Sambal Belacan Buah Bacang - Cahaya Hayati

4 Jun 2020

Sambal Belacan Buah Bacang

Sambal Belacan Buah Bacang. Assalamualaikum wbt dan salam 12 Syawal. Korang tahu dan pernah makan tak buah bacang atau lebih dikenali sebagai buah macang di sebelah utara? Buah bacang ni seakan-akan buah kuinin tetapi isi atau serat dia lebih kasar dari buah kuinin. Buah macang ni ada yang manis dan masam.. Selalunya yang manis yang menjadi pilihan. Di rumah kampung CH ada 3 pokok buah bacang yang ditanam oleh arwah ayah. Jadi tiada memang dapat merasa keenakkan buah bacang itu sendiri.. Sekarang, bila nak teringin nak makan.. CH  kena beli sebab jarang balik kampung sejak mak ayah dah tiada. Tapi dua hari lepas, suami CH ikut kawan dia ke dusun durian kawan dia dan bawa balik buah bacang. Bau dia saja dah kecur liur. CH apalagi, terus buat sambal belacan bacang. Makan bertambah kami suami isteri.

Sambal Belacan Buah Bacang, sambal belacan buah kuinin, sambal belacan paling sedap, resipi sambal belacan buah macang, sambal belacan mudah dan sedap
Sambal Belacan Buah Bacang

Sambal belacan bacang ni nampak macam susah tapi senang saja sebenarnya.  CH tak suka bacang yang di blend lumat terus. CH suka yang kasar sikit seperti gambar di bawah. Bila makan tu rasa buah bacang... 

Sambal Belacan Buah Bacang


Sambal Belacan Buah Bacang, sambal belacan buah kuinin, sambal belacan paling sedap, resipi sambal belacan buah macang, sambal belacan mudah dan sedap
Sambal Belacan Buah Bacang

Terliur tak? Nah resipi sambal belacan bacang untuk korang. Takde bacang, korang gantikan dengan buah kuinin. Rasa dia sama sedap dan yang pasti korang akan makan bertambah. 

Resepi Sambal Belacan Buah Bacang


Bahan: 

1-2 ciji buah bacang
10-15 biji cili padi
4 biji cili besar
1cm belacan
1 sk garam

Sambal Belacan Buah Bacang, sambal belacan buah kuinin, sambal belacan paling sedap, resipi sambal belacan buah macang, sambal belacan mudah dan sedap

Caranya:

Potong buah bacang dan cili besar seperti gambar di bawah. CH potong cili besar tu sebab hendak buang biji. Terpulang pada korang nak potong dan buang biji cili tu atau tak. 

Sambal Belacan Buah Bacang, sambal belacan buah kuinin, sambal belacan paling sedap, resipi sambal belacan buah macang, sambal belacan mudah dan sedap

Masukkan cili besar, cili padi, garam dan belacan dalam lesung. CH guna lesung moden, tak tumbuk tapi tarik-tarik saja.. 

Sambal Belacan Buah Bacang, sambal belacan buah kuinin, sambal belacan paling sedap, resipi sambal belacan buah macang, sambal belacan mudah dan sedap

Tumbuk sehingga cili dan semua bahan sekata dan sedikit lumat.

Sambal Belacan Buah Bacang, sambal belacan buah kuinin, sambal belacan paling sedap, resipi sambal belacan buah macang, sambal belacan mudah dan sedap

Masukkan buah bacang. 

Sambal Belacan Buah Bacang, sambal belacan buah kuinin, sambal belacan paling sedap, resipi sambal belacan buah macang, sambal belacan mudah dan sedap

Tumbuk atau tarik lagi sehingga buah bacang dan cili lumat dan sebati. Lebih kurang macam gambar di bawah. 

Sambal Belacan Buah Bacang, sambal belacan buah kuinin, sambal belacan paling sedap, resipi sambal belacan buah macang, sambal belacan mudah dan sedap

Dah siap. Hidangkan dalam mangkuk dan makan dengan ulam kesukaan seperti pucuk janggus, ulam raja, daun selom dan lain-lain. Kat rumah ada salad dan timun saja.. Tu pun makan bertambah dah. hihi.. 

Sambal Belacan Buah Bacang, sambal belacan buah kuinin, sambal belacan paling sedap, resipi sambal belacan buah macang, sambal belacan mudah dan sedap

Selamat mencuba uolls!

No comments:

Post a comment