October 2023 - Cahaya Hayati

9 Oct 2023

Sunscreen Aloe Vera Terbaik Untuk Kulit Berminyak - Ringan, Lembap, Tidak Berminyak & Cepat Meresap

October 09, 2023 0
Sunscreen Aloe Vera Terbaik Untuk Kulit Berminyak - Ringan, Lembap, Tidak Berminyak & Cepat Meresap

Hi korang! CH baru mencuba Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature. Baru tak baru dah hampir sebulan la jugak. Dah cuba sendiri baru berani nak share dengan korang. Produk baik kena share dan sebarkan.. Untuk wanita kepada wanita gitue. Hahaha.. Apa-apa pun Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature memang best dan tak nyesal cuba. Nak tahu, sila scroll ke bawah dan ke bawah lagi... 

Sunscreen Aloe Vera Terbaik Untuk Kulit Berminyak - Ringan, Lembap, Tidak Berminyak & Cepat Meresap, sunscreen. sunblock, Hansaegee, sunscreen terbaik


Hansaegee Nature Sunscreen Aloe Vera SPF 50 mempunyai pelindung UV yang sangat kuat iaitu SPF50+ PA+++. Tekstur sunscreen aloe vera ini sangat lembap, ringan so tak clog pores dan teksturnya yang smooth menjadikan senang pakai dan cepat meresap ke dalam kulit. Sangat senang untuk menyerap ke dalam kulit. Paling best dia takde rasa melekit atau muka nampak berkilat selepas menggunakannya. Rasa macam tak pakai apa-apa selepas disapu dan menyerap ke dalam kulit. Kulit pun jadi lembut dan rasa lembap ja. Lebih-lebih lagi bila pakai masa cuaca panas. 


Sunscreen Aloe Vera Terbaik Untuk Kulit Berminyak - Ringan, Lembap, Tidak Berminyak & Cepat Meresap, sunscreen. sunblock, Hansaegee, sunscreen terbaik
Hansaegee Nature Suncreen Aloe Vera SPF 50 


Aloe Vera Sunscreen ini merupakan krim muka pelindung matahari dari Hansaegee Nature yang mengandungi Aloe Vera sebagai bahan utama yang mampu melembapkan muka. Selain itu Aloe vera juga boleh melegakan kulit (soothing skin). Bahan lain yang terdapat dalam sunscreen ini adalah Sodium Hyaluronic, Glycerin dan Allantoin. Ini menjadikan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen satu produk yang sangat bagus dan sesuai untuk semua jenis kulit. Sunscreen/sunblock aloe vera tiada bahan terlarang - tiada paraben, tiada alkohol dan tiada sulfate. 

 

Sunscreen Aloe Vera Terbaik Untuk Kulit Berminyak - Ringan, Lembap, Tidak Berminyak & Cepat Meresap, sunscreen. sunblock, Hansaegee, sunscreen terbaik
Tekstur sunscreen/sunblock aloe vera yang lembut dan ringan


SUNSCREEN ALOE VERA THE BEST HYBRID SUNSCREEN 2023


Apa itu hybrid sunscreen? Hybrid Sunscreen merupakan gabungan dari chemical sunscreen dan physical sunscreen. Hybrid sunscreen menggabungkan fungsi memantulkan sinar UV dari physical sunscreen dan fungsi menyerap sinar UV dari chemical sunscreen. boleh dikatakan bahwa hybrid sunscreen merupakan versi upgrade dari physical sunscreen dan chemical sunscreen.

 

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen adalah hybrid sunscreen kerana ia mempunyai SPF50, membantu merawat kulit, mencegah jerawat, sesuai di gunakan oleh semua jenis kulit dan tidak memberi kesan allergi kepada pengguna. The best hybrid sunscreen 2023!


Sunscreen Aloe Vera Terbaik Untuk Kulit Berminyak - Ringan, Lembap, Tidak Berminyak & Cepat Meresap, sunscreen. sunblock, Hansaegee, sunscreen terbaik

Sunscreen terbaik boleh bawa travel 


           


Selain itu, sunscreen ini mempunyai warna hijau lembut. Sangat natural bila menggunakannya. Tak beri kesan putih dan tidak meninggalkan white cast di muka selepas memakainya tapi memberi kesan cerah semulajadi pada warna kulit. Best sangat!


Sunscreen Aloe Vera Terbaik Untuk Kulit Berminyak - Ringan, Lembap, Tidak Berminyak & Cepat Meresap, sunscreen. sunblock, Hansaegee, sunscreen terbaik
   apply sunscreen aloe vera kat muka

Sunscreen Aloe Vera Terbaik Untuk Kulit Berminyak - Ringan, Lembap, Tidak Berminyak & Cepat Meresap, sunscreen. sunblock, Hansaegee, sunscreen terbaik

Sapu rata sunscreen. Boleh reapply sunscreen bila-bila masa saja.


KRIM MUKA ALOE VERA SUNSCREEN UNTUK KULIT BERMINYAK


Sepertimana yang kita tahu, Aloe Vera digunakan secara meluas dan sangat sesuai untuk merawat kulit yang bermasalah serta boleh melembapkan kulit muka. Sebab itulah sunscreen ini sesuai untuk orang yang mempunyai kulit yang sensitif kerana bahan yang digunakan dalam sunscreen ini sangat baik dan sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya korang yang ada masalah kulit berminyak. Malah membantu untuk mengawal kulit yang bermasalah seperti bekas jerawat, jerawat pasir dan tona kulit yang tidak sekata. 


Sunscreen Aloe Vera ini sesuai untuk korang yang mempunyai kulit berminyak kerana ia tidak memberi kesan berminyak di muka walaupun di gunakan berulang kali. Merupakan sunscreen yang sesuai dan bagus untuk korang. 


Dibawah adalah eksperimen untuk menguji kesan minyak selepas sunscreen aloe vera di letakkan di atas kertas. Sunscreen/sunblock ini terbukti sunscreen yang tidak berminyak dan cepat menyerap ke dalam kulit.


Sunscreen Aloe Vera Terbaik Untuk Kulit Berminyak - Ringan, Lembap, Tidak Berminyak & Cepat Meresap, sunscreen. sunblock, Hansaegee, sunscreen terbaik
Sunscreen yang tidak berminyak dan sangat sesuai dijadikan sunscreen for oily skin

 

3 KELEBIHAN SUNSCREEN ALOE VERA YANG BAGUS DARI HANSAEGEE NATURE2


Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen mempunyai 3 kelebihan yang memang wanita guna setiap hari. 3 kelebihan tersebut adalah:-


1. UV Protection (Sunscreen SPF 50 PA+++ Terbaik)

Selepas guna sunscreen ni, CH rasa jeragat di muka CH makin pudar. Tak ketara sangat.. Kalau tak, bergambar ja mesti nampak ketara. Nampak 2 tone warna kulit muka. Tak suka sungguh.. Bila dah guna sunscreen ni, nampak pudar dan tak ketara di muka maka hobi suka selfie tu boleh la CH mula balik. Hahaha.. 

 

2. Soothing Skin

Kulit muka CH pun dah jadi semakin lembut, lembap,mengurangkan masalah jerawat pasir dan pori-pori besar pun dah semakin halus. Memang recommend untuk korang guna sunscreen ni terutamanya korang yang ada masalah kulit dan kulit sensitif. 


3. Makeup Base

Terus terang cakap, ini sunscreen pertama yang CH pakai setiap hari sebelum bersolek ke tempat keja atau jalan-jalan. Boleh la CH bawa ke mana saja. Jimat dan ringan sikit beg make up CH. 

 


BILA WAKTU SESUAI UNTUK PAKAI SUNSCREEN / SUNBLOCK?


Sunscreen perlu di pakai 15-30 minit sebelum kulit kita terdedah kepada cahaya matahari. Ia adalah selepas pemakaian moisturiser dan sebelum memakai CC cream atau fondation. 


Pemakaian sunscreen 15-30 minit lebih awal akan memberi masa sunscreen bertindak sebagai lapisan perlindungan kulit.

 

REVIEW ALOE VERA SUNSCREEN TERBAIK


Sunscreen terbaik! Walaupun sunscreen aloe vera ini merupakan sunscreen aloe vera pertama yang CH guna, ia sangat best dan boleh pakai hari-hari sebelum make up atau pergi berjalan-jalan. Tak risau walaupun kena kerja di bawah panas terik. 


Mempunyai 3 fungsi dalam satu tube, membolehkan CH bawa ke mana saja. Jimat dan ringan sikit make up bag CH. 


Sunscreen Aloe Vera Terbaik Untuk Kulit Berminyak - Ringan, Lembap, Tidak Berminyak & Cepat Meresap, sunscreen. sunblock, Hansaegee, sunscreen terbaik


Selain itu, perubahan ketara yang CH alami selepas menggunakan sunscreen/sunblock ini adalah jeragat CH semakin pudar, terkawal dan tidak merebak atau membesar di kawasan lain. Walaupun tak ketara tapi bila nampak perubahan tu, dah buat hati CH berbunga-bunga dan senang hati. Kalau tak mesti nampak 2 tona kulit. Tak suka sungguh. Nasib baik sunscreen aloe vera ni membantu merawat kulit muka CH. Boleh la CH kembali ber'selfie' dengan lebih yakin. 


Kesan lain apabila memakai sunscreen aloe vera spf 50+ PA+++ ini setiap hari, kulit muka menjadi semakin lembut, lembap, pori yang terbuka pun semakin halus dan masalah jerawat pasir pun makin kurang. 


The best sunscreen!


Sunscreen Aloe Vera Terbaik Untuk Kulit Berminyak - Ringan, Lembap, Tidak Berminyak & Cepat Meresap, sunscreen. sunblock, Hansaegee, sunscreen terbaik

Untuk maklumat lanjut tentang sunscreen ini dan produk Hansaegee Nature yang lain, korang bolehlah layari media sosial Hansaegee Nature di bawah:-

 

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Sunscreen Aloe Vera Terbaik Untuk Kulit Berminyak - Ringan, Lembap, Tidak Berminyak & Cepat Meresap, sunscreen. sunblock, Hansaegee, sunscreen terbaik