Cahaya Hayati : Solehah
Showing posts with label Solehah. Show all posts
Showing posts with label Solehah. Show all posts

23 Oct 2020

Amalkan Doa Ini Untuk Permudahkan Menyelesaikan Masalah Diri Sendiri

October 23, 2020 2
Amalkan Doa Ini Untuk Permudahkan Menyelesaikan Masalah Diri Sendiri

Amalkan Doa Ini Untuk Permudahkan Menyelesaikan Masalah Diri Sendiri. Assalamualaikum wbt & salam jumaat. Semoga yang singgah sini baik-baik saja dan dilindungi dari virus Covid-19. Doa yang CH share ni, CH dapat dari page ustazah Nurhafizah kalau tak silap CH. Dah lama save, cuma nak jadikan ia dalam bentuk entry tu yang ambik masa.. Tapi hari ini CH rajin sikit. So, dapatlah share di sini supaya kita semua dapat amalkan dan dipermudahkan menyelesaikan masalah diri sendiri seperti:-


Amalkan Doa Ini Untuk Permudahkan Menyelesaikan Masalah Diri Sendiri


1) Bebanan hutang

2) Lemah semangat, gelisah jiwa dan malas

3) Rasa sedih dan takut

4) Takde keyakinan diri

5) Selalu ditindas, dipermainkan dan diperlekehkan.


Doa ni mustajab tau, cuma ramai yang tak tahu cara amal. CH sendiri pun tak tahu tapi bila tahu dan cuba amalkan, alhamdulillah rasa sedih, takut, lemah semangatm gelisah dan malas tu beransur pergi. CH akan terus amalkan doa ini supaya lain-lain masalah juga hilang terus dari diri CH.. In sha Allah. 


Jom sama-sama kita amalkan doa ini..



Amalkan Doa Ini Untuk Permudahkan Menyelesaikan Masalah Diri Sendiri, doa untuk hindar malas, doa untuk hilangkan hutang, doa untuk buang rasa gelisah
Amalkan Doa Ini Untuk Permudahkan Menyelesaikan Masalah Diri Sendiri


Cara amal doa ni adalah dibaca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Selepas solat subuh dan solat asar.


Semoga menjadi amalan.

23 Apr 2020

Niat Puasa Ramadan, Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih

April 23, 2020 1
Niat Puasa Ramadan, Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih
Niat Puasa Ramadan, Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih. & happy weekend uolls. Esok dah mula berpuasa. Ibu -ibu semua dah bersedia ke? Bukan sedia menu berbuka atau sahur yer sebab dalam group masak apa hari ini semua pakat share dah menu berbuka dan sahur untuk seminggu malah ada yang dah buat untuk sebulan. Tahniah uolls yang buat tu jimat banyak. Oh yer berbalik pada bersedia tu maksud mommy dah hafal ke niat puasa ramadan , niat puasa sebulan, doa berbuka dan niat sembahyang terawih. Saja nak ingat supaya senang nak ajar atau jawab bila anak tanya... kot2 lupa. So, kat bawah ni mommy share Niat Puasa Ramadan, Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih. Kalau dah hafal dan tak pernah lupa, alhamdulillah. 

Niat Puasa Ramadan, Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih


Niat Puasa Ramadan, Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih, Niat Puasa Ramadan, Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih, niat puasa ramadan, niat puasa ramadan sebulan, niat puasa, niat puasa sebulan ramadan, doa berbuka puasa, niat solat terawih,
Niat puasa ramadan

Niat Puasa Ramadan, Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih, Niat Puasa Ramadan, Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih, niat puasa ramadan, niat puasa ramadan sebulan, niat puasa, niat puasa sebulan ramadan, doa berbuka puasa, niat solat terawih,
Niat puasa sebulan ramadan

Niat Puasa Ramadan, Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih, Niat Puasa Ramadan, Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih, niat puasa ramadan, niat puasa ramadan sebulan, niat puasa, niat puasa sebulan ramadan, doa berbuka puasa, niat solat terawih,
Doa berbuka puasa

Niat Puasa Ramadan, Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih,Niat Puasa Ramadan, Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Terawih, niat puasa ramadan, niat puasa ramadan sebulan, niat puasa, niat puasa sebulan ramadan, doa berbuka puasa, niat solat terawih,
Niat solat terawih

22 Apr 2020

Cara Solat Terawih Di Rumah Untuk Wanita

April 22, 2020 1
Cara Solat Terawih Di Rumah Untuk Wanita
Cara Solat Terawih Di Rumah Untuk Wanita. Assalamualaikum wbt & Salam Ramadhan untuk korang. In Sha Allah lusa kita akan menyambut Ramadan pada tahun 2020 dalam tempoh PKP. Mak mak confirm dah ada menu-menu untuk juadah berbuka dan sahur. Rancang dari awal dan confirm hari ini atau esok, mak mak keluar shopping barang dapur bagi memudahkan proses memasak di bulan ramadan. Jaga jarak yer! Dalam sibuk-sibuk menjaga dan memasak untuk keluarga, mak mak jangan lupa untuk mengerjakan solat terawih dirumah sendiri jika tiada yang boleh menjadi imam, ketua keluarga bekerja ataupun tiada orang boleh menjaga anak yang kecil. Mak-mak boleh lakukan apabila anak-anak telah tidur. Lebih selesa dan lebih kusyuk. So, jom ulangkaji cara solat terawih dirumah untuk wanita. 

Cara Solat Terawih Di Rumah Untuk Wanita


 1. Niat (Rujuk gambar)

Cara Solat Terawih Di Rumah Untuk Wanita, solat terawih untuk wanita, solat terawih, solat terawih dirumah untuk wanita, cara solat terawih 8 rakaat, solat witir, solat witir 3 rakaat, cara solat terawih, langkah-langkah solat terawih, niat solat terawih, lafaz niat solat terawih, cara mengerjakan solat terawih di rumah, solat sunat witir, niat solat witir, niat solat witir 2 rakaat, niat solat witir 1 rakaat, solat terawih dirumah

2.  Lakukan solat 2 rakaat 1 salam. Baca Surah Al- Fatihah dan ayat pilihan. Ulangi langkah ini sehingga habih 8 rakaat terawih dan disambung dengan 3 rakaat solat witir. 

Cara Solat Terawih Di Rumah Untuk Wanita, solat terawih untuk wanita, solat terawih, solat terawih dirumah untuk wanita, cara solat terawih 8 rakaat, solat witir, solat witir 3 rakaat, cara solat terawih, langkah-langkah solat terawih, niat solat terawih, lafaz niat solat terawih, cara mengerjakan solat terawih di rumah, solat sunat witir, niat solat witir, niat solat witir 2 rakaat, niat solat witir 1 rakaat, solat terawih dirumah

Cara Solat Terawih Di Rumah Untuk Wanita, solat terawih untuk wanita, solat terawih, solat terawih dirumah untuk wanita, cara solat terawih 8 rakaat, solat witir, solat witir 3 rakaat, cara solat terawih, langkah-langkah solat terawih, niat solat terawih, lafaz niat solat terawih, cara mengerjakan solat terawih di rumah, solat sunat witir, niat solat witir, niat solat witir 2 rakaat, niat solat witir 1 rakaat, solat terawih dirumah

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.

1. Niat (Rujuk gambar). Lakukan 3 rakaat 2 salam, iaitu 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.

  • Niat solat witir 2 rakaat 

Cara Solat Terawih Di Rumah Untuk Wanita, solat terawih untuk wanita, solat terawih, solat terawih dirumah untuk wanita, cara solat terawih 8 rakaat, solat witir, solat witir 3 rakaat, cara solat terawih, langkah-langkah solat terawih, niat solat terawih, lafaz niat solat terawih, cara mengerjakan solat terawih di rumah, solat sunat witir, niat solat witir, niat solat witir 2 rakaat, niat solat witir 1 rakaat, solat terawih dirumah

  • Niat solat witir satu rakaat


Cara Solat Terawih Di Rumah Untuk Wanita, solat terawih untuk wanita, solat terawih, solat terawih dirumah untuk wanita, cara solat terawih 8 rakaat, solat witir, solat witir 3 rakaat, cara solat terawih, langkah-langkah solat terawih, niat solat terawih, lafaz niat solat terawih, cara mengerjakan solat terawih di rumah, solat sunat witir, niat solat witir, niat solat witir 2 rakaat, niat solat witir 1 rakaat, solat terawih dirumah


2. Zikir selepas witir (Rujuk gambar)

Cara Solat Terawih Di Rumah Untuk Wanita, solat terawih untuk wanita, solat terawih, solat terawih dirumah untuk wanita, cara solat terawih 8 rakaat, solat witir, solat witir 3 rakaat, cara solat terawih, langkah-langkah solat terawih, niat solat terawih, lafaz niat solat terawih, cara mengerjakan solat terawih di rumah, solat sunat witir, niat solat witir, niat solat witir 2 rakaat, niat solat witir 1 rakaat, solat terawih dirumah

.
3. Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.."

Mudahkan? Bagi mak mak yang tak tahu nak baca surah apa, baca saja surah yang mak mak hafal. Pelan pelan kita belajar hafal surah lain dan lakukan amalan-amalan lain pula pada siang hari. In sha Allah kita boleh! 

3 Apr 2020

Wordless| Tanda Wakaf Dalam Al-Quran

April 03, 2020 3
Wordless| Tanda Wakaf Dalam Al-Quran
Assalamualaikum & salam jumaat. 

Tanda Wakaf Dalam Al-Quran


Tanda Wakaf Dalam Al-Quran

Tanda Wakaf Dalam Al-Quran

Tanda Wakaf Dalam Al-Quran

Tanda Wakaf Dalam Al-Quran

Tanda Wakaf Dalam Al-Quran

13 Dec 2019

Doa Untuk Sahabat

December 13, 2019 2
Doa Untuk Sahabat
Doa Untuk Sahabat. Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat.. Dan ini doa kepada semua sahabat CH yang kenal di luar dan juga di alam maya ni...

Doa Untuk Sahabat
Doa Untuk Sahabat

Aminnn!

4 Oct 2019

Kenapa Perlu Al-Mulk Sebelum Tidur?

October 04, 2019 0
Kenapa Perlu Al-Mulk Sebelum Tidur?
Kenapa Perlu Al-Mulk Sebelum Tidur? Assalammualaikum wbt & salam jumaat korang. Hari ni mommy nak share dengan korang kelebihan membaca surah Al Mulk sebelum tidur. Sebelum ni mommy baca tapi waktu baca tu sukahati ja... Tak kira masa janji baca ja. Dah tu bukan setiap hari pulak tu. 

Tapi baru-baru ni mommy terangkan lah kepada Abang Ammar minta di hafal surah Al Mulk ni sekali dengan kelebihannya sebab ini adalah satu surah yang penemuduga akan minta pelajar baca ketika interview untuk kemasukkan sekolah agama. Saja prepare kan abang Ammar awal-awal supaya dia lebih mudah ingat dan semoga dengan menghafal surah-surah dalam Al-Quran, daya ingatan Abang Ammar akan menjadi lebih kuat. In sha Allah. 

So, kalau korang ada target nak anak masuk sekolah agama seperti MRSM UlulAlbab tu, mintalah anak untuk hafal Surah-Surah pendek dan juga Al-Mulk. Dibawah adalah kelebihan-kelebihan membaca/menghafal surah Al-Mulk. 

Kenapa Perlu Al-Mulk Sebelum Tidur?


  • Al-Mulk dapat memberi syafaat bagi orang yang banyak membacanya sehingga ia diampuni dosanya - HR Abu Dawud.

  • Al-Mulk dapat membela orang yang banyak membacanya sehingga memasukkannya ke syurga - HR Thabrani.

  • Sesiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, maka Allah menghalanginya dari siksa kubur - HR Nasai.
  • Nabi Saw tidak akan tidur sebelum Baginda membaca surah Al-Sajdah dan Al-Mulk - HR Tirmidzi.


Kenapa Perlu Al-Mulk Sebelum Tidur?, kelebihan surah Al mulk, surah al-mulk, al-mulk, kelebihan baca surah al-mulk, kenapa perlu baca surah al-mulk, benefit of al-mulk, tips anak berjaya dalam pelajaran, tips untuk berjaya dalam hidup,
Kelebihan Surah Al-Mulk

Tips ni mommy dapat dari kawan AJK PIBG sekolah Abang Ammar. Tanya juga, tips2 lain untuk anak berjaya sebab kawan mommy ni tak hantar anak tuisyen kat mana-mana pun kecuali apa yang sekolah sediakan dan dia sendiri yang ajar anak dia. Anak dia pun dal selamat masuk ke MRSM UlulAlbab Kepala Batas. Hebatkan? Antara tips yang di kongsikan adalah:-

  • Pastikan anak membaca Al-Quran setiap hari
  • No television, No handphone & internet. Bukan tak boleh langsung tapi hadkan tempoh penggunaan dari awal tahun sehinggalah tamat peperiksaan. 
  • Pembelajaran anak adalah bersama-sama dengan ibu bapa. Bila anak belajar, ibu bapa perlu belajar bersama. 

Itulah tips yang dikongsikan... Mommy tengah praktikkan tips nombor satu dan nombor 3 kepada anak-anak. Yang nombor 2 tu susah sikit.... 

Apa tips korang untuk anak berjaya dalam pelajaran yer? Kongsilah....

30 Aug 2019

Doa Ketika Bersedih Dan Cara Untuk Keluar Dari Tekanan

August 30, 2019 0
Doa Ketika Bersedih Dan Cara Untuk Keluar Dari Tekanan
Assalamualaikum wbt, salam jumaat dan selamat menyambut kemerdekaan yang ke-62.  Semalam semasa mommy naik untuk solat zohor di surau office, ternampak seorang adik ni tengah menangis dalam sujud. Bukan sujud yang sekejap tapi yang lama sebab dari mommy mula solat sampai habis solat dia tak bangun-bangun lagi. Lepas baca doa, mommy pergi dekat dan tengok dia. Dua kali mommy ulang tengok dia. Takut pengsan pula... Lagipun masa tu mommy dengan dia saja yang ada kat surau. Alhamdulillah lepas tu dia bangun dan habiskan solat macam biasa. 

Terus mommy tanya dia okay atau tak? Dia kata okay cuma kadang-kadang hati ni dok teringat arwah suami katanya. Dia kata masih lagi ternampak dan terbayang yang arwah suami dia masih ada... So, adalah juga nasihatkan dia dan minta dia banyak doa kepada Allah. 

Untuk pengetahuan korang, suami adik ni baru 2 bulan lebih meninggal. Cara meninggal yang mengejutkan semua sebab arwah tidak sakit, sihat dan meninggal dalam pangkuan si isteri yang terjaga tengah malam untuk susukan bayi. Suami hanya cakap pening dan minta maaf dengan isteri. Lepas cakap macam tu, terus arwah habis hayat. Adik ni still tak percaya arwah dah tiada sehingga paramedik sahkan. Semoga adik ni terus tabah dan kuat untuk menjalani hidup di samping membesarkan 3 anak. In sha Allah 

Terus terang mommy katakan yang mommy pun mungkin tak sekuat adik ini untuk hadapi kehilangan yang tak di jangka. Kita boleh pujuk hati dengan mengatakan Allah lebih sayang dia... Tapi tetap rasa kehilangan tu. 

Di sini mommy share dengan semua doa ketika sedih dan doa untuk keluar daripada tekanan. Semoga ia memberi manfaat kepada semua. 


Doa Ketika Sedih




Cara Untuk Hadapi/Keluar Dari Tekanan



3 Doa Pendek yang paling mustajab. 





9 Aug 2019

4 Penyakit Jika Hanya Fikirkan Dunia

August 09, 2019 1
4 Penyakit Jika Hanya Fikirkan Dunia
Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat. Hai korang! Nak cerita apa eh? Nak karang tapi blur pulak. Faktor usia kot. hehe... Sebab tak tahu nak cerita apa hari jumaat ni, mommy nak kongsikan hadis dari Hadith Riwayat Muslim. Bukan apa, kita ni kadang-kadang lalai dan mommy sendiri akui yang kadang-kadang mommy lalai. Lebih memikirkan urusan dunia yang tak pernah habis. Jadi apabila baca balik hadis ni, tercuitlah hati mommy untuk tidak memikir sangat urusan dunia. Biarlah Allah yang tentukan. 



So, mommy kongsikan kat sini untuk tatapan, bacaan dan motivasi untuk kita semua...

" Barangsiapa yang bangun di pagi hari dan hanya dunia yang difikirkan sehingga seolah – olah ia tidak melihat hak Allah dalam dirinya, maka Allah akan menanamkan empat macam penyakit padanya iaitu;

1.      Kebingungan yang tidak putus – putus
2.      Kesibukan yang tidak pernah jelas akhirnya
3.      Keperluan yang tidak pernah terasa dipenuhi
4.      Khayalan yang tiada penghujung baginya.

 
Empat perkara ini diriwayatkan oleh Hadith Riwayat Muslim.

16 Jul 2019

Cara Sahkan Arah Kiblat Di Rumah Kita

July 16, 2019 0
Cara Sahkan Arah Kiblat Di Rumah Kita
Assalamualaikum wbt. Korang, korang tahu tak petang ni kita ada peluang nak mengesahkan kiblat terutama di rumah kita. Guna batang raket badminton atau apa-apa yang lurus pun boleh. Tegakkan dan tengok arah bayang sebab jam 5.27pm Selasa 16 Julai (HARI INI) inshaAllah matahari tepat dibatas Kaabah.

Cara Sahkan Arah Kiblat Di Rumah Kita, cara tentukan arah kiblat, istiwa A'dzam, peristiwa Istiwa A'dzam, istiwa adzam, peristiwa istiwa adzam, cara sebenar nak tentukan arah kiblat, arah kibat rumah, bagaimana hendak tahu arah kiblat rumah sendiri
Peristiwa Istiwa A'dzam

Mommy kongsikan di sini untuk manfaat bersama. Maklumat dari Planetarium Negara dihebahkan oleh BH Online

Cara Sahkan Arah Kiblat Di Rumah Kita, cara tentukan arah kiblat, istiwa A'dzam, peristiwa Istiwa A'dzam, istiwa adzam, peristiwa istiwa adzam, cara sebenar nak tentukan arah kiblat, arah kibat rumah, bagaimana hendak tahu arah kiblat rumah sendiri
Cara Sahkan Arah Kiblat Di Rumah Kita

6 May 2019

Cara Mudah Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan

May 06, 2019 0
Cara Mudah Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan
Assalamualaikum wbt dan selamat berpuasa. Seperti yang kita ketahui, bulan ramadhan adalah bulan yang berlipatkali ganda pahalanya untuk setiap kebaikkan yang kita lakukan. Bulan Ramadan juga bulan di mana Al-Quran di turunkan. Sebab itulah kita di minta untuk banyak membaca Al-Quran sehingga khatam. Kalau boleh bukan sekali saja. Tahu tak, ada cara untuk khatam Al-Quran di Bulan ramadan ni? Antaranya adalah...

Cara Mudah Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan
Cara Mudah Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan


Cara Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan


1. Join Tadarus

Untuk tadarus, korang boleh join tadarus di surau/masjid yang berdekatan dengan korang. Bagi yang bekerja pula, korang boleh bentukkan kumpulan tadarus sendiri dengan rakan sekerja. Pasti ramai yang mahu join.

Kalau tiada juga, korang boleh join tadarus online. Banyak! Ada yang melalui group whatsapp, ada memelalui group telegram. Yang ni korang kena pandai-pandai cari. Pasti ada.. Kalau tiada, korang wujudkanlah. Pasti ramai yang nak join. In sha Allah urusan yang baik akan di permudahkan.


2. Bentuk Group Tadarus Keluarga

Mommy pasti rakan-rakan mommy ramai yang anak dan besar dan pandai baca Al-Quran. So, bentuklah sendiri group tadarus keluarga kita. Memula tu memang susah sikit tapi kita jadikan ia amalan wajib keluarga. Tambah pahala dan hubungan antara ahli keluarga pun bertambah erat. Yang ni boleh dilakukan ketika solat maghrib sementara menunggu waktu Isyak dan Terawih.


3. Baca sendiri sehingga khatam.

Susahlah sebab i ni duduk sendiri. Menyewa pun sorang-sorang ja.. Lagi senang kita bacalah sendiri sebab ada cara mudah untuk habiskan membaca Al-Quran atau khatam Al-Quran. Formula dia pun mudah..


UNTUK 1 KALI KHATAM, JUMLAH YANG DIBACA :

  • Solat Subuh - 2 helai
  • Solat Zuhur - 2 helai
  • Solat Asar - 2 helai
  • Solat Maghrib - 2 helai
  • Solat Isya' - 2 helai

UNTUK 2 KALI KHATAM :

  • Solat Subuh - 4 helai
  • Solat Zuhur - 4 helai
  • Solat Asar - 4 helai
  • Solat Maghrib - 4 helai
  • Solat Isya' - 4 helai

Nampakkan cara mudah khatam Al-Quran ni? If korang target nak 3 atau 4 atau lebih lagi korang just gandakan muka surat yang korang perlu baca. 

In sha Allah boleh sebab pokok pangkal untuk buat amalan baik ni atas diri sendiri. Antara nak dengan tak saja.. So, jom tingkatkan amalan dan pahala kita. 

3 May 2019

5 Cara Menyambut Ramadan

May 03, 2019 0
5 Cara Menyambut Ramadan
Assalamualaikum wbt dan salam jumaat korang semua. Lagi 2 hari bulan Ramadan akan tiba dan umat islam di seluruh dunia akan berpuasa. So, apa target Ramadan korang kali ini? Jom kita sambut Ramadan 2019 ini dengan 5 Cara Menyambut Ramadan sepertimana yang disyorkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan. 

5 Cara Menyambut Ramadan 


  1. Perbaiki Niat - Mengikhlaskan niat hanya kerana Allah
  2. Berdoa - Banyakkan berdoa memohon keampuanan dari Allah
  3. Memperbanyakkan Membaca Al-Quran - kerana bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan Al-Quran.
  4. Bersedekah Dan Memberi makan - banyakkan bersedekah dan memberi makan orang yang berpuasa. 
  5. Qiam - Qiam adalah menghidupkan malam di bulan Ramadan dengan beribadah kepada Allah. 


5 Cara Menyambut Ramadan , ramadhan, cara sambut ramadhan, cara sambut ramadhan yang sebenar
5 Cara Menyambut Ramadan 


Semoga Ramadan kali ini adalah lebih baik dari sebelumnya. Amin. 

22 Apr 2019

4 Tahap Membaca Al Quran

April 22, 2019 0
4 Tahap Membaca Al Quran
Assalamualaikum wbt. Hai korang..  Hari ni mommy nak kongsikan tahap-tahap membaca Al Quran. Mommy pun masih di tahap yang pertama. Bila mula baca adalah dalam seminggu dua, lepas tu lama tak baca. Pastu baca balik. Rasa nak ketuk kepala sendiri... Tak tahu lah bila nak istiqomah baca Al Quran. 

So, korang berada di tahap yang mana? 

4 Tahap Membaca Al Quran
4 Tahap Membaca Al Quran

4 Tahapan Menikmati Bacaan Quran


1.DIPAKSA 

Paksakan diri untuk terus dapat membaca al-Quran tiap hari, suka atau tidak, ringan ataupun berat, cepat atau lambat asal jangan terlewat..Terus paksakan diri...


2. KEBIASAAN 

Beberapa bentuk paksaan akan berubah menjadi 'kebiasaan'.Kita akan merasa pelik jika tidak membaca al-Quran sehari saja.


3. KEPERLUAN 

Kebiasaan yg terus di lakukan akan berubah menjadi 'keperluan'.Di tahap ini sudah mulai tumbuh benih-benih cinta al-Quran, akan merasa rugi jika tidak membaca al-Quran


4. KENIKMATAN 

Pada tahap ini membaca al-Quran sudah menjadi 'candu'. Membaca al-Quran lama-lama adalah 'kenikmatan'. Sedangkan ketika terlewat tidak dapat membaca al-Quran akan membuat diri resah.


Sumber: Ustadz Abdullah Zen, MA

12 Apr 2019

Ini Yang Wajib Dilakukan Jika Was-Was Tentang Puasa

April 12, 2019 1
Ini Yang Wajib Dilakukan Jika Was-Was Tentang Puasa
Ini Yang Wajib Dilakukan Jika Was-Was Tentang Puasa. Was-was tentang puasa seringkali juga bermain di fikiran. Sah atau tak puasa yang dilakukan hari ini disebabkan oleh beberapa perkara yang kita buat tapi bukanlah perkara yang membatalkan puasa dan menyebabkan kira was-was tentang ibadah tersebut. Rupanya kalau was-was tentang puasa, puasa tersebut sah dan tak perlu diganti cuma perlu ucapkan أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. Semoga hati kita terhindar dari penyakit was-was atau syak wasangka. In sha Allah. 



Yang mana tak habis lagi ganti puasa tu sila ganti cepat-cepat sebab tinggal beberapa hari lagi saja nak puasa Ramadhan dah. Jangan lengah-lengah lagi tau! Karang tak terganti...

8 Mar 2019

5 Petua Rezeki Sentiasa Ada Dan Berkat

March 08, 2019 1
5 Petua Rezeki Sentiasa Ada Dan Berkat
5 Petua Rezeki Sentiasa Ada Dan Berkat. Salam jumaat dan Selamat Hari Wanita uolls. Selamat ber'purple day'. Mommy terlupa hari kena pakai baju purple. Bila mai opis tengok semua pakai purple baru teringat. So, lain dari yang lain lah hari ini. Hihi. 

Hari jumaat ni mommy nak berkongsi sedikit tentang hakikat rezeki. Perkongsian ini juga untuk diri mommy sendiri dan juga korang yang singgah sini. Bukan apa, kadang-kadang kita ni suka mengeluh ini tak cukup, ini tak puashati, rasa nak beli itu rasa nak beli ini. Dah ada tapi kadang kadang tu masih lagi rasa cemburu dengan orang lain. 

Kenapa yer? Sedangkan hakikatnya kita dah tahu rezeki itu telah dijamin oleh Allah. Yang tinggal hanya untuk kita usahakan saja dan menikmatinya hasilnya. So, jom amalkan 5 Petua ini untuk rezeki sentiasa ada dan berkat. In sha Allah.



5 Petua Rezeki Sentiasa Ada Dan Berkat


Ada banyak petua.Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Buatlah konsisten setiap hari, mana-mana yang kita mampu 😊

1) Sedekah

Paling senang, sedekah Subuh.
Tak kisahlah berapa pun. Singgit sehari ke, seposen ke, tak apa.
Letak tiap hari dalam 1 sampul/tabung setiap kali lepas solat Subuh.

Dah cukup certain amount yang dirasakan bermanfaat untuk diserah, bolehlah terus ke tabung masjid/ bagi pada sesiapa (cleaner/orang susah)

2) Dhuha

Paling kurang 2 rakaat.
Paling cun 12 rakaat (2-2-2-2-2-2)
Sedang-sedang 8 rakaat (2-2-2-2)

3) Al Waqiah

Ada 3 waktu terbaik untuk baca surah ni.
Ketika waktu dhuha (lepas solat sunat)
Ketika selepas solat Asar
Ketika malam hari

4) Ayat 1000 Dinar

Baca ayat ni berulang, membantu melembutkan hati customer untuk membeli

5) Belanja Keluarga

Selalulah rewards keluarga.
Anak-anak, isteri/suami & mak ayah dengan makanan yang sedap atau belanja barang untuk mereka



25 Jan 2019

Salam Jumaat & Bila Waktu Telah Berakhir

January 25, 2019 1
Salam Jumaat & Bila Waktu Telah Berakhir
Salam Jumaat buat semua kawan-kawan yang singgah di sini. Semoga segala pintu-pintu kebaikan terbuka luas untuk kita hari ini. Semoga hari ini dan hari akan datang lebih baik dari semalam. Semoga dieratkan silaturrahim antara kita. In sha Allah.

salam jumaat
Salam Jumaat & Bila Waktu Telah Berakhir


Oh yer, pagi ini mommy mendengar satu lagu yang menyentuh hati dan jiwa mommy. lagu nyanyian Opick iaitu Bila Waktu Telah Berakhir. Hampir menitis air mata dan tak terbayang dengan minda apa yang akan terjadi bila waktu telah berakhir. Sempatkah kita mengucap dua kalimah syahadah? Sempatkah kita memohon ampun keatas kesilapan yang kita lakukan sesama manusia? Sempatkah kita membawa bekal untuk ke sana? Sempatkah kita .... Berapa banyakkah kesempatkan yang kita ada sebelum waktu berakhir? 

Bila membayangkan, mommy tak rasa ada kesempatan kecuali keajaiban untuk memberi kita peluang kedua untuk memohon maaf dan membetulkan kesilapan kita. Takuttt sangat. 

So, dikesempatan ini... Mommy memohon maaf dan ampun di atas kesalahan yang mommy lakukan dengan sengaja, tak sengaja, dengan perbuatan, dengan penulisan, dengan lisan atau apa saja. Mohon juga untuk halalkan apa yang mommy telah ambil, telah makan atau menggunakan. Maaf yer. 

Oklah. Takmo sedih-sedih. Jom kita hayati lagu Bila Waktu Telah Berakhir dari Opick ni. Moga ia menginsafkan dan menyedarkan kita. Aminnn!


Bila Waktu Telah Berakhir

Opick


Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara?
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan pergi meninggalkan dirimu?

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari?
Masihkah ada jalan bagimu
Untuk kembali mengulang ke masa lalu?

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada
Akan kembali pada-Nya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi
Ho-oo-ooo-ooo
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi

11 Jan 2019

Amalkan 5 Zikir Pembuka Rezeki

January 11, 2019 1
Amalkan 5 Zikir Pembuka Rezeki
Amalkan 5 Zikir Pembuka Rezeki. Assalamualaikum wbt & salam jumaat. Hari ni kerja di luar untuk promosi auto payment di TM Point. Kira buat sales lah kan... Untuk mendapat sales bukan senang. Salah cara promote atau beri jawapan yang tidak memuaskan hati pelanggan terus menyebabkan pelanggan tidak berminat. Tapi, Dengan mengamalkan Zikir Pembuka Rezeki, In Sha Allah rezeki itu datang dengan sendiri.

Zikir-zikir ini kita boleh amalkan ketika tengah drive untuk ke tempat kerja, tengah tunggu pelanggan ataupun ketika kita melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan kita bercakap dengan pelanggan. Mungkin payah masa awal-awal nak buat tapi percayalah ia mengandungi seribu rahmat.

5 Zikir Pembuka Rezeki



  • La hawla wala quwwata illa billah - maksud: tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata


  • La ilaha illallhul malikul haqqul mubin - maksud: Tiada tuhan selain Allah, Raja yang benar dan nyata.
  • Subhanallah wabihmadini subhanallahil adzim - maksud : Maha suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha suci Allah yang maha agung
  • Sallalahu ala muhammad Sallalahu alayhi wassalam - maksud : Semoga Allah memberikan rahmat kepada muhammad, Semoga Allah memberikan selawat dan salam kepadanya
  • Astaghfirullahalazim - maksud: Aku mohon ampunan kepada Allah yang maha agung. 


Zikir Pembuka Rezeki
Zikir Pembuka Rezeki


Selain mengamalkan zikir pembuka rezeki ini, mommy juga amalkan solat sunat Dhuha. Agar segala urusan kita di permudahkan. In sha Allah.

Jom Dhuha. 



7 Dec 2018

Ulangkaji | Solat Jamak

December 07, 2018 0
Ulangkaji | Solat Jamak
Assalamualiakum wbt & salam jumaat. Last day keja untuk minggu ni. Tak sabar nak tunggu hari minggu sebab mommy dan keluarga nak pergi bercutiiiiii. Best nyerrr.... Tapi sebelum kita pergi jalan-jalan, marilah kita ulangkaji tentang solat jamak. Kot kot terlupa dan bila dah buat ulangkaji barulah tak ragu-ragu bila nak kerjakan solat jamak.

Solat Jamak

Sebelum itu, solat Jamak dan Qasar hanya apply untuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Jamak bermaksud menghimpunkan 2 waktu solat dalam satu waktu. Jamak terbahagi kepada dua iaitu  :-

  • Jamak Taqdim 
  • Jamak Takhir. 


Jamak Taqdim ialah menghimpunkan 2 waktu solat dalam waktu pertamaContoh Jamak Taqdim ialah Solat Zuhur dan Asar dihimpunkan dalam waktu Zuhur dan Solat Maghrib dan Isyak dihimpunkan dalam waktu Maghrib.




Jamak Takhir ialah menghimpun dua waktu solat dalam waktu yang kedua iaitu solat Zuhur dan Asar dalam waktu Asar serta solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak. Fahamkan?

Qasar pula bermaksud memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat. Maknanya, qasar tak apply untuk Solat Maghrib dan Subuh, hanya untuk solat Zuhur, Asar dan Isyak.




Niat Solat Jamak 


JAMAK TAQDIM


1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)


2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)


JAMAK TAAKHIR

1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)


2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

6 Jul 2018

Doa Kasih Sayang Suami Isteri

July 06, 2018 1
Doa Kasih Sayang Suami Isteri
Doa Kasih Sayang Suami Isteri. Ini adalah doa yang dikongsikan oleh Ustazah Nurhafizah Musa kongsikan untuk kasih sayang suami isteri. Semoga kita bahagia dunia akhirat dengan meletakkan cinta Allah atas segalanya. Aminn!

Doa Kasih Sayang Suami Isteri


Doa Kasih Sayang Suami Isteri

1 Jun 2018

Awas! 10 Perangkap Syaitan.

June 01, 2018 1
Awas! 10 Perangkap Syaitan.
Awas! 10 Perangkap Syaitan. Sedar tak sedar, dah 16 hari kita mengerjakan ibadah puasa ramadan. Kita cuba memperbaiki mana yang tak elok kepada yang elok, saling bermaafan dan juga meningkatkan segala amalan yang boleh kita lakukan.... Mungkin semua itu hanya bermain di hati atau fikiran. Tak terlaksana pun. Kenapa? Ini kerana kita telah terkena perangkap syaitan... Jom kenali 10 perangkap syaitan yang menyebabkan kita TIDAK melakukan kebaikan dan amalan-amalan sunat yang lain. 


Dah tahu, jom keluar dari perangkap syaitan dan tingkatkan amalan kita...