Cahaya Hayati : politik
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

9 Mar 2020

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2020

March 09, 2020 2
Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2020
Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2020. Petang tadi mesti ramai  memang yang  menunggu untuk mengetahui barisan menteri kabinet Malaysia 2020 dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

sendiri pun ternanti-nanti juga.. tambah-tambah lagi untuk mengetahui jawatan timbalan perdana menteri tapi kejutan yang dapat sebab kabinet Malaysia 2020 bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada timbalan perdana menteri sebaliknya beliau dibantu oleh 4 menteri utama iaitu Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan. 

Jom kita tengok sebarai penuh Menteri Kabinet Malaysia 2020. 

Menteri kabinet Malaysia 2020, kabinet Malaysia 2020, barisan menteri kabinet Malaysia 2010 Tan Sri Muhyiddin Yassin, Muhyiddin Yassin cabinet's, kabinet Muhyiddin Yassin, lantikan baru menteru kabinet Malaysia 2020, malaysian cabinet 2020, politik 2020, malaysia 2020, sejarah malaysia 2020, 2020

Alhamdulillah ada menteri yang CH kenal dan ada menteri baru. Paling rasa teruja sebab kebanyakkan menteri ada pangkat doktor. Nampak lebih ilmuan dan cerdik.

Nampaknya betullah seperti khabar angin sebelum ini yang mengatakan semua menteri kabinet ada sijil asli. 

Menteri kabinet Malaysia 2020, kabinet Malaysia 2020, barisan menteri kabinet Malaysia 2010 Tan Sri Muhyiddin Yassin, Muhyiddin Yassin cabinet's, kabinet Muhyiddin Yassin, lantikan baru menteru kabinet Malaysia 2020, malaysian cabinet 2020, politik 2020, malaysia 2020, sejarah malaysia 2020, 2020

Semoga barisan menteri kabinet Malaysia 2020 menjalankan amanah yang diberikan dengan telus, ikhlas dan amanah.

24 Feb 2020

#Checkmate

February 24, 2020 2
#Checkmate
#Checkmate! Assalamualaikum wbt. Seminggu dua ni kita banyak belajar tentang poligami, faraid, mahram dan yang terkini tentang sains politik. Otak pun kena kental sebab apa yang berlaku sama ada menambah ilmu ataupun menambah dosa. Yelah apa yang berlaku menyebabkan kita turut sama membawang. Kononnya menambah ilmu, rupanya tertambah dosa. Kan dah kena #checkmate! dengan malaikat kiri dan kanan. 

CH tak pandai tentang politik sekadar boleh memberi pendapat bila sembang-sembang kosong dengan opismate. Itupun sekadar dari pembacaan dan pemerhatian dalam media sosial. Orang yang berada dalam bidang politik adalah orang yang hebat sebab mereka sangat bijak dan kental apabila diuji dalam permainan politik. Cemuhan dan makian itu penguat jiwa mereka. Mereka juga orang yang sangat peka dengan keadaan sekeliling. Yang tak sanggup mungkin macam CH la.. Lari jauh-jauh bila ada yang sembang tentang politik. Bukan apa, tak tahu parti mana yang betul atau salah.  Keliru aihh. Hahaha... 

Selalunya orang-orang yang aktif berpolitik adalah calon MPP masa kat universiti. Bakat mereka dah terserlah masa di universiti. Salah seorang kawan CH masa matrik lagi dah menonjol bakat menjadi pemimpin. So, sekarang pun dia bertugas di bawah kementerian kesihatan. Mungkin suatu hari nanti dia juga menjadi salah seorang menteri seperti yang dicita-citakan. Who knows? 

Tun M letak jawatan sebagai perdana menteri ke 7, Tun M, Tun Mahathir Mohamad, perdana menteri ke 7, perdana menteri, politik malaysia 2020, politik malaysia, jawatan perdana menteri malaysia ke 8, siapa pengganti Tun M? , politik 2020, politik malaysia,Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, tarikh tun M letak jawatan, perdana menteri interim, perdana menteri malaysia interim, sejarah malaysia, sejarah malaysia 2020, Perdana menteri malaysia yang letak jawatan, perdana menteri ke 4  malaysia

Hari ini kita dikejutkan dengan perletakkan jawatan Tun M sebagai Perdana Menteri yang ke-7 sekaligus meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Kejutan ini juga dikenali sebagai #checkmate politik. Tarikh 24 Februari 2020 mungkin akan di masukkan dalam buku sejarah dan juga sains politik yang akan datang dimana pada tarik ini dan pada kali pertamanya Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatan bukannya disebabkan kalah bertanding dalam PRU.

Sebagai rakyat marhaen, CH juga tertanya-tanya siapa yang akan menggantikan Tun M sebagai Perdana Menteri? Adakah orang tersebut sehebat Tun M yang tidak pernah gentar dengan pihak lawan atau pembangkang? Bilakah PRU akan diadakan pada tahun ini? Banyak lagi soalan yang berlegar dan bermain dalam kepala CH dan mungkin juga korang.

Malam ini pula baca tentang yang Tun M dilantik sebagai Perdana Menteri Interim sehingga Perdana Menteri yang baru dilantik. Agak-agak korang bila yer? CH rasa sehingga habis penggal ataupun sehingga PRU 15 nanti. Makna lagi 3 tahun lagi..

Oh yer, walaupun banyak soalan bermain-main di fikiran tapi kerja tetap jalan supaya kita tak kena #checkmate dengan bos kita. Yang paling penting doa semoga Allah swt berikan yang terbaik untuk negara kita Malaysia.

21 May 2018

Perjuangan Terakhir

May 21, 2018 5
Perjuangan Terakhir
Perjuangan Terakhir adalah nukilan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mungkin ini luahan hati dan permintaan Tun setelah memenangi PRU 14 baru-baru ini di usia 93 tahun. Mungkin juga permintaan terakhir Tun Dr. Mahathir. Bila baca Perjuangan Terakhir ini, rasa tersentuh hati ini. Ya Allah, aku hanya berjuang untuk diri, keluarga dan juga saudara terdekat. Betapa kerdilnya diri ini. Tercuit juga hati ini apabila dalam nukilan itu, Tun minta kita tidak mengagung-agungkan namanya, jangan tulis tentang beliau dan anggap apa yang di perjuangkan itu adalah jariahnya. 

Mommy tak pandai nak ulas panjang-panjang... Jom sama-sama kita hayati bait-bait kata yang di nukilkan oleh Tun Dr. Mahathir. Moga bait-bait ini memotivasikan dan menyedarkan kita dari lena yang panjang. Moga kita terus istiqomah dalam berjuang dan mengejar impian dunia akhirat kita.


perjuangan terakhir, perjuangan terakhir Tun Dr. Mahathir, perjuangan terakhir Dr. Mahathir Mohamad, Mahathir Mohamad, Perjuangan terakhir Tun Mahathir Mohamad, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Perjuangan Terakhir


Perjuangan Terakhir


Oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad

Aku sudah di penghujung nyawaku
Aku hanya mahu menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan bersimpuh dan bersujud pada Yang Esa

Namun
Bagaimana aku bisa khusyuk dalam khalwatku
Kerana tika aku pejamkan mata
Aku melihat anak bangsaku dikotak-katikkan
Aku nampak hak generasi mudaku dirobek-robek
Dek tangan-tangan rakus yang berqiblatkan syaitan

Aku tahu
Aku perlu berbuat sesuatu
Aku bukan orangnya untuk diam berpeluk tubuh
Memerhatikan segala macam kemungkaran
Segala macam salah laku
Dan segala macam noda
Yang dibuat tanpa sebarang rasa berdosa

Ya Allah Ya Tuhanku
Kini ku tahu kenapa Kau Memanjangkan nyawaku
Dengan sifat Rahman dan RahimMU
Pada usia 93 tahun masih boleh berdiri gagah
Masih dikurniakan kesihatan yang baik
Masih berfikiran waras
Dan masih bersemangat waja
Dalam menghadapi perjuangan terakhirku

Syukur Alhamdulillah
Dengan izinMu aku telah berjaya
Mempertahankan yang Haq
Menundukkan yang Bathil
Mudah-mudahan selepas ini aku dapat memejamkan mataku dengan tenang
Semoga rohku dapat bertemu Penciptanya dengan aman

Cuma satu pintaku
Setelah aku pejam mata
Jangan diperbesar-besarkan namaku
Jangan nukilkan apa-apa tentangku
Anggaplah segala-galanya jariahku
Sebagai bekalanku di akhirat kelak

Andai sudi, tika itu cuma hadiahkanlah Al-Fatihah untukku
Moga menjadi pendinding menghadapi Munkar dan Nakir
Moga jadi bekal bersoal-jawab di Mahsyar
Moga jadi modal bertemu Yang Khaliq

Amin Ya-Rabbal'alamin



29 Jan 2016

Masih Kekal

January 29, 2016 6
Masih Kekal
Alhamdulillah.

Berita baik untuk rakyat Negeri Kedah. Dato Seri Mukhriz masih kekal sebagai Menteri Besar Kedah. mesti ramai yang lapang dada mendengar berita ini..


Sumber: FB Page Mukhriz Mahathir FC

28 Jul 2015

KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

July 28, 2015 0
KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN



Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.


TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
27 Julai 2015

Kenyataan Rasmi Perdana Menteri Terhadap Rombakan Kabinet

July 28, 2015 0
Kenyataan Rasmi Perdana Menteri Terhadap Rombakan Kabinet
Entry sebelum ini memaparkan senarai penuh menteri kabinet. Boleh baca DISINI

Ini pula adalah kenyataan rasmi PM berhubung rombakan kabinet dan perlantikan kabinet baru.



Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan berikut: 

Menteri Persekutuan: 

(i) YB Datuk Wilfred Madius Tangau;
(ii) YB Dato’ Hamzah bin Zainudin;
(iii) YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar;
(iv) YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid;
(v) YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said;
(vi) YB Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan
(vii) YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak

(Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak sebagai Ahli Dewan Negara dan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam masa terdekat). 

Timbalan Menteri Persekutuan:

YB Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum;
YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin;
YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed;
YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki;
(v) YB Senator Tuan Chong Sin Woon;
(vi) YB Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican;
(vii) YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakob;
(viii) YB Tuan Masir anak Kujat; dan
(ix) YB Dato’ Johari bin Abdul Ghani.

Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.

Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran
Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13. 

Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan. 

Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility). 

Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu. 

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan. 

Insha-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat Kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional. 

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur. 

Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak

Senarai Terkini Menteri Kabinet 2015

July 28, 2015 0
Senarai Terkini Menteri Kabinet 2015
Assalamualaikum wbt.

Dah kecoh dalam group whatsapp & media sosial yang lain, bahawasanya menteri kabinet malaysia telah bertukar. Inilah senarai menteri kabinet yang terkini...