October 2013 - Cahaya Hayati

29 Oct 2013

Nasi Ayam Penyet

October 29, 2013 0
Nasi Ayam Penyet
Hai! Dah lunch??
Mesti la dah lunch kannnnnn......
Hari ni kita makan nasi ayam penyet... Dah lama tak makan nasi ayam penyet ni. 
Kat utara susah nak jumpa nasi ayam penyet ni... 

Kenapa saya suka nasi ayam penyet ni???
Ayam dia yang rangup dan di hidang panas-panas. i like...
Sambal dia sedap... ulalala 
Sos dekat salad tu pun sedap....#melelehairlior.
Cuma sup jer takde....

Nasi Ayam Penyet...

Ok. Saya makan nasi ayam penyet ni kat food court Sunway Carnival...
Kat food court ni ada macam-macam pilihan... Semua sedap dan harga pun berpatutan...

Actually saya mai sini sebab nak belanja adik praktical yang dah nak habis latihan industri pada jumaat ni...
Tak sempat nak pikir nak belanja kat mana...Kat sini jer yang terlintas di fikiran... Sorry yer adik-adik. Lain kali kita terjah tempat lain pula yer....

Nad & Farah.
Bye.

28 Oct 2013

Kisah Kehidupan: Hidup Yang Bagaimanakah Yang Kita Pilih?

October 28, 2013 0
Kisah Kehidupan: Hidup Yang Bagaimanakah Yang Kita Pilih?
Amboi panjangnya tajuk..
Bukan nak buat segmen motivasi ... Just nak buat luahan rasa yang penuh dalan hati dan kepala ini.
Pening dengan masalah... Bukan masalah dari diri sendiri, suami atau anak2. Masalah ahli keluarga...
Kekadang rasa tak nak ambil tahu... Tapi bila tak nak ambil tahu, rasa macam tak bertanggungjawab dan tak prihatin pula.. Bila ambil tahu rasa sesak kat kepala dan hati pula.. Pening dengan masalah yang tak berkaitan...
Oh! Masalah...

Bila dok pikiaq masalah ini, saya tertanya-tanya dengan diri sendiri...

Kisah Kehidupan: Hidup Yang Bagaimanakah Yang Kita Pilih?

1. Hidup yang bagaimanakah yang menjadi pilihan kita?
Pernahkah kita tanya diri sendiri, hidup yang bagaimanakah yang kita nak. Hendak hidup senang dan kayakah? atau nak mempunyai syarikat sendiri?

Kalau nak hidup senang dan kaya, kita perlu berusaha.. Ada pepatah yang saya dengar dan pernah baca ' bukan salah  kita jika di lahirkan dalam kemiskinan, tetapi salah kita jika mati dalam kemiskinan'. Yuppp tak dapat di nafikan salah kita jika mati dalam kemiskinan... Ada peluang untuk berjaya dan mendapat apa yang kita mahukan. Tapi kita tak ambil peluang tu...

2. Kita ambil iktibar tak dengan apa yang berlaku di sekeliling kita?
Ramai yang tak mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di sekeliling... Contohnya, peningkatan jumlah penagih dadah. Ini kerana ramai yang tak ambil iktibar.. pengambilan dadah boleh membunuh, memporak perandakan hidup dan rumahtangga serta lain-lain lagi...

Kalau kita atau masyarakat kita mengambil iktibar, pasti tidak berlaku ... kita akan jauhi dan menghalang perkara yang tidak sepatutnya dari berlaku...

3. Pernah tak kita cuba selesai masalah itu sendiri?
Masalah yang timbul ini, kita cuba selesaikan dengan berfikir secara mendalam setiap tindakan. Apa yang baik dan apa yang buruk..
Ramai yang ambil ringan masalah yang timbul... Penyelesaian yang di ambil pun melalui jalan yang mudah.
Sebaik-baiknya, penyelesaian yang hendak di ambil biarlah yang menjadi kebaikan atau menguntungkan diri sendiri bukannya yang menyusahkan diri.

Think before Act.

4. Terlalu mengharap pada bantuan?
Mengharap pada bantuan orang, NGO dan Kerajaan sekarang seperti sudah menjadi trend. Tak perlu usaha lebih-lebih, nanti ada yang beri bantuan... Contohnya bantuan BR1M. Memberi itu elok, tetapi kepada yang benar-benar memerlukan lah.. Berapa ramaikah yang benar-benar memerlukan bantuan ini? Masa pengagihan bantuan ini di tempat saya hari tu, ramai yang berkereta mewah seperti vios dan Grand Lavina datang untuk mengambil bantuan ini.... Layakkah mereka? Saya berpendapat, kerajaan perlu perhalusi lagi syarat-syarat pemberian BR1M. Berilah kepada yang benar-benar layak...

Sekiranya mendapat bantuan dari pihak-pihak tertentu, jadikan ia sebagai pendorong untuk mencapai kejayaan. Ambil peluang yang telah di berikan...

5. Usaha kita sudah 100%?
Dah dapat bantuan. dah ada pilihan tetapi adakah usaha yang kita lakukan itu 100 peratus? Tanpa usaha bantuan yang diberikan tiada makna... Usahakan tangga kejayaan. Sekiranya kita telah berusaha, kita perlu double usaha tu.. Tak dapat cara A kita ada cara B dan C.
In Sha Allah kita akan berjaya.

6. Kita ada keinginan untuk berubah tak?
Pernah tak kita cakap kat diri kita yang kita nak berubah. Berubah kearah yang lebih baik..Pernah tak?
Kita perlu cakap kat diri sendiri yang kita nak berubah.. Semangat untuk berubah ni yang mendorong kita untuk menggandakan usaha yang kita lakukan...

7. Apa yang manjadi penghalang kita?
Kita tahu akan ada halangan dalam memulakan sesuatu usaha. Kadang-kadang dari keluarga dan kawan-kawan yang rapat...perlian dan kata-kata sinis.  Selalunya keluarga akan sokong sekiranya kita berusaha ke arah kebaikan..
Sekiranya kawan-kawan tak sokong kebaikan yang di lakukan, kita perlu jarakkan diri dengan kawan tersebut. Berkawanlah dengan orang yang boleh menegur dan memberi motivasi dalam sesuatu usaha.. Kawan bukan untuk menjatuhkan kawan...

9. Belajar dan terus belajar...
Untuk mencapai kejayaan. kita perlu belajar dan terus belajar... Jatuh dan bangun semula.

10. Meminta pada yang satu - Allah SWT.
Dalam kita berusaha untuk berubah, janganlah kita lupa kepada penentu segalanya - Allah SWT. Meminta hanya pada-Nya. Yang selebihnya adalah usaha kita..


In Sha Allah.

Oh problem! Please go go away from my life.....
Bersabarlah Puan Yati ooiiii... Setiap dugaan tu ada hikmahnya. Allah tak kan uji seseorang sekiranya sesorang itu tak mampu menanggungnya. Setiap ujian itu, adalah tanda sayangnya Allah SWT kepada kita.

Amin.

p/s: Terima kasih kerana membaca luahan perasaan yang tak seberapa ni.. nak motivasikan diri. Lately rasa cam lemah jer...

24 Oct 2013

Santai @ iCity Kulim

October 24, 2013 2
Santai @ iCity Kulim
Saya dan suami mempunyai jadual kerja yang tak sama. Suami kerja shift dan waktu kerja 12 jam...
Bila perbezaan waktu kerja, masa yang di luangkan untuk anak-anak terhad. Tapi kami akan cari juga masa untuk anak-anak. Kadang-kadang waktu malam...

Kalau malam, selalunya kami bawa ke Dataran Raudhah @ Kulim. Dataran ni umpama mini iCity. Cantik...
Memula buka dulu tak ramai yang lepak kat sini... Sekarang dah ramai dan dah ada yang meniaga kat kawasan ni. Ada burger bakar, ada keropok lekor, ada popia, ada air,  ada yang jual lampu warna warni, ada yang jual baju...

Ni lah rupanya iCity kulim.Ni baru suku....


Mai main skuter kat sini...

 Jangan ambik gambar adik!...


Kena tinggai ngan kakak.... Kakak dah cekap bawa skuter ni.


Bila dah letih mai cari ayaq... Berpeluh-peluh. Lepas minum pi main lagi... Dah letih baru ajak balik...


Siapa yang belum penah mai sini, silalah melawat.. iCity kat Shah Alam pun lebih kurang camni la.. Tapi iCity tu ada banyak facilities dan permainan yang boleh di cuba . Yang kat sini ada pokok jer... Tak kena bayar apa pun...

23 Oct 2013

Tengok-Tengok Jer...

October 23, 2013 0
Tengok-Tengok Jer...
Hari tu, masa jalan-jalan cari hadiah besday boy... Ada pameran kereta kat Aeon Big. Ada kereta Mitsubishi yang baru tu... Tak ingat la nama dia ,attarage kot. Berkenan nak buat ulang alik mai kerja. Pastu rasa cam tak berbaloi nak menambah hutang... 

Sekarang saya dan suami hanya menanggung loan rumah. Hutang keta dua-dua dah takdak.... So, tengah enjoy life without hutang... Esok-esok bila dah sampai masa nak tukar keta baru, saya beli lah... Sekarang bukan satu kemestian. Keta saya hanya buruk pada rupa... enjin elok lagi. Kalau cat mesti lagi mengancammmm. hahaha

Walaupun tak membeli, tapi bila ada show kereta baru.. kami tengok juga. Nak tau keta tu best ker tak... Pastu nak tau berapa harga dia... So, esok2 kalau nak membeli tak perlu la nak pi semua kedai keta.. hihi dasarrr ( tiru ayat jemah).

Dah keluar dari kereta, cakap kat salesman tu... kami tengok-tengok jer. Kalau kami nak beli nanti kami cari encik ( sambil ambil leaflet)Hahaha. Tapi baguih betoi salesman tu.. senyum jer. Memang sesuai jadi salesman...

Tengok-tengok jer...
Ok. bai... nak sambung buat keja plak.

22 Oct 2013

Hadiah Untuk Birthday Boy...

October 22, 2013 0
Hadiah Untuk Birthday Boy...
Sabtu lepas, saya dan Mr. Hubby gigih mencari hadiah untuk besday boy... 
Ammar request nak gadget Ultraman... Dari Aeon Big di Seberang Jaya ke Sunway Carnival. 
Di Sunway Carnival pula dari Toy R Us ke Parkson's. Baru jumpa apa yang di idamkan oleh besday boy ni..
Ini bukan gadget ultraman tapi Amor Hero... Ultraman takdak. Takpalah janji ada yang seakan-akan.

Offer yang lain dia tak nak... nak yang ni jugak. 
Untuk besday, saya biar anak-anak tentukan hadiah yang depa nak. Sekali sekala layan hajat anak-anak.
Anak-anak ni macam kita juga, ada barangan yang di idamkan. Bila dapat mesti seronok kan? Tambah-tambah bila freeeee kan.. 

Untuk kakaknya hari tu, belikan tablet. Cap ayam saja... Cuma bateri tahan sampai 4 jam. Yang ini pun kakak request. Tablet serba pink.....

Original set gadget Amor Hero..  Topeng jer bukan. Tu topeng power rangers.

Terus di gayakan bila sampai rumah... Seronok tak terkira mendapat apa yang di idamkan.

HAPPY BIRTHDAY ADIK.
MUMMY, DADDY & KAKAK SAYANG ADIK.




note:
Bila blogger ciput nak dapat tajaan pi bercuti tau?

21 Oct 2013

Kat Aloq Setaq Hari ni..

October 21, 2013 2
Kat Aloq Setaq Hari ni..
Hari ni baru masuk kerja setelah seminggu cuti Aidiladha..
Hari ni kena outstation kat Aloq Setaq Nunnnn...
Kena buat audit kat sini... Dah lama tak buat audit... gementar pun ada. Banyak benda nak kena tau.. 
Jangan auditee lagi teror dari auditor. Parah!

Semalam dah buat reversion tentang QP (quality procedure) yang nak di audit....
Semoga semuanya berjalan dengan lancar... In Sha Allah.

Camni la kami buat audit...
        
Esok start tengok state sendiri pula. Jumaat state aku pula kena audit...
Bila buat audit di state lain baru nampak kelemahan/kelebihan  yang ada kat state sendiri..
kiranya boleh benchmark kelebihan state tersebut...

Oklah setakat ini saja. Bersiaran dari Aloq Setar... My hometown.
Tapi dah lama tak datang berpoya  kat sini :D

Bye.

20 Oct 2013

Happy Birthday Octoberians...

October 20, 2013 0
Happy Birthday Octoberians...
Happy Birthday Octoberians...
Especially to my hubby and my son... Shared month of birth. 
My 'doa' semoga hubby & son memperohi kejayaan di dunia dan di akhirat. In sha Allah

First celebration, just a small celebration. Us only.. and at home sweet home.
Walaupun tak mewah tapi ia memberi seribu makna kebahagian.. Sesedap rasa red velvet gituuu. :)
Beginilah ayat bagi pencinta red velvet....  hehehe
#LoveUAll#Mr.Z&Aismar.
Red Velvet Cake from my neighbour, Kak Dona.
Malam tu, family hubby buat mini celebration, bacaan doa selamat dan takbir raya at FIL house. Sambut birthday Oktoberian. Family hubby ramai yang lahir bulan oktober... 

sebahagian cucu tok wan.
 Sesi bergambar  sementara menunggu Tok Wan balik dari surau.. Dimulakan dengan cucu-cucu.. Ni baru sebahagian.. Ada yang tak balik dan ada yang beraya di rumah mertua. Yang besar-besar dah malas dan malu nak join yang kecik-kecik..

Yang kecik-kecik ni kalau suruh beraksi memang akan beri kerjasama.. Dah ada geng la katakan.


 Dan lagi...  Yang ini pula sesi bergambar adik beradik lelaki. Hubby takde sebab kena kerja malam raya... Adik hubby tak balik.. So, yang tinggal just abang-abang dan abang ipar hubby.


Macam-macam gaya....


Yang ni pula gambar kaum ibu... Saya, ipar dan biras. Dok belakang, cover ke'chubbian diri ... Bilalah nak kurus? 

Lepas bacaan doa selamat dan takbir raya oleh Tok Wan. Upacara potong-memotong kek di mulakan... Terserlah kegembiraan di muka oktoberian.. Sebab hanya oktoberian saja di sambut ramai-ramai. Yang lain tu sambut sendiri-sendiri jer.. So, yang bukan oktoberian, silalah jangan jeles..

Chocolate Indulgence from Damiral Breads.
 Mini celebration ni di taja oleh adik beradik hubby. SIL Salina masak mee curry. Yummy! Takde gambar...
Sibuk dok bersembang... Sesekali jumpa in law macam-macam cerita yang keluar... Sembang tak hingat dunia kol sebelas lebih baru keluar balik dari rumah tok wan. Tu pun sebab teringat kuah kacang belum buat.. Kalau tak, raya ketupat tanpa kuah kacang jawabnya. hahaha dasar dotdot betui la hang ni..


Lastly, Happy Birthday Octoberian! 
Semoga kebahagian ini berkekalan.. Amin 

19 Oct 2013

Bulan Ini Bulan Rezeki...

October 19, 2013 0
Bulan Ini Bulan Rezeki...
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi...
Murah sungguh rezeki saya pada bulan ini... 5 CPUV untuk bulan Oktober. 

Tak lupa juga pada nuffnang kerana memberi peluang kepada blogger tak femes macam saya ni untuk menjana pendapatan.. 

Dulu memang suka-suka buat blog tapi sekarang dah tiba masa untuk melangkah...
Bila hari ini kita tak mengambil selangkah ke depan, akhirnya nanti akan ada rasa penyesalan itu... Melangkah untuk berjaya... In Sha Allah.


Kalau tengok dari table di atas, saya menerima advert CPUV hampir 3 hari sekali... Yang terbaru adalah pada 17hb baru-baru ni... Guess. Antara jenama yang saya minat. Aduh, bertambahlah tempat untuk saya shopping online. Hihi..

Bagaimana saya boleh dapat CPUV ni?
Rahsia yang dah takde rahsia.. Rakan-rakan blogger pun boleh belajar. Jom terjah blogger HasrulHassan. Saya banyak timba ilmu tentang blog dari perkongsian yang di buat oleh beliau...

Terima kasih blogger Hasrul Hassan atas maklumat yang di kongsikan.

Tahniah juga kepada blogger/ readers yang dapat CPUV yang sama. Semoga terus sukses dalam dunia blog. Amin!

I Love Nuffnang#MoreCPUVplease.

-xoxo-

14 Oct 2013

Dinner @ D'Dapur

October 14, 2013 0
Dinner @ D'Dapur
Seperti biasa jalan-jalan cari makan. Kali ini sempena menyambut besday emak mertua. En. suami dan kakak dia yang belanja... Saya tukang ikut dan makan jer.

Restoran D'Dapor

Lokasi pilihan adalah di D'Dapor yang terletak di area Union Street Pulau Pinang. Camna boleh tau tentang restoran ni adalah melalui iklan Groupon .. Groupon offer best deal hari tu... Set bersama lobster untuk 4 orang makan baru RM 68++. Menarik. Tapi en. suami tak beli best deal tu...
Bila cari balik, tawaran dah habis. Takde rezeki nak dapat harga yang deal tu......

Walau macam mana pun, dinner sambutan harijadi tetap berjalan.... 


En. suami sedang pilih menu ... Antara menu pilihan pada malam tu adalah seperti di bawah.
Udang Sweet Sour. Tak ingat dia letak nama apa , rasa macam sweet sour.. Rasa sedap bangat.....


Pilihan kedua, Ayam Goreng Pandan. Tak berapa nak penuhi piawaian... Dulu penah makan dekat restoran tambuah mas, area sungai nibong ( dah tutup dah) rasa dia sedap amat. Mana nak cari yang rasa macam tu yer...


Yang ini pula Udang Butter. Untuk anak-anak.... Sedap. Rasa butter... First time makan udang butter camni...

 Kari Kepala Ikan... Sedapp gak.


Yang ini pula, Ayam Golek Ala Kapitan... Boleh la... Pendapat saya la kan, ayam golek kat Kulim lagi sedap kot.:)Hahha.. suka sangat buat bandingan dengan makanan kat Kulim... Saya tak berapa suka sangat Kapitan style.. camna nak cakap yer... Lebih berempah kot. Saya ni masakan yang berempah kurang sikit.. Tekak melayu la katakan....


Sayur pilihan en. suami. Terung Berlada/ Bercili.... Dia kata sedapp. Saya tak makan terung....So, tak dapat nak explain dengan details.


Ulam yang datang dengat set tadi... Sambal belacan ia sedap. Ulam-ulam pun fresh ....


Pendek kata semua makanan yang di hidangkan sedap-sedap belaka...Berbaloi. Tempat pun exclusive...

 Yang ni pula hiasan yang menjadi tarikan kepada Aismar. Dok lawan ketuk benda alah tu... Tak tahu nama apa... Sejenis alat muzik. Saya ni kurang pengetahuan tentang alat-alat muzik ni... So, abaikan.

So, akhir sekali gambar tuan tanah kat depan kedai... Guna kamera telefon. Sekali nama kedai tak nampak... Apa-apa jer lah kan.

Lokasi restoran ini, belakang Maybank Union Street. Kalau nak pi, silalah google sebab saya tak ingat jalan nak pi camna.. Banyak sangat belok-belok.

Untuk semua makanan kat atas (untuk 10 orang makan), harga dia adalah RM 250.00...  okay tak?Untuk makluman juga, harga ini termasuk air lain-lain jenis...Rasanya kalau ambik jug, maybe boleh murah lagi kot...

Ni jer cerita jalan-jalan cari makan sebelum aidiladha.

13 Oct 2013

Saya Dan Ariani..

October 13, 2013 0
Saya Dan Ariani..
Semalam saya ajak en. suami ke Ariani Sungai Petani... Nasib baik dia setuju... Jauh ok. Tambah-tambah lagi bila harga minyak dah naik... Nak kemana pun kena berkira sikit. Bukan apa nak berjimat untuk masa depan...

Kalau tak, tak kesampaian la nak shopping tudung Ariani time sales. Nak beli time tak dak sales, rasa cam tak berbaloi jer.. Masih banyak yang saya boleh beli dari membeli tudung yang harga beratus sehelai...
Bila time sales memang berbaloi membeli. Harga setanding kualiti...

Bukan kata saya tak membeli jenama lain, tapi kualiti kurang sikit. Tak berapa sedap nak pakai... Ini pendapat saya ler... Orang lain mungkin lain pendapatnya.

Bila sales memang saya akan memborong... Selalunya saya tetapkan 2 kali setahun shopping kat Ariani.
Sepadan dengan keperluan saya.. Terutamanya bila ada baju baru atau ada sales.... Hehehe

Sebahagian dari Tudung Ariani...

Selalunya saya akan campur-campur design tudung. Ada yang bercorak, ada yang kosong atau yang tone. Untuk kali ini saya banyak beli yang kosong. Ada projek untuk tambah nilai tudung tu..  kalau dah siap nanti saya update.. Tungguuuuu.

Saya menjadi penggemar Ariani sejak Ariani mula buka cawangan di Sungai Petani. Lama la jugak... Kiranya dah hampir 4 tahun...

Kalau ada yang berminat nak beli tudung Ariani, boleh la terjah ke store Ariani yang berdekatan.... Pesanan penaja ni tak di bayar yer... just nak kongsi maklumat. Kaum wanita kan suka shopping time sales... Hihihi  i ler tu..

Oklah nak pergi buka daun palas... Nak buat ketupat. First time... Harap menjadilah yer.

Sebelum terlupa...
'Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua '. Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya... Selamat sampai dan selamat kembali.. Ingatlah yang tersayang.

11 Oct 2013

Kejutan Yang Tak Menjadi...

October 11, 2013 0
Kejutan Yang Tak Menjadi...
Semalam besday MIL.
Saya telah tempah kek indulgence dengan jiran saya ( kak Dona). Konon-kononnya nak buat surprise kat MIL. Konon-kononnya tak prepare apa pun... Janji ngan kak Dona nak pi ambik pukul 8.00... 

Saya balik kerja sampai rumah jam 6.30 petang. Mandi solat maghrib dulu... Then, hubby cakap lepas solat isya' baru keluar pi beli KFC dan ambik kek... Saya pun kata ok lah sebab ingat still around 8.00.

Lepas solat pi beli kfc dulu dan balik baru ambik kek. Sampai jer kat umah Kak Dona, kami tengok rumah dia gelap... Aiseh habih la... Takde kek. Pastu call dia, sekali dia cakap dah hantar kat rumah....
Hahaha... Kejutan tak menjadi daa!

Itulah ceritanya.


Selamat hari lahir mak. Hadiah besday nanti mak claim ngan anak mak yer.... :D

Alhamdulillah, Syukur Ya Allah!

October 11, 2013 0
Alhamdulillah, Syukur Ya Allah!
Terima kasih Ya Allah. 
Terima kasih Nuffnang.
Terima kasih readers sekalian...

Hari ni saya dapat BE/CPUV lagi...  baru mula hari ni.  
BE ni nama dia 'Project Durian'... Tak nampak lagi projek durian ni camna. Berdurikah? or sedappp macam duriankah?

Dan tahniah juga kepada blogger yang berjaya mendapat dan menjana pendapatan melalui BE.
Semoga ia menjadi penambah semangat kepada bloggers sekalian...

-xoxo-

No Parking Sign but....

October 11, 2013 0
No Parking Sign but....
I'm park my child there. :)
Agak-agak majlis perbandaran saman tak?

10 Oct 2013

Quote of the day: The Five W's Of Live

October 10, 2013 0
Quote of the day: The Five W's Of Live
Assalamualikum wbt.

Just nak share...
Hope dapat menaikkan semangat dan kembalikan motivasi yang dah merudum.
Semua perkara yang terjadi ada sebabnya. Fikirkan melalui 5 W di bawah dan kita akan dapat jawapannya...
In Shaa Allah.


9 Oct 2013

Mummy Jangan Risau!

October 09, 2013 0
Mummy Jangan Risau!
Hari hari kedua Si Aismar exam. Walaupun exam tadika jer.. tapi mummy depa ni risau gak...
Pagi tadi dan pagi semalam pesan lebih kurang camni... 

Mummy: Kakak ngan adik nanti jawab periksa sampai habih tau.
Kakak & adik: Ok
Mummy: Tulis jawapan sampai habih tau... Baca soalan betui-betui tau!
Kakak: Mummy jangan la risau!...

Adeh! Jawapan anakanda saya macam budak mature.... Kita punya la risaukan dia tapi dia suruh kita pula jangan risaukan dia....

Bukan apa si kakak tu dok aim nak dapatkan nombor satu dalam kelas dia...  So, kalau tak dapat nanti takut dia demotivate pula.

Apa-apapun semoga anak-anak mummy berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Mummy tiada harta nak di wariskan... cuma mummy boleh bagi ilmu untuk anak-anak mummy berjaya dunia dan akhirat.... 

Good luck Aismar!

8 Oct 2013

Holiaoww

October 08, 2013 0
Holiaoww

Restoran Sinaran Hijau Kuning

Dah lama tak buat entry pasal jalan-jalan cari makan. 
Baru-baru ni kembali ke Restoran Sinaran Hijau Kuning...

Tak nak cerita panjang-panjang. Just nak tunjuk gambar Ammar angkat mangkuk 'holiaow' (sedap). Seronok tengok dia makan...



Ni menu yang kami pesan malam tu. Bihun sup tulang dan mee kuah tulang... Antara menu favorite kalau singgah makan kat sini.


7 Oct 2013

Tunaikan Janji..

October 07, 2013 0
Tunaikan Janji..
Ingat tak lagi citer weekend yang serba tak jadi ... tak jadi pi kenduri la... Tak jadi tengok wayang la... Tak jadi pi makan nasi arab la... Ingat tak?

Weekend lepas adalah sesi menunaikan janji dengan anak-anak. Layan depa tengok wayang... Citer kartun '

Cloudy With A Chance Of Meatballs 2'.



 Ini first time bawa depa dua beradik tengok wayang... Yang paling teruja adalah si kakak. Nak tahu wayang tu camna la.. Ada apa kat wayang...  Best tak tengok wayang... Tu antara soklan si kakak. Orang teruja la katakan.


Yang paling risau bila nak tengok wayang adalah si adik. Bukan reti dok diam... Cakap pun bukan reti pelan-pelan... Tak payah pakai speaker. Dari ruang tamu boleh dengar suara dok dapur... hihi..

Dari dalam kereta sampai ke panggung dok pesan kalau nak cakap apa apa kat mummy ngan daddy, adik bisik tau. Tak leh cakap kuat-kuat... Dan pesanan ini hanya bertahan 30 minit pertama... Pastu dia buat bangun duduk pastu bangun lagi dan duduk...

Yang paling risau takut dia ajak balik.. Nasib baik tak. Kalau tak haru biru jadinya...

Dan gambar di bawah adalah gambar si kakak yang teruja. Siap minta ambilkan gambar dia... Kalau tak jangan harap la dia nak bergambar...




Dan ini posing sebelum balik....  Daddy tumpang sekaki....


Kakak kata nanti kita tengok wayang lagi...  :)

4 Oct 2013

Yeay!

October 04, 2013 2
Yeay!
Hari ni kita suka sangat dan nak cakap kita sayang nuffnang. Hihi...
Nak tau sebab apa tak? 

Pertamanya.....
Yeay ! CPUV baru.. Masyukk2. Dah banyak bulan kot tak dapat CPUV baru...
Apa-apapun tima kasih nuffnang. Nanti bagi lagi yer... Banyak pun takpa. :D


Pastu, CPUV yang lama dah bermain kat blog kita dah di kredit ke akaun nuffnang kita. Makanya, dah bertambah duit dalam tabung nuffnang...

Kita nak simpan duit ni buat beli keta kia rio...hihi.

Bye. Hari ni kita balik awal.......

Salam Jumaat Dari Tuan Tanah

October 04, 2013 0
Salam Jumaat Dari Tuan Tanah
Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat Semua. 
Hari ini kita jadi budak baik... :P

Semangat oren!

Untuk renungan bersama dan juga peringatan kepada diri ini dalam melangkah di muka  bumi ini. Bersama-sama lah kita mengamalkannya. Amin.

Meninggalkan dosa lebih mudah dari mencari taubat

Maksudnya:
Bila bertaubat daripada satu-satu dosa,
kita tidak pasti samada taubat kita tadi diterima atau tidak.
Kerana tidak ada malaikat yang datang membisikkan ke telinga kita bahawa taubat anda sudah diterima Tuhan.
Cuma kita hanya boleh bersangka baik bahawa Allah menerimanya.
Jadi, adalah lebih baik berfikir dua kali sebelum tergamak melakukan dosa.
Kerana taubat itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Ada syarat-syaratnya dan kita tidak pasti diperkenankan oleh-Nya atau kita syok sendiri.

-xoxo-