January 2019 - Cahaya Hayati

28 Jan 2019

Kembali Ke Sekolah Bersama Kit Pembasmi Kuman Antabax

January 28, 2019 2
Kembali Ke Sekolah Bersama Kit Pembasmi Kuman Antabax
Adakah anda bimbang ketika hendak menghantar anak ke sekolah untuk sesi persekolahan tahun 2019, terutama jika mereka akan memasuki pra-sekolah buat kali pertama atau beralih ke sekolah rendah? Walau kanak-kanak mungkin rasa sangat teruja kerana akan bertemu kawan-kawan baru, Antabax memahami perasaan ibu bapa mengenai aspek kebersihan anak-anak.

Pada tahun 2018, sebanyak 58,693  kes Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan sehingga 6 September 2018. Angka ini 127% lebih tinggi berbanding keseluruhan kes yang dilaporkan pada tahun 2017 dalam tempoh sama. 

Pelindung anak-anak dari kuman 

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menganggarkan 80 peratus jangkitan tersebar menerusi tangan . Justeru, memastikan tangan sentiasa bersih dapat mencegah penyakit berjangkit daripada merebak. Dengan mengamalkan kebersihan tangan, risiko dijangkiti penyakit berjangkit seperti influenza, keracunan makanan serta Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) dalam kalangan pelajar dan keluarga mereka dapat dikurangkan. 

Tetapi, air bersih mungkin tidak ada sepanjang masa bagi membolehkan anak kecil anda membersihkan tangan mereka daripada kuman. Kit pembasmi kuman dapat membantu anak anda!

Kit Pembasmi Kuman Antabax, Rakan Kebersihan Anak Anda 

Untuk memberi ketengan minda, bekalkan anak anda dengan Kit Pembasmi Kuman Antabax (Antabax Sanitizing Kit). Kit tersebut mengandungi Antabax Antibacterial Cleansing Wipes, Instant Hand Sanitizer dan Hand Sanitizer Spray, yang mudah dimuatkan di dalam beg galas anak anda. Ianya padat dan mudah digunakan untuk situasi di sekolah dan dalam kelas apabila air bersih mungkin tidak tersedia ada.

Antabax Sanitizing Kit

Rangkaian produk pembersih Antabax dapat membantu membunuh 99.9% kuman berbahaya. Ia juga diformulasi dengan vitamin untuk kulit dan Aloe Vera untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan lembab. Sistem Perlindungan Derma yang mengandungi Serum Lembapan Mikro akan menjadikan tangan lebih lembut, licin dan segar. Diuji secara dermatologi dan terbukti lembut ke atas kulit yang paling sensitif, rangkaian pembersih Antabax sesuai untuk digunakan setiap hari, walaupun oleh anak-anak kecil. 

Menurut Pengurus Kanan Produk Jabatan Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi, bahagian Pemasaran Lam Soon, Mandy Lee, penjagaan kebersihan tangan harus diamalkan sejak usia muda kerana ia akan menjadi satu tabiat yang baik dan diingati sehingga mereka membesar.  

Kit Pembasmi Kuman Antabax

“Sebagai ibu, saya juga berasa bimbang anak-anak mendapat jangkitan di sekolah. Sebab itulah penting bagi ibu bapa mengajar anak kecil mengenai kebersihan tangan, bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul dan bila hendak membasuh tangan yang kotor kerana ia merupakan cara paling mudah untuk penyakit berjangkit boleh merebak. Matlamat kami ialah untuk menjadikan penjagaan kebersihan yang baik satu amalan.” 

Antabax shower foam

Instant Hand Sanitizer

Hand Sanitizer Spray

Antabax Antibacterial Cleansing Wipes

“Dalam ketiadaan air bersih dan sabun, Kit Pembasmi Kuman Antabax boleh menjadi alternatif terbaik untuk membersihkan tangan dengan cepat dan mudah. Kit ini sangat berguna untuk membersihkan tangan dan permukaan seperti meja dan barangan peribadi. Di tahun yang baru ini, kami ingin mengingatkan tentang pentingnya mengamalkan tabiat membersihkan tangan untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit,” kata Lee.  

Kit Pembasmi Kuman Antabax boleh didapati di farmasi-farmasi dan peruncit utama di seluruh negara. Untuk keselesaan anda, ia juga boleh dibeli menerusi e-stor Antabax di laman Lazada www.lazada.com.my/antabax .

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax dan mengikuti tip-tip kebersihan terbaik bagi menjalani gaya hidup yang sihat dengan penuh keyakinan, sila “Like” Facebook Antabax di www.facebook.com/NewAntabax atau ikuti Instagram rasmi Antabax di @antabax

25 Jan 2019

Salam Jumaat & Bila Waktu Telah Berakhir

January 25, 2019 1
Salam Jumaat & Bila Waktu Telah Berakhir
Salam Jumaat buat semua kawan-kawan yang singgah di sini. Semoga segala pintu-pintu kebaikan terbuka luas untuk kita hari ini. Semoga hari ini dan hari akan datang lebih baik dari semalam. Semoga dieratkan silaturrahim antara kita. In sha Allah.

salam jumaat
Salam Jumaat & Bila Waktu Telah Berakhir

Oh yer, pagi ini mommy mendengar satu lagu yang menyentuh hati dan jiwa mommy. lagu nyanyian Opick iaitu Bila Waktu Telah Berakhir. Hampir menitis air mata dan tak terbayang dengan minda apa yang akan terjadi bila waktu telah berakhir. Sempatkah kita mengucap dua kalimah syahadah? Sempatkah kita memohon ampun keatas kesilapan yang kita lakukan sesama manusia? Sempatkah kita membawa bekal untuk ke sana? Sempatkah kita .... Berapa banyakkah kesempatkan yang kita ada sebelum waktu berakhir? 

Bila membayangkan, mommy tak rasa ada kesempatan kecuali keajaiban untuk memberi kita peluang kedua untuk memohon maaf dan membetulkan kesilapan kita. Takuttt sangat. 

So, dikesempatan ini... Mommy memohon maaf dan ampun di atas kesalahan yang mommy lakukan dengan sengaja, tak sengaja, dengan perbuatan, dengan penulisan, dengan lisan atau apa saja. Mohon juga untuk halalkan apa yang mommy telah ambil, telah makan atau menggunakan. Maaf yer. 

Oklah. Takmo sedih-sedih. Jom kita hayati lagu Bila Waktu Telah Berakhir dari Opick ni. Moga ia menginsafkan dan menyedarkan kita. Aminnn!

Bila Waktu Telah Berakhir

Opick

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara?
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan pergi meninggalkan dirimu?

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari?
Masihkah ada jalan bagimu
Untuk kembali mengulang ke masa lalu?

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada
Akan kembali pada-Nya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi
Ho-oo-ooo-ooo
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi

24 Jan 2019

Lirik Lagu Dan Video Klip Temberang Aida Jebat Best Sangat

January 24, 2019 0
Lirik Lagu Dan Video Klip Temberang Aida Jebat Best Sangat
Lirik Lagu Dan Video Klip Temberang Aida Jebat Best Sangat. Amboiiiii dalam diam-diam ja si Aida Jebat ni keluarkan lagu dan video klip baru. Bukan baru lagi tapi dah dekat sebulan dah sampai view video klip ni pun dah 7 juta lebih. Pertama sekali tengok video klip ni rasa tak percaya yang vidoe klip ini artis tempatan. Best sangat sampai rasa nak menari sama... 

Lirik Lagu Dan Video Klip Temberang Aida Jebat Best Sangat
Lirik Lagu Dan Video Klip Temberang Aida Jebat Best Sangat

Kalau tak percaya, korang layan sendiri lagu dan video klip Aida Jebat ni... Yay or Nay korang jawab sendirilah yer.. 

Lirik Lagu Temberang

Ayda Jebat

Aduh Aduh aduh
Aduh Aduh abang
Aduh Aduh aduh aduh jangan
Aduh Aduh engkau temberang

Aduh Aduh aduh aduh
Aduh Aduh sayang
Aduh Aduh silap besar abang
Aduh Aduh kalau kau temberang

Bilang Padaku apa kau mahu
Mahu Diriku dekat dekat tapi engkau malu
Katakan Saja ku yang kau punya
Janji Bahagia jangan biar tunggu lama lama

Kerna Ku mahu kau selamanya untukku
Katakan Engkau mahu

Aduh Aduh aduh
Aduh Aduh abang
Aduh Aduh aduh jangan
Aduh Aduh engkau temberang

Aduh Aduh aduh aduh
Aduh Aduh sayang
Aduh Aduh silap besar abang
Aduh Aduh kalau kau temberang

Hadir Dirimu dalam hidupku
Biar Selalu malam malam ku mimpikan kamu
Kerna Ku mahu kau selamanya untukku
Katakan Engkau mahu

Aduh Aduh aduhh
Aduh Aduh abang
Aduh Aduh aduh jangan
Aduh Aduh…

18 Jan 2019

Review Althea Pore Purifying Serum Cleanser

January 18, 2019 0
Review Althea Pore Purifying Serum Cleanser
Review Althea Pore Purifying Serum Cleanser. Korang, korang pernah tak rasa bila cuci muka tapi rasa muka tu macam tak berapa bersih dan segar? Mommy pernah rasa bila banyak bekerja di luar dalam keadaan panas, peluh dan suasana berdebu. Tak puas hati, mommy cuci muka dua kali guna pembersih yang sama. Rupanya cara mommy tu salah. hihi... Maaflah zaman tu, memang mommy tak tahu sangat bab-bab nak jaga kecantikan. 

Sebenarnya bila mommy rasa macam tu, mommy perlu buat  DOUBLE CLEANSING sebab ada kotoran yang boleh di cuci dengan pembersih muka yang biasa dan ada kotoran yang perlu menggunakan minyak untuk bersihkan. Korang yang pakar bab kecantikkan ni confirm tahu apa itu DOUBLE CLEANSING kan? Bagi yang tak tahu, Double Cleansing bermaksud membersihkan muka 2 kali iaitu pertama dengan pembersih berasaskan minyak dan sekali lagi dengan pembersih berasaskan minyak. Double Cleansing ini sangat membantu untuk menanggalkan kotoran yang degil, asap, minyak dan debu, pori tersumbat dan kotoran yang menyebabkan terjadinya jerawat. 

Dulu-dulu, mommy banyak melihat senior di tempat kerja menggunakan minyak zaitun untuk menanggalkan make up sebelum mencucinya dengan pencuci biasa. Rupanya ia adalah teknik untuk menanggalkan kotoran degil sebelum mencucinya dengan pencuci biasa. Teknik ini agak remeh dan menyebabkan ramai yang mengabaikannya. 

Namun, produk kecantikan juga melalui proses inovasi seiring dengan zaman maka terhasillah double  cleanser untuk  double cleansing. Terbaru Althea telah mengeluarkan produk barunya lagi iaitu PORE PURIFYING SERUM CLEANSER. Mommy dah cuba dan ia sangat BEST! Kalau nak tahu sebab apa Pore Purifying Serum Cleanser ni best, kena baca sampai habis tau.

ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER

Althea Pore Purifying Serum Cleanser adalah produk 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai double cleanser dan juga serum. Apa maksudnya? Pembersih ini menggunakan formula serum untuk melembapkan kulit, membersihkan liang dan mengimbangi tahap PH untuk kulit semakin sihat. Wahhh bestnya!.

 Althea Pore Purifying Serum Cleanser, Althea, pencuci muka paling best, pencuci muka paling best di althea, double cleansing, serum cleanser, althea serum cleanser, maksud double cleanser, pore purifying serum cleanser, review  Althea Pore Purifying Serum Cleanser, sistem dwi kelembapan, kelebihan  Althea Pore Purifying Serum Cleanser, fungsi  Althea Pore Purifying Serum Cleanser, bahan dalam  Althea Pore Purifying Serum Cleanser
 Althea Pore Purifying Serum Cleanser

Fungsi Althea Pore Purifying Serum Cleanser

  • Sebagai pembersih keseimbangan pH kerana mempunyai tahap pH 5.5 hingga 6.5 untuk melegakan kulit.
  • Membersihkan kulit secara mendalam dengan perlahan-lahan mencairkan sisa solekan, kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit dan menyebabkan kerengsaan kulit.
  • Membuang sel kulit mati serta mengetatkan liang pori terbuka dengan kuasa pembersihan ekstrak pudina.
  • Menggunakan sistem kelembapan dwi iaitu selepas pembersihan, formula serum akan menutup kulit dan membuatnya terhidrasi dari dalam ke dalam.
 Althea Pore Purifying Serum Cleanser, Althea, pencuci muka paling best, pencuci muka paling best di althea, double cleansing, serum cleanser, althea serum cleanser, maksud double cleanser, pore purifying serum cleanser, review  Althea Pore Purifying Serum Cleanser, sistem dwi kelembapan, kelebihan  Althea Pore Purifying Serum Cleanser, fungsi  Althea Pore Purifying Serum Cleanser, bahan dalam  Althea Pore Purifying Serum Cleanser
150 ml untuk RM33.00. Sangat berbaloi...

Sistem Dwi Kelembapan Dan Kelebihannya

Kalau dalam fungsi ke-4 Althea Pore Purifying Serum Cleanser di atas ada di sebutkan tentang Althea Pore Puriying Serum Cleanser ada sistem dwi kelembapan. Korang tahu tak apa itu sistem dwi kelembapan tu? Menurut info yang mommy dapat dari web Althea, sistem dwi kelembapan tersebut adalah gabungan di antara air dan minyak dalam lapisan bertindih yang dapat menghapuskan sisa solekan, peluh dan kotoran.

 Althea Pore Purifying Serum Cleanser, Althea, pencuci muka paling best, pencuci muka paling best di althea, double cleansing, serum cleanser, althea serum cleanser, maksud double cleanser, pore purifying serum cleanser, review  Althea Pore Purifying Serum Cleanser, sistem dwi kelembapan, kelebihan  Althea Pore Purifying Serum Cleanser, fungsi  Althea Pore Purifying Serum Cleanser, bahan dalam  Althea Pore Purifying Serum Cleanser
mampu menanggalkan make up waterproof.
Sumber : Althea

Serum Cleanser ini sangat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif kerana ia dapat memberi kelembapan kepada kulit, menghapuskan cela dan juga membersihkan kulit dengan hanya melalui beberapa sapuan saja. Yang paling best bila guna serum cleanser ini adalah teksturnya yang ringan dan tak berminyak seperti oil cleanser yang lain.

Selain dari sistem dwi kelembapan, Serum Cleanser ini juga membersihkan liang secara 3 dalam 1 dengan ektrak pudina dan membuang kotoran dengan Mild Plant Based. Sebab itulah ia memberi kesan dingin dan tenang bila di gunakan, anti bakteria untuk mengekalkan kulit yang sihat sekaligus melegakan keradangan yang disebabkan oleh jerawat. Ia juga menanggalkan sel kulit mati, menanggalkan kesan kotoran degil seperti make up jenis waterproof dan juga menghaluskan liang di wajah.

Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini sangat sesuai untuk yang mempunyai kulit seperti di bawah:-

  • Kulit yang sensitif
  • Yang mahukan mencuci dengan cepat tanpa melalui proses banyak kali
  • Yang perlukan kelembapan untuk kulit kering
  • Yang suka pakai make up waterproof

 Althea Pore Purifying Serum Cleanser, Althea, pencuci muka paling best, pencuci muka paling best di althea, double cleansing, serum cleanser, althea serum cleanser, maksud double cleanser, pore purifying serum cleanser, review  Althea Pore Purifying Serum Cleanser, sistem dwi kelembapan, kelebihan  Althea Pore Purifying Serum Cleanser, fungsi  Althea Pore Purifying Serum Cleanser, bahan dalam  Althea Pore Purifying Serum Cleanser
macam gambar passport daaa.. 

Setelah mencubanya, mommy sangat suka dengan serum cleanser ni. Best dan mommy tak perlu lakukan 2 kali proses membersihkan wajah setiap hari. Paling best bila pakai ja, kulit muka terasa lembap dan segar dan bersih sekali. 

So, untuk masuk dalam list siap-siap untuk pembelian seterusnya sebab mommy sangat sukakannya. I like ittt!

So, kalau korang nak dapatkan Althea Pore Purifying Serum Cleanser boleh dapatkan di link di bawah. Harga sangat berbaloi iaitu RM33 dengan isipadu 150ml. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Althea https://my.althea.kr/ dan Instagram www.instagram.com/altheakorea/ .

11 Jan 2019

Printcious | Website Untuk D.I.Y Hadiah

January 11, 2019 2
Printcious | Website Untuk D.I.Y Hadiah
Printcious | Website Untuk D.I.Y Hadiah. Assalamualaikum wbt & salam jumaat uolls. Masuk tahun baru, semangat baru dan azam baru. Yang mana tidak tercapai pada tahun lepas, tahun ni kita berusaha lagi. Yang mana rasa hubungan kekeluargaan, persahabatan ataupun percintaan agak suram, tahun ni kita lakukan sesuatu agar hubungan itu bertambah kuat, bertambah erat. Camna tu? 

Okay, mommy ada cara mommy yang tersendiri. Nak tahu tak?

Cara mommy senang saja. Tak perlu mahal atau berjenama. Janji ikhlas dari hati. Gitewww! Apa yang mommy buat mommy DIY hadiah yang mommy nak berikan kepada yang tersayang. Dah banyak kali mommy buat dengan website PRINTCIOUS ni. Pantas, menarik dan berbaloi.

Printcious | Website Untuk D.I.Y Hadiah, printcious, website untuk customised hadiah, customised gift, diy hadiah, hadiah, tempat untuk personalised hadiah,
Printcious | Website Untuk D.I.Y Hadiah

Terdapat 7 jenis cenderamata yang kita boleh pilih iaitu T-Shirt, Mug, Cushion,Ceramic Tiles, Phone Cases, Puzzles & Mouse Pads. Dengan pilihan ini, kita boleh reka apa saja untuk menambahkan kemesraan dengan yang tersayang.

Printcious | Website Untuk D.I.Y Hadiah, printcious, website untuk customised hadiah, customised gift, diy hadiah, hadiah, tempat untuk personalised hadiah,

Printcious | Website Untuk D.I.Y Hadiah, printcious, website untuk customised hadiah, customised gift, diy hadiah, hadiah, tempat untuk personalised hadiah,

Shopping kat printcious ni pun senang saja. Memula kena daftar akaun. Kemudian pilih hadiah atau cenderahati yang kita nak. Boleh pilih yang dah siap design... Kalau pilih yang kosong, kita pilih create. Pastu pilih warna. Terdapat pelbagai warna yang menarik.. Sesuai dengan tagline ' precious gifts from your heart'.

Printcious | Website Untuk D.I.Y Hadiah, printcious, website untuk customised hadiah, customised gift, diy hadiah, hadiah, tempat untuk personalised hadiah,

Dah selesai. Pastu jangan lupa buat bayaran.. karang cenderahati tu tak sampai pulak. Bagi cenderahati yang melebihi RM75 akan mendapat penghantaran percuma. Bagi barangan yang rosak pula ketika penghantaran, boleh di pulangkan dalam tempoh 7 hari. wahhh bagusnya service printcious.com ni. 

Nak buat personal gift, sila tempah di printcious.com. In Sha Allah anda akan puas hati. 100% pasti. Nak order 'precious gifts from your heart' sila klik link di bawah.

Amalkan 5 Zikir Pembuka Rezeki

January 11, 2019 1
Amalkan 5 Zikir Pembuka Rezeki
Amalkan 5 Zikir Pembuka Rezeki. Assalamualaikum wbt & salam jumaat. Hari ni kerja di luar untuk promosi auto payment di TM Point. Kira buat sales lah kan... Untuk mendapat sales bukan senang. Salah cara promote atau beri jawapan yang tidak memuaskan hati pelanggan terus menyebabkan pelanggan tidak berminat. Tapi, Dengan mengamalkan Zikir Pembuka Rezeki, In Sha Allah rezeki itu datang dengan sendiri.

Zikir-zikir ini kita boleh amalkan ketika tengah drive untuk ke tempat kerja, tengah tunggu pelanggan ataupun ketika kita melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan kita bercakap dengan pelanggan. Mungkin payah masa awal-awal nak buat tapi percayalah ia mengandungi seribu rahmat.

5 Zikir Pembuka Rezeki

  • La hawla wala quwwata illa billah - maksud: tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata

  • La ilaha illallhul malikul haqqul mubin - maksud: Tiada tuhan selain Allah, Raja yang benar dan nyata.
  • Subhanallah wabihmadini subhanallahil adzim - maksud : Maha suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha suci Allah yang maha agung
  • Sallalahu ala muhammad Sallalahu alayhi wassalam - maksud : Semoga Allah memberikan rahmat kepada muhammad, Semoga Allah memberikan selawat dan salam kepadanya
  • Astaghfirullahalazim - maksud: Aku mohon ampunan kepada Allah yang maha agung. 

Zikir Pembuka Rezeki
Zikir Pembuka Rezeki

Selain mengamalkan zikir pembuka rezeki ini, mommy juga amalkan solat sunat Dhuha. Agar segala urusan kita di permudahkan. In sha Allah.

Jom Dhuha. 

10 Jan 2019

Pujaan Hati Adira Suhaimi OST Pujaan Hati Kanda

January 10, 2019 1
Pujaan Hati Adira Suhaimi OST Pujaan Hati Kanda
Pujaan Hati Adira Suhaimi OST Pujaan Hati Kanda. Sejak jadi peminat drama Pujaan Hati Kanda ni, Asyik teringat saja dengan lagu tema drama tu. Feeling habis. Dalam Drama Pujaan Hati Kanda ni, mommy paling suka part kak sue (reen rahim).  Ada saja keletah dan ayat dia yang menghiburkan hati...

Ini sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda. Mengisahkan Danny, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.
  
Pujaan Hati Adira Suhaimi OST Pujaan Hati Kanda, pujaan hati, pujaan hati adira suhaimi, pujaan hati adira, ost pujaan hati kanda, ost drama pujaan hati kanda, tonton online drama pujaan hati kanda, pujaan hati kanda online,
Pujaan Hati Kanda

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi? 

Kalau tak sempat menonton masa pukul 7 tu, mommy akan tonton online di SINI. Ada macam-macam drama yang korang boleh tonton. Takde astro pun no hal lah.. hahaha

Lirik Lagu Pujaan Hati 

Penyanyi : Adira Suhaimi
Lagu : Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
Lirik : Arisz Ab Rahman & Ikhwan Fatanna
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd

Suatu masa dulu
Ku dibuai keliru
Terlena dengan dosa

Kau hadir melengkapi
Segala kekurangan
Di hati kau sejati

Biar berjuta halangan
Rela ku tempuhi
Ku genggam abadi
Demi cinta suci

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini

Lahir sebuah mimpi
Dari satu misteri
Dirimu menantiku

Biar berjuta halangan
Rela ku tempuhi
Ku genggam abadi
Demi cinta suci

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini

Andai perit luka ini
Takkan pernah ku peduli
Biarkan aku teruskan menanti

Kita pastikan bersama
Yakin dengan takdir Tuhan
Kita kan bahagia

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini
Nafas ini

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini

9 Jan 2019

Roti Canai Gemas Road

January 09, 2019 3
Roti Canai Gemas Road
Yeahhh! Salah satu azam tahun 2019 nak update blog setiap hari. Ni pun dah lopong lopong...  dah ke laut. haishhhh. So, agar dia tak ke laut lagi, moh ler kita update.. Kali ni cerita pasal tempat makan. hahaha.. Dekat Penang ada banyak port roti canai yang sedap. Salah satunya adalah Gemas Road. Gemas Road ni terletak di belakang Sekolah Menengah Munshi Abdullah. Orang Penang confirm tau..

Dah banyak kali sebenarnya pergi makan roti canai Gemas Road ni tapi tak terasa nak update dalam blog. Kiranya dari kedai kecil sampai dah viral. Kalau dulu mommy update confirm trafik blog mencanak-canak. Moral of the story, silalah update apa saja.. 

Roti Canai Gemas Road, roti canai sedap, roti canai sedap di Pulau Pinang, roti canai sedap di Penang, roti canai best di Penang, lokasi roti canai gemas road, sedapnya roti canai gemas road, roti canai viral, maps ke roti canai gemas road, gemas road,

Gemas Road

Yang membezakan roti canai Gemas Road ni dengan tempat lain adalah rasa kuah roti canai. Selain kuah parpu biasa, pelanggan juga boleh request roti canai daging, kambing ataupun ayam... Ikut selera masing-masinglah.

Roti Canai Gemas Road, roti canai sedap, roti canai sedap di Pulau Pinang, roti canai sedap di Penang, roti canai best di Penang, lokasi roti canai gemas road, sedapnya roti canai gemas road, roti canai viral, maps ke roti canai gemas road, gemas road,
Tengah kunyah tiba2 nak ambil gambar pula... 

Sedap. Siap boleh request tambah cheese... 

Roti Canai Gemas Road, roti canai sedap, roti canai sedap di Pulau Pinang, roti canai sedap di Penang, roti canai best di Penang, lokasi roti canai gemas road, sedapnya roti canai gemas road, roti canai viral, maps ke roti canai gemas road, gemas road,
Roti canai daging cheese...
Harga pula sangat berpatutan sebab harga roti canai kambing baru RM7. Untuk daging lagi murah. Maaflah sebab bukan mommy yang bayar.. 

Bagi yang tak tahu ke sana, korang boleh follow google maps di bawah. 

8 Jan 2019

Kaki Deko Wajib Tahu, Kenal Dan Shopping Di Kaison Malaysia

January 08, 2019 4
Kaki Deko Wajib Tahu, Kenal Dan Shopping Di Kaison Malaysia
Kaki Deko Wajib Tahu Dan Shopping Di Kaison Malaysia. Hai korang yang kaki deko tu! Korang tahu tak atau kenal dengan Kaison Malaysia? Kenalkan? Tapi bagi yang belum kenal, meh mommy nak kenalkan KAISON. Bila dah kenal, confirm korang akan selalu mendekati dan menyinggah di KAISON. 

Kaki Deko Wajib Tahu, Kenal Dan Shopping Di Kaison Malaysia, kaison malaysia, kaison perak, kaison aeon seri manjung, 10 Barang Wajib Shopping Di Kaison Malaysia-AEON Seri Manjung, kenapa perlu shopping di kaison, sebab-sebab shopping di kaison, apa yang menarik di kaison, kaison utara, kaison, wallpaper kaison, review kaison,
Kaison Malaysia

Kaki Deko Wajib Tahu, Kenal Dan Shopping Di Kaison Malaysia

Kaison Malaysia adalah perintis perniagaan yang khusus kepada haisan rumah. Ia menyediakan pelbagai jenis produk seperti bunga buatan, bakul, pasu porselin dan periuk, barang-barang kaca hidup dan dapur, kanvas lukisan, frame foto, aroma rumah, tirai, kertas dinding dan lain-lain. Kiranya perhiasan dari luar rumah, bilik, ruang tamu dan dapur ada di sini. Best giler! Cuma, perabot jer yang takde. Just items for decoration and you can style by your own way.

Kaki Deko Wajib Tahu, Kenal Dan Shopping Di Kaison Malaysia, kaison malaysia, kaison perak, kaison aeon seri manjung, 10 Barang Wajib Shopping Di Kaison Malaysia-AEON Seri Manjung, kenapa perlu shopping di kaison, sebab-sebab shopping di kaison, apa yang menarik di kaison, kaison utara, kaison, wallpaper kaison, review kaison,

Sebab itulah mommy inform yang kaki deko wajib tahu, kenal dan shopping di KAISON. Tapiiiii, KAISON hanya ada di KL. Sobs sobs sob... Walaupun kat KL, wajib juga terjah ke KAISON bila turun sana. Perempuan la katakan.. hahaha

Itu cerita tahun lepas. Tahun ni mommy ada #Khabarbaik sebab KAISON dah ada di utara. Bestnya! KAISON utara ini terletak di AEON Seri Manjung. Syioklah orang Manjung. Boleh deko rumah cantik-cantik dengan barangan dari KAISON. Oh yer, Aeon Seri Manjung tu besar.. Nah alamat penuh KAISON - AEON Seri Manjung. Barulah korang tak tersesat. 

Kaison Malaysia
Lot G27 & G28 
Ground floor AEON Mall Seri Manjung
Pusat Perniagaan manjung Point 3 
32040 Seri Manjung
 Perak Darul Ridzuan

Nak lagi senang, korang follow saja Google Maps ni. Confirm sampai dalam kedai dia bawa korang. Hahaha. 

Yang paling best bila shopping di KAISON ni adalah dari segi budget. Budget ciput tapi hasil deko macam mahal. Ni yang mommy suka sebab tak perlu keluarkan duit banyak-banyak untuk bagi rumah nampak cantik, mewah dan selesa. 

10 Barang Wajib Shopping Di Kaison Malaysia-AEON Seri Manjung

Actually, KAISON ada banyak item tapi ini adalah antara barang yang wajib dan confirm korang akan beli untuk decorate rumah korang. Nak beli lebih pun takpe... 

Kaki Deko Wajib Tahu, Kenal Dan Shopping Di Kaison Malaysia, kaison malaysia, kaison perak, kaison aeon seri manjung, 10 Barang Wajib Shopping Di Kaison Malaysia-AEON Seri Manjung, kenapa perlu shopping di kaison, sebab-sebab shopping di kaison, apa yang menarik di kaison, kaison utara, kaison, wallpaper kaison, review kaison,

1. Glass Jar

Glass Jar di KAISON memang comel dan setiap glass jar ada tulisan yang melahirkan makna tertentu. Off course wajib beli tambah-tambah lagi bila nak masuk rumah baru.

Kaki Deko Wajib Tahu, Kenal Dan Shopping Di Kaison Malaysia, kaison malaysia, kaison perak, kaison aeon seri manjung, 10 Barang Wajib Shopping Di Kaison Malaysia-AEON Seri Manjung, kenapa perlu shopping di kaison, sebab-sebab shopping di kaison, apa yang menarik di kaison, kaison utara, kaison, wallpaper kaison, review kaison,

 2. Bunga 

Macam kurang berseri rumah kita bila tak letak bunga sepasu dua di dalam rumah. So, bunga pun termasuk dalam senarai wajib beli. Oh yer, bunga-bunga di KAISON sangat cantik dan nampak hidup. 

Kaki Deko Wajib Tahu, Kenal Dan Shopping Di Kaison Malaysia, kaison malaysia, kaison perak, kaison aeon seri manjung, 10 Barang Wajib Shopping Di Kaison Malaysia-AEON Seri Manjung, kenapa perlu shopping di kaison, sebab-sebab shopping di kaison, apa yang menarik di kaison, kaison utara, kaison, wallpaper kaison, review kaison,

3.  Wallpaper

Bila simen di dinding rumah nampak tak sekata, sakit pulak mata kita. Penyelesaian dia adalah dengan menampal wallpaper. Nasib baik kat KAISON ada banyak corak dan design yang menarik. Harga satu roll baru 19.90. 

Kaki Deko Wajib Tahu, Kenal Dan Shopping Di Kaison Malaysia, kaison malaysia, kaison perak, kaison aeon seri manjung, 10 Barang Wajib Shopping Di Kaison Malaysia-AEON Seri Manjung, kenapa perlu shopping di kaison, sebab-sebab shopping di kaison, apa yang menarik di kaison, kaison utara, kaison, wallpaper kaison, review kaison,

4. Bantal Kecil

Bantal kecil ni memainkan peranan yang sangat penting dalam hiasan. Nampak simple tapi sangat menyerikan. 
Kaki Deko Wajib Tahu, Kenal Dan Shopping Di Kaison Malaysia, kaison malaysia, kaison perak, kaison aeon seri manjung, 10 Barang Wajib Shopping Di Kaison Malaysia-AEON Seri Manjung, kenapa perlu shopping di kaison, sebab-sebab shopping di kaison, apa yang menarik di kaison, kaison utara, kaison, wallpaper kaison, review kaison,

5. Rugs

Rugs atau alas kaki memang wajib beli. Warna dan design rugs sangat memainkan peranan untuk menyerikan rumah. 

Kaki Deko Wajib Tahu, Kenal Dan Shopping Di Kaison Malaysia, kaison malaysia, kaison perak, kaison aeon seri manjung, 10 Barang Wajib Shopping Di Kaison Malaysia-AEON Seri Manjung, kenapa perlu shopping di kaison, sebab-sebab shopping di kaison, apa yang menarik di kaison, kaison utara, kaison, wallpaper kaison, review kaison,

6. Bear

Bear di sini best sebab lembut dan selesa bila di peluk. Mak budak pun suka tauuu... 

Kaki Deko Wajib Tahu, Kenal Dan Shopping Di Kaison Malaysia, kaison malaysia, kaison perak, kaison aeon seri manjung, 10 Barang Wajib Shopping Di Kaison Malaysia-AEON Seri Manjung, kenapa perlu shopping di kaison, sebab-sebab shopping di kaison, apa yang menarik di kaison, kaison utara, kaison, wallpaper kaison, review kaison,

7. Langsir

Murah, cantik dan banyak pilihan. Sebab itulah bila nak masuk rumah baru dan tak ada banyak budget, boleh cari di KAISON. Pilih saja warna dan corak yang korang suka...

Kaki Deko Wajib Tahu, Kenal Dan Shopping Di Kaison Malaysia, kaison malaysia, kaison perak, kaison aeon seri manjung, 10 Barang Wajib Shopping Di Kaison Malaysia-AEON Seri Manjung, kenapa perlu shopping di kaison, sebab-sebab shopping di kaison, apa yang menarik di kaison, kaison utara, kaison, wallpaper kaison, review kaison,

8. Frame Gambar

Gambar kenangan sekeping 2 wajib di abadikan dalam frame dan di gantung di dinding rumah. Setiap gambar yang di abadikan confirm ada kenangannya yang tersendiri dan boleh menyebabkan kita senyum sorang-sorang.

Kaki Deko Wajib Tahu, Kenal Dan Shopping Di Kaison Malaysia, kaison malaysia, kaison perak, kaison aeon seri manjung, 10 Barang Wajib Shopping Di Kaison Malaysia-AEON Seri Manjung, kenapa perlu shopping di kaison, sebab-sebab shopping di kaison, apa yang menarik di kaison, kaison utara, kaison, wallpaper kaison, review kaison,

9. Storage

Rumah lebih kemas dan tersusun dengan storage. Di KAISON terdapat storage dalam pelbagai saiz, bentuk dan harga. Materials yang di gunakan pun berlainan. So, boleh pilih yang mana satu korang suka untuk rumah idaman korang. 

Kaki Deko Wajib Tahu, Kenal Dan Shopping Di Kaison Malaysia, kaison malaysia, kaison perak, kaison aeon seri manjung, 10 Barang Wajib Shopping Di Kaison Malaysia-AEON Seri Manjung, kenapa perlu shopping di kaison, sebab-sebab shopping di kaison, apa yang menarik di kaison, kaison utara, kaison, wallpaper kaison, review kaison,

10. Frame Canvas

Dulu bila masuk office atau cafe saja nampak frame canves dengan tulisan tertentu tapi sekarang frame canvas ni dah menjadi trend untuk deko rumah. Boleh di letakkan dibilik, ruang tamu dan juga dapur. Nampak suasana lebih hidup dan berseri.

Kaki Deko Wajib Tahu, Kenal Dan Shopping Di Kaison Malaysia, kaison malaysia, kaison perak, kaison aeon seri manjung, 10 Barang Wajib Shopping Di Kaison Malaysia-AEON Seri Manjung, kenapa perlu shopping di kaison, sebab-sebab shopping di kaison, apa yang menarik di kaison, kaison utara, kaison, wallpaper kaison, review kaison,

Untuk maklumat lanjut tentang Kaison Malaysia boleh klik di bawah.

Wanginya Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal

January 08, 2019 1
Wanginya Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal
Wanginya Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal. Hai korang.. Mommy nak habaq kat korang yang mommy dah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan Stay Fresh Body Sparkling Mist. Wangiiii!

Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal

Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal
Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal

Stay Fresh Body Sparkling Mist merupakan produk pertama Althea berkolaborasi dengan artis dan ikon kecantikan iaitu Titi Kamal. Titi Kamal merupakan artis ( pelakon filem dan penyanyi) dan ikon kecantikan dari Indonesia. Pelakon ini meningkat naik selepas filem Ada Apa Dengan Cinta? Opps mommy antara penonton yang menonton filem ini berulang kali. Best sangat! Sebagai penyanyi, beliau juga mempunyai suara yang sangat merdu dan di minati ramai..  Antara lagu beliau yang mommy suka dengar adalah Rindu Semalam. Catchy dan mengusik jiwa gituuu.  

🎶 Semalam ku tahan, ku tahan semalam,Lama-lama rindu tak mampu ku tahan, Tapi sayang cintamu cuma semalam, Kini kau pergi menghilang 🎶

Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal
Althea X Titi Kamal

Mommy memang penggemar minyak wangi. Tak sah kalau tak pakai parfume atau body mist bila keluar. Rasa semacam dan tak berapa confident. Bukan sebab badan berbau tapi sebab suka pakai wangian, pastu rasa confident dan boleh tenangkan diri dengan bauan tersebut. Bila mommy di beri peluang untuk mencuba wangian Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal, mommy sangat teruja dan tak sabar nak bau body mist. Mana tahu boleh fefeling cantik dan wangi macam Titi Kamal. 

Bila dan cuba, memang best sangat. First time guna body mist yang wangi dan tahan lama. Memang menceriakan hari-hari mommy. Kalau korang nak tahu nak tahu, body mist ini di inspirasikan dari buah dan bunga kegemaran Titi Kamal iaitu Orange, Peach, and Rose. 

5 Sebab Perlu Miliki Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal

  • Bau Bunga Dan Bau Buah-Buahan - Gabungan bau bunga rose dan buah buah oren serta buah peach membuatkan ianya harum, manis dan lembut pasti pemakainya akan rasa segar dan nyaman sepanjang hari. 
Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal
 Bahan utama dalam Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal

  • Size pula, sangat sesuai untuk di bawa ke sana sini. 
  • Tidak Melekit
  • Bau Tahan Lama
  • Harga Yang Berbaloi - 100ml hanya RM 35. 

Cara Guna Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal

Walaupun korang dah selalu guna body mist tapi mommy nak habaq juga cara guna Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal ni. Mudah jer.. Pejam mata pun boleh spray. hahaha..

Lepas mandi, spraykan STAY FRESH BODY SPARKING MIST dekat point-point berikut lenggan, leher dan kawasan nadi. Confirm wangian akan tahan lama.

Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal

Bagi yang berminat untuk memiliki Stay Fesh Body Sparkling Mist Althea x Titi Kamal bolehlah klik link di bawah..

4 Jan 2019

Aisy Ke Tadika Tahfiz Nabihah Rizqy Kulim Square

January 04, 2019 1
Aisy Ke Tadika Tahfiz Nabihah Rizqy Kulim Square
Aisy Ke Tadika Tahfiz Nabihah Rizqy Kulim Square. Banyak betul cerita yang terperam.. Paling latest adalah tentang Aisy yang dah ke tadika. Dalam banyak-banyak tadika yang mommy survey, mommy rasa tadika ni yang paling sesuai dengan Aisy. Rate yuran, sama saja dengan tadika yang lain..

Mommy dan daddy suka dengan tadika ni sebab persekitaran dan keramahan guru. Tadika ini di tubuhkan oleh Ustaz Nasrul Amri. Boleh follow FB ustaz dan juga tadika untuk tahu maklumat lanjut tentang tadika ini

 Tadika Tahfiz Nabihah Rizqy Kulim Square
 Tadika Tahfiz Nabihah Rizqy Kulim Square

Mommy ada sedikit masalah untuk hantar Aisy ke tadika sejak keluar dari taska lepas hari raya 2018 hari tu. Dia tak nak pergi mana-mana taska. Macam fobia... So, bila tanya saja... Dia kata Aisy takmau sekolah. Pening mommy tapi dalam masa yang sama mommy dok pujuk dengan psikologi dan tambahan dengan hantar pergi mengaji. Mudah-mudahan dengan pergi mengaji dia dapat melihat suasana pembelajaran yang sebenar, dapat bergaul dengan kawan-kawan dan juga mematuhi peraturan mengaji. 

Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga mommy ubah pemikiran Aisy. Dia pun dah seronok pergi mengaji sebab ramai kawan katanya... 

So, bila dia dah bersedia... Mommy perlu cari tadika yang dia mahu pergi dan selesa. Alhamdulillah bila pergi Tadika Tahfiz Nabihah Rizqy ni, mommy tertarik dan segala urusan di permudahkan. 

Tadika Tahfiz Nabihah Rizqy Kulim Square, tadika terbaik di kulim, english islamic kindergarden, kulim english islamic kindergarden, tadika islam kulim, tadika kulim, kulim aquare kindergarden, tadika tahfiz kulim, tadika tahfiz nabihah rizqy
Aisy di hari pertama orientasi

Orientasi bermula pada 30hb dan 31hb Disember yang lalu tapi waktu orientasi hanya 2 jam. Ini kerana pihak pengurusan taska mahu anak-anak selesa dengan suasana tadika. Barulah anak-anak dengan rela hati datang dan masuk tadika.

Aisy pula, permulaannya okay tapi still nak mommy duduk dengan dia. Awal-awal tu mommy temanlah dulu tapi pelan-pelan mommy tinggalkan dia dengan kakak. Okay sampai anak-anak lain menangis ramai-ramai. Lepas tu dia pun menangis sekali tapi mommy biar saja sebab anak-anak ni dia guna psikologi menangis untuk raih simpati ibu bapa. 

Menangis tu sekejap saja sebab bila cikgu-cikgu bagi mainan dan start pembelajaran.. Anak-anak dah diam. Boleh adaptasi dengan suasana tadika dah.. So, ibu bapa bila anak-anak menangis hari pertama atau kedua sehingga seminggu tu perkara biasa. Jangan kalah dengan psikologi anak-anak.. Kentalkan hati. Kalau hati tak kental, boleh suruh bapa-bapa saja yang datang dan hantar.. hihi

Tadika Tahfiz Nabihah Rizqy Kulim Square, tadika terbaik di kulim, english islamic kindergarden, kulim english islamic kindergarden, tadika islam kulim, tadika kulim, kulim aquare kindergarden, tadika tahfiz kulim, tadika tahfiz nabihah rizqy
mana awak? 

Ini pula gambar hari pertama belajar. Full day dari 8 pagi hingga 5 petang... Okay ja tu walaupun pada masa nak hantar tu ada drama air mata mengalir tapi tak nangis pun. Sebek sikit saja.. dan mommy pun buat tak tahu sambil bagi kata-kata semangat sikit. 

Tadika Tahfiz Nabihah Rizqy Kulim Square, tadika terbaik di kulim, english islamic kindergarden, kulim english islamic kindergarden, tadika islam kulim, tadika kulim, kulim aquare kindergarden, tadika tahfiz kulim, tadika tahfiz nabihah rizqy
ada pun kat belakang tu.. 

Lama tak pergi sekolah, dah hilang soft skill awak yer... Awak lukis apa tu? huhu...

Tadika Tahfiz Nabihah Rizqy Kulim Square, tadika terbaik di kulim, english islamic kindergarden, kulim english islamic kindergarden, tadika islam kulim, tadika kulim, kulim aquare kindergarden, tadika tahfiz kulim, tadika tahfiz nabihah rizqy
oit, jangan lentok sangat! Anak dara orang tu... 

Tadika Tahfiz Nabihah Rizqy Kulim Square, tadika terbaik di kulim, english islamic kindergarden, kulim english islamic kindergarden, tadika islam kulim, tadika kulim, kulim aquare kindergarden, tadika tahfiz kulim, tadika tahfiz nabihah rizqy
ni okay... 

Oklah setakat ini saja... Bagi yang nak ke Tadika Tahfiz Nabihah Rizqy boleh follow google maps di bawah...