Zero Belly Fruitea Daily Detox Terbaik. Hai korang!Kalau korang follow blog mommy, dah banyak kali mommy sebut yang mommy tengah kurangkan berat badan. Ada masa mommy ambil produk, ada masa mommy exercise dan pada masa yang sama mommy kurangkan jumlah makanan. Tapi masih juga tak kurus atau berat badan berkurangan. Tak tahu sebab apa... Semangat mommy masih lagi kuat untuk turunkan berat badan. Hihi... So, kali ini mommy guna cara detoks pula dengan mencuba Zeo Belly Fruitea dari Imaan World.
Antara sebab mommy mencuba Zero Belly Fruitea ini adalah kerana ia adalah daily detoks yang di perbuat daripada 100% gabungan daun teh dan buah-buahan terpilih iaitu Mulbery, Passion Fruit, Soursup dan Candle Bush. Ia juga di sahkan selamat oleh Melaka Biotechnology Corporation.
Kelebihan Zero Belly Fruitea
Berikut adalah kelebihan-kelebihan Zero Belly Fruitea dan ia membantu wanita mencapai hasrat dan impian untuk memperolehi tubuh badan yang di impikan. Walaubagaimanapun, pengambilan Zero Belly Fruitea haruslah bersama dengan diet pemakanan yang seimbang dan aktiviti yang menyihatkan.
- Mengempiskan perut yang buncit
- Menyelesaikan masalah obesiti
- Melawaskan dan badan rasa ringan
- Menyelesaikan masalah sembelit
- Membuang angin dalam badan
Cara Penggunaan Zero Belly Fruitea
Rendam uncang dalam mug yang berisi air panas. Mommy bancuh dengan 300ml air panas dan 200 ml air sejuk. Bila minum rasa suam-suam camtu... Boleh juga minum sejuk. Terpulang kepada citarasa masing-masing lah..
sebungkus ada 5 uncang Zero Belly Fruitea |
Zero Belly Fruitea Daily Detox |
Berikut adalah cara pengambilan Zero Belly Fruitea mengikut tujuan....
- Tujuan pencernaan - 1 uncang sehari
- Tujuan kurangkan berat badan - 2 uncang sehari
- Tujuan kekalkan berat badan - 3 kali seminggu
Boleh diminum oleh individu berumur 7 tahun ke atas, sesuai juga buat wanita menyusu. Tidak digalakkan untuk wanita mengandung.
Review Zero Belly Fruitea
Okay ini honest review dari mommy setelah mommy mencubanya selama 7 hari... Kali pertama rasa Zero Belly Fruitea mommy rasa macam minum teh yang ada rasa manis buah-buahan. Memang boleh habiaskan satu mug sekali minum. Sedap. Mommy cuma ambil 1 uncang saja sehari.. Minum setiap pagi. Tujuan momy amalkan Zero Belly adalah untuk :-
- Melancarkan pencernaan dan pembuangan sebab mommy ada masalah sembelit.
- Mengurangkan berat badan.
Kesan pengambilan Zero Belly Fruitea mommy rasa selepas 8 jam pengambilannya dengan membuang angin dan buang air besar. Confirm 3 kali sehari..
Hari kedua pula, mommy mula buang air besar warna hitam dan berbau yang tak sanggup di hidu. Memang betul-betul detoks. Badan pun rasa ringan sikit..
Hari ketiga dan ketujuh pula mommy maintain membuang 3 kali sehari.
Kesan perubahan yang mommy keatas tubuh badan mommy pula, mommy rasa badan lebih ringan, kurang berangin dan masalah pencernaan dan sembelit dapat di atasi. Dari segi berat badan pula, baru turun satu kilogram saja. Berat Asal adalah 75kg. Okaylah kan sebab baru satu minggu dan satu uncang sehari mommy ambil Zero Belly Fruitea ni.
kesan mengamalkan Zero Belly Fruitea Daily Detox |
Bagi yang berminat untuk mendapatkan Zero Belly Fruitea ini atau untuk maklumat lanjut, korang bolehlah layari media sosial Imaan World berikut:
HARGA 1 BOTOL ZERO BELLY FRUITEA
RM 60 ( 25 UNCANG )
TETAPI ADA HARGA PENGENALAN IAITU :
BELI 1 BOTOL HANYA RM55.00 SAHAJA
PERCUMA TUMBLER DAN LOTION ZB.
atau
019 286 2828