September 2012 - Cahaya Hayati

27 Sept 2012

Lactation Class

September 27, 2012 0
Lactation Class
Lactation class? Apalah hang ni Yati... anak dah 2 baru nak pi kelas laktasi.  Oit.. aku dah penah join la cuma pi untuk refresh and support club. Class ni free je..

Banyak ilmu yang aku dapat dari Cikgu Izzah ( www.izzahazfar.blogspot.com ). Terutamanya dari segi semangat, keyakinan, kerajinan dan sokongan.

EBM means Exclusive Breast Milk. Takyah aku cerita panjang. dah ada banyak blog dok cerita pasal ebm ni. Korang boleh baca dari blog :

mak merah: http://redmummy.com/2012/03/07/penjagaan-ebm-susu-ibu/
farahfarhan: http://www.sarakids.com/blog/

aku letak blogger yang femes je. yang lain cari sendiri yer...

muka2 yang hadir lactation class
Gambar ehsan dari AJK pendidikan TiaraMutiara. Kalau perasan, muka aku dah kembang setaman. sejak balik dok Penang, dah tak dak istilah diet dalam diari. Belasah ja makan nasik memalam... 

barang penting bagi penyusuan susu ibu...
huhu... untuk 3rd baby kena lebih rajin dan bersemangat. Adakah aku? ... Masih dalam perancangan. InsyaAllah.

25 Sept 2012

mmm... Sedapnya!

September 25, 2012 0
mmm... Sedapnya!
Hujan-hujan camni pekena nasi lemak dengan nescafe 3 in 1 panas-panas memang nikmatlah.. Saat-saat camni teringat masa kat uum dulu.. dengan  roommate yang sekepala, kami mencari nasi lemak Kampung Darat @ Changlun. Jauh ke dalam kampung... sedap punya pasal sanggup meredah kampung yang tak penah kami jejaki. Miss u Zura, Nida, Che Ma dan Rosni. 

Jemput makan. Nasi lemak bungkus je...
Kat utara, sepanjang minggu ni hujan dari pagi membawa ke malam. Hujan pagi-pagi cam ni malas ja nak mai kerja.. sejuk oooo.. 

Namun, demi rezeki sesuap nasi, aku redah jua hujan (eleh, bukan kena hujan pun.. mai ngan keta). Drama sungguh!

**** Sian kat mak ngan adik di kampung. Mesti mak redah hujan antar adik pi sekolah. mak tak pandai drive keta. Mak kata ' Demi anak2 mak sanggup susah'. Besarkan pengorbanan seorang mak. Sebab tu la syurga di bawah telapak kaki mak. 






24 Sept 2012

Dapat Bunga Pagi ni..

September 24, 2012 0
Dapat Bunga Pagi ni..

Pagi ni aku dapat bunga. Bunga? Bunga Kantan ja... mak cik kat opis sedekah kat semua yang nak... Dia bawak mai dari kampung dia  nun di Baling. Jauhkan?

Sementara nak bawak balik umah, Bunga Kantan ni jadi hiasan ataih meja aku.. 

Letak dulu kat bekas stationery.. Jadi hiasan jap!
 So, minggu ni boleh la aku buat laksa - request by Mr. Hubby. Mengidam ke cik Abang? Aku pun teringin gak nak makan laksa yang buat sendiri. Memang boleh beli, tapi rasa dia tak sama ngan yang buat sendiri.. Ayaq tangan la katakan!
Lagi satu, kalau buat sendiri boleh makan berulang...

Cantik di pandang , makan pun sodapp...
Macih banyak2 kepada mak cik yang baik hati. Lain kali bawak lagi... Jimat duit cheq nak beli bunga kantan ni.. mahai oooo.   :)
Kalau kat Kulim, bunga kantan ni RM 1.00 ++ sekuntum. Paling murah pun rasanya dalam RM 0.80. Kenapa bunga ni mahai yer?

1. Susah nak tanam/jaga? - tak juga. Kalau kampung tu, bercambah ja...
2. Kena baja ke? -tak perlu di baja. dia membiak sendiri ( pengalaman sendiri)
3. Perlukan tanah yang sesuai ke? - Rasanya ini kot sebabnya. Pokok ni hidup di tempat yang ada ayaq, lembab dan sejuk (panas pun boleh tp perlukan ayaq) - minta perbetuikan kalau salah. Cheq tak pandai bercucuk tanam ni.
4. Pemborong tolak kepada penjual dengan rega mahai. Sebab aku penah tanya kat mak cik kat kampung yang depa juai RM0.30 kepada pemborong (tak kira saiz).

pikir2lah kenapa rega barang sekarang makin mahai.

22 Sept 2012

Pinky boy...

September 22, 2012 0
Pinky boy...
Tiap2 tahun , aku & family akan sedondon. Set ja kaler apa... pastu pi cari kat Jakel Sg. Petani. Selalunya aku akan pi cari kain2 baju raya dalam bulan Mac atau April. Bukan sebab ada offer tetapi sebab nak bagi awai kat tailor... takut baju tak siap.

Walaupun aku bagi awai, tahun ni baju anak2 ja siap.. baju aku tak siap gak. nasib baik ada baju ready made. Kalau tak, tak meriah la raya...

Sebab baju aku tak sedondon ngan hubby & kids, maka takde gambar family ( Actually, takmo ngaku silap sendiri lupa bawak balik camera)

Ini gambar raya ke -4 tak silap aku. Ammar in pink. Sekali sekala lelaki memakai kaler pink, nampak comel plak. Macam berjiwa romantik kan?

Peace!
Nie lagi satu dia punya perangai, suka buat peace bila tangkap gambar..  nasib ko comel Adik!

Debabnya Adik..
 Adooi adik! Awat hang debab sangat? hehe... mummy ngan daddy bagi makan terlebih ka?

Gelak pesen apa ni?
 Ammar ni kalau gelak, mesti tertutup mata dia...

Cakkk!
 Ini lah putera aku dan suami. Semoga adik menjadi anak yang soleh. Amin

Anak Dara Aku..

September 22, 2012 0
Anak Dara Aku..
Anak dara aku makin hari makin nak cantik ja.. suka make up lak tu... kalah mummy dia yang jenis simple ni...
Dah dia minat.. aku layan jaa..

Star kat mata... 

21 Sept 2012

Challenging My Self

September 21, 2012 0
Challenging My Self
Hmmmm... tak tau nak mulakan camna..
kekadang terfikir diri ni berada di laluan yang betui atau tidak... kekadang tu terfikir plak apa yang aku nak dalam hidup ni.. nak jadi camtu.. nak jadi camni... hehehe. Ini lah akibatnya kalau kuat berangan. 

So, start from today, i'm challenging my self to be what i want to be, to have what i most adorable ... to fulfill my wishlist ... banyak dan tak tertulis. Tu belum masuk bab perancangan untuk kids.

Perkara utama yang dalam perancangan aku adalah menambahkan aset dan mengukuhkan kedudukan kewangan. Tambah2 lagi bila anak2 makin membesar.. perlukan yang terbaik untuk mereka. Segalanya untuk mereka!

Ini lah cabarannya. bukan senang nak ada aset....

Aset dunia akhirat mummy & daddy.. love u!



19 Sept 2012

Perut Penuh..

September 19, 2012 0
Perut Penuh..
Semacam jer statement kat atas... Hari ni aku kenyang sangat sbb lepas briefing Collection Hunt ada jamuan ringan.. aku balun 3 biji kuih. Hik hik ... buruk lantak betui mak budak ni.

Turun kat opis lak.. dapat call from my boss, jemputan after raya from unit yang selalu bekerjasama ngan unit aku... WAJIB pi. kang tak mesra rakyat lak... Kerja satu company kena la saling support walaupun bab makan2.

Sampai ja kat unit tu... terhidang pelbagai menu.. laksa, spageti, bihun goreng, puding, fruit cocktail, Triffle, rojak buah, apom polkadot, mee kari, soto, lontong, ketupat, lemang... banyak  lagi tapi aku dah tak ingat.

So, pastu makan tak hengat diri la. Semua menu sedap bangat!! Ingat nak makan lagi skali.. nasib baik bukan unit sendiri... kalau unit sendiri confirm aku makan berulang.
Amboi Puan Yati!... Pasni jangan dok complaint yang diri dah gemuk!...hehehe :)

Thanks to SME team untuk menu yang sedap. Lain kali jemput lagi yer..

Sorry takdak gambar nak kongsi. i ni pemalu skit kalau bab bergambar. :)



4 Sept 2012

Panassss...

September 04, 2012 0
Panassss...
huhu... Ini bukan berita panas tapi kami (satu opis) yang kepanasan. Air cond kat opis rosak dari pagi sampai balik,, berpeluh2 + Sakit kepala. Adehhh!!!

Dear Maintenance Team,
tolong baiki econ cepat skittt....

TQ.


regards,
yang tak tahan panas