUPERMOON. Malah ada yang share cara ambil gambar SUPERMOON guna handphone..

Pagi ni check nuffnang dan tengok ada CPUV baru iaitu U Mobile iPhone 7 Launch. Syioknya sebab CPUV yang lama dah kredit ke akaun menyebabkan akaun nuffnang mommy bertambah RM x. Syiok betul tengok duit beranak dengan hanya update blog.


Jom rajinkan diri update agar UV naik dan RM pun bertambah.

14 Nov 2016

Jom Tengok Sailormoon, Eh Supermoon!

November 14, 2016 0
Jom Tengok Sailormoon, Eh Supermoon!
Assalamualaikum wbt. Jom Tengok Sailormoon, Eh Supermoon!

Hahaha. Sailormoon tu kartun kegemaran akak masa kecik-kecik dulu. Selalu angan-angan ada power macam Sailormoon. hihi

Supermoon

Bukan nak cerita pasal Sailormoon tapi nak cerita pasal SUPERMOON yang hanya kan terjadi 18 tahun sekali. Rugi kalau tidak tengok dan nikmati keindahan bulan mengambang penuh ni. 

SUPERMOON kali ini adalah lebih 14% besar dari biasa dan 30% lebih cerah. Selain itu menurut saintis, kedudukan bulan paling dekat dengan bumi.

supermoon 2016

Jadi malam ni jangan ketinggalan yer. Bermula dari jam 7.24 sehingga 9.54 malam. Kalau tak kena tunggu 18 tahun lagi. Lama lagikk...

Harap-harap cuaca malam ni cantik.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Lazada Box Of Joy?

November 14, 2016 0
Bagaimana Untuk Mendapatkan Lazada Box Of Joy?
Assalamualaikum wbt. Bagaimana Untuk Mendapatkan Lazada Box Of Joy?

Pasti semua tahu yang LAZADA sekarang tengah buat ONLINE REVOLUTION yang bermula dari 11.11 sehingga 12.12. 2016. Dah shopping ke? Tak! Sebab tak tahu apa tu LAZADA ONLINE REVOLUTION?  

Yer Ker tak tahu? Meh mommy nak cerita... TAPI hangpa kena baca sampai habis tau!

LAZADA ONLINE REVOLUTION


Lazada Online revolution adalah promosi besar-besaran oleh LAZADA untuk semua JENAMA / BRANDS yang berdaftar dengan LAZADA. Bukan diskaun sikit-sikit tapi diskaun yang HEBAT sehingga 90%. Berbaloi sangat.

Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.

 Lazada Box Of Joy

Bagi yang pertama kali shopping di LAZADA boleh guna kod diskaun di bawah untuk mendapatkan diskaun RM25. Sah dari 1 November sehingga 17 Disember 2016 saja.

 Lazada Box Of Joy

FIND JOY IN EVERY PARCEL


Find Joy In Every Parcel pula adalah apa yang pelanggan memperolehi dengan membeli belah  ketika LAZADA ONLINE REVOLUTION.  Bagaimana? Baca lagi di bawah yer....

 Lazada Box Of Joy,azada, lazada box of joy, lazada online revolution, online revolution, box of joy, diskaun, nestle, nescafe, maggi, maggi tom yam, loreal, tefal, cara untuk mendapatkan lazada box of joy, mamy poko,

Ini pula adalah Find Joy In Every Parcel yang mommy terima. Banyakkan?

Close up sikit.

 Lazada Box Of Joy,azada, lazada box of joy, lazada online revolution, online revolution, box of joy, diskaun, nestle, nescafe, maggi, maggi tom yam, loreal, tefal, cara untuk mendapatkan lazada box of joy, mamy poko,


Berbalik kepada Lazada Box Of Joy yang mommy terima - Beg Milo Ola Bola.  Beg milo ola bola boleh di perolehi tanpa perlu mengumpul point. Boleh di perolehi dengan melakukan pembelian set milo di bawah. Bertambah berbaloi di samping memperolehi beg ola bola, milo matt yang boleh di gunakan untuk bersenam. 

nestle milo,azada, lazada box of joy, lazada online revolution, online revolution, box of joy, diskaun, nestle, nescafe, maggi, maggi tom yam, loreal, tefal, cara untuk mendapatkan lazada box of joy, mamy poko,
Maggi OatMee pula murah RM 2 dari harga pasaran. Harga yang di tawarkan ketika online revolution adalah RM 14 untuk 2 bundle. Lagi berbaloi kerana dengan setiap pembelian OatMee, kos penghantaran adalah PERCUMA. Sukanya... Produk baru tapi boleh dapat dengan harga yang murah.
maggi oatmee,azada, lazada box of joy, lazada online revolution, online revolution, box of joy, diskaun, nestle, nescafe, maggi, maggi tom yam, loreal, tefal, cara untuk mendapatkan lazada box of joy, mamy poko,

Disamping itu, terdapat pelbagai produk MAGGI yang boleh diperolehi dengan harga lebih MURAH dari harga pasaran... BERBALOI dan JIMAT!

maggi,azada, lazada box of joy, lazada online revolution, online revolution, box of joy, diskaun, nestle, nescafe, maggi, maggi tom yam, loreal, tefal, cara untuk mendapatkan lazada box of joy, mamy poko,


Selain dari Nestle juga mempromosikan produk terbarunya iaitu NESCAFE White Coffee ~ Rasa pandan. Harga yang di tawarkan pula adalah RM 21.75 dan penghantaran adalah PERCUMA. 

nescafe,lazada, lazada box of joy, lazada online revolution, online revolution, box of joy, diskaun, nestle, nescafe, maggi, maggi tom yam, loreal, tefal, cara untuk mendapatkan lazada box of joy, mamy poko,
NESCAFE White Coffee ~ Rasa pandan

Ini pula produk NESTLE yang mommy dok tengok lama dah... Nescafe Gold Barista Machine. Teringin sangat nak ada mesin ni kat rumah... Senang, cepat dan mudah. Budak kecik pun boleh buat minuman kegemaran sendiri. Harga yang di tawarkan untuk Mesin ini adalah RM 239.00 plus FOC one NescafeGoldJar200g + one Nescafe Refill Pack 170g . Berbaloi sangat!!!

nescafe,lazada, lazada box of joy, lazada online revolution, online revolution, box of joy, diskaun, nestle, nescafe, maggi, maggi tom yam, loreal, tefal, cara untuk mendapatkan lazada box of joy, mamy poko,

Bagi yang dah ada mesin dolge Gusto di rumah tetapi refill dah habis... Bolehlah membeli refill sekarang. Terdapat diskaun mengikut perisa..

nescafe,lazada, lazada box of joy, lazada online revolution, online revolution, box of joy, diskaun, nestle, nescafe, maggi, maggi tom yam, loreal, tefal, cara untuk mendapatkan lazada box of joy, mamy poko,

Hari tu, mommy ada tengok-tengok chopper dari brand lain. Sekali sampai chopper jenama Tefal. Senyum sampai telingalah mommy. Yelah, Tefal adalah salah satu brand yang di percayai dan produknya tahan lama. 

Tefal,lazada, lazada box of joy, lazada online revolution, online revolution, box of joy, diskaun, nestle, nescafe, maggi, maggi tom yam, loreal, tefal, cara untuk mendapatkan lazada box of joy, mamy poko,

Bagi yang dah lama idam produk jenama Tefal, sekaranglah masa yang paling sesuai untuk membeli sebab diskaun sehingga 70% bagi barangan tertentu. Giler mommy di buatnya. Macam nak angkut semua saja.

Tefal,lazada, lazada box of joy, lazada online revolution, online revolution, box of joy, diskaun, nestle, nescafe, maggi, maggi tom yam, loreal, tefal, cara untuk mendapatkan lazada box of joy, mamy poko,

Biasalah mak mak. Tak kira sales kat mana, online atau offline.. WAJIB tengok barang keperluan anak. Giler MURAH mamypoko . So, wajib beli untuk stok 2, 3 bulan...

Mamypoko,lazada, lazada box of joy, lazada online revolution, online revolution, box of joy, diskaun, nestle, nescafe, maggi, maggi tom yam, loreal, tefal, cara untuk mendapatkan lazada box of joy, mamy poko,

Selain lampin pakai buang, produk tenusu pun ada jugak promosinya. Boleh tengok di SINI.

Sebelum log out tu, WAJIB singgah sini dulu - BEUTY FANATICS. Keperluan seorang wanita. Nak cantik, nak nampak muda dan mempesonakan. MURAH sangat dan WAJIB BELI. 

Loreal,lazada, lazada box of joy, lazada online revolution, online revolution, box of joy, diskaun, nestle, nescafe, maggi, maggi tom yam, loreal, tefal, cara untuk mendapatkan lazada box of joy, mamy poko,

Jadi, kalau hangpa nak seronok apabila membuka kotak dari LAZADA... Silalah shopping ketika ONLINE REVOLUTION. Jangan risau sebab ia sampai 12.12.. Tengok, dulu barang yang berkenan, nanti hujung bulan buat bayaranlah. 

Kalau fulus banyak, belilah sekarang. Takut stok habis!!! Melopong nanti. 

Oklah mommy nak sambung shopping ni.