15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Kering Masin Mudah Dan Sedap. CH bila tak berapa nak selera makan nasi, tapi perut lapar.. Memang akan masak ikan masin untuk membuka selera balik. Yang selalu CH buat adalah ikan masin masak asam, gulai ikan masin dan ikan masin masak lemak. Kalau malas tu, goreng saja dengan bawang dan cili kering. Hahaha... Sebenarnya ikan kering masin ni boleh masak macam-macam lagi. Jadi CH compile di sini 15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Masin Mudah Dan Sedap supaya senang nak rujuk bila nak masak ikan kering masin yang lain dari yang lain.
15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Masin Mudah Dan Sedap
15 Resipi Masakan Kampung Berasaskan Ikan Masin Mudah Dan Sedap |
#1 RESEPI IKAN TALANG KERING MASAK ASAM
Bahan:
Ikan talang kering atau apa-apa ikan kering dipotong terlebih dahulu jika terlalu besar,rendam air sekejap untuk mengurangkan rasa masin,cuci bersih dan toskan
4-5 ulas bawang putih
1-2 biji bawang besar
4-6 biji cili padi
1-3 biji cili merah besar
air asam jawa
garam secukupnya
gula secukupnya
Caranya :
Masukkan minyak kedalam kuali,lebihkan sedikit kerana untuk mengoreng ikan kering dalam minyak yang sama.
Ketuk bawang putih 4 atau 5 ulas kemudian tumis. Setelah kekuningan masukkan ikan kering yang ditoskan tadi. Kacau-kacau sekejap.
Setelah ikan hampir masak, masukkan air asam jawa yang diperah dan tambahkan air jika perlu kuah yang lebih.
Masukkan garam jika perlu sahaja kerana ikan kering dah masin, sedikit gula dan bahan perasa.
Biarkan kuah asam mendidih dan kering sedikit. Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong, cili padi dan cili besar.Kacau-kacau lagi sekejap, setelah cukup rasa bolehlah tutup api siap!!
.
Hidangkan bersama-sama nasi panas
#2 RESEPI IKAN TERUBUK MASIN MASAK SAMBAL CILI API
Bahan-Bahan:
Ikan masin-( terubuk,talang,duri dan yg sewaktu dgnnya)
Air asam jawa/ asam keping
Bawang besar - dihiris
Cili besar merah - dihiris
Tomato- dibelah 4
Gula dan serbuk perasa
Bahan ditumbuk kasar
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit belacan
Cili besar merah
Cili padi merah/ hijau
.
Cara menyediakan :
Ikan terubuk masin dipotong mengikut saiz yg kita nak. Rendam setengah jam.
Panaskan minyak di dlm kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali, tumis bahan yg di tumbuk kasar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata.
Masukkan gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Masukkan bawang besar yg dihiris, cili besar merah dan tomato, masak sehingga layu sedikit.
Akhir sekali masukkan ikan terubuk goreng tadi. Gaul sehingga rata.
Angkat dan hidangkan dgn nasi panas...
.
Note: Ikan masin direndam dalam 30 minit - ikut suka kemasinan. Kalau mau kurang masin kena rendam lama sedikit.
#3 RESEPI GULAI IKAN KERING NENAS KELANTAN STYLE
Bahan-bahan
2 ekor ikan kering (sy guna ikan cencaru)
1/2 biji nenas
3 biji bawang merah (blend)
2 ulas bawang putih (blend)
1 inci lengkuas (blend)
2 inci kunyit hidup
2 sudu besar cili kering kisar
lada hijau
1/2 biji santan
1 biji timun
Cara-cara
Masukkan semua bahan yg diblend ke dalam periuk/ kuali. Biarkan mengelegak.
Masukkan santan dan biarkan mengelegak.
Kemudian masukkan ikan masin , nenas, timun, lada.
Mmasukkan gula secukup rasa
Jika kurang masin, tambah garam. Biarkan mendidih seketika
Siap.
#4 RESEPI IKAN TALANG KERING MASAK ASAM
Bahan-Bahan
Ikan talang masin - di kerat kecil n di goreng
Air asam
Cili padi - dibelah 2
Cili Kering - optional ( di potong pendek)
Bawang besar - di potong separa bulat
Bawang Putih - di racik
Halia - di racik
Minyak untuk tumis- guna lebihan goreng ikan tadi pun boleh. Jimat sangat!
Caranya
Panaskan minyak.
Tumiskan semua bahan yang di potong sehingga naik bau
Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika dan masukkan ikan masin yg telah di goreng tadi
Kacau rata sehingga ikan masin sebati ngan air asam
Tambah garam/asam jika kurang masin/masam.
Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
#5 RESEPI SAMBAL IKAN TALANG MASIN
Bahan:
20 biji cili kering*
3 labu bawang besar*
Sedikit belacan*
Sedikit lengkuas*
1 batang serai yg kecil*
2 labu bawang besar dihiris kasar
1 sudu besar cuka
Sejemput asam jawa
4 sudu gula
Minyak untuk menumis. (1/2 cawan)
Caranya:
Goreng sekejap ikan talang. Ketepikan.
Bahan yg bertanda * di kisar.
Tumis bahan yg di kisar , masak sehingga pecah minyak.
Masukkan cuka dan perahkan asam jawa.
Dah agak kering , masukkan gula dan bawang yg dihiris, agak sebati , baru lah dicampur ikan masin dan masak seketika.
Angkat dan hidangkan bersama nasi panas, nasi lemak atau nasi lemuni.
#6 RESEPI IKAN SEPAT MASIN GORENG CILI
Bahan-bahan:
1 ekor sepat masin
1 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5 tangkai cili kering
3 biji cili api merah
Segenggam ikan bilis
Sedikit kicap
1 sudu sos tiram
Cara memasak:
1) Rendam/bersihkan ikan sepat, kemudian potong kecil dan cuci bersih ikan bilis
2) Goreng ikan bilis garing, seterusnya goreng ikan masin tadi, asingkan
3) Rendam cili kering, potong/gunting kecil-kecil
4) Boleh tumbuk atau hiris cili padi.
5) Gorengkan cili kering agak garing
6) Asingkan sedikit miyak gorengan tadi atau boleh guna minyak lain jika nak
7) Masukkan ikan masin dan ikan bilis goreng tadi dengan bawang.
8) Tambahkan kicap dan sesudu sos tiram.
TIPS!
Kalau nak bersambal boleh guna lebih banyak cili padi. Boleh tumbuk semua bahan dan tumiskan dengan api perlahan, kemudian masukkan ikan bilis dan ikan masin.
Kredit : Bella Jamal
#7 KARI TERONG IKAN MASIN
BAHAN-BAHANNYA :
3 biji terung ungu
4 - 5 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isinya
1 biji tomato, belah 4
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 kiub pati ikan bilis
1/2 camca besar pes asam jawa
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili
2 camca besar cili kisar
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
2 camca besar penuh rempah kari ikan dibancuh dengan 1/3 cawan air hingga menjadi pes
200 ml santan, sederhana cair
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMIS :
2 tangkai daun kari
4 biji bawang merah, hiris
CARA MEMBUATNYA:
Tulang ikan masin dicuci bersih dan rendam 4 - 5 jam, toskan.
Terung dikerat 2 setiap 1, kemudian belah 2 setiap keratan. Setiap keratan dibelah 2 lagi tapi jangan sampai putus, rendam dalam air yang dimasukkan sedikit garam, tujuan untuk mengelakkan terung bertukar warna. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/3 cawan.
Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga wangi.
Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan bahan2 tumbuk halus, kacau rata dan masak hingga cili garing.
Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga rempah wangi dan naik minyak.
Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya, anggaran 700 ml. kacau rata dan biarkan mendidih.
Masukkan kiub ikan bilis dan terung (toskan dulu air rendamannya), biarkan terung separuh masak, boleh masukkan tulang ikan masin kurau, kacau perlahan dan biarkan mendidih.
Tuang santan, kacau dan perasakan dengan garam secukupnya.
Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Hidangkan kari terung dengan nasi putih, sambal belacan, telur dadar dan ulam-ulaman. Selamat mencuba
#8 Acar Ikan Masin
BAHAN-BAHANNYA :
200 gram isi ikan masin talang (boleh ganti dengan isi ikan masin kurau)
10 biji bawang merah kecil
10 ulas bawang putih
20 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
3 camca besar cuka makan (JALEN)
1 camca besar gula melaka
3 camca besar gula pasir (atau secukup rasa)
2 tangkai daun kari, dilurutkan
Garam secukup rasa
1/4 cawan air
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
BAHAN-BAHAN REMPAH :
1 camca teh ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
3/4 camca teh halba
1 camca teh biji sawi
CARA MEMBUATNYA :
Isi ikan talang masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang2nya 1 jam, tukar air rendaman setiap 20 minit. Kemudian toskan dan biar kering sekejap. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan.
Bahan2 rempah digoreng tanpa minyak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga garing. Tambah bahan2 rempah yang dikisar/ditumbuk halus tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.
Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam.
Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata.
Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat.
Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula.
Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.
Sumber : https://www.tiffinbiru.com/
#9 KAILAN IKAN MASIN
Add caption |
Bahan-Bahan:
1 ikat sayur kailan
3 ulas bawang putih, kupas kulit dan ketuk
4 biji cili padi, ketuk
1 keping kecil isi ikan masin, potong kecil
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak
garam dan gula, secukup rasa
Cara Penyediaan:
Basuh dan rendam sayur kailan di dalam air sehingga daunnya segar dan keras. Potong daun sepanjang 1 inci, batang sayur pula dihiris nipis.
Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili padi beserta isi ikan masin. Kacau seketika.
Masukkan pula bahagian batang kailan dan sos tiram, kemudian diikuti bahagian daun.
Tuang sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
Angkat dan hidang.
Sumber : https://iresipi.com/
#10 RESEPI IKAN MASIN MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN NANGKA
Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
2 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
Bahan bahan:
2 keping nangka muda – direbus
Ikan masin kurau
2 batang serai – ketuk
1 biji kelapa – santan
Garam
1 keping asam keping
Cara cara:
Nangka direbus dalam air mendidih. Angkat, tos dan potong kecil. Ketepikan.
Panaskan satu senduk minyak masak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga naik minyak.
Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.
Masukkan ikan masin dan masak sehingga ikan masak.
Masukkan nangka yang telah direbus, asam keping dan sedikit garam.
Nota: jangan terlebih garam kerana ikan masin dah masin. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.
Sumber : https://resipibunda.me/
#11 SAMBAL MANGGA IKAN MASIN
Bahan
1-2 biji buah mangga muda
1/4 cawan isi ikan masin
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
15 biji cili padi
sedikit brown sugar/gula pasir
garam
Caranya:
1. Buah mangga disagat.
2. Ikan masin digoreng dan ditumbuk atau dicarik-carik. Boleh digunakan apa saja jenis ikan masin.
3. Bawang merah, bawang putih dan cili padi digoreng sehingga layu. Kemudian ditumbuk.
4. Akhir sekali gaulkan bersama semua bahan sehingga bergaul rata.
Sumber : http://www.kongsiresepi.com/
#12 IKAN MASIN MALONG GORENG KICAP
BAHAN2:
Segenggam ikan masin malong
2 biji telur ayam
1 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih – cincang halus
10 tangkai cili kering – gunting kecil
5 biji cili padi – potong bulat
Kicap lemak manis
Garam dan gula secukupnya
CARANYA:
Panaskan minyak masak dan goreng telur sebiji demi sebiji. Ketepikan.
Kemudian gorengkan pula ikan masin malong sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bawang putih, lada kering dan cili padi sehingga naik bau.
Kemudian masukkan bawang merah. Apabila bawang telah layu masukkan kicap secukupnya.
Masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
Masukkan pula telur mata yang telah digoreng. Kacau lagi.
Akhir sekali tambahkan garam jika perlu dan gula secukup rasa.
Apabila rasa telah sempurna matikan api dan sedia untuk dihidang. Siap.
Sumber : https://www.qaseyhoney.com/
#13 RESEPI GULAI KARI IKAN KERING TUMIS DARAT
Bahan bahan:
Ikan kering
1/2 kg santan
1 pek 24 gram serbuk kari ikan kering
1 keping asam keping
Sayuran - terung atau nenas
Garam
Gula
Bahan Tumis:
1 sudu besar halba campur - atau guna biji sawi
5-6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 pelepah daun kari
Cara cara:
Di dalam periuk, masukkan ikan kering, air, pes kari dan nenas. Masak sehingga nenas separuh masak.
Masukkan santan. Biarkan sehingga mendidih.
Tambah sayuran lain. Biarkan sayuran tersebut masak.
Tutup api dan tuangkan bahan tumis.
Tutup periuk dengan cepat agar kari gulai sebati dengan bahan tumis.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
Nota: ikan kering direndam seketika.
Sumber : http://www.aziekitchen.com/
#14 TALANG MASIN BAWANG LADA
Goreng dulu ikan masin. Tumis bawang, masukkan ikan masin yang sudah digoreng, masukkan cili merah, cili hijau, bawang, siap.
Kredit: Hasnarain Tumin
#15 RESEPI SAMBAL IKAN TALANG KERING
Bahan
1 bungkus ikan talang kering siap potong kecil - boleh guna ikan lain juga
** goreng garing dan ketepikan.
1 biji bawang besar - potong separa bulat
Bahan Sambal
3-5 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 cm halia - kisar
garam secukupnya
gula secukupnya
1 keping asam keping
Caranya
Panaskan minyak yang di gunakan untuk goreng ikan talang tadi. Kalau banyak kurangkan sikit..
Masukkan cili dan bahan kisar. Masak sehingga berminyak dan sedikit garing.
Tambah asam keping dan gula secukupnya.
Masukkan ikan talang kering yang telah di goreng tadi. Biarkan sehingga mendidih.
Rasa. Jika kurang masin, barulah tambah garam. Jika dah okay, tak perlu tambah garam..
Akhir sekali, masukkan bawang besar yang di potong separa bulat. Kacau seketika, angkat dan hidangkan bersama nasi lemak atau nasi putih panas.
Selamat Mencuba Uolls!
No comments:
Post a Comment