March 2019 - Cahaya Hayati

30 Mar 2019

Berjimba di Malaysian Animation Park Studios (MAPS)

March 30, 2019 0
Berjimba di Malaysian Animation Park Studios (MAPS)
Tempat percutian family kali ini dekat saja. Memang plan nak ke Malaysian Animation Park Studios (MAPS) saja plus jalan-jalan cari makan sekitar Ipoh. Nama saja dok negeri sebelah tapi tentang Ipoh macam tak tahu sangat. Siap sesat lagi kat Ipoh suatu masa dulu🤣. La dah terer dengan bantuan google maps😅. Aktiviti selepas brunch adalah ke MAPS saja..



First time sampai. Giler besar MAPS ni sebab dari tempat parking nak ke studios tu dah dalam 100 meter. Masuk tengahari, panas lit lit. Tahan sajalah. Anak-Anak teruja sampai mommy pun depa tinggai. Laju ja..

Kat dalam MAPS ni ada banyak studio dan tempat makan. So tak perlu risau bila tak dibenarkan bawa masuk apa-apa pun. Cuma siap duit saja. 


First tempat yang anak-anak masuk acalah space ship. Ada tempat untuk anak - anak main, info ttg space ship dan juga restoren. Mommy tak explore sangat space ship ni sebab mommy larikan diri ke tandas sekejap🙈.




Keluar saja dari tandas, mommy tengok anak-anak dan daddy depa dah hilang. Rupanya depa dah beratur untuk naik roller coaster. Berani pula budak berdua ni.. Daddy tak naik sebab Aisy tak lepas...
Tiket untuk roller coaster 5 tiket seorang. Satu tiket berharga RM3. 



Sementara tunggu kakak dan abang Ammar habis naik roller coaster, kami ke animation studio. Sejuk sikit.. Kat dalam ni ada pelbagai mainan, video game, 3D game dan juga lego serta block untuk anak-anak.. Jangan risau sebab ada banyak tempat duduk yang selesa untuk ibu bapa. Untuk animation studio ni, 3 tiket untuk seorang.







Lepas naik roller coaster, kakak dan abang ammar join masuk animation studio ni. Seronok depa main games yang ada.





Lama juga duduk dalam ni sampai rasa lapar balik. Terus ajak daddy ke Tok Aba Cafe. Nak tengok apa yang menarik. Tak tahu nak makan apa, kami just beli roti aiskrim sorang satu. RM 1.50 saja tapi harga dekat menu kata RM 3 satu. Rezeki kami dapat separuh harga. Kenyang.






Lepas makan, masuk Boboiboy 4D studio pula. Yang ni pun 3 tiket seorang. Duration tayangan boboiboy 4D adalah 15 minit. Sangat berbaloi masuk.. Rasa macam real dan join Boboiboy & the geng mengembara pula. 






Habis saja boboiboy 4D, akan keluar melalui cafe Tok Aba yang menjual pelbagai premium item boboiboy. Yang ni pun anak-anak pau juga. Buat kenang-kenangan kata depa. Layan sajalah..










Next, kami ke tempat yang ada aksi stunt dan lain di Stunt Legend Studio tapiiiii tak dak aksi pula pada hari Isnin. Hanya ada pada weekend saja. Frust sikit... 

Dah tak boleh tengok aksi stunt, kita bagi anak-anak naik mainan yang depa suka. Habiskan tiket. 










Nampak saja macam tak banyak tempat yang kami masuk, tu pun dah sekerat hari. Dari pukul 1 tengahari sampai 6 petang. Berjaya habiskan 60 tiket untuk kami sekeluarga.


Ada banyak lagi studio dan permainan yang kami tak masuk dan dan main. In sha Allah lain kali kita mai lagi.. 

Kepada yang tak tahu nak bawa anak pi mana-mana masa cuti sekolah, bolehlah mai sini. In Sha Allah anak-anak suka dan seronok..




29 Mar 2019

Jaga Miss V Dengan PRODUK NEIL ARMAYAN | BIOSOL With Honey, Prebiotic Feminine Hygiene Wash

March 29, 2019 0
Jaga Miss V Dengan PRODUK NEIL ARMAYAN | BIOSOL With Honey, Prebiotic Feminine Hygiene Wash
Salam jumaat korang! Selalunya kita menggunakan produk penjagaan miss V atau kewanitaan yang di perbuat dari negara sendiri ataupun negara jiran kita iaitu Indonesia, Thailand dan juga Brunei. Jarang sekali kita mendengar produk penjagaan miss V dari Korea. Macam pelik pula bila dengar produk tersebut dari Korea sebab dalam minda dan kepala kita dah set yang Korea telah terkenal dengan produk-produk kecantikan. Tahu tak yang produk penjagaan Miss V juga termasuk dalam produk kecantikkan tapi untuk alat sulit la... Miss V kita pun kena cantik dan sihat juga tau. Jangan biarkan ia sampai berbau, gatal-gatal ataupun sampai naik kudis. 

So, disebabkan mommy ni obses dengan produk-produk kecantikkan dari Korea... Makanya produk penjagaan Miss V mommy pun dari korea dibawah jenama NEIL ARMAYAN iaitu Biosol With Honey. Ia adalah pencuci Miss V prebiotik yang diasaskan dari madu. Rumusan khasnya adalah untuk membantu wanita dari semua lapisan memperolehi keakraban dan kebahagian setiap masa tanpa mengira tempat. Maksudnya korang yakin dengan diri korang di mana saja dan bila-bila masa. 

NEIL ARMAYAN, BIOSOL With Honey,pencuci vagina
NEIL ARMAYAN | BIOSOL With Honey,

NEIL ARMAYAN, BIOSOL With Honey,pencuci vagina
Biosol with honey

Terus terang mommy cakap yang mommy memang tak yakin dengan diri sendiri bila Miss V tak selesa sebab itulah mommy akan jaga dan guna produk yang terbaik seperti Biosol ni. Ini kerana Biosol mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi yang membantu memberikan khasiat, meremajakan dan membina serta membentuk yang diperlukan dalam lapisan kulit faraj, kulit dan penampilan sambil menghilangkan bau vagina yang memalukan.

Antara produk utama dalam rumusan Biosol adalah :-

  • Ekstrak Akar Pueraria Mirifica - Menghilangkan kekeringan faraj, mengetatkan faraj, mencegah kanser rahim, merawat kitar haid yang tidak teratur.
  • Inulin Prebiotik - Merangsang pertumbuhan bakteria yang baik. Bioselektivity membolehkan ia menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya dan melindungi ekosistem kulit dengan memastikan ia tetap serta seimbang.
  • Hydroxypropyltrimonium Honey - menjadikan kulit lebih lembap dan licin kerana madu mempunyai 2 kali gliserin,. Madu juga membantu aktiviti penyerapan dengan sangat baik dan ini memberi kesan yang sangat baik. 


NEIL ARMAYAN, BIOSOL With Honey,pencuci vagina
Kandungan utama dalam biosol


NEIL ARMAYAN, BIOSOL With Honey,pencuci vagina
kandungan dan fungsi biosol

Pengalaman mommy menggunakan produk ini sangat menyeronokkan sebab kulit Miss V mommy menjadi lebih baik. licin dan lembut. Masalah keputihan pun dah hampir baik dan hilang. 

NEIL ARMAYAN, BIOSOL With Honey,pencuci vagina
Dari korea uolls


9 Kelebihan Menggunakan Biosol

Disebabkan mommy dah guna Biosol ni selama 2 minggu dan rasa best sangat, so mommy kongsikan kelebihan-kelebihan yang ada pada Biosol. Antaranya adalah:-

  • Mengekalkan pH optimum untuk vagina
  • Mengangkat dan mengetatkan melegakan kulit / otot
  • Merangsang pertumbuhan bakteria bermanfaat dalam lapisan kulit dalaman
  • Meningkatkan kesihatan dan penyaman kulit
  • Mengandungi anti-penuaan dan menambah sel-sel kulit yang letih
  • Menyediakan nutrien penting yang diperlukan untuk melembapkan dan menghidrat kulit
  • Menggalakkan pertumbuhan semula epidermis untuk meningkatkan, melembutkan dan mengembalikan kulit
  • Menghilangkan kekeringan faraj
  • Mengetatkan dan menaikkan otot faraj, mengembalikan nada dan tekstur


Paling best bau Biosol yang wangi.. Bau madu gituuuu. Orang korea pun tahu kelebihan madu rupanya. hihi.. Tekstur di pun best. Tak cair macam feminine wash yang lain. Guna sikit jer tapi kesan bersih dan segar ketara rasa. Sangat recommended untuk korang... 

NEIL ARMAYAN, BIOSOL With Honey,pencuci vagina
Tanpa warna. Bau madu semulajadi...

BERITA BAIK untuk korang yang berminat nak cuba dan beli Biosol RM 107.80 dari Neil Armayan kerana Neil Armayan bagi diskaun 30% . Pembelian boleh di buat di Shopee ataupun melalui link ni BIOSOL Opss untuk diskaun tu korang masukkan voucher code di bawah. Terhad kepada 10 orang saja tau. Sapa cepat dia dapat. hehe.. 

NEILCAH30


Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk Neil Armayan, bolehlah layari laman web di bawah. 

website:

Facebook: 

28 Mar 2019

Brunch Di Restoran Simpang Tiga Ipoh

March 28, 2019 3
Brunch Di Restoran Simpang Tiga Ipoh
Brunch Di Restoran Simpang Tiga Ipoh. Sampai Ipoh pun lambat, tidur pun lambat di tambah pula dengan letih duduk dalam jammed.. Makanya lepas subuh kita tidur balik. Jaga balik dah pukul 10 pagi. hehehe... Tunggu semua orang siap, pukul 11 lebih baru gerak dari hotel. Memula plan nak breakfast di Medan Selera Dato' Sagor tapi tiada rezeki nak makan kat situ sebab pusing cari parking 3 kali tapi tak ada kosong juga. Terus husband ajak pi makan di Restoran Simpang Tiga, GreenTown Ipoh. Terus brunch katanya.

Brunch Di Restoran Simpang Tiga Ipoh, restoren simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga, tempat makan best di ipoh, ipoh, tempat makan sedap di ipoh

Brunch Di Restoran Simpang Tiga Ipoh, restoren simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga, tempat makan best di ipoh, ipoh, tempat makan sedap di ipoh

Restoran Simpang Tiga adalah restoran yang menawarkan masakan Padang, Moden, Seafood, Western & Nusantara. Mommy pun first time sampai sini. So, bila tengok semua menu yang ada.. terasa nak makan semuanya. Restoran ini sangat selesa, kemas, bersih dan sejuk. Tak la berpeluh walaupun makan di tempat yang open air

Masa kami sampai, bukanlah waktu orang pejabat lunch lagi jadi orang pun tak ramai lagi.. So, boleh la kami posing posing dulu..

Brunch Di Restoran Simpang Tiga Ipoh, restoren simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga, tempat makan best di ipoh, ipoh, tempat makan sedap di ipoh

Brunch Di Restoran Simpang Tiga Ipoh, restoren simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga, tempat makan best di ipoh, ipoh, tempat makan sedap di ipoh

Brunch Di Restoran Simpang Tiga Ipoh, restoren simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga, tempat makan best di ipoh, ipoh, tempat makan sedap di ipoh

Brunch Di Restoran Simpang Tiga Ipoh, restoren simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga, tempat makan best di ipoh, ipoh, tempat makan sedap di ipoh

Inilah menu yang menjadi pilihan kami ( 6 orang ) untuk menjamu selera di Restoran Simpang Tiga Ipoh. 

Ikan Bawal Emas Bakar. Sambal Ikan Bakar ni sedap... Tak payah nak cicah dengan ayaq asam dah... Apa resepi sambah ni eh?

Brunch Di Restoran Simpang Tiga Ipoh, restoren simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga, tempat makan best di ipoh, ipoh, tempat makan sedap di ipoh

Ini pula sambal yang dihidangkan bersama denga ikan bakar. Sambal ni pun sedap juga...

Brunch Di Restoran Simpang Tiga Ipoh, restoren simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga, tempat makan best di ipoh, ipoh, tempat makan sedap di ipoh

Ayam penyet. Ambil 2 ketul untuk anak-anak... Rasa sedap cuma ayam agak keras dan liat. Mungkin sebab goreng terlampau garing dan agak lama.

Brunch Di Restoran Simpang Tiga Ipoh, restoren simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga, tempat makan best di ipoh, ipoh, tempat makan sedap di ipoh

Masak lemak telur sotong. First time makan masak lemak telur sotong, Sedap rupanya. Selama ni dok makan kat nasi kandar saja. hehe... 

Ambil juga Masak Lemak Cili Padi Siput Sedut untuk anak-anak. Sekali depa tak mau makan... Mommy dan daddy yang kena habiskan. A+ untuk masak lemak ni. Mabeles.

Daddy ambil Daging Rendang Tok sebab di sangkakan daging masak kicap. Hihi... Yang ni pun sedap sangat. Makan saja tanpa lauk lain pun boleh... 

Ulam segar dan sambal belacan yang sedap.

Brunch Di Restoran Simpang Tiga Ipoh, restoren simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga, tempat makan best di ipoh, ipoh, tempat makan sedap di ipoh

 Pendek kata semuanya sedap-sedap belaka. Sangat recommended untuk korang yang nak rasa masakan padang. Susah nak jumpa yang sedap macam ni. 

Brunch Di Restoran Simpang Tiga Ipoh, restoren simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga, tempat makan best di ipoh, ipoh, tempat makan sedap di ipoh

Dah kenyang, jom pi tempat lain pula. Oppss bayar dulu ....

Brunch Di Restoran Simpang Tiga Ipoh, restoren simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga ipoh, restoran simpang tiga, tempat makan best di ipoh, ipoh, tempat makan sedap di ipoh

Bagi yang belum pernah datang, boleh follow google maps ini atau alama di bawah.

Restoran Simpang Tiga Ipoh

D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, 
Kampung Kastam Greentown, 
30450 Ipoh, 
Perak, Malaysia

Tel: +60 5-255 1220