December 2014 - Cahaya Hayati

30 Dec 2014

Hobi Baru

December 30, 2014
Hobi Baru
Seiring dengan usia. Begitu jugalah dengan hobi. Masa kanak-kanak suka baca komik. Masa remaja pula suka baca novel. Hobi baca novel ni sampailah berkahwin. Sekarang pun dok baca juga tapi bukan novel lah. Buku yang berbentuk ilmiah dan motivasi serta keagamaan. Membaiki yang mana kurang.

Hobi lepas kahwin adalah hobi jalan-jalan cari makan. Boleh di katakan kami akan pergi ke kedai atau restoran yang menawarkan menu baru atau yang di katakan sedap. Anak baru dua orang boleh la angkut ke sana-ke sini.

Bila anak-anak dah makin membesar, depa pun dah pandai request.. Si kakak suka request untuk buat kek dan cupcakes. Si adik pula suka request nak makan nasi goreng..  Boleh di katakan hampir setiap pagi akan ada menu nasi goreng. Yang tua-tua boring dengan menu nasi goreng. So, saya akan cuba masak nasi goreng yang berlainan setiap pagi. Contohnya ahad nasi goreng planta, selasa nasi goreng sotong, nasi goreng sambal belacan dan bermacam lagilah. Hangpa ingat mak hangpa cef ka? Nasib baik mak hangpa reti masak..

Melalut ke lain pulak. Pasal hobi yang terbaru adalah buat kek. Seminggu dua kali dok bakar kek. Antara resepi kek yang saya suka adalah traditional butter cakes. Resepi ni boleh search kat blog kak Zu . Resepi yang senang dan ia mengingatkan zaman kecik saya. Dulu-dulu mana nak cari kedai kek macam sekarang. Kitakan budak kampung ja.. hihihi.

Macam yang kak zu tulis dalam blog dia. Bau butter bila cakes tu masak memenuhi ruang dalam rumah. hmmm...  Makan panas-panas lagi sedap. Serius sedap.

Nilah hasil kek tu. Resepi kek kak zu tu saya tambah coklat dan jadikan ia marble cakes. 

Traditional Marble Cakes

p/s: google recipe traditional butter cakes mamatiamia tau!

Octoberians Birthday

December 30, 2014
Octoberians Birthday

Birthday Boy
Alhamdulillah Thank you Allah. Ammar already turn to 5 on 16th October dan daddy dah masuk 34 ( kita dah sebaya :P ). Sorry yer sayang mummy baru nak update.. Sambutan pun simple  dan di rumah sebab mummy dalam pantang lagi. Yang penting kita sekeluarga sambut bersama-sama.

Birthday cakes for Octoberians
Sambutan untuk Oktoberians adalah yang paling jimat sebab sebiji cakes untuk 3 orang ( Daddy, tok daddy & Ammar). Takde kejutan dan hadiah untuk tahun ni untuk semua Octoberians. Mummy simpan budget untuk pi jalan-jalan. Tu kira hadiah dari mummy untuk semua.. semua orang merasa.

Birthday untuk Octoberians ni simple saja tapi jauh di sudut hati saya terasa sayu dan sebak sebab tak dapat nak uruskan. Birthday cake pun birthday man (daddy) yang belikan semasa balik dari kerja. Saya suruh dia bawa MIL dan Ammar pergi dinner kat luar tetapi dia tak nak sebab tak nak tinggalkan saya sorang-sorang di rumah. Nangis. Terharu sangat. Love U darl.

Untuk birthday cakes pula, dia belikan kegemaran saya iaitu new york cheese cakes. Ini yang lagi terharu. Nangis lagi... Nangis sebab tak boleh makan lagi. Pantang la!!! Huhuhu.

Yelah masa nak bersalinkan si kecik Aisy, saya minta nak makan cheese cakes tapi bila dia sampai balik kat pearl maternity hospital, saya dah dalam labour room. Huhu.. Yang sebenarnya bukan ngidam pun. Cuma tak tau nak makan apa... Jadi saya request la cheese cakes. Terima kasih ya En. Suami sebab ingat kat saya. Love u more.

Happy Birthday to you Daddy.
Happy Birthday to you Ammar.
Happy Birthday to you MIL.

Love u all a lot.

29 Dec 2014

Seribu Rasa

December 29, 2014
Seribu Rasa

Kisah Kehidupan :Seribu Rasa

Simpati berserta doa kepada semua mangsa banjir besar di seluruh negara khususnya Pantai Timur. Saya tiada keluarga terdekat di Pantai Timur tetapi ramai kawan-kawan saya yang tinggal, bekerja dan berasal dari sana.

Saya juga pernah belajar di sana (Kuantan, Pahang)... Alhamdulillah KYPM Kuantan tidak terlibat dalam banjir. Banjir hanya di kawasan sekitar.. Namun kesusahan tetap terasa. Terkepung. Tidak boleh ke mana-mana. Makan apa yang di jual di cafe... or mee segera yang di simpan untuk makan ketika malas nak turun cafe ataupun ketika lapar tengah malam. Namun banjir yang di alami tidaklah seteruk tahun ini.

Namun jauh di sudut hati rakyat Malaysia hari ini berasa sedih dan simpati. Hanya mampu menghulurkan doa dan sedikit sumbangan. Moga bantuan kecil ini mengurangkan beban yang di tanggung.

Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
dan para sahabat2 baginda....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat2 kami,
Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis & Perak yang terkena musibbah banjir ini....

Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,

Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin,
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,
Ya Waaliy....

Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi,
Kasihilah kami semua, 
Kami mohon kepadaMu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara2 yang buruk...

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,

Ya Allah, Ya Tawwab,
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,

Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....

Amin....

Minta kongsikan doa ini..
Semoga dengan keikhlasan hati kita...
Allah SWT akan mengabulkan doa kita...
Serta merahmati kita semua.......


note: Doa ini saya ambil dari blog PCL dan di panjangkan kepada yang membaca blog saya. 

24 Dec 2014

Boleh Jadi Model Iklan Makanan

December 24, 2014
Boleh Jadi Model Iklan Makanan
Ammar. Kalau tengok keletah dia sekarang memang mencuit hati.. Ada saja benda yang di buatnya boleh buat semua orang ketawa. Dah macam pak lawak pun ada.. TAPI sensitifnya ya ampun. sikit-sikit sentap pastu nangis. Tegur baik-baik pun nangis... Kalau dengan kakak Aisya asyik gaduh, baik pastu gaduh lagi.. pastu baik balik. Yang pening kepala mummy dia la... Bila dah pening suara pun semakin tinggi la. Huh!

Sebagai mak, saya paling suka tengok dia makan. Memang berselera dan jenis tak tolak makanan... Makan selagi boleh.. 

Sekarang dah pandai request nak makan itu, ini. Ada yang saya masak sendiri dan ada yang order je sampai depan pintu rumah... Pizza Hutz, kfc, Dominos dan lain-lain.

Ini aksi dia menikmati roti bakar telur goyang... Layanzzz.

Memula potong roti menggunakan pisau dan jari comel pula tekan pada roti. Garfu tu biar ja kat pinggan. Telur yang melekat kat jari tu boleh terus masuk dalam mulut... hahaha


Yang ni serius sikit sebab roti tak putus. Jadi kena potong sambil muncungkan mulut..



Ok dah putus. So, kemuncungan di kurangkan . Sebelum makan roti, cuit-cuit dulu telur kuning tu bagi rata. Boleh main-main sekali.. 


Potong lagi bagi semua kecik. Nanti takyah potong dah... Good ideas darls.


Ok done!. Dah boleh makan... Garfu di mulut dengan mata tajam menjeling sebab baru perasan daddy dok rakam gelagat dia.. hihi.



Assalamualaikum wbt.

December 24, 2014
Assalamualaikum wbt.
Lama sungguh tak update. Ingatkan dok umah boleh update selalu TAPI dok umah lagi busy dari dok opis.. Memula masak/ pi beli breakfast, pastu mandikan anak2, pastu kemas umah, pastu siadi baju bla.. bla. Boleh di katakan aktiviti seorang emak ni memang penuh sampai la ke waktu malam .. Memang letak kepala terus zzzz la. Orang lain saya tak tau la.. Ini memang busy yang tak di buat-buat.. Real punya.

Hari ini baby Aisy dah genap 3 bulan. Cik Ti pun dah start keja. Baru 2 hari... huhu. Malasnya. Tunggulah mana tau nanti dah jadi blogger yang berpendapatan riban-riban sebulan, boleh la apply fulltime housewife aka mom as a blogger.. hihi angan-angan yang tak sudah-sudah.

2 hari ni dok baca email yang berderet-deret.. Ini pun dah sort, delete , baca n reply masa dalam pantang.. Kalau tak seminggu pun tak abis baca email ni.. Adat keja zaman sekarang. Semua pakai email. Dah takde surat menyurat dah... #kempenhijau.

Aisy dah pandai main belon.
Oklah nanti Cik Ti update lagi. Banyak cerita yang nak di kongsikan. :D.

Buat teman-teman sekalian,
Jaga diri dan keluarga di musim hujan dan banjir ini. Marilah kita bersama sama berdoa agar bencana dan ujian ini tidak berterusan. Semoga kita semua di bawah Lindungan-Nya. Amin.