July 2013 - Cahaya Hayati

31 Jul 2013

Ngantuk

July 31, 2013 0
Ngantuk
Assalamualaikum wbt.

Ngantuk sangat hari ni. Napeeee???????????
Tadi bangun sahur pukul 4.45 pagi. Masak 15 minit jer... Tom Yam Ayam dan telur dadar jer.
Minum nescafe lagi... Tapi masih ngantuk juga.

System pun slow jer hari... maka bertambah mengantuklah ahkak ni.
Masuk satu data, berzaman kena tunggu dia proses. Huhuhu... System ni pun cam paham jer ahkak ni tengah mengantuk. Leh pejam mata sambil tunggu system. Hikhik... Ambik kesempatan betul.

Tapikannnnn... Keja kita banyak lagi tak siap. Jumaat ni last keja... Pastu kita cuti panjang untuk raya. Doblas hari jer.

Ngantuk.
Aci dok kalau ahkak pi ZZZZZZZZZZZ dulu?

"Bos-bos, Saya nak pi rehatkan mata boleh tak? Bantal dok panggil saya ni"

Kalau boleh la kan.....

Ingat time keja kat HQ dulu. Kalau ngantuk boleh jer gi tidur jap sebab surau dalam department jer. Kekadang tu bos-bos pun join sekaki...
Windu kat HQ.

28 Jul 2013

Akhirnya, aku guna MyEG

July 28, 2013 0
Akhirnya, aku guna MyEG
Assalamualaikum wbt.

Hari ni aku ada urusan di JPJ.... nak renew roadtax dan pindah hak milik dari bank ke diri sendiri. Dah habih bayar kan! Tapi hampeh sehampehnya. Pergi pukul 11 dan dapat nombor yang lagi 189 baru sampai giliran aku. Ramai betui orang berurusan dengan JPJ hari ni.  

So dengar sabar menanti sehingga kol 1 tengahari. Dari 3 kaunter jadi 1 kaunter... Terus rasa bengang. Tension. Terus post status dalam FB. 

Then, BFF bagi feedback. Bagitau boleh renew roadtax & insurance kereta di MyEG. hehehe... Berkurun aku tak jenguk MyEG. Nampak sangat tak mengikuti perkembangan semasa. Hehehe...

Aku menunggu sampai kol 2 lebih. Giler lama...... 

-xoxo-

Sebelum Raya Settle Yang Ini Dulu....

July 28, 2013 0
Sebelum Raya Settle Yang Ini Dulu....
Assalamualaikum wbt.

Sedar tak sedar lg beberapa hari dah nak raya.Sebelum tu kena settle dulu apa yang dahulukan...
orang boleh jln raya dengan senang hati....

Update dari JPJ Kulim sementara menunggu giliran. huhu lambat lg... lagi 100 number baru sampai giliran. Kenapa ramai orang pula hari ni? Bayar saman ka renew roadtax ?

26 Jul 2013

Yeay! Baju raya dah siap...

July 26, 2013 1
Yeay! Baju raya dah siap...
Assalamualaikum wbt.

Yeay! Baju raya dah siap...
Pengalaman 2 tahun berturut-turut baju raya yang di tempah tak siap. Suruh datang ambik malam raya ... Bila nak ambil, masih belum siap. Huhu... Nak nangis jer rasa. pfff. Serik.
Kat tailor yang lambat ni satu ja untung sebab upah dia paling murah kat pasaran dan jahitan dia kemas. Sedap pakai juga. Sebab upah yang murah, kemas dan selasa... ramai juga yang menempah dekat tailor ni. Disebabkan terlampau banyak tempahan, dia tidak dapat manage untuk siapkan tempahan tersebut.

Aku lepas kejadian baju tak siap memang dah tak hantar baju kat tailor tu..Terus cari tailor lain. Tailor sekarang bangsa cina tapi tempahan akan di siapkan dalam tempoh yang di janjikan atau sebelum tempoh yang di janjikan. Customer care & service dia bagus. Kadar upah pun mengikut harga pasaran. RM 35 untuk baju kurung. 

Bukan nak puji, tapi kepada tailor yang selalu tempahan dia tak siap, berpada-pada la terima tempahan. Ambik mengikut kemampuan. Supaya tiada yang kecewa bila baju tak siap. Terutamanya yang nak raya sedondon dengan suami dan anak-anak. Huhu.. 

Oklah, nak tayang baju raya yang dah siap. Ni versi black & white dululah...
Silalah jeles....
HAHAHAHA

Baju raya me & my doter...
Baju raya korang dah siap ke belum? Cepat pi tanya tailor... kalau belum siap, cepat-cepat beli yang ready made.Kalau tak sempat nak shopping, shopping online pun sempat lagi ni... zalora ada, Fashion Valet ada, poplooks pun ada..  

-xoxo-

23 Jul 2013

Raya Sebelah Suami atau Isteri?

July 23, 2013 0
Raya Sebelah Suami atau Isteri?
Assalamualaikum wbt.

Raya sebelah suami atau isteri? Soalan yang paling hot dekat-dekat dengan raya. Ada yang boleh bermasam muka. Terutamanya husband & wife. Melihat kepada sekeliling, ramai yang dah bekerjasama. Sistem giliran di praktikkan. Tak kira duduk jauh atau dekat.... Bukan apa tidak berbaloi bermasam muka di sebabkan dok gaduh nak balik mana... Hati pun tak tenang... Last2 hang balik kampung hang, aku balik umah mak aku atau kita raya kat umah sendiri jelahhh... Nak ka jadi camtu?

Mesti tak nak kan....  Sepakat mencari kata putus. Sekiranya tahun lepas dah beraya di rumah sebelah suami, tahun ni para suami bagilah peluang kepada isteri untuk beraya di kampung halaman dia pula. Isteri pun ada sanak saudara yang dia nak jumpa... nak tanya khabaq... Nak gossip-gossip. Begitu juga dengan isteri... Kalau tahun lepas kita, tahun ni bagi peluang kat suami, Tak rugi pun kan? Rumah tangga pun tak berantakan....

Aku tahun ni beraya kat kampung sendiri. Nak buat camna... sebab aku dok ngan mak mertua. Dulu  masa tahun pertama dan kedua kahwin, buat system giliran. Masa tu arwah ayah ada lagi....  Selepas arwah ayah meninggal raya posa kat umah aku dan raya haji kat umah suami. Selalunya aku suruh hubby decide nak raya mana dulu.... Bukan apa takut orang kata, asyik raya kampung aku ja....  ikut cakap bini la.... 
Pilihan di tangan suami......... Sebab aku tahu dia bertimbangrasa.... 

Oklah... raya lambat lagi tapi asyik dok cerita raya mana dulu...

Eh, korang raya mana dulu? :P

-xoxo-

Ketuk-Ketuk Ramadhan- Alumni KYPM-UUM Batch 99

July 23, 2013 0
Ketuk-Ketuk Ramadhan- Alumni KYPM-UUM Batch 99
Assalamualaikum wbt.

Ahad hari tu memenuhi jemputan ketuk-ketuk ramadhan anjuran KABAKUM 99 atau nama penuhnya Kelab Alumni Batch Akaun KYPM-UUM 1999.
Akak kan antara student akaun yang kena transit ke KYPM, Pahang di sebabkan terlalu ramai budak akaun pada tahun 1999. UUM tak cukup tempat nak memuatkan student akaun pada tahun tersebut.
So, batch kitaorang di tempatkan di KYPM. Setahun jer... Tahun ke-2 dah balik induk kat Sintok nun.
Masih terpahat dalam ingatan kenangan-kenangan di KYPM. Manis, masam, masin dan pahit.... Adat belajar di tempat orang. Jauh dari mak bapak..
Korang pun penah rasa camni kan?

Setelah sekian lama tak berjumpa dengan kawan-kawan.... Asyik chit chat dalam FB jer. jadi tertubuhlah alumni ni. Alumni ni berdaftar ok. Terbuka kepada budak akaun Batch 1999 jer.  Course lain tu tubuhlah alumni korang sendiri yer...

Alumni ni dengan rasminya di tubuhkan pada awal tahun hari tu. Buat sementara ini, alumni ini terbahagi kepada 4 Zon. Zon Utara, Zon tengah, Zon Selatan dan Zon Pantai Timur. Antara aktiviti yang telah di jalankan adalah Family day di Gambang Resort, Bowling for Charity di KL dan terkini adalah ketuk-ketuk ramadhan yang di adakan di setiap  zon.

Untuk Zon Utara, kami sebulat suara memilih De Pauh Garden. Lagipun ini adalah aktiviti pertama di utara.
In Sha Allah akan ada lagi aktiviti lagi..

KABAKUM99 @ De Pauh Garden.
Geng gegirl yang mai hari tu. Ramai sebenarnya yang dok utara tapi tak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.


Antara gegirl yang mai, aku rasa aku yang paling kembang. Haishhh...
Jeles cheq ngan kekawan yang maintain.. Apa rahsia korang yer?

Aktiviti menunggu waktu berbuka. Biasalah orang perempuan kan... sembang-sembang kisah-kisah baru dan lama. A story to remember.

Menu kami untuk berbuka adalah set nasi ayam yang di hidangkan bersama fresh oren, puding dan satay. Budget dalam 12 henggit seorang. Tak boleh ambik menu yang mahai-mahai sebab perjumpaan bersama keluarga. 



Tengah discuss untuk next aktiviti. Serius jer leader utara (tudung merah) dok bagi penerangan. Geng lelaki asyik dok buat lawak ... penuh dengan gelak ketawa. Meriah!


Ni perkara wajib. Sesi bergambar...Anak-anak kitaorang semua sebaya jer...


Sebelum masuk keta, Joe si tauke baju & big bear buat jualan pulak. Jualan bonet keta katanya.
Apa-apa jelah cikgu joe..


Gambar rasmi ketuk-ketuk ramadhan zon utara.

Lastly, perkenalkan one of my bff. Aku kawan ngan Ruby ni sejak dari sekolah lagi. sekelas masa form 2. Pastu satu uni dan ambik course yang sama jugak.... TAPI aku jeles kat dia. Sebab dia maintain kecik walaupun anak dah 3.huhu...


-xoxo-

16 Jul 2013

Kan Dah Kata Dah...

July 16, 2013 0
Kan Dah Kata Dah...
Assalamualaikum wbt.

Semalam kan entry pasal posa yangyok. Kan dah kata yang anak-anak kecil ni kalau ngan cikgu memang depa tak berani.. Hormat sangat-sangat. Ikut segala arahan yang di berikan oleh cikgu.. Tak kata kat anak-anak sebab aku dulu pun camtu gak. :P

Kan dah kata Aisya tak akan minta nak buka posa ngan cikgu dia... So, semalam daddy dia pi ambik. Masuk ja dalam keta terus cakap kat daddy yang dia lapar... Siannya kat Aisya. Sampai rumah terus berbuka dengan makanan yang dia beli kat pasar ramadhan. Kiranya semalam waktu berbuka dia jam 5.00 petang. Ok la tu kan bagi budak yang baru belajar berpuasa. 

Hari ni tak nak bangun sahur tapi nak puasa. Boleh tahan ke?
Harap-harap dia dapat bertahan... setengah hari pun jadilah.

-xoxo-



15 Jul 2013

Posa Yangyok, Tengahari Buka Periuk

July 15, 2013 0
Posa Yangyok, Tengahari Buka Periuk
Assalamualaikum wbt.

Korang posa tak hari ni? hihi...
Kalau orang perempuan tak posa tu aku paham sangat. Kalau orang lelaki apa sebabnya? 
Mai bulan jugak ka? Silalah jawab... :P

Penah dengar tak posa yangyok. Kalau kat utara ni, posa yangyok adalah istilah kepada bebudak yang baru nak belajar posa cam anak dara aku.

Dulu-dulu ada lagu untuk posa yangyok ni. lebih kurang camni la.. sambungan dia tak ingat. dah lama tak dengaq.

'posa yangyok, tengahari buka periuk'

kakak Lapaq..huhuhu

Anak dara ni baru umur 5 tahun. Nak posa cam upin ipin katanya. Bertahan sehingga pukul 12 ja sebab adik minum susu. Takleh tahan dah.. lapaq katanya... Yang sebenarnya tak tahan tengok adik minum guna botol.
kakak... kakak! Macam nilah agaknya kalau anak belum tinggal botol susu...

Itu cerita hari pertama. Cerita hari kedua sehingga kelima, dah takmo bangun sahur. Alahai kakak...

Semalam balik dari sekolah bagitau yang cikgu tanya posa atau tak. Sebelum tidoq pula, pesan nak bangun sahur... kakak nak posa. Hmmm... mesti sebab cikgu tanya siang tadi. 
pagi tadi dah sahur. Takmo nasi... Sahur biskut cicah teh o ja. Boleh tahan ka?

Tadi sebelum pergi keja siap pesan suruh buka kalau tak tahan... 
Apa cer kena tunggu balik keja petang satgi. Harap-harap tak menangis.... Biasalah budak-budak dengan cikgu ni takut skitt walaupun cikgu tu tak garang. Nak minta apa-apapun tak berani. Cikgu suruh tidur, depa tidur.. Kat sekolah disiplin, balik rumah hampeh. Dah train tapi still taknak ikut.

Kepada kakak-kakak yang anak dah besar-besar, camna korang train anak-anak posa?
cer kongsi skit.. cheq ni takdak pengalaman lagi. Anak baru nak membesar la katakan!

-xoxo-


10 Jul 2013

Puasa Ramadhan: Sunat, makruh dan batal

July 10, 2013 0
Puasa Ramadhan: Sunat, makruh dan batal
Assalamualaikum wbt.

Sedikit info sharing berkenaan puasa ramadhan. Perkara-perkara yang menjadi sunat untuk di amalkan sepanjang ramadhan, makruh dan yang membatalkan puasa. Update diri, update minda ... In Shaa Allah berjaya dunia dan akhirat.

Sunat-sunat Puasa:
  1. Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
  2. Makan sahur walaupun sedikit.
  3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”. Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
  4. Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
  5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
  6. Memperbanyakkan sedekah.
  7. Beriktikaf siang hari dalam masjid.
  8. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
  9. Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
  10. Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
  1. Berdusta, berbohong.
  2. Mengumpat, mengata orang.
  3. Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
  4. Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
  5. Marah.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”. (Hadis menurut Sahih Muslim)
Membatalkan Puasa sekiranya
  1. Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
  2. Muntah dengan sengaja.
  3. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
  4. Haid atau nifas.
  5. Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
  6. Murtad (keluar dari Islam).
  7. Gila (hilang akal).

Salam Ramadhan

July 10, 2013 0
Salam Ramadhan
Assalamualaikum wbt.

Salam ramadhan. Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua.
Di sini juga aku ingin memohon kemaafan di atas kesilapan, kekhilafan dan kelancangan  mencoret kata di blog ini.  

Ramadhan kali ini amat bermakna kepada aku kerana Aisya belajar berpuasa dan hari ini adalah sahur pertamanya.  Katanya nak puasa macam upin-ipin. Kuat betui pengaruh upin -ipin. 
Pagi ini juga dia nak sembahyang subuh jemaah. Selalunya bila suruh, memang liat... 
Alhamdulillah. Berkat ramadhan kali ini.


Walaubagaimanapun aku tak paksa dia untuk berpuasa sepenuh hari. Minta dia berbuka kalau tak tahan. 
Tapi sehingga saat ini, dia masih berpuasa. Alhamdulillah.

-xoxo-

4 Jul 2013

Fried Spaghetti With Beef, Seafood and Dried Chiles

July 04, 2013 0
Fried Spaghetti With Beef, Seafood and Dried Chiles
Assalamualaikum wbt.

Kemain panjang tajuk entry hari ni.
Hihihi. 
Terpengaruh ngan Che Mat Gebu sebenarnya. Nama menu sedap di tambah lak ngan  gambar yang cantik. Telan air liur jelah... Oh tidak! Bakat yang ada jangan di sia-siakan. Dan hasilnya adalah seperti di bawah.

Live from my wok.

Bahan-bahan (Sukatan untuk 4 orang makan)

1/2 paket spaghetti jenama Barilla ( boleh di dapati di semua cawangan Tesco).
100gm daging tempatan
15 ekor udang
2 ekor sotong ( di potong bulat-bulat)
1/2 biji bawang holland (potong dadu)
5 biji cili kering ( potong 3)
1/2 biji Capsicum (potong dadu)
4 sudu minyak masak 
1 ketul kiub ayam
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:
Masak daging sehingga empuk. Setelah empuk tumiskan bawang, cili kering. Setelah agak garing masukkan udang dan sotong sehingga masak. Selepas itu masakkan daging dan renehkan sekejap.Masukkan spaghetti yang telah di rebuskan kedalam bahan tumisan. masukkan kiub ayam dan garam. Gaul rata. Rasa sebelum hidangkan.

Mudahkan! Inilah antara masakan yang cepat bagi ibu-ibu yang bekerja macam saya.

-xoxo-

3 Jul 2013

No Rice For Lunch?

July 03, 2013 0
No Rice For Lunch?
Assalamualaikum wbt.

Diet.
Aku cuba untuk menurunkan berat badan. Macam-macam dah buat tapi still dok camtu gak.
Susah betui nak turun... Tak macam zaman bujang dulu. Diet skit jer dah nampak perbezaaan.

Sekarang ni, semperna nak sambut posa jugak... Aku telah mencabar diri ini tidak makan benda berat untuk lunch, breakfast & dinner. Yang ringan-ringan ja... 
Ringan ke? Cuba korang tengok... betui ka ringan?

Breakfrast
Tosai/ Roti telur/Bubur

Lunch
Bihun Sup/Tomyam
** Kekadang no lunch. Bergantung kepada breakfast.

Dinner
Roti/Pasta/steak/chops/bihun goreng/satay/charkoayteow
** bergantung kepada permintaan anak2. Kekadang tu makan buah jer...

Alhamdulillah. Minggu ni dah 3 hari tanpa nasi... and i'm still steady. Takdak la rasa pening, mual or craving for nasi. Chaiyokkk!

Selain tu jugak, aku masih mengekalkan diet tanpa supplement untuk kurus dan juga tanpa korset.
Menjadi ke tak? hahaha...
Tunggu yer.

Diet aku juga bergantung kepada hari dan event.
Kalau ada event tu ttp akan makan cuma dalam kuantiti yang skittt.
Berat badan sekarang 63kg. Target nak turun sehingga 57kg. Agak2 lepas posa dapat tak?

Oppps sebelum terlupa, esok opis aku buat kenduri sambut ramadhan. Satu bangunan gotong royong masak. Unit aku kena masak nasi.. Masak dalam econ. Best!
Ni yang di katakan diet bergantung pada hari.. Hehehe

Doakan aku berjaya turunkan berat badan sehingga 57kg yer. Kalau korang ada cara terbaik untuk turunkan berat badan, share la ... Kita sama-sama diet.
 :P


-xoxo-

2 Jul 2013

Saya Suka Awak Suka

July 02, 2013 0
Saya Suka Awak Suka
Assalamualaikum wbt.

Weekend hari tu anak dara aku request aiskrim malaysia kaler pink.
Ini adalah salah satu aktiviti ngan anak dara di dapur. Secara tak langsung mengajar dia cara-cara memasak, membuat aiskrim dan paling penting membantu mummy di dapur. Zaman sekarang bukan senang tau anak dara nak dok dapur... Masing-masing lebih senang dengan laptop, ipad dan handphone yang canggih manggih.

So, untuk memenuhi permintaan anak dara, aku bancuh bandung satu jag kecik. Boleh dapat dalam 15 batang aiskrim. Cukup untuk stok seminggu sebab sehari hanya sebatang aiskrim saja boleh makan (syarat oleh daddy dia). Bukan apa, cuaca tak menentu.... Dan nak mengekalkan kesihatan anak-anak.

Bila dah siap tu, anak dara ni angkut sebatang...sebatang ..masukkan dalam fridge sambil nyanyi dan menari  lagu kat bawah.

Saya suka, awak suka...
Aiskrim pink... pink.. pink

*** sila nyanyi ikut rentak lagu iklan Nespray penaja rancangan Ceria PopStar.

Aiskrim malaysia namanya...
-xoxo-

1 Jul 2013

Cerita Jumaat Update Senin..

July 01, 2013 0
Cerita Jumaat Update Senin..
Assalamualaikum wbt.

Seperti yang di janjikan. Update cerita jumaat hari tu....  Cerita hi-tea & tukar-tukar hadiah.

Kami hi- tea kat Restoran Pen Mutiara Curry House, Butterworth. Nampak tak gambar kat bawah tu?
Berada di kedudukan yang strategik sebab di belakang restoran ni adalah rope walk ( macam bazar niaga giteww.).


Kepada yang berminat nak cuba makan di sini, kat bawah ni hah alamat dia. Ada 2 cawangan, satu kat pulau dan satu lagi kat Butterworth ( orang utara kata Bagan).


Menu yang di tempah oleh kelab kami hari tu... tajuk hi- tea tapi menu lunch.
Hentam sajalahhh kannnn!


Sorong goreng tepung, siakap sweet sour, buah-buahan, telur dadar dan yang paling best kari kepala ikan. 
Berasap-asap lagi you all! Kansel diet hari tu...... 
Buat pengetahuan semua, hidangan ni adalah untuk 10 orang makan. Berapa RM tak dapat nak share sebab semua di uruskan oleh kelab. Aku jadi tukang makan jer... hehehe


Pas makan baru acara tukar-tukar hadiah. Sorry tak sempat nak snap pertukaran hadiah sesama ahli kelab sebab terlampau sibuk dok tengok sapa kena tukar dengan sapa. Pastu ada penghangat majlis dok usik mengusik anak dara ngan anak teruna...
Mana tau dari usik-mengusik boleh makan nasi minyak...
:D

Oklah sambung tengok kes pelanggan lak. Ni update 2 in 1... Sambil buat keja sambil update..
Thinks outside of the box kannnn!
-xoxo-