January 2021 - Cahaya Hayati

5 Jan 2021

Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar

January 05, 2021 1
Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar

Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar. Malam-malam layan youtube... tiba-tiba ternampak lagu baru Khai Bahar. Baru upload 5 hari lepas. Dengar 2,3 kali baru faham maksud tersirat dalam lagu Bangkit Kembali ni. Setiap dugaan adalah rahsia dari Allah. Setiap dugaan ada sinar mentari yang akan muncul... 


Lagu ni jugak mengajak kita untuk tunaikan zakat semoga dapat membantu yang memerlukan. Jom sama-sama hayati lirik dan video klip terbaru dari Khai Bahar ni. Layanzzz...


. 


Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar


Langit nan cerah, terang cahaya

Sejuk terasa, tenang bahagia

Sinar mentari kian menjelma

Tanda ceria oh gembira


Tuhan mengapa sembunyikan mentari

Datang ribut yang melanda tanpa henti

Rupanya betapa indah sang pelangi

Yang mengganti


Terukir indah lukisan jiwa

Menjejak rasa hati bergema

Menyelam kata penuh bermakna

Adakah kekal selamanya


Engkau berjuang menahan oh derita

Redupkan duka yang semakin gelora

Tangan yang menghulur dibiar rahsia

KeranaNya


Tuhan mengapa sembunyikan mentari

Datang ribut yang melanda tanpa henti

Rupanya betapa indah sang pelangi

Yang mengganti


Engkau berjuang menahan oh derita

Redupkan duka yang semakin gelora

Tangan yang menghulur dibiar rahsia

KeranaNya


4 Jan 2021

Happy New Year 2021

January 04, 2021 3
Happy New Year 2021

Happy New Year 2021. Assalamualaikum wbt & Happy New Year buat korang korang yang selalu singgah sini. Hari ke 4 tahun 2021 baru sempat nak update blog dan wish kat korang semua. Happy New  Year 2021 uolls! Semoga tahun 2021 lebih baik dari tahun 2020. 


Tahun Baru Azam Baru


Orang kata tahun baru azam baru. Azam lama pun tak tercapai lagi, camno nak buat azam baru. Cer habaq mai sikit. Kihkih... Azam lama yang mana tak tercapai tu, CH bawa ke tahun ni, azam baru tetap ada untuk diri bertambah positif, matang dan berjaya dunia akhirat. In Sha Allah. 


2021, new year 2021, happy new year 2021 azam tahun baru, whist list, perancangan kewangan, simpanan,  pelaburan, tahun baru azam baru, new year whist
Happy New Year 2021


Apa azam tahun baru? Ada beberapa kategori antaranya dari segi kewangan, kerohanian dan kerjaya. Dalam kategori kewangan, CH akan tambah ilmu kewangan iaitu dengan belajar kos berbayar untuk pelaburan saham. Masih lagi mencari guru yang sesuai dengan budget sebab kebanyakan kos untuk belajar pelaburan saham mahal tapi berbaloi. Nak dapatkan ilmu, kena lah buat pelaburan. In Sha Allah pulangan yang akan kita dapat akan menjadi berganda dari apa yang kita keluarkan untuk belajar. 


Sebut tentang pelaburan, CH memang diversifikasi kan pelaburan atau simpanan masa depan CH. Supaya tak rasa kecewa bila dapat dividen sikit. Antaranya adalah :-


  • Menyimpan dalam unit amanah ASB, TH dan Public Mutual
  • Protect Income dengan mengambil HIBAH dengan PRUBSN Warisan Plus
  • Emas ( masih baru dan masih belajar )
  • Pelaburan di Bursa Malaysia ( masih belajar dan akan ambil kelas berbayar)


Tak banyak pun menyimpan setiap bulan tapi bila ada lebih memang akan tolak terus ke ASB/ TH. Jarang-jarang buka apps LAZADA Shoppe sebab tak nak terpengaruh dengan jualan murah. Buka bila hanya ada barang penting yang nak beli. Orang kata wanita semakin cantik bergaya dan bijak kalau ada simpanan sendiri. 


Kalau tahun lepas, CH berazam untuk khatam Quran dalam tahun 2020... Tahun 2021 ni CH berazam untuk membaca Al Quran setiap hari ( kalau tak ABC la) dan mahu belajar balik Tajwid. In Sha Allah. 


Dari segi kerjaya pula, blog dan kerja hakiki. Untuk blog, in sha Allah akan berusaha untuk menjadi lebih baik dan menjana income positif setiap bulan. Untuk kerja hakiki, menjadi yang terbaik antara yang terbaik. 


Itu saja azam tahun baru CH. Yang lain-lain tu, CH tulis dalam diari ja. Karang termuntah pulak korang baca. Hahahaha... 


Jaga diri, Jaga hati, Jaga Iman.


Selamat tahun baru Uolls!