April 2015 - Cahaya Hayati

30 Apr 2015

Resepi Cekodok Pisang Sedap

April 30, 2015 8
Resepi Cekodok Pisang Sedap
Assalamualaikum wbt.

Petang-petang gini di tambah pula dengan cuaca yang sejuk.. Dapat cekodok panas-panas memang sedap. Tambah pula dapat hirup teh o panas.. Terangkat beb!

Cekodok pisang yang Cik Ti hidangkan untuk keluarga adalah hasil tunjuk ajar dari nenek sebelah ayah. Tapi Cik Ti tak lah pandai buat bentuk bulat-bulat.. Cekodok Cik Ti macam-macam bentuk ada. Rupa tak penting janji rasa sedap.:)


Ini resepi cekodok warisan keluarga Cik Ti.

Cekodok Pisang 

1 sikat pisang awak/emas yang ranum
RM 1.00 kelapa parut ( putih)
1-1 setengah  cawan tepung gandum
1 sd kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Pisang di lenyek sehingga halus. Cik Ti gunakan gelas saja.
2. masukkan tepung, kepala dan garam. Gaul rata.
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.

note: Cik Ti tak tambah gula sebab pisang dah ada rasa manis yang tersendiri.


selamat mencuba.

29 Apr 2015

Niat Yang Baik Akan Di Permudahkan Jalannya

April 29, 2015 5
Niat Yang Baik Akan Di Permudahkan Jalannya
Assalamualaikum wbt.

             Niat  yang baik akan di permudahkan jalannya.

Sejak dari awal tahun lepas lagi,  Cik Ti telah berhasrat untuk membantu emak Cik Ti menukar bumbung dan membuang rumah papan yang sudah usang. Digantikan bumbung dan dinaikkan bata.. Kos & upah yang agak tinggi menyebabkan Cik Ti tangguhkan hasrat tersebut dahulu.

Namun, rezeki dari Allah SWT siapa yang tahu.. Kita hanya memasang niat, merancang dan melaksanakan. Selebihnya kita serahkan pada Yang Maha Berkuasa...

Alhamdulillah telah dipermudahkan jalannya dengan memberi rezeki yang tidak sangka dan di jangka. Syukur sangat-sangat...


Jadi yakinlah dengan janji Allah, niat yang baik akan di berikan jalannya.
In Sha Allah.

28 Apr 2015

Kisah Kehidupan: Maafkan Ayah!

April 28, 2015 6
Kisah Kehidupan: Maafkan Ayah!
Kisah seorang jutawan yang kini sedang sakit menunggu ajal telah menyuruh dikumpulkan anak-anaknya yang tercinta. Beliau berkata kepada mereka, 

"Anak-anak ayah, bila ayah sudah tidak ada nanti, ada permintaan ayah kepada kamu semua. Tolong pakaikan stokin kesayangan ayah, walaupun stokin tu koyak, ayah ingin pakai stokin kesayangan ayah kerana banyak kenangan ayah bersama stokin tu, minta stokin itu dipakai bila ayah nak dikafankan nanti."

Akhirnya jutawan itu meninggal dunia. Saat mengurus jenazah dan saat mengkafankan, anak-anaknya minta tuan imam untuk memakaikan stokin yang koyak itu sesuai dengan permintaan terakhir ayahnya. Akan tetapi tuan imam menolaknya, 





"Maaf secara syariat hanya 2 lembar kain putih saja yang dibenarkan dipakai kepada mayat."

Terjadi pula perbalahan antara anak-anak jutawan yang ingin memakaikan stokin koyak dan tuan imam serta beberapa orang ustaz lagi yang berada di sisi jenazah yang melarangnya. Kerana tidak ada titik temu dipanggilah penasihat keluarga yang juga seorang peguam. Beliau berkata,


 "Sebelum meninggal dunia, arwah ada memberikan saya surat wasiat, kita bacalah bersama mana tahu ada petunjuk."

Maka dibukalah surat wasiat jutawan tadi buat anak-anaknya yang dipesankan kepada peguam tersebut.
Suratnya bertulis, 


"Anak-anakku pasti sekarang kamu semua sedang berbalah kerana dilarang memakaikan stokin koyak kepada jenazah ayah. Lihatlah, padahal harta ayah banyak, wang berlimpah dengan kereta mewah, tanah, rumah dan ladang yang banyak tapi tidak ada ertinya ketika ayah sudah meninggal. Stokin koyak tu pun tidak boleh dibawa mati. Begitu tidak berertinya dunia buat ayah ketika ini, kecuali amal ibadah, sedekah dan doa-doa daripada kamu semua. Anak-anak ayah, inilah yang ingin ayah sampaikan agar kamu semua tidak tertipu lagi dengan dunia. Salam sayang dari ayah yang ingin melihat kamu semua menjadikan dunia sebagai jalan menuju Allah."


~ sila share kat kekawan...sharing is ilmu.

23 Apr 2015

Biskut Adik!

April 23, 2015 12
Biskut Adik!

Biskut Beras 

Assalamualaikum wbt.

Mommy  : Abang Ammar tolong ambik biskut adik sat.
Ammar   : Okey tapi abang nak jugak biskut adik ni..
Mommy : Kenapa abang nak makan biskut adik?
Ammar : Abang tak ingat dulu abang makan atau tak biskut ni?
Mommy: Penah la ... 
Ammar: oooo. Adik kita kongsi yer!

Kongsi biskut

22 Apr 2015

Mari Berkenalan Dengan Keluarga EFG!

April 22, 2015 13
Mari Berkenalan Dengan Keluarga EFG!
Assalamualaikum wbt.

Keluarga EFG

Nak kenal EFG? EFG dah bertambah besar... Ada 35 orang ahli keluarga. So, keahlian baru di tutup buat sementara waktu. Nanti akan di buka balik... Tunggu Irra bagitau yer!

Kebaikan menjadi ahli EFG boleh baca kat SINI. Seronok tau menjadi ahli EFG sebab semua blogger yang join ni sporting dan tak kedekut ilmu. Berkongsi sesama blogger...  Nak naik bersama-sama kata depa. 

So, inilah muka-muka blogger yang jadi ahli keluarga EFG. Kenai tak?


Kalau nak kenal lebih rapat, jom terjah blog & ig depa...

  1. Irra29 www.irrayyan.com ~ @rayyankata
  2. Anis23 www.adnan-daughter.blogspot.com  ~  @anizz_annisaa
  3. Arz30 www.arzmoha.com ~ @arzmoha
  4. Nani24 www.cikmanissweet.blogspot.com ~ @inanihazwani
  5. Bonde37 www.kumahuitu.blogspot.com ~ @zaidalifah_aisheteru
  6. Pcl42 www.nazlee.com ~ @nazleeismail
  7. Lya35 www.akifimtiyaz3.blogspot.com ~ @akifimtiyaz
  8. Ewan30 www.wayneharraz.blogspot.com ~ @wayne_harraz 
  9. Ana43 www.anajingga.blogspot.com ~@anajingga
  10. Lela21 www.isolabellaz.blogspot.com ~ @aswaleylaismail
  11. Dayah22 www.kanvaskehidupanku.blogspot.com ~ @adkdayah93
  12. Kc22 www.memburucintamu.blogspot.com ~ @sayidahlurvechoc
  13. Sha27 www.awansayatasana.blogspot.com ~ @nshahira88
  14. Cc24 www.cikcandysour.blogspot.com ~ @orangekecik
  15. Aina18 www.nikainaa.blogspot.com ~ @nfa.nikainaa
  16. Aisya24 www.jindrisska.blogspot.com ~ @aisya816
  17. CN29 www.cekgunorazimah.com ~@cikgunorazimah
  18. Aami29 www.shamieraosment.com ~ @shamieraosment
  19. Mimin23 www.miminadam.blogspot.com ~ @_miminadam
  20. Syira19 www.syirasophie.blogspot.com ~ 
  21. Eny32 www.enyyusnizar.blogspot.com ~ @enyabdullah
  22. Ain33 www.dramaticuniq.blogspot.com ~ @dramaticuniq
  23. FR28 www.notapurba.blogspot.com 
  24. Khaty32 www.khatyaiman.blogspot.com ~ @khatyaiman1
  25. Azi43 www.mirabeads-azi.blogspot.com ~@norazilah72 
  26. CikT35 latitude292.blogspot.com ~mummy_aisy2mar
  27. KG33 www.eryati.blogspot.com@eryati
  28. Efa35 www.ibuadambatrisya.blogspot.com ~ @cik_iput
  29. Mia28 www.diariemil.blogspot.com ~
  30. Angah20 www.diarijejakahangat.com ~@aerill_hassan
  31. Nizam31 www.bahejabella.blogspot.com ~  
  32. Rara28 www.safurara.com ~ @safurara
  33. Kak Sue www.notaharianmama.blogspot.com ~ @iris_nur
  34. Kak Mas www.heartykisah.blogspot.com ~ @mas2986
  35. Papaglamz www.papaglamz.com ~@papaglamz

21 Apr 2015

Blogger Perlu Guna Google Analytics

April 21, 2015 4
Blogger Perlu Guna Google Analytics
Assalamualakum wbt.

Sejak join team EFG ni, Cik ti dah belajar banyak benda... semalam Cik Ti join kelas google analytics. Seyes best! Dari tak tahu kepada tahu...

Google Analytics?

Adalah sebuah alat mengukur/ statistik yang disediakan oleh Google yang lengkap dan sangat bermanfaat. Terutamanya kepada blogger dan juga kepada yang menjalankan perniagaan di atas talian (web).

Google Analytics ini berfungsi untuk menampilkan pelbagai maklumat penting yang diperlukan. Diantaranya adalah :

1. Cara pengunjung menemui blog kita
2. Siapakah pengunjung kita
3. Sumber pengunjung tersebut
4. Kandungan favorite pengunjung
5. Durasi masa pengunjung

Jadi, apabila kita sebagai blogger sudah mempunyai maklumat seperti ini... kita boleh kembangkan blog kita berdasarkan statistic yang dihasilkan oleh google. Pengguna yang kunjung blog tu suka pasal fesyen ke, pasal anak Cik ti ke ataupun entry restoran yang Cik ti pi makan...

Bagaimana nak pasang Google Analytics di blog?

senang saja... Pergi ke website Google Analytics. Registered dan masukkan beberapa maklumat yang di kehendaki. Setelah selesai, Google Analytics akan beri satu ID number.

Dah dapat ID, masuk ke blog -> Setting -> Others -> Masukkan ID Google Analytics kat ruangan Google Analytics macam kat gambar bawah ni.

Dah selesai



Senang kan?

Sugarscarf ~ Pilihan Hijab Terkini

April 21, 2015 5
Sugarscarf ~ Pilihan Hijab Terkini
Cik Ti bukanlah seorang penggemar fesyen yang setia seperti kawan-kawan yang lain. Jika hendak dibandingkan dengan mereka Cik Ti ni tidak berapa tahu tentang trend fesyen Muslimah terkini yang sedang hangat dalam pasaran. Malah saya tidak sentiasa keep updated dengan trend fesyen terkini popular seperti kawan-kawan.
Hari minggu yang lalu, apabila mengemas almari pakaian di rumah, Cik Ti  rasa Cik Ti perlukan tudung atau hijab terbaru.. Tambah-tambah lagi raya dah nak dekat kan!
Cik Ti pun tak ingat bila last Cik Ti shopping tudung baru. Macam dah lama tak shopping.. Raya tahun lepas kot. Huhu

Hari tu masa keluar lunch dengan kawan-kawan Matrik, Cik Ti  minta pertolongan depa dan depa telah berikan bermacam-macam pendapat . Daripada senarai jenama fesyen Muslimah terkini popular yang mereka berikan, Cik Ti agak tertarik dengan jenama Sugarscarf.

Jadi Cik Ti pun google dan terus-terang, Cik Ti jatuh cinta dengan jenama ni!
Koleksi tudung Sugarscarf online menawarkan pelbagai produk hijab terkini yang sangat menarik untuk dipilih. Apa yang lebih best tentang Sugarscarf ialah mereka menghasilkan tudung moden untuk wanita dengan variasi rekaan yang pada pendapat Cik Ti sangat segar dan menawan yang mana ianya sangat bersesuaian dengan trend fesyen Muslimah semasa.
Sejujurnya Cik Ti juga agak cerewet dalam memilih tudung. Ini kerana tidak banyak jenama tudung yang berpatutan menawarkan kualiti yang cari. Namun pencarian itu berakhir dengan jenama hebat ini. Cik Ti dapati antara faktor yang membuatkan mereka sangat popular dalam kalangan wanita yang memakai hijab di Malaysia adalah kerana mereka tidak pernah gagal dalam menghasilkan tudung yang berkualiti. Koleksi tudung terbaru wanita mereka adalah bukti bahawa mereka sentiasa berusaha untuk menawarkan produk fesyen Muslimah yang terbaik untuk pelanggan. Jika disebut tentang harga pula Cik Ti teramatlah berpuas hati kerana harga tudung Sugarscarf adalah yang terbaik dalam pasaran di Malaysia kerana kualiti yang ditawarkan juga adalah sangat baik.
Jom kita lihat tiga gaya padanan tudung Sugarscarf wanita terkini bersama pakaian Muslimah kegemaran Cik Ti.

Simple tetapi cantik! Sangat sesuai untuk Cik Ti yang simple ni..

Puree Untuk Aisy

April 21, 2015 8
Puree Untuk Aisy
Assalamualaikum wbt.

Update tentang Aisy lagi... hehehe.

Kali tentang makanan awal bayi iaitu puree. Sejak Aisy nak masuk 6 bulan lagi Cik Ti dok google tentang puree ni.. Masa zaman kakak & abang Aisy Cik Ti tak buat pun puree.. Banyak bergantung pada product Nestle yang pelbagai jenis tu.

So, bila ada anak no 3 ni... kena rajin sikit sebab nak jimatkan kos. Lagipun Aisy di jaga oleh MIL dan lebih mudah untuk memperkenalkan makanan awal ni. Tak perlu nak usung ke sana sini. Tugas MIL pun senang, keluarkan dari freezer, defrost dan panaskan.

Untuk puree Aisy Cik Ti masukkan beras kerana Aisy mengalami kekurangan berat badan.. Tak sepadan dengan usia. Itu kata nurse kat klinik desa. Berat badan Aisy mengikut umur berada di line kuning & dah nak ke line merah. huhu..

Resepi puree jenis ini diberikan oleh nurse tersebut. Cik ti cuma pelbagaikan dengan sayur dan ubi..

Resepi puree nasi:

1 genggam beras
1/2 batang Carrot
1 ketul ubi kentang
1 genggam bayam
10 ekor ikan bilis - di buang tulang & dibersihkan secukupnya
air secukupnya

Cara-caranya:

1. rebus beras sehingga menjadi bubur. Masukkan ikan bilis, ubi kentang dan carrot sehingga empuk. Kemudian masukkan bayam dan di biar mendidih seketika.


 2. Biarkan sejuk dan blender halus.


 3. Untuk resepi ini Cik Ti mendapat 5 bekas puree. Bekalan untuk aisy selama 5 hari. Sejukkan dan simpan beku.


Note: 
Makanan bayi tak perlu tambah garam. Ikan bilis yang di gunakan perlu di rendam seketika untuk buang rasa masin.

20 Apr 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com

April 20, 2015 6
Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 April 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Baby walker Untuk Aisy

April 20, 2015 1
Baby walker Untuk Aisy
Assalamualaikum wbt.

Baby walker? 

Yes, Cik Ti dan suami telah beli baby walker untuk Aisy. Lagi 3 hari Aisy akan masuk 7 bulan. Perkembangan yang sangat pantas berbanding abang & kakaknya..

Meniarap di usia 3 bulan. Menjulur di usia 4 bulan. Di usia 5 bulan, Aisy dah boleh merangkak... masuk saja usia 6 bulan dah boleh duduk.

Sekarang, belum pun masuk 7 bulan, Aisy dah mula memanjat dan berdiri... Dua tiga hari lepas, Cik Ti perhatikan dia dah mula meniti dari satu bahagian ke bahagian yang lain.. Adakalanya terjatuh... Nasib baik la jatuh atas tilam... Kalau tak confirm dapat tanda biru. 

Sebab Cik Ti belikan walker untuk Aisy adalah untuk memudahkan pemantauan Cik Ti  or MIL ke atas Aisy ketika melakukan kerja-kerja di rumah terutamanya ketika di dapur. 

Letak sekejap-sekejap saja.. Banyak masa di biarkan bermain di atas lantai.. Aisy pun tak suka duduk dalam walker sebab dia tak boleh memanjat.. hehehe


Note: 
Walaubagaimanapun, baby walker tidak digalakkan oleh pakar keselamatan dan profesional kesihatan. Boleh baca di SINI.

Lepas Satu Masalah, Timbul Satu Masalah Lagi...

April 20, 2015 4
Lepas Satu Masalah, Timbul Satu Masalah Lagi...
Assalamualaikum wbt.

Monday blues yang bertambah blues. :(

Masalah handphone jenama Samsung.

Lepas satu masalah, timbul pula satu masalah lain. Dua minggu lepas, handphone rosak... Hari jumaat encik suami pergi ambil. Dah ok & ganti screen... Upah murah lak tu RM 150 saja. Encik suami belikan siap-siap cover untuk handphone cik ti. Pink uoll! my fav calour...

Dua hari kat rumah guna wifi dengan gembiranya. Dah mention kat EFG yang hari isnin free & boleh join xtvt WA. Tapi janji tinggal janji ja... Maafkan Cik Ti yer...

Sesampai opis baru perasaan data tak boleh guna... call pun tak boleh. Terus call helpdesk celcom... Rupa-rupanyer, simkad Cik Ti pula rosak. huhuhu..

Kena tukar yang baru..

Lunch ni la Cik Ti pi celcom.. Harap2 dapat settle masalah.




17 Apr 2015

Antara Domino's & Pizza Hut

April 17, 2015 14
Antara Domino's & Pizza Hut
Assalamualakum wbt.

Antara Domino's & Pizza Hut

Ini pendapat Cik Ti saja. Tak dak kaitan dengan sapa-sapa.. Lain la kalau hangpa semua sependapat dengan Cik Ti.

Antara dominos dan pizza hut memasing mempunyai resepi pizza yang tersendiri. Kedua-duanya sedap. Thumb up!

Apa yang Cik Ti nak suarakan di sini adalah dari segi penawaran & keselesaan kepada pelanggan yang makan di restoran atau dine in..

Terus terang  Cik Ti katakan yang Cik Ti lebih suka Pizza Hut. Selesa dengan penawaran dan perkhidmatan yang diberikan. Terasa makan bersama keluarga dalam suasana yang selesa.. Lebih teratur.

Kat Dominos pula, Cik Ti tak berapa suka.. banyak kena self service.Kalau makan kat restoran pun macam berkelah ja. Baik beli bungkus dan makan kat rumah...

Sapa yang suka santai boleh la mai kat Dominos. terutamanya yang bujang. Yang dah berkeluarga cam Cik Ti ni tak berapa sesuai.. Tetambah ada anak kecik.

Pendapat Cik Ti ja tau!



16 Apr 2015

Survey Survey For Next Investment

April 16, 2015 6
Survey Survey For Next Investment
Assalammualaikum wbt.

Dalam hidup kita mesti ada perancangan. Setiap perancangan yang di susuli dengan usaha pasti membuahkan hasil.

So, ini plan Cik Ti for next investment. Menambah aset.. Membeli rumah atas nama sendiri.. Yang sekarang atas nama encik suami.. 

Bagi Cik Ti setiap wanita perlu mempunyai aset atas nama sendiri.. untuk masa depan. Kita tak dapat nak jangka apa yang akan berlaku.. Jadi perlu sediakan payung untuk berteduh. Masa senang ramai yang ngaku saudara... masa susah siapa yang akan bersama kita kita tak tahu.
Lokasi 
Dah survey banyak tempat.. Rasa-rasanya kat sini yang menarik hati... dekat dengan sekolah, dekat dengan tempat kerja suami, dekat dengan pusat bandar... dekat juga dengan adik-beradik suami. Adik-beradik cik ti ramai yang masih dok kampung, alor setar, jitra & perlis... Kalau sepupu sepapat pula ramai yang dok belah pulau...

Landmark oleh pemaju
 Landmark dan struktur bangunan juga cantik... Kawasan tanah yang rata.

living hall
Bila tengok gambar rumah contoh makin jatuh cinta... Living hall yang besar. Boleh anak-anak cik ti main kejar-kejar.. Main sembunyi-sembunyi..

Master bedroom
Tengok gambar master bedroom pula... hihi dah berangan dok update blog kat tepi tingkap tu...

Bestkan kalau apa yang di rancang menjadi kenyataan. 

Doakan Cik Ti yer...   Semoga mendapat rezeki yang lebih &  permudahkan perancangan ini Amin.

Smartphone & Blog

April 16, 2015 3
Smartphone & Blog
Assalamualaikum wbt.

Dah seminggu handphone Cik Ti masuk spital... Hari ni kot Encik Suami pergi ambil. Harap2 la dapat balik hari ni... huhu.

Bila takdak smartphone ni... nak update blog pun non hado semangat. lesu ja...  Nak buat entry tak bergambar pun cam tak best ja. Sesekali up entry tak bergambar kira ok la..  Kalau selalu cam tak menarik pula.. :(

Apa-apa update dari group kbba & efg pun tak tahu..  Jangan keluarkan saya dari group yer! In sha Allah akan cuba bagi komitmen selepas handphone saya sembuh.:)

Baru terasa kepentingan dan kebergantungan kepada smartphone ni.. hehe. Terutamanya untuk update blog & communication dengan blogger2 dalam group efg dan kbba.

oklah. setakat ini saja update entry tak bergambar..

 Jom pi lunch.


14 Apr 2015

Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN

April 14, 2015 8
Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jom join segment by Cikgu Norazimah. Segment untuk memeriahkan dunia blog...

Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mei-Jun 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 April 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 April 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :

13 Apr 2015

Construction In Progress & Handphone Masuk Spital

April 13, 2015 10
Construction In Progress & Handphone Masuk Spital
Assalamualaikum wbt.

Buat pengetahuan yang singgah di sini, blog saya tengah di renovate oleh seorang adik yang baik hati.. Dah siap nanti baru kita citer panjang. Masih dalam progress... Masih berserabut. hehehe.

Terima kasih yer adik Erwento!

Buat masa saya tak dapat di hubungi melalui whatsapp, fb or ig. Handphone saya masuk spital dulu untuk lalui tempoh 'bertenang'. Walaubagaimanapun saya masih boleh di hubungi melalui sms biasa dan juga email..

Contact nombor juga sama tau. :)

Sebarang permasalahan or update, sila guna sms biasa yer.

Sekian, Wassalam.

8 Apr 2015

# EFG - Bukan Sembang Kosong

April 08, 2015 9
# EFG - Bukan Sembang Kosong
Assalamualaikum wbt.

Exchange Feed Group


I'm officially join EFG - Exchange Feed Group. hehehe

Selama ni dok tengok ja logo ni kat blog PCL . Tergerak hati nak join tapi tak berapa tau apa function feed.. perhati dan dok baca dari blog blogger yang dah join dulu. Then, decide nak join... and now i'm officially EFG.

Apa benefit yang Cik Ti dapat dari join EFG:-

  • network
  • kawan-kawan baru dari kalangan blogger
  • ilmu
  • meningkatkan traffic blog ( uv & pv)
  • Banyak sangat benefit dia. Tak larat nak senarai... :D
Yang join EFG saja yang tahu..  Kalau nak tahu, joinlah yer.. contact irra yer.

3 Apr 2015

Memetik Strawberi Di Ladang Big Red Strawberry

April 03, 2015
Memetik Strawberi Di Ladang Big Red Strawberry
Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Semoga di kurniakan hari-hari yang bahagia, tubuh badan yang sihat dan rezeki yang tidak putus-putus.

Hari ni Cik Ti nak update cerita short vacay ke Cameron sebelum menjadi basi... Asyik tertangguh ja entry ni. :)

Kali ini kami memberi pengalaman memetik stoberri kepada anak-anak walaupun mommy & daddy dia tak penah merasa dulu.. petik buah lain penah la. Kami memilih ladang Big Red Strawberry.. Kenapa saya memilih ladang ni kerana saya pernah tengok kawan post gambar strawberry yang besar-besar dalam fb. Terusss tertarik...

jadi stoberry dulu..
Anak-anak memang teruja dan tak sabar nak petik strawberry. Singgah makan pun, kat mulut still sebut nak pi petik strawberry... Tak sabar tul.

peladang cilik

Memetik Strawberry di Ladang Big Red Strawberry

Di Ladang Big Red Strawberry ni, dia hanya benarkan 2 orang kanak-kanak di temani seorang dewasa. Bayaran pula adalah mengikut berat strawberry yang di petik. RM25.00 untuk setengah kilogram.
pilih-pilih yang besar2 saja
 Di ladang Red Big Strawberry ni juga di sediakan cafe. Jadi, mak-mak atau ahli keluarga yang tak masuk untuk memetik strawberry boleh la lepak di sini or jejalan dalam kawasan ni. Bukan setakat pokok strawberry... sayur, bunga pun ada. Boleh jalan-jalan sambil makan aiskrim malaysia berperisa strawberry.
kacau la daddy ni..
Layan gambar anak-anak Cik Ti petik strawberry lah yer. Cerita dah habih.....

Yang mana lagi besar adik?

Ni la buah yang kami petik.. Besar2 tak?
 So, kalau nak memberi pengalaman memetik strawberry boleh la datang sini... In Sha Allah anda akan rasa berbaloi.

2 Apr 2015

Service Caj Tu Rupanya Caj Oleh Restoren!

April 02, 2015
Service Caj Tu Rupanya Caj Oleh Restoren!

GST!

Update berhubung entry semalam berkenaan GST dan service caj( Klik SINI). Rupanya service caj yang di kenakan oleh restoren seperti secret recipe dll adalah caj service oleh restoren. Takdak kena mengena dengan gomen.

So, kalau pergi makan kat restoren yang kenakan service caj... sila gunakan service tersebut sepenuhnya. Contoh, bayar bil panggil waiter....

Ini ja update tentang service caj dalam resit semalam.

5 Langkah Pertama Penjimatan

April 02, 2015
5 Langkah Pertama Penjimatan
Assalamualaikum wbt.

Semalam bercerita tentang GST. Dalam pelaksanaan GST masih ada SST. Ramai yang dah buat laporan kepada pihak yang berkuasa.. Biarlah pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya ajar pengguna dan rakyat marhain tidak tertindas.

Sebagai pengguna, kita juga memainkan peranan yang besar dalam ekonomi kerana kuasa beli dan permintaan terletak di tangan kita.. our choice nak beli atau tak.

Lima langkah pertama berjimat  :-

1. masak sendiri

Beli bahan mentah dan  masak sendiri. Ini adalah langkah penjimatan untuk seisi rumah. Kerana kita tahu, harga bahan mentah adalah dalam kawalan kerajaan.
Jadi, semua orang makan makanan yang sama. Kos yang sedikit untuk mengisi perut yang ramai (Big Family).

2. Bawa bekal ke sekolah atau ke pejabat

Bento

Bawa bekal ke sekolah bagi anak-anak dan juga bekal ke pejabat oleh mak bapa adalah langkah berjimat yang ramai orang lakukan. Tak kira la bekal untuk breakfast atau lunch. Sekurang-kurangnya kita dah jimatkan RM 5 sehari... Kat belah utara ni, ramai yang breakfast dengan nasi lauk atau nasi kandar.

Bawa bekal sendiri juga baik untuk kesihatan.

3. Bancuh minuman sendiri

Bancuh minuman sendiri boleh jimatkan RM 1 - RM 2.50. Harga minuman sekarang dah mahal... Beli satu pek 3 in 1 yang ada 30 stick tu tahan untuk sebulan.. Jimat dan sedap kan? Tak sampai RM 15 pun satu pek.

4. Tetapkan budget harian

Setiap  hari bekerja, cik ti memang tetapkan budget harian iaitu RM 10 sehari... logikkan? Cara cik ti budget adalah seperti berikut:

breakfask : RM 2.00
lunch        : RM 8.00 ( termasuk buah )

hari yang cik ti bawa bento, dah dapat jimatkan RM 2. Nampak sikit tapi kalau simpan lebihan tu akan jadi banyak.

5. Window Shopping Dah ler!

Kalau dulu pantang nampak ada sales kita beli. Now, kena ubah cara.. window shpping dah ler agar memuaskan hati kita..
Kalau rasa tak boleh jugak, tinggalkan segala kad bank/ kredit di rumah. Bawa RM 50 ja... Bila nak beli, alaa ada RM 50 ja... cukup untuk makan dan isi minyak. hihi jimat-jimat.


notes: lain orang lain caranya untuk berjimat. :)

1 Apr 2015

GST Saja Kannn, No More Service Caj!

April 01, 2015
GST Saja Kannn, No More Service Caj!
Tak tahu nak kata apa... Tak seperti yang di canangkan. Service caj masih ada... GST pun kena. Pengguna tersepit. huhu.. 

Ini resit yang kawan cik ti post kat FB. Minta penerangan berhubung caj servis, cashier restoran minta check dengan Jabatan Kastam. Try masuk ttp tak boleh pula... Maybe ramai yang dok access.

So, nanti kita update berhubung service tax ni...


Untuk harga barangan harian boleh guna panduan ebook dari kpdnkk. Ada barang yang turun dan ada barang yang naik... Ini link untuk zon utara.


Welcome April, Welcome GST

April 01, 2015
Welcome April, Welcome GST
Dari semalam sehingga hari ni dok heboh pasal GST.. Ada yang dok tunggu berita pasal minyak..
Tapi non hado...

Semalam tidur ngan harapan gst adalah april fool semata-mata. Walaupun realiti tahu akan di lancarkan esok... Just dream. Mana tau pak menteri pun mimpi & dapat hidayah tangguh gst kannnn!

Realitinya hari ini, GST dah bermula.. Pepagi lagi cik ti dah kena GST sebab beli bekpes kat kemchi. Dulu beli set ni 4.80 ja.. Hari ni tambah 2 kupang untuk GST..Huhu.

GST oh GST

so, welcome April, welcome GST.

Mari kita berbelanja secara berhemah ----> Jom bawa bekal.