June 2020 - Cahaya Hayati

29 Jun 2020

15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap

June 29, 2020 0
15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap
15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap. CH bila tak berapa nak selera makan nasi, tapi perut lapar.. Memang akan masak ikan masin untuk membuka selera balik. Yang selalu CH buat adalah ikan masin masak asam, gulai ikan masin dan ikan masin masak lemak. Kalau malas tu, goreng saja dengan bawang dan cili kering. Hahaha... Sebenarnya ikan kering masin ni boleh masak macam-macam lagi. Jadi CH compile di sini 15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Masin Mudah Dan Sedap supaya senang nak rujuk bila nak masak ikan kering masin yang lain dari yang lain.

15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Masin Mudah Dan Sedap


15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap, resipi mudah dan sedap ikan masin, resipi ikan kering mudah dan sedap, ikan, resipi ikan mudah dan sedap,RESEPI IKAN TALANG KERING MASAK ASAM, resipi ikan talang kering mudah dan sedap, ikan talang, resipi ikan masin sedap, sedapnya ikan masin, cara masak ikan masin, masak lemak cili padi ikan masin, gulai ikan  talang kering mudah dan sedap, lauk yang membuka selera, sedapnya ikan masin, menu berpantang, resipi ikan masin untuk pantang,mudahnya masak ikan masin, ikan kering, resipi ikan masin mudah dan sedap
15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Masin Mudah Dan Sedap

#1 RESEPI IKAN TALANG KERING MASAK ASAM 


15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap, resipi mudah dan sedap ikan masin, resipi ikan kering mudah dan sedap, ikan

Bahan:

Ikan talang kering atau apa-apa ikan kering dipotong terlebih dahulu jika terlalu besar,rendam air sekejap untuk mengurangkan rasa masin,cuci bersih dan toskan

4-5 ulas bawang putih
1-2 biji bawang besar
4-6 biji cili padi 
1-3 biji cili merah besar
air asam jawa
garam secukupnya
gula secukupnya


Caranya :

Masukkan minyak kedalam kuali,lebihkan sedikit kerana untuk mengoreng ikan kering dalam minyak yang sama.

Ketuk bawang putih 4 atau 5 ulas kemudian tumis. Setelah kekuningan masukkan ikan kering yang ditoskan tadi. Kacau-kacau sekejap. 

Setelah ikan hampir masak, masukkan air asam jawa yang diperah dan tambahkan air jika perlu kuah yang lebih. 

Masukkan garam jika perlu sahaja kerana ikan kering dah masin, sedikit gula dan bahan perasa.

Biarkan kuah asam mendidih dan kering sedikit. Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong, cili padi dan cili besar.Kacau-kacau lagi sekejap, setelah cukup rasa bolehlah tutup api siap!!
.
Hidangkan bersama-sama nasi panas


#2 RESEPI IKAN TERUBUK MASIN MASAK SAMBAL CILI API


15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap, resipi mudah dan sedap ikan masin, resipi ikan kering mudah dan sedap, ikan


Bahan-Bahan:

Ikan masin-( terubuk,talang,duri dan yg sewaktu dgnnya)
Air asam jawa/ asam keping
Bawang besar - dihiris
Cili besar merah - dihiris
Tomato- dibelah 4
Gula dan serbuk perasa

Bahan ditumbuk kasar

Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit belacan
Cili besar merah
Cili padi merah/ hijau
.
Cara menyediakan :

Ikan terubuk masin dipotong mengikut saiz yg kita nak. Rendam setengah jam.

Panaskan minyak di dlm kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak. Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak di dlm kuali, tumis bahan yg di tumbuk kasar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.

Masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata.

Masukkan gula dan serbuk perasa secukup rasa.

Masukkan bawang besar yg dihiris, cili besar merah dan tomato, masak sehingga layu sedikit.

Akhir sekali masukkan ikan terubuk goreng tadi. Gaul sehingga rata.

Angkat dan hidangkan dgn nasi panas...
.
Note: Ikan masin direndam dalam 30 minit - ikut suka kemasinan. Kalau mau kurang masin kena rendam lama sedikit.


#3 RESEPI GULAI IKAN KERING NENAS KELANTAN STYLE


15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap, resipi mudah dan sedap ikan masin, resipi ikan kering mudah dan sedap, ikan


Bahan-bahan

2 ekor ikan kering (sy guna ikan cencaru)
1/2 biji nenas
3 biji bawang merah (blend)
2 ulas bawang putih (blend)
1 inci lengkuas (blend)
2 inci kunyit hidup
2 sudu besar cili kering kisar
lada hijau
1/2 biji santan
1 biji timun

Cara-cara

Masukkan semua bahan yg diblend ke dalam periuk/ kuali. Biarkan mengelegak.

Masukkan santan dan biarkan mengelegak.

Kemudian masukkan ikan masin , nenas, timun, lada.

Mmasukkan gula secukup rasa

Jika kurang masin, tambah garam. Biarkan mendidih seketika

Siap. 


#4 RESEPI IKAN TALANG KERING MASAK ASAM


15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap, resipi mudah dan sedap ikan masin, resipi ikan kering mudah dan sedap, ikan

Bahan-Bahan

Ikan talang masin - di kerat kecil n di goreng
Air asam
Cili padi - dibelah 2
Cili Kering - optional ( di potong pendek)
Bawang besar - di potong separa bulat
Bawang Putih - di racik
Halia - di racik
Minyak untuk tumis- guna lebihan goreng ikan tadi pun boleh. Jimat sangat!

Caranya

Panaskan minyak.

Tumiskan semua bahan yang di potong sehingga naik bau

Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika dan masukkan ikan masin yg telah di goreng tadi

Kacau rata sehingga ikan masin sebati ngan air asam

Tambah garam/asam jika kurang masin/masam.

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.


#5 RESEPI SAMBAL IKAN TALANG MASIN


15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap, resipi mudah dan sedap ikan masin, resipi ikan kering mudah dan sedap, ikan

Bahan:

20 biji cili kering*
3 labu bawang besar*
Sedikit belacan*
Sedikit lengkuas*
1 batang serai yg kecil*
2 labu bawang besar dihiris kasar
1 sudu besar cuka
Sejemput asam jawa
4 sudu gula
Minyak untuk menumis. (1/2 cawan)

Caranya:

Goreng sekejap ikan talang. Ketepikan.

Bahan yg bertanda * di kisar.

Tumis bahan yg di kisar , masak sehingga pecah minyak.

Masukkan cuka dan perahkan asam jawa.

Dah agak kering , masukkan gula dan bawang yg dihiris, agak sebati , baru lah dicampur ikan masin dan masak seketika.

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas, nasi lemak atau nasi lemuni. 


#6 RESEPI IKAN SEPAT MASIN GORENG CILI


15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap, resipi mudah dan sedap ikan masin, resipi ikan kering mudah dan sedap, ikan

Bahan-bahan:

1 ekor sepat masin
1 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5 tangkai cili kering
3 biji cili api merah
Segenggam ikan bilis
Sedikit kicap
1 sudu sos tiram

Cara memasak:

1) Rendam/bersihkan ikan sepat, kemudian potong kecil dan cuci bersih ikan bilis
2) Goreng ikan bilis garing, seterusnya goreng ikan masin tadi, asingkan
3) Rendam cili kering, potong/gunting kecil-kecil
4) Boleh tumbuk atau hiris cili padi.
5) Gorengkan cili kering agak garing
6) Asingkan sedikit miyak gorengan tadi atau boleh guna minyak lain jika nak
7) Masukkan ikan masin dan ikan bilis goreng tadi dengan bawang.
8) Tambahkan kicap dan sesudu sos tiram.

TIPS!

Kalau nak bersambal boleh guna lebih banyak cili padi. Boleh tumbuk semua bahan dan tumiskan dengan api perlahan, kemudian masukkan ikan bilis dan ikan masin.

Kredit : Bella Jamal


#7 KARI TERONG IKAN MASIN



15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap, resipi mudah dan sedap ikan masin, resipi ikan kering mudah dan sedap, ikan

BAHAN-BAHANNYA :

3 biji terung ungu
4 - 5 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isinya
1 biji tomato, belah 4
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 kiub pati ikan bilis
1/2 camca besar pes asam jawa
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili
2 camca besar cili kisar
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
2 camca besar penuh rempah kari ikan dibancuh dengan 1/3 cawan air hingga menjadi pes
200 ml santan, sederhana cair
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS :
2 tangkai daun kari
4 biji bawang merah, hiris

CARA MEMBUATNYA:

Tulang ikan masin dicuci bersih dan rendam 4 - 5 jam, toskan. 

Terung dikerat 2 setiap 1, kemudian belah 2 setiap keratan. Setiap keratan dibelah 2 lagi tapi jangan sampai putus, rendam dalam air yang dimasukkan sedikit garam, tujuan untuk mengelakkan terung bertukar warna. Ketepikan.

Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/3 cawan. 

Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga wangi. 

Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan bahan2 tumbuk halus, kacau rata dan masak hingga cili garing. 

Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga rempah wangi dan naik minyak.

Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya, anggaran 700 ml. kacau rata dan biarkan mendidih. 

Masukkan kiub ikan bilis dan terung (toskan dulu air rendamannya), biarkan terung separuh masak, boleh masukkan tulang ikan masin kurau, kacau perlahan dan biarkan mendidih.

Tuang santan, kacau dan perasakan dengan garam secukupnya.

Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 

Hidangkan kari terung dengan nasi putih, sambal belacan, telur dadar dan ulam-ulaman. Selamat mencuba



#8 Acar Ikan Masin



15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap, resipi mudah dan sedap ikan masin, resipi ikan kering mudah dan sedap, ikan

BAHAN-BAHANNYA :

200 gram isi ikan masin talang (boleh ganti dengan isi ikan masin kurau)
10 biji bawang merah kecil
10 ulas bawang putih
20 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
3 camca besar cuka makan (JALEN)
1 camca besar gula melaka
3 camca besar gula pasir (atau secukup rasa)
2 tangkai daun kari, dilurutkan
Garam secukup rasa
1/4 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :

2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN REMPAH :

1 camca teh ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
3/4 camca teh halba
1 camca teh biji sawi

CARA MEMBUATNYA :

Isi ikan talang masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang2nya 1 jam, tukar air rendaman setiap 20 minit. Kemudian toskan dan biar kering sekejap. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan. 

Bahan2 rempah digoreng tanpa minyak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga garing. Tambah bahan2 rempah yang dikisar/ditumbuk halus tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.

Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam. 

Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata.

Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat. 

Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula. 

Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.



#9 KAILAN IKAN MASIN


15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap, resipi mudah dan sedap ikan masin, resipi ikan kering mudah dan sedap, ikan
Add caption

Bahan-Bahan:

1 ikat sayur kailan
3 ulas bawang putih, kupas kulit dan ketuk
4 biji cili padi, ketuk
1 keping kecil isi ikan masin, potong kecil
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak
garam dan gula, secukup rasa

Cara Penyediaan:

Basuh dan rendam sayur kailan di dalam air sehingga daunnya segar dan keras. Potong daun sepanjang 1 inci, batang sayur pula dihiris nipis.
Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili padi beserta isi ikan masin. Kacau seketika.
Masukkan pula bahagian batang kailan dan sos tiram, kemudian diikuti bahagian daun.
Tuang sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
Angkat dan hidang.



#10 RESEPI IKAN MASIN MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN NANGKA


15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap, resipi mudah dan sedap ikan masin, resipi ikan kering mudah dan sedap, ikan

Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
2 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup

Bahan bahan:
2 keping nangka muda – direbus
Ikan masin kurau
2 batang serai – ketuk
1 biji kelapa – santan
Garam
1 keping asam keping

Cara cara:

Nangka direbus dalam air mendidih. Angkat, tos dan potong kecil. Ketepikan.

Panaskan satu senduk minyak masak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga naik minyak.

Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. 

Masukkan ikan masin dan masak sehingga ikan masak.

Masukkan nangka yang telah direbus, asam keping dan sedikit garam.

Nota: jangan terlebih garam kerana ikan masin dah masin. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.



#11 SAMBAL MANGGA IKAN MASIN


15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap, resipi mudah dan sedap ikan masin, resipi ikan kering mudah dan sedap, ikan

Bahan

1-2 biji buah mangga muda
1/4 cawan isi ikan masin
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
15 biji cili padi
sedikit brown sugar/gula pasir
garam

Caranya:

1. Buah mangga disagat.

2. Ikan masin digoreng dan ditumbuk atau dicarik-carik. Boleh digunakan apa saja jenis ikan masin.

3. Bawang merah, bawang putih dan cili padi digoreng sehingga layu. Kemudian ditumbuk.

4. Akhir sekali gaulkan bersama semua bahan sehingga bergaul rata.



#12 IKAN MASIN MALONG GORENG KICAP


15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap, resipi mudah dan sedap ikan masin, resipi ikan kering mudah dan sedap, ikan

BAHAN2:

Segenggam ikan masin malong
2 biji telur ayam
1 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih – cincang halus
10 tangkai cili kering – gunting kecil
5 biji cili padi – potong bulat
Kicap lemak manis
Garam dan gula secukupnya

CARANYA:

Panaskan minyak masak dan goreng telur sebiji demi sebiji. Ketepikan.

Kemudian gorengkan pula ikan masin malong sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Tumiskan bawang putih, lada kering dan cili padi sehingga naik bau.

Kemudian masukkan bawang merah. Apabila bawang telah layu masukkan kicap secukupnya.

Masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi. Kacau rata.

Masukkan pula telur mata yang telah digoreng. Kacau lagi.

Akhir sekali tambahkan garam jika perlu dan gula secukup rasa.

Apabila rasa telah sempurna matikan api dan sedia untuk dihidang. Siap.



#13 RESEPI GULAI KARI IKAN KERING TUMIS DARAT


15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap, resipi mudah dan sedap ikan masin, resipi ikan kering mudah dan sedap, ikan

Bahan bahan:

Ikan kering
1/2 kg santan
1 pek 24 gram serbuk kari ikan kering
1 keping asam keping
Sayuran - terung atau nenas
Garam
Gula

Bahan Tumis:

1 sudu besar halba campur - atau guna biji sawi
5-6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 pelepah daun kari

Cara cara:

Di dalam periuk, masukkan ikan kering, air, pes kari dan nenas. Masak sehingga nenas separuh masak. 

Masukkan santan. Biarkan sehingga mendidih.

Tambah sayuran lain. Biarkan sayuran tersebut masak. 

Tutup api dan tuangkan bahan tumis. 

Tutup periuk dengan cepat agar kari gulai sebati dengan bahan tumis. 

Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

Nota: ikan kering direndam seketika.



#14 TALANG MASIN BAWANG LADA


15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap, resipi mudah dan sedap ikan masin, resipi ikan kering mudah dan sedap, ikan


Goreng dulu ikan masin. Tumis bawang, masukkan ikan masin yang sudah digoreng, masukkan cili merah, cili hijau, bawang, siap.

Kredit: Hasnarain Tumin


#15 RESEPI SAMBAL IKAN TALANG KERING



Bahan

1 bungkus ikan talang kering siap potong kecil - boleh  guna ikan lain juga
** goreng garing dan ketepikan.
1 biji bawang besar - potong separa bulat

Bahan Sambal

3-5 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 cm halia - kisar
garam secukupnya
gula secukupnya
1 keping asam keping

Caranya

Panaskan minyak yang di gunakan untuk goreng ikan talang tadi. Kalau banyak kurangkan sikit..

Masukkan cili dan bahan kisar. Masak sehingga berminyak dan sedikit garing. 

Tambah asam keping dan gula secukupnya.

Masukkan ikan talang kering yang telah di goreng tadi. Biarkan sehingga mendidih.

Rasa. Jika kurang masin, barulah tambah garam. Jika dah okay, tak perlu tambah garam.. 

Akhir sekali, masukkan bawang besar yang di potong separa bulat. Kacau seketika, angkat dan hidangkan bersama nasi lemak atau nasi putih panas. 


Selamat Mencuba Uolls!

25 Jun 2020

Ketahui 5 Tahap Kewangan Peribadi Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik

June 25, 2020 0
Ketahui 5 Tahap Kewangan Peribadi Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik
Ketahui Tahap Kewangan Peribadi Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik. Assalamualaikum wbt & hi korang. Lamanya CH tak update tentang kewangan.. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa CH suka update tentang duit, kewangan dan cara pengurusan kewangan yang betul. Yang sebenarnya CH sendiri tengah belajar tentang cara urus wang atau pendapatan dengan lebih baik. Jadi, bila dapat ilmu yang baik CH suka kongsi disini supaya lebih ramai yang CELIK KEWANGAN. Bila dah celik tentang pengurusan kewangan, insha Allah kita tak akan susah atau jadi papa kedana. Jadi, untuk pengurusan kewangan yang lebih baik, kita perlu tahap kewangan peribadi kita agar masa depan yang lebih baik. 

Masa depan yang lebih baik bermaksud, jika apa-apa berlaku pada kita contohnya terpaksa berhenti kerja disebabkan ekonomi atau tempat kerja kita ditutup, berlaku kemalangan dan lain-lain lagi kita mempunyai simpanan / kewangan yang mencukupi untuk menyara diri sendiri atau keluarga sementara hendak memperolehi pekerjaan semula ataupun untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Selain itu, ia juga untuk memastikan kita sentiasa positif dalam menjalani hidup yang mendatang sebab bila kita mempunyai kewangan, kita boleh merancang masa depan dengan lebih baik berbanding orang yang tidak mempunyai apa-apa atau kewangan yang terhad. 

Ketahui 5 Tahap Kewangan Peribadi Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik. tahap kewangan, tahap kewangan peribadi, financial stage, ilmu kewangan, finacial, financial management, ilmu kewangan, pengurusan kewangan, tips kewangan, cara ukur kewangan diri sendiri, tahap kewangan untuk masa depan,
Add caption


Sekarang dah pertengahan tahun 2020 dan kita semua baru lepas dari berada dalam situasi yang teruk iaitu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di mana semua orang tidak bebas bergerak, malah tidak boleh pergi kerja dan juga berniaga. Bila berada dalam situasi ini, kita baru sedar betapa pentingnya pengurusan kewangan, betapa pentingnya mempunyai simpanan tetapi sudah terlambat. Kita berada dalam situasi yang teruk ini dalam keadaan mengejut. Tak sempat nak buat apa-apa dah kena PKP.

Pening? Of course pening kepala nak fikir nak cari duit untuk sara diri sendiri dan keluarga. Yang rajin, tak malu, mempunyai kudrat yang kuat dan banyak idea mungkin bijak menhadapi situasi yang tak di jangkakan ini. Yang kurang upaya mungkin mengharap bantuan dari pelbagai pihak tapi banyak mana lah yang mereka boleh bantu pun. 

Pokok pangkalnya untuk senang di masa depan adalah dari diri sendiri. Jadi marilah kita ketahui tahap kewangan peribadi kita agar kita dapat membetulkan dan membaiki tahap kewangan dan cara pengurusan kewangan kita. 

5 Tahap Kewangan Peribadi Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik


#1 Financial instability

Financial instability bermaksud ketidakstabilan kewangan. Golongan yang berada dalam kategori ini mempunyai perbelanjaan yang lebih banyak berbanding pendapatan. Bila perbelanjaan melebihi pendapatan bermaksud golongan ini terpaksa membuat hutang ataupun meminjam. 

Selalunya orang yang berada dalam kategori ini adalah:-

1. Mempunyai tanggunggan (anak atau ahli keluarga ) yang ramai. Bila ramai, jumlah perbelanjaan menjadi besar dan adakalanya melebihi pendapatan yang di perolehi

2. Yang mengutamakan gaya dan kemewahan. Biar papa asalkan bergaya. Hahaha... istilah yang merujuk kepada gaya hidup mewah seseorang sedangkan dia tak mampu untuk bergaya sebegitu.

Golongan yang berada dalam kategori ini mempunyai hutang yang banyak, tiada aset dan simpanan. Boleh dikatakan apabila sampai satu tahap, terpaksa berhutang untuk menampung makan dan minum. 


#2 Financial stability & sufficiency

Financial stability/sufficiency adalah kategori kewangan yang stabil dan mencukupi. Golongan yang berada dalam kategori ini membelanjakan semua pendapatan yang diperolehi. Dapat 5K, 5K juga yang dihabiskan. 

Tiada simpanan dan tiada aset. Ada hutang tapi masih boleh ditampung dengan pendapatan yang di perolehi. 


#3 Financial security

Financial security bermaksud kewangan selamat. Golongan yang berada dalam kategori ini mempunyai pengurusan kewangan yang baik dimana pendapatan yang diperolehi diagihkan kepada simpanan, perbelanjaan , pelaburan dan juga untuk perlindungan. 

Golongan ini menguruskan perbelanjaan dengan baik dan sentiasa mengikut budget yang telah ditetapkan dan setiap tahun atau dari masa ke semasa simpanan, pelaburan dan aset semakin bertambah. Hutang yang wujud pun hanyalah 30% atau 50% dari jumlah pendapatan. 

Ia satu pencapaian yang membanggakan bila berada 4 di tahap ini apatah lagi ketika korang masih muda. 


#4 Financial Freedom

Financial security adalah bebas kewangan. Impian saya dan juga setiap orang. Golongan ini sama seperti golongan tahap #3 Financial Security cumanya golongan ini tidak mengharapkan pandapatan dari kerjaya saja. Mereka juga mempunyai pendapatan pasif dari perniagaan ataupun pelaburan. Jika tidak bekerja pun mereka masih mempunyai pendapatan yang mencukupi. 

Aset, simpanan dan pelaburan bertambah dari masa ke semasa. Hutang ada tapi hanya untuk perkara penting dan berada di paras yang minimum. 


#5 Financial Wealth

Financial Wealth bermaksud kewangan mewah. Tiada masalah duit tapi terlebih duit... Boleh berbelanja di mana saja yang mereka suka.

Mempunyai pendapatan aktif dan pasif yang banyak, simpanan yang banyak, aset yang banyak sehingga boleh menjana pendapatan. Golongan ini hidup mewah dengan pendapatan yang diperolehi dan mereka adalah orang kaya, jutawan dan billionaire. 


Dah tahu tahap kewangan kan? Korang berada di tahap yang mana? Tahap pertama, kedua, ketiga, atau keempat atau kelima? 

Jika masih terkial-kial ditahap pertama, stabil di tahap kedua dan selesa di tahap ketiga... berusahalah untuk ke naik ke tahap keempat dan kelima dalam tempoh yang dirancang dengan :-

  • Baiki tahap kewangan diri sendiri
  • Tambah ilmu tentang pengurusan kewangan peribadi
  • Tetapkan matlamat dan tahap kewangan yang dikehendaki
  • Kawal perbelanjaan dan hutang
  • Tambah pendapatan pasif
  • Membuat simpanan dan pelaburan
  • Membeli dan menambah aset

Bila korang buat perkara diatas secara berterusan walaupun sikit demi sedikit, percayalah tahap kewangan anda akan bertambah baik dari masa ke semasa. In sha Allah. 

24 Jun 2020

Menangi GOLD BAR Dari CMASA.my

June 24, 2020 2
Menangi GOLD BAR Dari CMASA.my
Menangi GOLD BAR Dari CMASA.my. Hai korang! Yang mana tengah intai pulut dakap, biskut kosong, roti bun, rantai kapal, durian, bertih jagung dan yang seangkatan dengannya tu.. Meh la join CH untuk menang GOLD BAR dari CMASA.my. Bukan apa, kalau menang gold bar ni boleh la trade in dan beli yang mana korang intai dan idamkan tu. Kalau tak nak trade in atau jual, korang boleh simpan sebagai aset. Mana tahu pada masa depan, harga emas akan mencanak naik lagi... Korang juga yang untung. 

Menangi GOLD BAR Dari CMASA.my, Cmasa.my, Apa Itu CMASA.my?, Peraduan Kongsi Dan Menang GOLD BAR, peraduan emas percuma, peraduan
Menangi GOLD BAR Dari CMASA.my

Apa Itu CMASA.my? 


Mesti ramai yang tertanya-tanya apa lah CMASA.my ni. Meh CH terangkan. CMASA.my adalah satu platform shopping online atau market place daripada YAPEIM. CH suka shopping disini sebab terdapat pelabagai produk tempatan muslim untuk kegunaan harian. Terutamanya produk makanan dan pes masakan. Mudah, cepat dan banyak pilihan. 

Menangi GOLD BAR Dari CMASA.my, Cmasa.my, Apa Itu CMASA.my?, Peraduan Kongsi Dan Menang GOLD BAR, peraduan emas percuma, peraduan

Nak tahu lebih lagi, korang kena la explore sendiri.. 

Peraduan Kongsi Dan Menang GOLD BAR


Siapa nak menang GOLD BAR? Cepat-cepat masuk website CMASA.my dan jadi pelanggan mereka mulai hari ini kerana CMASA.my menganjurkan Peraduan Kongsi Dan Menang GOLD BAR. Tarikh peraduan ini bermula hari ini sehingga 30 jun 2020. 

Menangi GOLD BAR Dari CMASA.my, Cmasa.my, Apa Itu CMASA.my?, Peraduan Kongsi Dan Menang GOLD BAR, peraduan emas percuma, peraduan


Nak join? Follow 3 langkah mudah ini.. 

LANGKAH 1 :

Beli minimum 1 produk dari website https://cmasa.my/ . Tak kisah produk apa sekalipun yang korang beli, korang dah layak untuk sertai peraduan dan memenangi GOLD BAR ini. ( Lagi banyak lagi tinggi chances korang)


LANGKAH 2 :

Simpan resit pembelian korang dan PRIVATE MESSAGE ke FB Page rasmi CMASA di bawah:


Jangan lupa upload sekali resit pembelian tu sebagai bukti dan pengesahan pembelian telah di buat. 


LANGKAH 3 :

Dah settle langkah 2 di atas, sila buat satu posting secara PUBLIC (tatapan umum) di Facebook profile anda dengan ayat yang bermula...

 "SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" 

Lengkapkan ayat di atas mengikut pengalaman dan kreativiti korang sendiri beserta dengan gambar korang secara kreatif di posting. Jangan lupa #cmasa dalam posting korang untuk memudahkan penganjur menemui posting korang.  

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan LIKE, KOMEN dan SHARE yang paling tinggi.

Peraduan ini menawarkan 16 hadiah menarik iaitu:-

Hadiah Utama x 3
Gold Bar (Wafer Emas) 3gram bernilai RM840
Keahlian Privilege YAPEIM

Hadiah Kedua x 3
Gold Bar (Wafer Emas) 1.5gram bernilai RM465
Keahlian Privilege YAPEIM

Saguhati x 10
Cenderama Barangan YAPEIM
Keahlian Privilege YAPEIM

Dah gaji kan? Jom shopping dan join contest ni. Tuah kita menang EMAS PERCUMA siapa yang tahu kan? kan? 

Kali Pertama Masak Rasam Telur Mudah Dan Sedap

June 24, 2020 1
Kali Pertama Masak Rasam Telur Mudah Dan Sedap
Kali Pertama Masak Rasam Telur Mudah Dan Sedap. Assalamualaikum wbt & hi korang.. Tengah masak ke tu? CH belum masak lagi hari ni. Belum ada mood nak masak. Hahaha... Sementara nak tunggu mood masak mai, CH nak kongsi resepi Rasam Telur mudah tapi sedap. Ini kali pertama CH masak sendiri tau. Dulu tak berani nak masak sebab tak pernah rasa, bila dah rasa dan tahu rasa rasam tu macam mana... barulah berani nak masak sendiri. 

rasam telur, rasam telur mudah dan sedap, resipi rasam telur mudah dan sedap, resepi rasam telur mudah dan sedap, cara masak rasam telur, bahan rasam telur, langkah-langkah untuk masak rasam telur, rasam telur sedap, mudahnya masak rasam telur, telur, rasam, resipi telur, mudahnya masak telur, resipi telur mudah dan sedap, sedapnya telur,
 Rasam Telur Mudah Dan Sedap

Resipi rasam ni CH ambil dari FB tapi tuan empunya resipi tu guna rempah biji tapi kat rumah CH hanya ada yang serbuk saja. Dari resipi rempah biji CH tukar ke resipi yang menggunakan rempah serbuk. Alhamdulillah menjadi dan suami kata sedap. Bila dah ada yang kata sedap, barulah boleh kongsi di blog. Kalau tak menjadi, memang CH tak akan kongsi... 

rasam telur, rasam telur mudah dan sedap, resipi rasam telur mudah dan sedap, resepi rasam telur mudah dan sedap, cara masak rasam telur, bahan rasam telur, langkah-langkah untuk masak rasam telur, rasam telur sedap, mudahnya masak rasam telur, telur, rasam, resipi telur, mudahnya masak telur, resipi telur mudah dan sedap, sedapnya telur,
Rasam Telur Mudah Dan Sedap

Resipi Rasam Telur Mudah Dan Sedap


Bahan-Bahan:

1sk jintan manis serbuk
1sk jintan putih serbuk
1sk biji ketumbar serbuk
 5 biji telur ayam
2 pelepah daun kari
1/2 sudu kecil biji sawi ( CH tak masukkan)
1 biji tomato - dibelah 6
6 biji Cili kering 
1sk asam jawa adabi
Garam secukupnya
500ml air

Bahan Kisar

1sk lada hitam biji
2 ulas bwg putih
1 biji bwg besar
2cm kunyit hidup

Caranya:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga sedikit wangi. 

Masukkan daun kari dan masak bahan kisar sehingga sedikit garing.

Masukkan air, tomato, asam jawa, cili kering dan garam. Biarkan sehingga mendidih dengan api kecil selama 5 minit. 

Masukkan telur masuk satu persatu. Biarkan telur masak sepenuhnya. 

Tutup api dan hidangkan dengan nasi panas dan papadom. 

23 Jun 2020

Nan Cheese Tarik Daging Sedap Di Restoran Abu Khalid

June 23, 2020 2
Nan Cheese Tarik Daging Sedap Di Restoran Abu Khalid
Nan Cheese Tarik Daging Sedap Di Restoran Abu Khalid. Hai korang! Nak share dengan korang satu tempat makan sedap dan berbaloi di Kulim. Restoran ni dah lama buka tapi CH baru mencuba menu mereka ketika bulan Ramadan tempohari. Beli bungkus nasi arab saja masa tu, tu yang tak ambik gambar. Lagipun kalut dengan anak-anak masa nak berbuka. Kali kedua order delivery ke rumah... Cuba order nan cheese tarik daging sebab adik ipar rekomen kata sedap dan sangat berbaloi... Masa sampai kat rumah pun nan cheese masih lagi panas. Masa ni ada ambil gambar tapi lighting tak cantik... abaikan. Ini kali ketiga CH rasa menu sedap iaitu Nan Cheese Tarik Daging di Restoran Abu Khalid. 

Disebabkan sedap dan berbaloi, untuk kali ketiga ni kami makan sendiri di Restoran Abu Khalid. Kali ini breakfast pula. Pukul 8 pagi dah buka...

Nan Cheese Tarik Daging Sedap Di Restoran Abu Khalid , restoran abu khalid, nan cheese sedap di kulim, nan cheese daging, tempat makan sedap di Kulim,
Nan Cheese Tarik Daging Sedap Di Restoran Abu Khalid

Nan Cheese Tarik Daging di restoran Abu Khalid lain dari nan cheese yang lain kerana ia dimasukkan sekali dalam roti nan. Mewah dengan cheese dan daging. Bila tarik saja nan tersebut, memang cheese meleleh macam pizza. 

Nan Cheese Tarik Daging Sedap Di Restoran Abu Khalid , restoran abu khalid, nan cheese sedap di kulim, nan cheese daging, tempat makan sedap di Kulim,
Nan Cheese Tarik Daging Sedap 

Selain dari mewah dengan cheese dan daging, dalam roti nan ni terdapat potongan cili padi. Itu yang menambah rasa sedap nan cheese tarik daging ni. Kalau tak nak, korang boleh request taknak cili padi... 

Nan Cheese Tarik Daging Sedap Di Restoran Abu Khalid , restoran abu khalid, nan cheese sedap di kulim, nan cheese daging, tempat makan sedap di Kulim,

Hidangan nan cheese tarik daging ini simple saja. Hanya nan cheese tarik daging dan kuah dhal... Walaupun simple tapi sedap. Harga satu set Nan Cheese Tarik Daging adalah RM9 saja.

Nan Cheese Tarik Daging Sedap Di Restoran Abu Khalid , restoran abu khalid, nan cheese sedap di kulim, nan cheese daging, tempat makan sedap di Kulim,
Nak jadi influencer jugak ka?

Bila dah sampai sana, kami cuba lagi satu menu yang ada iaitu sawarma daging. Sedap sebab bahan banyak. Memang puas makan. 

Nan Cheese Tarik Daging Sedap Di Restoran Abu Khalid , restoran abu khalid, nan cheese sedap di kulim, nan cheese daging, tempat makan sedap di Kulim,
Sawarma Daging

Okaylah bagi korang yang nak rasa keenakkan makanan timur tengah yang berbaloi, korang bolehlah mencubanya di restoran abu khalid. Restoran ini terletak di No. 1190, Lorong Belibis 1/1, Taman Tunku Putra, Kulim 09000.  Dibuka setiap hari dari 8pg sehingga 8 malam. 

Restoran Abu Khalid
Restoran Abu Khalid 


Paling senang, bertentangan dengan Ayam Global berhampiran market Kulim. 


Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Kedah! Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand

June 23, 2020 0
Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Kedah!  Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand
Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti.

Di Kedah, Pusat Jagaan Insan Kesayanganku berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam.


Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini.

Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni!

Rozita Binti Hasan turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut.

Pantri komuniti ayam brand, ayam brand, projek ayam brand, projek csr ayam brand, ayambersamamu, pantri komuniti di kedah, pantri komuniti di Jitra,
Volunteers- Rozita Binti Hasan delivery the home-cooked Ayam Brand meals to Pusat Jagaan Insan Kesayanganku

“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pusat Jagaan Insan Kesayanganku telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas saya. Saya ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan santan Ayam Brand menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Nasik Minyak, Gulai Daging Kentang dan Acar Timun Nanas,” jelas Rozita.

Pantri komuniti ayam brand, ayam brand, projek ayam brand, projek csr ayam brand, ayambersamamu, pantri komuniti di kedah, pantri komuniti di Jitra,
Nasi Lemak dengan gulai daging kentang cooked by Volunteer Rozita Binti Hasan using Ayam Brand products

“Saya berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau.

Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pusat Jagaan Insan Kesayanganku kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.

“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Rozita menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pusat Jagaan Insan Kesayanganku, Puan Yusnita Mohd Yusuf.

Pantri komuniti ayam brand, ayam brand, projek ayam brand, projek csr ayam brand, ayambersamamu, pantri komuniti di kedah, pantri komuniti di Jitra,

Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.

“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.

Pantri komuniti ayam brand, ayam brand, projek ayam brand, projek csr ayam brand, ayambersamamu, pantri komuniti di kedah, pantri komuniti di Jitra,

Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.

“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:

Pantri komuniti ayam brand, ayam brand, projek ayam brand, projek csr ayam brand, ayambersamamu, pantri komuniti di kedah, pantri komuniti di Jitra,

📌 KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur 

📌 PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan 

📌 TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman 

📌 KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu

📌 PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh

📌 PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang

📌 KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina

📌 PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar

📌 NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban 

📌 JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru

📌 SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor

Pantri komuniti ayam brand, ayam brand, projek ayam brand, projek csr ayam brand, ayambersamamu, pantri komuniti di kedah, pantri komuniti di Jitra,

📌 SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching

📌 SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu

Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my

 

17 Jun 2020

Cekodok Kentang Sosej Untuk Anak Yang Memilih Makanan

June 17, 2020 3
Cekodok Kentang Sosej Untuk Anak Yang Memilih Makanan
Cekodok Kentang Sosej Untuk Anak Yang Memilih Makanan. Bila anak-anak memilih makanan yang mereka nak makan saja, mak-mak confirm pening kepala nak masak untuk mereka. Buat tu tak makan, buat ni tak makan. Ada bawang sikit pun tak nak makan, ada sayur hijau sikit pun tak nak makan.. Bila dah alami perkara macam ni, CH kena berfikir secara kreatif untuk membuat menu yang berkhasiat, sedap dan mengenyangkan untuk mereka makan. Antara menu yang kini menjadi kegemaran anak-anak CH adalah cekodok kentang sosej. 

Cekodok Kentang Sosej Untuk Anak Yang Memilih Makanan


Cekodok Kentang Sosej Untuk Anak Yang Memilih Makanan, cekodok mudah dan sedap, cucur kegemaran anak-anak, cucur untuk minum petang,  sosej, sausage, resipi mudah dan sedap, resipi untuk anak picky eater, picky eater, cucur mudah dan sedap, cekodok mudah dan sedap, cucur kentang, cucur sosej, resipi mudah dan sedap, cucur untuk minum petang, kuih mudah dan sedap,
Cekodok Kentang Sosej Untuk Anak Yang Memilih Makanan


Idea cekodok kentang sosej ini timbul apabila Aisy tak nak udang dan ikan bilis. Kakak Aisya pula takmau ikan bilis. Jadi CH gantikan dengan sosej.

Alhamdulillah, cara CH berjaya dan kedua-duanya makan dengan banyak. Jadi, hidangan minum petang untuk 2 beradik ni adalah cekodok kentang sosej. Resepi ini simple tapi mampu mengenyangkan. 

So, korang kalau ada anak yang memilih makanan atau picky eater boleh try cekodok kentang sosej untuk anak. 

Resipi Cekodok Kentang Sosej


Bahan: 

3-5 batang sosej -  dihiris bulat, serong atau memanjang
2-3 cawan tepung gandum
2 biji kentang- diparut halus
1 biji telur
Air secukupnya
Garam secukupnya
Minyak utk menggoreng

Caranya: 

Satukan semua bahan di atas kedalam bekas yang sesuai. 

Cekodok Kentang Sosej Untuk Anak Yang Memilih Makanan, cekodok mudah dan sedap, cucur kegemaran anak-anak, cucur untuk minum petang,  sosej, sausage
bahan wajib ada untuk cekodok kentang sosej


Masukkan air sikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang dikehendaki. Pekat tapi tidak cair. 

Panaskan minyak dalam kuali. 

Masukkan aduan dengan tangan atau sudu besar. Biarkan sehingga sedikit garing sebelum alihkan. 

Cekodok Kentang Sosej Untuk Anak Yang Memilih Makanan, cekodok mudah dan sedap, cucur kegemaran anak-anak, cucur untuk minum petang,  sosej, sausage, resipi mudah dan sedap, resipi untuk anak picky eater, picky eater, cucur mudah dan sedap, cekodok mudah dan sedap, cucur kentang, cucur sosej, resipi mudah dan sedap, cucur untuk minum petang, kuih mudah dan sedap,
Cekodok Kentang Sosej


Angkat bila kedua-dua belah cekodok sudah garing. 

Hidangkan dengan mayonis ataupun sos kegemaran. 

Selamat mencuba uolls!