August 2019 - Cahaya Hayati

30 Aug 2019

Lirik Lagu Dan Video Klip Suaramu Syairku

August 30, 2019 0
Lirik Lagu Dan Video Klip Suaramu Syairku
Baru lepas lunch. Ingatkan nak siapkan satu task produk review tapi mood kelaut daaa... So layan you tube dan tengok trending lagu Suaramu Syairku yang di nyanyikan duet oleh Sheryl Syazwani dan Ayie Floor 88. 

Best sangat dan rasa terbuai ja bila dengar lagu ni. Terus mommy google lirik lagu rupanya penyanyi asalnya adalah Apak atau Harry Khalifah. Nyanyian secara solo pun best dan duet oleh sheryl dan Ayie pun best dan lebih menusuk jiwa bila dengar... 



Lirik Lagu Suaramu Syairku


Pandanglah aku
Hembuskan nafasmu
Kerana aku amat rindukanmu
Janganlah jangan
Kau jauh dariku
Tanpa wajahmu kelam duniaku

Bisikan aku
Katakan cintamu
Kerana suaramu
Bersyair laguku
Dendangkan aku
dengarkan padaku
Dakaplah aku wahai kekasihku

Bila bermimpi kamu
Jaga dari tidurku
Aku sebut namamu
Aku seru cintamu
Engkaulah kekasihku
Hanya engkau nyawaku
Akulah perindumu
Akulah pencintamu
Bawaku bersamamu
Agar hilang resahku
Eratkan dakapanmu dekatlah padaku
Cinta berpadu

Bila bermimpi kamu
Jaga dari tidurku
Aku sebut namamu
Aku seru cintamu
Engkaulah kekasihku
Hanya engkau nyawaku
Akulah perindumu
Akulah pencintamu
Bawaku bersamamu
Agar hilang resahku
Eratkan dakapanmu 
Dekatlah padaku

Bisikan aku
Katakan cintamu
Kerana suaramu
Bersyair laguku
Dendangkan aku
dengarkan padaku
Dakaplah aku wahai kekasihku


Jom layan video klip Suaramu Syairku oleh Harry Khalifah dan duet oleh Sheryl Shazwanie & Ayie Floor 88. 



Doa Ketika Bersedih Dan Cara Untuk Keluar Dari Tekanan

August 30, 2019 0
Doa Ketika Bersedih Dan Cara Untuk Keluar Dari Tekanan
Assalamualaikum wbt, salam jumaat dan selamat menyambut kemerdekaan yang ke-62.  Semalam semasa mommy naik untuk solat zohor di surau office, ternampak seorang adik ni tengah menangis dalam sujud. Bukan sujud yang sekejap tapi yang lama sebab dari mommy mula solat sampai habis solat dia tak bangun-bangun lagi. Lepas baca doa, mommy pergi dekat dan tengok dia. Dua kali mommy ulang tengok dia. Takut pengsan pula... Lagipun masa tu mommy dengan dia saja yang ada kat surau. Alhamdulillah lepas tu dia bangun dan habiskan solat macam biasa. 

Terus mommy tanya dia okay atau tak? Dia kata okay cuma kadang-kadang hati ni dok teringat arwah suami katanya. Dia kata masih lagi ternampak dan terbayang yang arwah suami dia masih ada... So, adalah juga nasihatkan dia dan minta dia banyak doa kepada Allah. 

Untuk pengetahuan korang, suami adik ni baru 2 bulan lebih meninggal. Cara meninggal yang mengejutkan semua sebab arwah tidak sakit, sihat dan meninggal dalam pangkuan si isteri yang terjaga tengah malam untuk susukan bayi. Suami hanya cakap pening dan minta maaf dengan isteri. Lepas cakap macam tu, terus arwah habis hayat. Adik ni still tak percaya arwah dah tiada sehingga paramedik sahkan. Semoga adik ni terus tabah dan kuat untuk menjalani hidup di samping membesarkan 3 anak. In sha Allah 

Terus terang mommy katakan yang mommy pun mungkin tak sekuat adik ini untuk hadapi kehilangan yang tak di jangka. Kita boleh pujuk hati dengan mengatakan Allah lebih sayang dia... Tapi tetap rasa kehilangan tu. 

Di sini mommy share dengan semua doa ketika sedih dan doa untuk keluar daripada tekanan. Semoga ia memberi manfaat kepada semua. 


Doa Ketika Sedih




Cara Untuk Hadapi/Keluar Dari Tekanan



3 Doa Pendek yang paling mustajab. 





29 Aug 2019

Dinner Nasi Goreng Seafood Di Ari Tepi Lebuhraya

August 29, 2019 1
Dinner Nasi Goreng Seafood Di Ari Tepi Lebuhraya
Assalamualaikum wbt & hi korang. Malam ni dinner apa? Kalau tak tau nak makan apa, jom ke kedai Ari Tepi Lebuhraya. Terdapat pelbagai jenis menu panas-panas. Paling ramai order menu seafood la.. kedai ni dah lama viral dalam Penang Kini tapi mommy dan family baru berkesempatan pergi. Yelah, kerja Butterworth, rumah kat Kulim, dinner kat Permatang Pauh pula? Ofkos la tak... 

Singgah Ari Tepi Lebuhraya ni pun sebab mommy ke BBW dekat Mydin Bukit Mertajam. Alang-alang dah ada area Seberang Jaya kan?

Dinner Nasi Goreng Seafood Di Ari Tepi Lebuhraya


Masa singgah hari tu kami semua order nasi goreng ja sebab masing-masing dah kelaparan... Dalam kepala pun dah terbayang nasi goreng seafood. Hahaha... 

So, inilah menu-menu yang kami order.

Nasi Goreng sotong untuk kakak Aisya. Nasi goreng ni bahagi dua dengan aisy... Dah bahagi 2 pun kakak Aisya tak habis. Sotong tu rasa pedas sikit ja. Portion banyak... 

Ari Tepi Lebuhraya, Ari Tepi Highway Permatang Pauh
Nasi Goreng Sotong
Ni pula Nasi Goreng Seafood. Mommy share dengan daddy.. Portion nasi banyak, seafood pun banyak sampai tak nampak nasi... Dalam nasi goreng seafood ni ada udang, sotong, siput lala dan siput apa tah. 

Ari Tepi Lebuhraya, Ari Tepi Highway Permatang Pauh
Nasi Goreng Seafood
Ni pula Seafood Masak Pedas. Satu mangkuk penuh dengan lala, udang dan sotong. Memang puashati. Nasib baik daddy tak order nasi putih kalau tak takdak orang nak perabih nasi goreng mommy. 

Ari Tepi Lebuhraya, Ari Tepi Highway Permatang Pauh
Seafood Masak Pedas

Abang Ammar pula order nasi goreng ketam tapi nasi goreng ja yang sampai... Okay jugak ketam tak sampai sebab boleh tolong habiskan seafood masak pedas yang daddy order.

Ari Tepi Lebuhraya, Ari Tepi Highway Permatang Pauh

Walaupun kedai biasa-biasa saja, tapi selalu fullhouse. 

Ari Tepi Lebuhraya, Ari Tepi Highway Permatang Pauh

Selain nasi goreng, kedai ni ada juga pilihan seperti Char Koay Teow seafood, mee kuah dengan pilihan seafood. Pendek kata hangpa nak apa, habaq ja kat depa... 

Dengan tambahan order Mee Kuah Ketam, jumlah yang kami bayar pada malam tu tak sampai RM50 pun... Jumlah ni termasuk air tau dan tolak ketam yang tak sampai tu.

So, sangat recommended kalau korang nak dinner kat sini. Kedai dia tepi susur keluar Permatang Pauh dari Seberang Jaya. Belah kiri ja... 

SWIMRUSH ACADEMY Tawarkan Kelas Renang Khas Untuk Wanita Dan Kanak-Kanak

August 29, 2019 0
SWIMRUSH ACADEMY Tawarkan Kelas Renang Khas Untuk Wanita Dan Kanak-Kanak
Takut air? Tak pandai berenang? Teringin nak belajar berenang tapi takde masa?.. Jangan risau sebab SWIMRUSH kan ada. 

Apa tu SWIMRUSH? 


SWIMRUSH Swimming Academy
SWIMRUSH Swimming Academy


SWIMRUSH ACADEMY Tawarkan Kelas Renang Khas Untuk Wanita Dan Kanak-Kanak 


SWIMRUSH adalah akademi yang mengajar kelas berenang khas untuk kanak-kanak dan wanita. Buat masa ini, SWIMRUSH hanya beroperasi di Kuala Lumpur dan Shah Alam. Terdapat 4 lokasi SWIMRUSH iaitu :-

⚜ Batu Caves : Kompleks Renang Seri Siantan

⚜ Bangsar : Jalan Turi Bukit Bandaraya

⚜ Cheras : Komples Sukan Desa Tasik

⚜ Shah Alam Seksyen 14


Korang boleh semak jadual di bawah untuk kelas berenang, tempat dan waktu pembelajaran. So, korang boleh set masa dan tempat yang sesuai untuk korang belajar berenang. Yang bestnya kelas berenang ni ada pada weekday juga. So, weekend korang boleh spend time dengan family. 
SWIMRUSH Swimming Academy

Paling best, selain dari jadual di atas, SWIMRUSH juga ada kelas berenang secara private di mana tenaga pengajar datang ke rumah korang (Home to home basis). Tak caj kos pengangkutan tau! Camna menarik tak? 

Untuk kelas berenang kanak-kanak, seawal usia 5 tahun dah boleh belajar berenang. Wahhh bestnya, sebab kalau mommy join, anak-anak pun boleh join jugak. So, satu family pandai berenang dan tak takut air. 

SWIMRUSH Swimming Academy


Buat pengetahuan korang, SWIMRUSH bukan hanya mengajar berenang semata-mata tapi juga mengajar pelajar untuk lebih yakin ketika berada dalam air dan juga kemahiran survivals ketika berada dalam air. Wahhh kiranya bukan ilmu berenang saja yang dapat malah cara menyelamatkan diri juga dapat. Untungnya pelajar SWIMRUSH

Jika korang berminat untuk belajar menyelam (dive), tenaga pengajar akan mengajar korang menyelam secara PERCUMA. Kelas menyelam adalah untuk kedalaman air 1.2 -1.8 meter. Kaki Travel yang teringin nak menyelam tu wajib ambil peluang ni. Berenang pandai, menyelam pun pandai... 

SWIMRUSH Swimming Academy
kelas berenang wanita dan kanak-kanak


Antara kelebihan lain yang boleh didapati apabila belajar berenang dengan SWIMRUSH adalah:-


  • Tenaga pengajar wanita untuk kelas berenang wanita
  • Penekanan kepada Anti-Lemas - Jurulatih adalah bekas Penyelamat yang dapat menjalankan Teknik Survival Air dan meningkatkan Keyakinan Air
  • Pengajaran Teknik Asas : Breastroke, Freestyle, Backstroke, Butterfly
  • Terdapat kelas berenang lelaki tetapi hanya di Batu Caves. 
  • Berpengalaman dalam mengajar pelajar yang phobia dengan air
  • Ada kelas ganti 
  • PERCUMA swimming cap
  • Belajar sampai pandai


Ada banyak lagi dan korang boleh dapat sendiri maklumat tersebut dengan  melawat media sosial SWIMRUSH sendiri seperti dibawah:-





27 Aug 2019

Bebas Kelemumur Dengan Hanya 3 langkah Mudah

August 27, 2019 0
Bebas Kelemumur Dengan Hanya 3 langkah Mudah
Hai korang! Tak kira berhijab atau tak, rambut adalah mahkota setiap wanita kerana ia memancarkan sisi pesona keayuaan dan keyakinan serta personaliti wanita hebat. Namun, wanita hebat ini sering berhadapan dengan pelbagai masalah kulit kepala dan rambut yang di sebabkan oleh cuasa yang panas dan lembap. Akibatnya, kepala dan rambut wanita amat mudah berpeluh dan berbau sekaligus menyebabkan kulit kepala menjadi gatal, tidak sihat dan merasa tidak selesa. Rambut memang sama hitam tetapi setiap individu memerlukan manfaat khusus.

Bagaikan memahami keperluan wanita di Malaysia, SAFI Malaysia telah keluarkan 3 produk khas  Safi Shayla untuk membebaskan wanita dari masalah kulit kepala seperti kegatalan, kelemumur dan sekaligus menjadikan rambut lembut, bersinar, sihat serta wangi. Tiga produk tersebut adalah:-



  • Safi Shayla Minyak Rambut Anti-Kelemumur


Minyak Rambut Safi Shayla ini mampu menjadikan rambut lebih lembut, licin dan kilauan rambut yang sihat dan menawan. Ia juga berkesan untuk mengurangkan kelemumur, melegakan kulit kepala yang gatal dan memberi kesegaran kepada kulit kepada dengan sensasi dingin. Paling best sebab haruman dari minyak rambut ini mampu kekal sepanjang hari. 

Safi Shayla Minyak Rambut Anti-Kelemumur
Safi Shayla Minyak Rambut Anti-Kelemumur

Minyak Rambut Safi Shayla ini mengandungi minyak organik habbatus sauda, minyak zaitun tulen, ejen anti kelemumur dan mentol. Kandungan ini mampu menjadikan rambut wanita sebagai rambut idaman atau seperti rawatan rambut di salon. 


  • Syampu Shayla Anti Kelemumur


Syampu Shayla Anti Kelemumur dengan Micro Bamboo Carchoal, Habbatus Sauda dan Micro ZPT Complex berkesan untuk menghapuskan 99% kulat yang menyebabkan kelemumur dari cucian pertama dengan haruman sehingga 48 jam.

Syampu Shayla Anti Kelemumur
Syampu Shayla Anti Kelemumur

Ini kerana Micro Bamboo Charcoal adalah bahan semula jadi yang di aktifkan untuk menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala serta rambut. Habbatus Sauda pula bertindak untuk menghalang pembiakan bakteria, menyihatkan, melindungi dan mencantikkan rambut. Manakala Micro ZPT Complex berfungsi sebagai agen anti-kelemumur yang berkesan untuk menghapuskan kulat yang menyebabkan kelemumur.


  • Safi Shayla Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur dan Gatal 


Safi Shayla Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur dan Gatal kini dengan Micro Bamboo Charcoal, minyak organik Habbatus Sauda dan mentol membantu mengurangkan kelemumur dengan hanya cucian pertama. Selepas menggunakan masker ini, tiada lagi bau kepam dan kulit kepala gatal dan harumannya ia mampu kekal selama 48 jam ( bergantung kepada jenis rambut).

Safi Shayla Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur dan Gatal
Safi Shayla Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur dan Gatal

Mommy dah cuba sendiri produk-produk Safi Shayla yang terbaru ni dan ia terbukti berkesan. Disebabkan itu mommy nak kongsi dengan korang cara yang betul menggunakan produk-produk Safi Shayla untuk bebas dari kelumumur. Bila dah bebas kelemumur bolehlah flip hair gitu eh flip tudung.  Kelumur tiada keyakinan terserlah. hehehe... 

Bebas Kelumumur Dengan Hanya 3 langkah Mudah


Langkah Pertama 

Sebelum syampu rambut, lembapkan rambut dan kulit kepala dengan Safi Shayla Minyak Rambut Anti-Kelemumur. Goncang sebelum guna dan urut minyak perlahan-lahan ke kulit kepala melalui hujung rambut. Biarkan selama 3 hingga 5 minit. 

Langkah Kedua 

Selepas urut minyak anti kelemumur, sila syampu rambut dengan menggunakan syampu Safi Shayla Anti Kelemumur. Letak syampu banyak sikit dari biasa. Urut seperti salon sehingga sebati ke kulit kepala. Kemudian bilas sehingga bersih sebersihnya. 

Langkah Ketiga

Akhir sekali, ratakan Masker Penyegar Kulit Kepala dan urut kulit kepala secara perlahan-lahan selama 1 minit. Kemudian bilas. 

Untuk kesan yang maksimum, guna produk Safi Shayla Anti-Kelumur ini  2 kali seminggu. In sha Allah anda bebas kelemumur sepenuhnya. Mudahkan?


Dapatkan Koleksi Beg We Bare Bears Dengan Pembelian Produk Safi Shayla

Oh yer, kalau korang nak tahu.. Untuk pembelian produk Safi Shayla bernilai RM35 ke atas layak mendapat satu beg We Bare Bears secara PERCUMA. Terdapat 4 koleksi We Bare Bears yang comel dan sesuai untuk anak-anak iaitu :

  • Putih - Panda
  • Putih - Ice Bear
  • Coklat - The Bear Grizzly
  • Biru - ketiga-tiga watak utama dalam kartun We Bare Bears


Mommy dah berjaya collect keempat-empat. Of course la anak perempuan mommy nan sorang tu dapat 2 beg. 

Koleksi Beg We Bare Bears


Beg We Bare Bears - Biru

Beg We Bare Bears - The Bear Grizzly

Beg We Bare Bears - Ice Bear

Amacam comel tak anak-anak mommy ? Eh bukan! Comel tak koleksi beg We Bare Bears X Safi Shayla ni? Kalau berkenan, cepat-cepat la korang dapatkan di pasaraya dan farmasi di seluruh negara. Rugi kalau korang tak grab sebab ia limited edition tau! Promosi ni tamat pada 31 Ogos ni. Lagi beberapa hari. So, korang kena cepat tau.


15 Aug 2019

BEAUTEA by SAFI | Pembersih Dan Scrub Berasaskan Teh Premium

August 15, 2019 1
BEAUTEA by SAFI | Pembersih Dan Scrub Berasaskan Teh Premium
BEAUTEA by SAFI | Pembersih Dan Scrub Berasaskan Teh Premium. Hai korang! Dalam penjagaan kulit wajah, kita wajib mengambil kira bahan-bahan yang digunakan dalam produk tersebut. Tambah-tambah lagi bahan tersebut kita tahu dari zaman dahulu lagi digunakan untuk mencantikkan wajah. Cuma dulu secara traditional tapi sekarang dalam pek mudah guna seperti yang dihasilkan dari inovasi dan formulasi oleh SAFI. Maka terhasillah BEAUTEA by SAFI.

BEAUTEA by SAFI | Pembersih Dan Scrub Berasaskan Teh Premium
BEAUTEA by SAFI | Pembersih Dan Scrub Berasaskan Teh Premium

BEAUTEA by SAFI | Pembersih Dan Scrub Berasaskan Teh Premium 


BEAUTEA adalah dari perkataan Beautiful dan Tea atau teh kata orang Malaysia. Bila dah ada perkataan teh dalam produk tersebut, confirmlah ia menggunakan daun teh sebagai asas produk tersebut. Sepertimana yang kita tahu, dauh teh telah digunakan sejak berzaman dalam memastikan kulit wajah kekal cantik, merawat kulit wajah bermasalah dan juga mengatasi masalah kulit wajah yang lain. Maka terhasillah BEAUTEA by SAFI dalam 4 variasi produk Safi iaitu:-

  • White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser 

White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser
White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser

  • Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser
Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser
Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser

  • Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser
Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser
Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser

  • Apricot Tea Revitalising Face Scrub 
Apricot Tea Revitalising Face Scrub
Apricot Tea Revitalising Face Scrub 

Dalam 4 produk variasi BEAUTEA by SAFI ni, mommy telah mencuba White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser dan Apricot Tea Revitalising Face Scrub. Kedua-dua produk ini sangat sesuai dengan mommy. Kenapa?


Mommy menggunakan White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser sebagai pencuci siang dan malam. Ia berfungsi untuk mengatasi masalah kulit kering dan mengurangkan masalah pori.


Selain itu,  ia juga berfungsi untuk menenangkan diri dan kulit wajah melalui baunya yang wangi serta teksturnya yang lembut. Macam nak makan pun ada. Hehehe...




Lepas guna saja kulit terus rasa bebas dan best sangat. Kalau nak tahu, korang kena guna sendiri... 

Guna pencuci sahaja tidak cukup dalam menjaga kulit wajah. Jadi penggunaan skrub sangat perlu untuk memastikan kulit wajah sentiasa halus, bersinar dan lebih sihat. Sebab itulah menggunakan pencuci saja tidak mencukupi untuk menjaga dan merawat kulit wajah. So, scrub yang menjadi pilihan mommy sudah tentulah juga dari Beautea by Safi iaitu Apricot Tea Revitalising Face Scrub.


Apricot Tea Revitalising Face Scrub dari Beautea by Safi ini berfungsi untuk menanggalkan kulit mati, membuka liang pori, mencerah dan menyamaratakan tona kulit wajah. Formulasinya mampu membersihkan wajah sehingga mendalam.


Mommy dah try scrub ni dan ia terbukti memang best. Cara guna scrub ni pun senang saja. Picit sikit ke tapak tangan. Calit ke wajah dan gosok perlahan dan lembut dengan menggunakan 3 jari. Lepas tu bilas. Lepas bilas memang rasa sangat best sebab kulit rasa lembut, segar dan wangi.

Kalau korang nak tahu, Beautea by Safi diformulasikan dari  ekstrak teh premium dan gabungan bahan-bahan semulajadi yang terbaik yang dibentuk untuk memerangi kesan negatif dari pencemaran, tekanan dan kosmetik dengan manfaat Anti PM 2.5 untuk kulit yang sihat.


Produk ini juga telah menjalani ujian dermatologi. Ia selamat digunakan kerana :-
  • Bebas alkohol
  • Bebas Paraben
  • Bebas SLS / SLES
  • Bebas Silicone

Mommy dah cuba dan guna.. Korang tak nak ke? Kalau nak, korang bolehlah beli dari mana-mana farmasi atau pasaraya di seluruh negara. Nak lagi senang korang boleh beli online di SINI. Harga setiap satu adalah RM 23.30 dan mungkin lebih murah jika ada tawaran istimewa.


Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah layari media sosial Safi Malaysia di SINI

9 Aug 2019

4 Penyakit Jika Hanya Fikirkan Dunia

August 09, 2019 1
4 Penyakit Jika Hanya Fikirkan Dunia
Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat. Hai korang! Nak cerita apa eh? Nak karang tapi blur pulak. Faktor usia kot. hehe... Sebab tak tahu nak cerita apa hari jumaat ni, mommy nak kongsikan hadis dari Hadith Riwayat Muslim. Bukan apa, kita ni kadang-kadang lalai dan mommy sendiri akui yang kadang-kadang mommy lalai. Lebih memikirkan urusan dunia yang tak pernah habis. Jadi apabila baca balik hadis ni, tercuitlah hati mommy untuk tidak memikir sangat urusan dunia. Biarlah Allah yang tentukan. 



So, mommy kongsikan kat sini untuk tatapan, bacaan dan motivasi untuk kita semua...

" Barangsiapa yang bangun di pagi hari dan hanya dunia yang difikirkan sehingga seolah – olah ia tidak melihat hak Allah dalam dirinya, maka Allah akan menanamkan empat macam penyakit padanya iaitu;

1.      Kebingungan yang tidak putus – putus
2.      Kesibukan yang tidak pernah jelas akhirnya
3.      Keperluan yang tidak pernah terasa dipenuhi
4.      Khayalan yang tiada penghujung baginya.

 
Empat perkara ini diriwayatkan oleh Hadith Riwayat Muslim.

2 Aug 2019

Hi Tea Di The Top Penang

August 02, 2019 2
Hi Tea Di The Top Penang
Hi Tea Di The Tops Penang. Hi korang! Semalam kan, mommy join hi-tea event di The Top Penang. First time tau mommy jejakkan kaki di The Top tu. Kalau Komtar tu selalulah. Sejak dari zaman sekolah lagi. Ya Allah, banyaknya perubahan kat Komtar ni... Tak sangka dah jadi tempat untuk indoor activities yang terbesar di Penang. Kalau korang yang belum pernah datang sini, bolehlah bawa anak-anak datang sini. Kalau korang nak dating pun boleh...


Untuk hi-tea, restoren The Top yang terletak di tingkat 59 Komtar menjadi pilihan. Sesuai dengan activiti kelab wanita TM. Maaflah sebab mommy tak boleh nak terangkan macam mana nak book atau ke sini sebab tempahan semua telah di uruskan oleh AJK kelab. Kami bawa diri saja datang sini...

So, inilah restaurant The Top di tingkat 59 tu. Sebahagian dari restaurant tingkat 59..



Ini pula view dari tingkap restaurant The Top. Kalau malam sure lagi lawa dan meriah dengan lampu yang pelbagai warna. 



Meja kitaorang. Sambil makan boleh tengok view di luar...


Ini pula menu yang menjadi pilihan AJK kelab. Semua menu-menu sedap sangat walaupun menu biasher-biasher saja. 










Oh yer, ada lagi 2 menu yang tak sempat ambil gambar iaitu popia basah dan roti jalan kari ayam. Dedua menu ni pun sedap. So, korang yang nak buat event company tu bolehlah datang sini. Kalau nak datang sendiri memang tak lah kan? 

Bila dah event dan beramai-ramai macam ni, perangai muda remaja pun keluar balik. kihkih... 


Kalau event Kelab Wanita TM ni memang tak sah kalau tak ada cabutan bertuah. Tarikan untuk datang dan memeriahkan majlis... Alhamdulillah seramai 70 orang ahli yang datang dan memeriahkan. Tahniah untuk AJK kelab.


My lucky number... Dalam hati dok doa bagi dapat hadiah cadar, periuk ataupun pressure cooker. Tapi.... 


Sekali nombor bertuah ni naik paling awal. So, dapatlah hadiah comel ni tapi boleh di gunakan di rumah. Walaupun comel, ia produk ikea tau.  


setakat ini sajalah update untuk hari ini... Nak sambung buat kerja pula... Selamat berhari minggu uolls.