April 2018 - Cahaya Hayati

30 Apr 2018

Bas Sekolah Percuma, Tiada Alasan Lagi Untuk Tidak Ke Sekolah

April 30, 2018 29
Bas Sekolah Percuma, Tiada Alasan Lagi Untuk Tidak Ke Sekolah
Bas Sekolah Percuma, Tiada Alasan Lagi Untuk Tidak Ke Sekolah. Sekarang giliran anak-anak mommy pula menaiki bas sekolah. Seronok kata mereka! Kalau ikutkan hati, mommy nak saja menghantar dan mengambil mereka tapi apakan daya, tempat kerja mommy jauh. Tak berbaloi mommy berulang alik untuk mengambil dan menghantar mereka. Kalau dekat, memang mommy sanggup pergi dan ambil mereka sebab bayaran bulanan untuk dua beradik ke sekolah (pergi balik) dan juga ke KAFA (pergi balik) mencecah RM 200. Itu bayaran bagi mommy yang tinggal di bandar kecil. Terbayangkan juga kalau mommy masih tinggal di Kuala Lumpur dan tidak dapat bertukar balik ke utara. Berapa jumlah bayaran bas untuk ke sekolah dan KAFA di sana? Mesti mahalkan? Bagaimanalah ibu bapa yang berpendapatan rendah di sana? Mesti terbeban dengan kos ini. Namun persoalan mommy tentang kos bas sekolah di Kuala Lumpur ini terjawab apabila mommy terbaca tweet di twitter tentang Bas Sekolah Percuma. Terus mommy search tentang Bas Sekolah Percuma ni. Pasti korang pun tak tahu lagi kan? Samalah macam mommy...

Bas Sekolah Percuma, Tiada Alasan Lagi Untuk Tidak Ke Sekolah

Bas Sekolah Percuma, Tiada Alasan Lagi Untuk Tidak Ke Sekolah

Rupanya Bas Sekolah Percuma ini telah di lancarkan pada awal tahun 2017 dan ia di teruskan lagi pada tahun 2018 bagi memberi manfaat kepada lebih 6,500 anak-anak penghuni perumahan kos rendah di ibu negara. Skim Bas Sekolah Percuma ini adalah inisiatif yang di buat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu murid-murid kurang berkemampuan menimba ilmu di sekolah. Ia meliputi 74 kawasan PPR dan PA di ibu kota. Peruntukan yang di peruntukkan untuk inisiatif ini adalah RM 15 juta sebagaimana yang terdapat dalam belanjawan DBKL 2018. Alhamdulillah. 

Bas sekolah percuma, skim bas sekolah percuma, bantuan bas sekolah percuma, bas sekolah percuma DBKL, DBKL, dewan bandaraya kuala lumpur, hebatkan negaraku, negaraku, initiatif dbkl, ketua kampung kuala lumpur, ketua kampung kl, Tengku adnan, dato seri tengku adnan, Menteri Wilayah Persekutuan, wilayah persekutuan, kuala lumpur
Bas Sekolah percuma DBKL

Bagi sesetengah orang, mungkin initiatif ini seolah-olah memanjakan golongan yang tinggal di PPR dan PA di ibu kota.. Tapi bagi mommy ia adalah usaha murni untuk mengurangkan kos sara hidup yang terpaksa di tanggung oleh penghuni ini yang mungkin juga akan menyebabkan anak-anak PPR dan PA pergi sekolah dengan perut yang kosong serta terpaksa menahan lapar sehingga balik sekolah. Sedihkan? Tapi dengan usaha atau Skim Bas Sekolah Percuma ini, peruntukan yang sepatutnya untuk bayar tambang bas sekolah boleh di gunakan sebagai perbelanjaan anak-anak ini di sekolah dan mereka tidak perlu berlapar lagi serta tiada alasan lagi untuk tidak ke sekolah. 

Bas sekolah percuma, skim bas sekolah percuma, bantuan bas sekolah percuma, bas sekolah percuma DBKL, DBKL, dewan bandaraya kuala lumpur, hebatkan negaraku, negaraku, initiatif dbkl, ketua kampung kuala lumpur, ketua kampung kl, Tengku adnan, dato seri tengku adnan, Menteri Wilayah Persekutuan, wilayah persekutuan, kuala lumpur
Bas Sekolah Percuma Untuk PPR dan PA Wilayah Persekutuan

Initiatif Bas Sekolah Percuma adalah idea Dato Seri Tengku Adnan Bin Mansor atau lebih di kenali sebagai Ku Nan yang merupakan menteri di Wilayah Persekutuan. Initiatif yang di laksanakan oleh Ku Nan ini bagaikan mendengar keluhan penghuni-penghuni di PPR dan PA Wilayah Persekutuan berhubung tambang bas sekolah yang saban tahun mengalami kenaikkan. Selain dari mengurangkan kos, initiatif ini juga dapat menjamin keselamatan anak-anak ketika pergi dan pulang sekolah. Malah ibu bapa juga dapat menumpukan perhatian kepada kerja dan masa yang ada boleh di gunakan untuk meningkatkan produktiviti sekaligus dapat menghasilkan lebih pendapatan serta meningkatkan taraf hidup mereka.

Selain dari Bas Sekolah Percuma, Ku Nan juga telah melaksanakan beberapa program yang lain seperti pembangunan semula Residensi Kerinchi demi memastikan semua rakyat Wilayah Persekutuan mendapat manfaat, kemudahan serta kesejahteraan yang sama rata.  

Bas sekolah percuma, skim bas sekolah percuma, bantuan bas sekolah percuma, bas sekolah percuma DBKL, DBKL, dewan bandaraya kuala lumpur, hebatkan negaraku, negaraku, initiatif dbkl, ketua kampung kuala lumpur, ketua kampung kl, Tengku adnan, dato seri tengku adnan, Menteri Wilayah Persekutuan, wilayah persekutuan, kuala lumpur
Bas sekolah percuma

Harapan mommy, dan mungkin juga harapan ibu bapa yang lain.. Moga initiatif yang di laksanakan oleh Ku Nan dan DBKL dapat di teruskan malah perluaskan kepada bukan golongan sasaran demi kesejahteraan serta keselamatan pelajar-pelajar di Wilayah Persekutuan. 

26 Apr 2018

Bagaimana Seorang Wanite Berjaya Menjana Keuntungan Sehingga RM15k Sebulan Dengan Hanya Menjual Tudung

April 26, 2018 2
Bagaimana Seorang Wanite Berjaya Menjana Keuntungan Sehingga RM15k Sebulan Dengan Hanya Menjual Tudung
Bagaimana Seorang Wanita Berjaya Menjana Keuntungan Sehingga RM15k Sebulan Dengan Hanya Menjual Tudung.

Nama saya Madihah Mustafha!

Saya telah menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak tahun 2012 lagi. Ketika itu, saya masih lagi sedang menuntut di sebuah IPT. Pada mulanya, saya hanya buat secara suka-suka sahaja. Saya hanya jual tudung ini kepada rakan-rakan terdekat sahaja. 

Tapi lama-kelamaan, ramai pula yang nak beli tudung dari saya. Maklumlah, tudung yang saya jual ketika itu, memang kena dengan selera rakan-rakan yang rata-ratanya adalah golongan student. Tudung yang saya jual, harganya sedikit bajet, tetapi kualitinya tetap baik dan cantik!

Disebabkan permintaan yang semakin hangat! Maka, saya telah bertekad untuk menjalankan perniagaan tudung ini dengan lebih serius lagi.

Dulu, masa mula-mula bisnes, memang saya akan buat penghantaran setiap hari. Tetapi bila pelanggan dah makin ramai, saya buat penghantaran 2 kali seminggu sahaja. Tujuannya... supaya 5 hari lagi, saya dapat fokus untuk membuat kerja-kerja pemasaran & jualan.

5 hari saya akan fokus layan whatsapp, facebook dan ambil order. Lagi 2 hari, saya akan fokus uruskan pembungkusan produk dan penghantaran sahaja.

Secara purata, sale saya setiap hari adalah ratus-ratus ringgit sahaja, tetapi bila dikumpulkan seminggu... sebulan... ianya agak lumayan juga!  Lagi-lagi kalau tiba musim raya! Lagi masyuukk.... Boleh cecah RM25k sebulan..  semuanya hanya dilakukan dari rumah sahaja sambil-sambil jaga anak!

Nak tahu bagaimana Madihah bejaya membuat jenama sendiri dan meraih keuntungan sehingga RM15 sebulan, boleh di dapati melalui banner di bawah. Saya pasti ramai yang buat bisness tudung untuk raya akan datang...

25 Apr 2018

Customized Mother's Day Gift Untuk Ibu Tersayang

April 25, 2018 8
Customized Mother's Day Gift Untuk Ibu Tersayang
Customized Mother's Day Gift Untuk Ibu Tersayang. Hai uolls! Dah lunch... Bulan depan, 13 May 2018 adalah Hari Ibu. Hari ibu di sambut sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kepada ibu-ibu di seluruh dunia. Tak kiralah ibu kandung, ibu mertua, ibu tiri, ibu saudara ataupun ibu angkat. Sambutan hari ibu tidaklah wajib di sambut tapi kita boleh sambutnya dengan cara tersendiri sebagai cara menunjukkan kasih sayang dan menghargai ibu atau ibu-ibu kita. Bukan setakat anak saja yang sambut hari ibu, suami pun patut sambut hari ibu dengan isteri sebagai menghargai pengorbanan isteri melahirkan anak atau anak-anak. Bukan senang tau nak lahirkan anak... So, hargailah pengorbanan itu. 

Oh yer, sebagai ibu... mommy tak perlukan hadiah yang mahal-mahal tu, cukuplah sekadar ingatan. Tapi kalau nak bagi jugak mommy terima jer.. hihi. Mommy rasa semua ibu-ibu pun sependapat dengan mommy. Korang dah ada idea untuk bgi hadiah kepada ibu sempena hari ibu nanti? Kalau takdak lagi, korang boleh tengok di Printcious untuk customized Mother's Day gift kepada ibu anda. Tentu dia lagi suka dan di hargai.

Customized Mother's Day Gift Untuk Ibu Tersayang

Printcious adalah satu-satunya web yang mommy suka buat customized gift terutamanya untuk hadiah sempenan Hari Ibu kerana ia menawarkan pelbagai pilihan antaranya :

1. Mug

Korang bayangkan MUG yang di customized dengan gambar korang dan ibu di gunakan setiap hari oleh ibu tersayang. Mesti rasa bonding antara ibu dan anak terasa dekat dan ibu pun sentiasa rasa dekat dengan anak. Lebih-lebih lagi yang tinggal berjauhan dengan ibu. 

mother's day, mother's day gift, customized mother's day gift, customized gift, hari ibu, hadiah hari ibu, hadiah terkini hari ibu, hari ibu 2018, hadiah gempak untuk hari ibu, reka sendiri hadiah untuk hari ibu, hadiah murah untuk hari ibu, hadiah kesukaan ibu,
Customized Mother's Day Gift Untuk Ibu Tersayang

2. Ceramic Tiles

Customized Ceramic Tiles adalah antara hadiah yang di sukai oleh ibu-ibu sebabnya ibu-ibu boleh letak ceramic tiles ni di tempat yang di sukainya seperti di bilik tidur, di meja kerja ataupun di ruang tamu. Hari-hari ibu akan nampak dan senyum mengingati detik terindah yang tercetak di ceramic tiles tersebut. 

mother's day, mother's day gift, customized mother's day gift, customized gift, hari ibu, hadiah hari ibu, hadiah terkini hari ibu, hari ibu 2018, hadiah gempak untuk hari ibu, reka sendiri hadiah untuk hari ibu, hadiah murah untuk hari ibu, hadiah kesukaan ibu,
Customized Mother's Day Gift Untuk Ibu Tersayang

3. T-Shirt

Kalau ibu korang jenis fashionista atau gemar menggayakan T-shirt, korang boleh hadiahkan T-shirt yang di cetak perkataan yang korang pilih untuk menghargai ibu korang. Boleh juga korang buat sedondon dengan ibu korang. Mesti lagi gempak sebab sekarang kan, ramai yang suka pakai sedondon sefamili...

mother's day, mother's day gift, customized mother's day gift, customized gift, hari ibu, hadiah hari ibu, hadiah terkini hari ibu, hari ibu 2018, hadiah gempak untuk hari ibu, reka sendiri hadiah untuk hari ibu, hadiah murah untuk hari ibu, hadiah kesukaan ibu,
Customized Mother's Day Gift Untuk Ibu Tersayang

4.  Puzzles

Kalau korang rasa idea di atas kurang sesuai untuk ibu korang, korang boleh saja tempah puzzles di mana puzzles tersebut akan tercetak gambar yang di sukai oleh ibu korang atau detik terindah korang dengan ibu. Dah dapat tu, boleh saja main susun-susun puzzles dengan ibu korang. Mesti dia terkejut tengok puzzles tu...  Haaa itu antara idea yang korang boleh guna bila nak sambut hari ibu nanti. 

mother's day, mother's day gift, customized mother's day gift, customized gift, hari ibu, hadiah hari ibu, hadiah terkini hari ibu, hari ibu 2018, hadiah gempak untuk hari ibu, reka sendiri hadiah untuk hari ibu, hadiah murah untuk hari ibu, hadiah kesukaan ibu,
Customized Mother's Day Gift Untuk Ibu Tersayang

Bukan ada 4 jenis hadiah tu saja.. Ada banyak lagi dan korang boleh tengok sendiri di website PRINTCIOUS

Sempena Hari Ibu yang akan datang ini, Printcious menawarkan promosi potongan harga sehingga 30%  bagi setiap customised items. Berbaloi sangat!

Untuk mommy, mommy dah tahu hadiah apa yang mommy akan beli buat ibu mertua mommy. Nak bagi ibu sendiri, ibu mommy dah tiada. So, hargai apa yang ada dengan kita dan sebagai tanda ingatan kepada ibu mertua yang telah malahirkan dan mendidik suami menjadi suami dan bapa yang bertanggungjawab, mommy akan MUG yang mommy akan personalized bersama-sama encik suami. Tunggu ya!

Berita baik juga kepada syarikat atau individu yang ingin membuat Button Badges atau Photo Booth korang bolehlah menempahnya melalui link di bawah:-

23 Apr 2018

Janjinya Syurga OST Drama Teratai Kemboja

April 23, 2018 1
Janjinya Syurga OST Drama Teratai Kemboja
Janjinya Syurga OST Drama Teratai Kemboja. Mommy baru start layan Drama Teratai Kemboja yang telah di tayangkan di TV3 setiap Rabu sehingga Jumaat. Mulanya ingat malas nak layan tapi bila tengok barisan pelakon yang hebat, terus hati kata mesti best. so, mommy pun layan drama ni secara online saja dan ternyata best sangat. 
Lirik Lagu Superchild - Janjinya Syurga, Janjinya Syurga OST Drama Teratai Kemboja, ost teratai kemboja, ost drama teratai kemboja, lagu drama teratai kemboja, lirik janjinya syurga, video janjinya syurga , lagu superchild, janjinya syurga suoerchild,
Ost Drama Teratai Kemboja

SINOPSIS TERATAI KEMBOJA

Mengisahkan mengenai Fikri (Adi Putra), seorang usahawan yang berkahwin dengan Hanani (Elly Mazlein) sewaktu mereka sama-sama masih menuntut di universiti. Hanani masih belum bersedia untuk mempunyai anak dan mengambil pil perancang kerana mahu menumpukan pengajian tahun akhir mereka. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani tetapi Hanani tetap dengan keputusannya. Dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah demi menjaga hati Hanani.
Konflik semakin meruncing apabila Hanani semakin tidak menghormati Fikri sebagai suami lebih-lebih lagi apabila perniagaan Spa Hanani kini semakin maju. Situasi ini menyebabkan Fikri sangat tertekan dan diserang sakit jatung ketika memandu dan telah melanggar Taufik. Mujur kecederaan Taufik tidak serius namun dia tetap di tahan di hospital. Selama mereka dirawat di hospital, Taufik selalu datang melawat Fikri di wadnya.

Fikri bertanyakan tujuan Taufik yang juga seorang guru agama di Kemboja datang ke Malaysia. Taufik menceritakan dia mencari seseorang dan dalam masa yang sama berjumpa dengan pihak NGO yang banyak menyumbang keperluan asas seperti pakaian, buku, alat tulis terutama yang berkaitan dengan perkembangan Islam dan pendidikan kanak-kanak di kampungnya. Fikri tertarik dan mahu mengikut Taufik pulang ke Kemboja.
Melihat kehidupan yang daif di kampung Taufik, Fikri tersentuh dan ingin menetap lebih lama di situ. Fikri juga tertarik dengan peribadi Nurhidayah (Fasha Sandha) yang juga anak kepada Taufik (Hasnul Rahmat), tetapi Fikri masih ingat akan statusnya yang sudah berkahwin. Taufik juga turut menceritakan asal usul mereka dan kenapa dia membawa Nurhidayah lari ke Kemboja. Tanpa diduga, Taufik melamar Fikri untuk menjadi suami kepada Nurhidayah.
Fikri bingung. Namun dalam masa yang sama, Fikri juga mahukan zuriat sebagai pewaris keturunannya dunia akhirat. Nurhidayah pula, seorang anakyang baik hanya menurut permintaan bapanya. Akhirnya Fikri dan Nurhidayah disatukan. Taufik meminta Fikri untuk menjaga Nurhidayah dan mencari Maryam, ibu kandung Nurhidayah sekembalinya mereka ke Malaysia nanti. Dapatkah Nurhidayah menemui Maryam dan bagaimana pula penerimaan Hanani terhadap Nurhidayah?

Lirik Lagu Superchild - Janjinya Syurga

Berlindung di sayap rahmatNya
Menanti embun seroja 
Titis hilang dahaga
Dibalik cahaya sejahtera
Terpaku aku menanti yang dijanjinya syurga

Apapun yang ku cari tetapnya disini
Peneman kebimbangan berlalu pergi
Dan kasih hadir jua di balik kecewa
Tak mungkin beralih ku menanti rahmat cintaNya

Bayangan mengejar diriku
Hilang terang di belenggu rindu
Percaya kekalnya Sang Cinta
Hangat ku bersama
Berteman lenanya
Mimpi kasih kita sempurna

19 Apr 2018

Masak Sendiri Atau Beli ?

April 19, 2018 3
Masak Sendiri Atau Beli ?
Masak sendiri atau beli? Persoalan yang seringkali di aju kepada mommy anak 3 ni.. Bukan sekali tapi banyak kali, mungkin sebab mommy bekerja makan gaji. Balik dah petang, nak urus anak lagi, nak urus suami lagi eh bukan suami tapi rumah. Suami tu pandai-pandailah dia uruskan diri sendiri. Dah tua dah!

Jawapan mommy senang saja. Ikut mood.. rasa nak makan yang di masak, mommy masaklah. Walaupun sekadar nasi goreng, bihun goreng ataupun tom yam dan telur dadar tak cukup bahan. Nasiblah anak-anak tak cerewet sangat sebab awai-awai mommy dah psiko depa supaya bersyukur ada benda nak makan. Alhamdulillah mendengar kata. 

masak sendiri atau beli? cabaran ibu bekerja, koay teow kungfu
ni koay teow kungfu cara mommy. Tak menarik tapi sedap.hihi

Kalau mood malas masak, awai-awai dah habaq kat encik suami yang hari ni tak masak. Habaq awai bukan apa, nak beli balik makan kat umah atau nak makan kat luar.. Tak pun suruh dia beli siap-siap masa  on the way balik kerja. 

Korang macam mana? Masak hari-hari ke? Kalau masak hari-hari, mommy salute kat korang..

Berkahwinlah Kerana Allah SWT

April 19, 2018 0
Berkahwinlah Kerana Allah SWT
Berkahwinlah kerana Allah SWT. Assalamualaikum wbt & salam jumaat uolls. Semalam sambil baring-baring terbaca artikel ni di fb di mana ia menyuruh kita berkahwin kerana Allah SWT bukannya kerana keluarga, cinta atau paras rupa.. Tapi kerana Allah SWT agar kita tak menjadi seperti kisah-kisah yang dipaparkan di media sosial. 

Dah jom baca kata-kata dari Prof Dr Muhaya agar ia menjadi panduan adik-adik yang masih bujang, kepada kaunselor tak berbayar apabila kawan baik ada masalah untuk berkahwin atau menolak pinangan yang datang dan juga untuk renungan diri sendiri andai kata perkahwinan ini ada masalah.. Jadikan ia panduan untuk keluar dari kemelut dengan berbalik dan menyerah segalanya kepada Allah SWT.

18 Apr 2018

5 Langkah Untuk Hati Tenang

April 18, 2018 1
5 Langkah Untuk Hati Tenang
5 Langkah Untuk Hati Tenang - pagi tadi mommy dengar ceramah oleh Prof Dr Muhaya melalui applikasi Muslim Go. Prof Dr. Muhaya kongsikan 5 langkah untuk hati tenang. Katanya, jika hati tenang kita tidak akan marah-marah, tidak akan iri hati dan tidak mudah sentap.. Jom amalkan 5 langkah yang di kongsikan ini agar hidup dan hati kita lebih tenang.

5 Langkah Untuk Hati Tenang

Niat

Untuk hati menjadi lebih tenang kita mesti luruskan niat. Jika kita ingin berjaya dalam hidup kita mesti niat agar berjaya dan untuk apa kejayaan itu. Dalam ceramah itu, beliau memberi contoh jika menuntut ilmu dan apa yang kita akan buat apabila memperolehi ilmu tersebut - untuk di sebarkan atau di simpan dalam hati saja, untuk di ajarkan kepada generasi akan datang atau di biarkan terkubur saja. 

Jadi luruskan niat kita untuk mendapatkan ilmu dan memanfaatkannya kepada jalan Allah sama ada melalui penulisan, ceramah ataupun sharing di media social. 

Hati Mesti Tulus Dan Bersih

Bila dah ada niat, kita mesti pastikan hati bersih dan tulis untuk mencapai kejayaan ke arah jalan Allah bukannya kita mencapai kejayaan kerana ingin menunjuk sesama manusia atau kerana ingin memperolehi pangkat. Jika dengan ini kita tidak akan memperolehi hati yang tenang sebab akan ada orang yang ada lebih dari kita.  

Ikhtiar

Kita juga mesti berikhtiar untuk memperolehi hati yang tenang. Katanya lagi, hati tidak akan tenang jika solat kita tidak sempurna. Jadi, carilah guru agar solat kita sempurna dan menjadi terbaik di mata Allah. 

Doa

Setelah berikhtiar atau berusaha kita juga mesti menyerah segala keputusan atau hasilnya kepada Allah dengan hanya berdoa. 

doa agar hati tenang, 5 langkah hati tenang, hati tenang, apa perlu buat jika hati tak tenang, cara tenangkan hati, urusan hati, hati galau, susah hati, ubat hati,
doa agar hati tenang

Taubat Yang Berterusan

Dalam memperolehi hati yang tenang, Prof Dr Muhaya juga meminta agar kita melakukan taubat yang berterusan. 

Katanya lagi, jika kita melakukan kelima-lima langkah ini... In Sha Allah ketenangan yang kita cari akan kita jumpa. 

Selamat beramal uolls!

17 Apr 2018

KERIANGAN TANPA HENTI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES

April 17, 2018 1
KERIANGAN TANPA HENTI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES
Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.

wipes, hand wipes, tisu basah, Carrie Junior Funtime Wipes, carrie junior wipes, CJ wipes, harag wipes carrie junior, kegunaan tisu basah, cara menggunakan tisu basah, antibacterial wipes, status halal tisu basah, carrie junior, carrie junior malaysia
Carrie Junior Funtime Wipes

Carrie Junior Funtime Wipes

Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, ia sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.

Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.

wipes, hand wipes, tisu basah, Carrie Junior Funtime Wipes, carrie junior wipes, CJ wipes, harag wipes carrie junior, kegunaan tisu basah, cara menggunakan tisu basah, antibacterial wipes, status halal tisu basah, carrie junior, carrie junior malaysia
dua jenis tisu basah Carrie Junior

wipes, hand wipes, tisu basah, Carrie Junior Funtime Wipes, carrie junior wipes, CJ wipes, harag wipes carrie junior, kegunaan tisu basah, cara menggunakan tisu basah, antibacterial wipes, status halal tisu basah, carrie junior, carrie junior malaysia
Carrie Junior Funtime Wipes

Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries. Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Ia juga bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal.

wipes, hand wipes, tisu basah, Carrie Junior Funtime Wipes, carrie junior wipes, CJ wipes, harag wipes carrie junior, kegunaan tisu basah, cara menggunakan tisu basah, antibacterial wipes, status halal tisu basah, carrie junior, carrie junior malaysia

wipes, hand wipes, tisu basah, Carrie Junior Funtime Wipes, carrie junior wipes, CJ wipes, harag wipes carrie junior, kegunaan tisu basah, cara menggunakan tisu basah, antibacterial wipes, status halal tisu basah, carrie junior, carrie junior malaysia
Carrie Junior Funtime Wipes - cheeky Cherry

wipes, hand wipes, tisu basah, Carrie Junior Funtime Wipes, carrie junior wipes, CJ wipes, harag wipes carrie junior, kegunaan tisu basah, cara menggunakan tisu basah, antibacterial wipes, status halal tisu basah, carrie junior, carrie junior malaysia
Carrie Junior Funtime Wipes - Smoothie Berries

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak).

16 Apr 2018

Psstt... Meh Kita Gossip Tentang Althea Bare Essentials

April 16, 2018 1
Psstt... Meh Kita Gossip Tentang Althea Bare Essentials
Psstt... Meh Kita Gossip Tentang Althea Bare Essentials. Althea telah membuatkan semua beauty addict bergossip secara sengaja dalam blog, di insta dan FB. Belum lagi dari mulut ke mulut dan ia dah VIRAL uolls. Ini semua gara-gara keluaran terbaru Althea iaitu Bare Essentials yang memudahkan semua wanita ataupun lelaki untuk menjaga kecantikan kulit wajah. Hanya dengan 3 langkah mudah...

Althea Bare Essentials, Bare Essentials, Althea BE, produk best dari althea, althea, set penjagaan kulit althea, 3 langkah penjagaan kulit wajah, Bare Essentials Contour Cleanser, Bare Essentials Primer Water, Bare Essentials  Fixer Cream , Free Give Althea, review online shopping althea, k beauty, make up dari korea, review produk korea,
Psstt... Meh Kita Gossip Tentang Althea Bare Essentials

Rasanya dah banyak entry mommy tentang Althea dan produknya. Bermula dari satu, mommy dah jadi addict dengan produk K-Beauty sebab sepanjang mommy membeli dari Althea bagi jenama yang berlainan, mommy tidak pernah alami kesan sampingan penggunaan produk tersebut. Boleh katakan semua serasilah dengan mommy. Kalau parcel pula, ia direct dari Korea terus sampai depan pintu rumah. Selamat uolls! Malahan kotak juga tidak kemek. Kotak Althea yang dapat tu pun cantik sangat.

Althea Bare Essentials, Bare Essentials, Althea BE, produk best dari althea, althea, set penjagaan kulit althea, 3 langkah penjagaan kulit wajah, Bare Essentials Contour Cleanser, Bare Essentials Primer Water, Bare Essentials  Fixer Cream , Free Give Althea, review online shopping althea, k beauty, make up dari korea, review produk korea,
parcel Althea dari Korea

Opps! jom sambung gossip pasal Althea Bare Essentials.

Althea Bare Essentials

Althea Bare Essentials adalah set skincare terbaru yang di keluarkan oleh Althea. Kali ini, Althea memudahkan semua untuk menjaga kulit wajah dengan hanya 3 langkah mudah setiap hari. Ini kerana ia menggabungkan beberapa proses skincare menjadi 3 langkah saja. Sangat memahami kan? Ini kerana di waktu pagi adalah waktu yang sibuk dan menyebabkan ramai yang mengabaikan penjagaan wajah yang asas. Selain itu, ia juga sangat sesuai kepada orang yang tidak gemar menggunakan banyak produk untuk kelihatan cantik menawan. 

Althea Bare Essentials, Bare Essentials, Althea BE, produk best dari althea, althea, set penjagaan kulit althea, 3 langkah penjagaan kulit wajah, Bare Essentials Contour Cleanser, Bare Essentials Primer Water, Bare Essentials  Fixer Cream , Free Give Althea, review online shopping althea, k beauty, make up dari korea, review produk korea,
Althea Bare Essentials

Tiga langkah yang di tawarkan oleh Althea Bare Essentials adalah melalui 3 produk asas Bare Essentials iaitu:

  • CONTOUR CLEANSER
  • PRIMER WATER 
  • FIXER CREAM

Bare Essentials Contour Cleanser 

Bare Essentials Contour Cleanser adalah pembersih wajah yang boleh di gunakan siang dan malam dan juga merupakan asas penjagaan kulit wajah. Ia mengandungi micro capsules yang mana bila di campurkan dengan air boleh bersihkan seluruh wajah kerana micro capsules bertindak sebagai scrub untuk membersihkan liang-liang roma dan juga kotoran yang terdapat di wajah. So tak perlu guna scrub dah dengan Contour Cleanser.

Althea Bare Essentials, Bare Essentials, Althea BE, produk best dari althea, althea, set penjagaan kulit althea, 3 langkah penjagaan kulit wajah, Bare Essentials Contour Cleanser, Bare Essentials Primer Water, Bare Essentials  Fixer Cream , Free Give Althea, review online shopping althea, k beauty, make up dari korea, review produk korea,
Bare Essentials Contour Cleanser

Bare Essentials Contour Cleanser menggunakan teknologi bubbleshoot untuk menghasilkan micro capsules. Jadi setiap kali membersihkan wajah ia memberi rasa bersih dan kelembutan kepada kulit. Istimewanya, penggunaan yang berterusan boleh menjadikan atau menampakkan wajah berbentuk V-shape. Kesan atau rasa dingin dan segar selepas membilas pula di hasilkan oleh  Ice Plant & Lemon Verbena Leaf yang merupakan bahan asas dalam Contour Cleanser.

Althea Bare Essentials, Bare Essentials, Althea BE, produk best dari althea, althea, set penjagaan kulit althea, 3 langkah penjagaan kulit wajah, Bare Essentials Contour Cleanser, Bare Essentials Primer Water, Bare Essentials  Fixer Cream , Free Give Althea, review online shopping althea, k beauty, make up dari korea, review produk korea,
Bare Essentials Contour Cleanser menggunakan teknologi bubbleshoot untuk menghasilkan micro capsules

Sejak menggunakan Bare Essentials Contour Cleanser, mommy sentiasa menjadi tak sabar untuk mencuci make up. Ini kerana kesan bersih dan lembut selepas cuci memberi rasa cantik dan sihat kepada kulit. Okay bukan mommy perasaan tapi itulah perasaan yang wujud apabila membersih wajah dengan Bare Essentials Contour Cleanser. Kalau tak percaya boleh cuba dan alami sendiri yer...

Bare Essentials Primer Water

Bare Essentials Primer Water terhasil dari gabungan toner dan primer. Wow, so dah tak perlu guna primer untuk menghalang kesan sensitif yang akan merosakkan kulit akibat bahan komestik lain yang mengandungi bahan kimia. Produk 2 in 1 ni bukan saja menjimatkan masa malah menjimatkan proses make up dan duit.. Yang pasti ia membantu penggunanya memperolehi kulit yang cantik dan sihat.

Althea Bare Essentials, Bare Essentials, Althea BE, produk best dari althea, althea, set penjagaan kulit althea, 3 langkah penjagaan kulit wajah, Bare Essentials Contour Cleanser, Bare Essentials Primer Water, Bare Essentials  Fixer Cream , Free Give Althea, review online shopping althea, k beauty, make up dari korea, review produk korea,
Bare Essentials Primer Water

Bare Essentials primer water ini terhasil dari teknologi Clear Drewdrop. Bermakna ia tanpa pewarna dan untuk menggunakannya hanya titiskan ke atas kulit dan usap sehingga ia menyerap sepenuhnya. Kadar penyerapan sangat pantas serta tidak memberi kesan melekit. Ia juga memberi rasa dingin dan menjadikan wajah tampak glowing. Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit kerana bahan asas yang di gabungkan dengan teknologi Clear Drewdrop mudah serasi dengan semua jenis kulit.

Althea Bare Essentials, Bare Essentials, Althea BE, produk best dari althea, althea, set penjagaan kulit althea, 3 langkah penjagaan kulit wajah, Bare Essentials Contour Cleanser, Bare Essentials Primer Water, Bare Essentials  Fixer Cream , Free Give Althea, review online shopping althea, k beauty, make up dari korea, review produk korea,
Bare Essentials primer water ini terhasil dari teknologi Clear Drewdrop

Setiap kali lepas menggunakan Bare Essentials Primer Water, mommy rasa kulit muka mommy makin cantik, halus dan sihat. Sepanjang penggunaannya mommy tidak alami alahan atau healing proses kesan penggunaan produk sebelum ini. Terbukti ia berkesan kepada semua jenis kulit!

Bare Essentials Fixer Cream

Tidak lengkaplah penjagaan wajah jika tanpa cream pelembap. Bare Essentials  Fixer Cream bertindak sebagai pelembap dan memberi perlindungan 24 jam kepada kulit. Tiga bahan asas yang di gunakan dalam menghasilkan Bare Essentials Fixer Cream adalah Trehalose, Green tea dan Baobab Tree.

Althea Bare Essentials, Bare Essentials, Althea BE, produk best dari althea, althea, set penjagaan kulit althea, 3 langkah penjagaan kulit wajah, Bare Essentials Contour Cleanser, Bare Essentials Primer Water, Bare Essentials  Fixer Cream , Free Give Althea, review online shopping althea, k beauty, make up dari korea, review produk korea,
Bare Essentials  Fixer Cream 

Sepertimana yang kita tahu, ketiga-tiga bahan asas ini memberi kelembapan dan menjaga kulit dari kekeringan sepanjang hari. Ia tidak berminyak dan melekit  malah tiada bau atau berwarna. Bersifat natural dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Althea Bare Essentials, Bare Essentials, Althea BE, produk best dari althea, althea, set penjagaan kulit althea, 3 langkah penjagaan kulit wajah, Bare Essentials Contour Cleanser, Bare Essentials Primer Water, Bare Essentials  Fixer Cream , Free Give Althea, review online shopping althea, k beauty, make up dari korea, review produk korea,
Bare Essentials  Fixer Cream tiada bau dan warna

Mommy akui mommy bukanlah sejenis yang rajin sangat memakai set skincare. Tambah-tambah lagi yang jenis lain-lain cream.. krim siang lain, krim malam lain. Bila ada tiga langkah saja untuk menjaga kulit dan hanya perlu pakai satu krim, ofkoslah mommy orang yang paling suka. Dah tak susah nak jaga kulit agar sentiasa lembap, cantik dan sihat. Krim pelembap ini juga tidak melekit dan berminyak. Jadi boleh pakai krim ni saja tanpa perlu memakai bedak apabila berada di rumah...

Free Give Althea

Setiap kali terima parcel dari Althea, mommy sangat teruja dan tak sabar nak unbox sebab mesti ada free give yang sangat awesome. Kali ini mommy dapat traveling/trial pack Bare Essential , hand mirror dan Althea Tile . Bestnya sebab mommy tak perlu lagi nak usung set penjagaan kulit yang sebenar dan mommy boleh bawa Bare Essentials kits di mana sahaja. Love u #Althea.

Althea Bare Essentials, Bare Essentials, Althea BE, produk best dari althea, althea, set penjagaan kulit althea, 3 langkah penjagaan kulit wajah, Bare Essentials Contour Cleanser, Bare Essentials Primer Water, Bare Essentials  Fixer Cream , Free Give Althea, review online shopping althea, k beauty, make up dari korea, review produk korea,
Free Give Althea

Althea Bare Essentials, Bare Essentials, Althea BE, produk best dari althea, althea, set penjagaan kulit althea, 3 langkah penjagaan kulit wajah, Bare Essentials Contour Cleanser, Bare Essentials Primer Water, Bare Essentials  Fixer Cream , Free Give Althea, review online shopping althea, k beauty, make up dari korea, review produk korea,
Free Give Althea
Bagi yang berminat untuk mendapatkan Althea Bare Essentials ini bolehlah dapatkan dari link di bawah dan ia akan di pos dari Korea ke pintu rumah anda.

10 Apr 2018

TIPS MEMILIH TUDUNG MENGIKUT WARNA KULIT

April 10, 2018 4
TIPS MEMILIH TUDUNG MENGIKUT WARNA KULIT
Tips memilih tudung mengikut warna kulit. Tak lama lagi, bulan syawal bakal menjelma... kat timeline fb pun dah banyak promosi baju dan tudung raya.. Tapikan, warna-warna tu sesuai tak dengan warna kulit kita? Ke main padan dengan warna baju raya? Ataupun sebab tudung tu nampak cantik? Mestilah kan sebab cantik dan kena dengan warna baju raya. Walaubagaimanapun, tak semua warna kena dengan warna kulit. Salah pilih warna confirm nampak suram, tak bermaya dan hilang seri.. Kalau nak nampak cantik vogue kebabom follow tips memilih tudung mengikut warna kulit. Confirm jadi tumpuan masa raya nanti...

TIPS MEMILIH TUDUNG MENGIKUT WARNA KULIT

KULIT GELAP

Bagi kamu yang memiliki kulit gelap, warna tudung yang sesuai adalah seperti warna plum, lavender, warna-warna pastel dan warna neutral seperti putih. Warna-warna ini akan membuatkan kulit kamu kelihatan lembut dan sudah tentu lebih cerah. Tapi ingat! Elakkan menggunakan warna coklat, hitam dan oren kerana ia akan membuatkan wajah kamu bertambah gelap. Begitu juga warna-warna terang seperti hijau gelap, merah bata dan kuning.

SAWO MATANG

Majoriti rakyat Malaysia memiliki kulit jenis ini kan? Warna tudung yang sesuai bagi kamu adalah seperti warna krim, biru navy, ungu dan hitam. Manakala warna yang perlu dielak seperti merah, kuning, hijau gelap, coklat gelap dan warna oliv.

PUTIH KEKUNINGAN

Bagi kulit jenis ini, kamu dinasihatkan untuk mengenakan tudung dari warna merah jambu, merah dan biru. Bagaimanapun, elakkan menggunakan warna krim, coklat dan oren. Kalau tidak, kamu akan kelihatan pelik!

BERKULIT PUTIH

Bagi kamu yang memiliki kulit jenis ini, tiada masalah untuk kamu mengenakan sebarang jenis warna sama ada warna gelap atau warna cerah. Semuanya kena saja pada kamu. Pun begitu, kamu kelihatan lebih berseri jika mengenakan warna hitam, kelabu, merah, biru dan ungu. TETAPI! Elakkan warna pastel, putih dan beige sebab warna-warna itu menyebabkan kulit kamu kelihatan sangat pucat.

9 Apr 2018

Lanconone | Formula Herba Terkini Membantu Pesakit Sendi

April 09, 2018 0
Lanconone | Formula Herba Terkini Membantu Pesakit Sendi
NuvaLanconone baru-baru ini telah menganjurkan satu acara yang empatetik, berinformasi dan sukar dilupakan yang bertajuk “Membongkar Paradoks Sakit Sendi” di mana hasil penyelidikan herba telah dibongkarkan. Pihak media telah mendapat penjelasan mengenai masalah kesakitan sendi artiritis, iaitu satu keadaan yang menyakitkan jika tidak dirawat dan bertambah teruk apabila dirawat dengan ubat tahan sakit. Dilema ini merupakan satu seksaan harian buat kira-kira 60% penduduk di seluruh dunia yang berumur 65 tahun ke atas dengan sedikit harapan untuk menjalani pembedahan yang berjaya. Dr Shalini Srivastava, penyelidik utama sains herba ini telah berada di Malaysia untuk berkongsi bagaimana Lanconone mampu menawarkan lebih banyak alternatif kepada penderita sendi kronik.

Wajah-Wajah Pesakit Sakit Sendi Degeneratif 

Anda mungkin berusia 45 tahun ke atas, berkemungkinan dalam linkungan lewat 50-an. Anda tidak sakit atau kelihatan seperti seseorang yang tidak sihat. Anda mungkin sedang mengambil ubat tekanan darah tinggi ataupun kolesterol tetapi siapa sahaja yang tidak mengambilnya pada hari dan zaman ini? Sebelum kekuatan sendi anda merosot dalam beberapa bulan atau tahun, anda menjalani kehidupan yang aktif dan memuaskan - berjalan kaki setiap pagi, perjalanan jauh penuh aktif, menikmati sukan, malahan bermain dengan cucu anda. Anda adalah orang yang diharapkan untuk memasak setiap kali keluarga berkumpul, untuk pergi bercuti bersama, untuk mendaki bersama ... anda masih hidup aktif dan mudah bergerak di usia puncak anda.

Sendi anda semakin merosot sementara atiritis berkembang, maka semuanya telah berubah. Setiap hari berakhir dengan kesakitan yang tidak dapat ditanggung pada lutut manakala setiap pagi pula bermula dengan cubaan untuk memanaskan lutut anda yang kejang. Ia bukanlah sejenis kesakitan seperti patah tulang yang akhirnya menjadi lebih baik, tetapi ia merupakan kesakitan dan kekejangan pada sendi yang sentiasa ada. Kebanyakan orang mengalami kesakitan sendi di lutut mereka di mana risiko mengalami osteoarthritis lutut seumur hidup kini dianggarkan sekitar 45%. Ada juga yang mengalami sakit sendi di jari, bahu dan belakang.

Setiap hari merupakan satu perjuangan menentang kesakitan sendi kerana anda bertarung antara keupayaan dan kekurangan upaya. Anda ingin berjalan di waktu pagi seperti biasa tetapi anda hanya perlu mengambil beberapa langkah untuk diingatkan tentang batasan anda. Anda mahu menyertai keluarga anda ke pusat membeli-belah di hujung minggu tetapi hanya memikirkan tanggadan anda akan menyerah kalah kepada kesakitan sendi.

Kebiasaannya, anda akan memasak untuk keluarga anda tetapi kini membeli-belah dan juga berdiri lama adalah sesuatu yang anda tidak boleh lagi lakukan. Anda mungkin telah kehilangan beberapa kawan kerana sakit sendi anda telah menghadkan keupayaan anda untuk menyertai acara bersama. Tidak lama kemudian, kesakitan sendi anda mengehadkan banyak penglibatan sosial yang pernah menjadi sebahagian dari hidup anda.

Namun, anda tidak dapat berkongsi apa yang anda rasai walaupun dengan insan yang terdekat dan paling anda sayangi. Anda tidak kelihatan sakit tetapi anda berasa terpinggir, kalah dan terperangkap dalam kesakitan sendi anda. Bagaimana untuk mereka fahami anda? Artritis telah meragut keupayaan anda, mobiliti dan norma harian anda. Tidak hairanlah anda berasa kecewa.

Tetapi anda cuba membantu diri anda sendiri. Ubat tahan sakit bukanlah apa yang anda mahukan begitu juga kesakitan sendi yang anda lalui setiap hari. Oleh itu, anda berkompromi dan memilih ubat-ubatan yang dapat melegakan kesakitan setiap hari. Ini adalah sebagai tambahan kepada ubat-ubatan lain yang sudah anda ambil, sama ada untuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, atau diabetes.

Anda telah diberi amaran mengenai kesan sampingan ubat tahan sakit, kepada perut anda, jantung atau buah pinggang anda. Walaupun anda merasakan gastititis dan ransangan ubat-ubatan ini ...namun anda masih mahu menanggungnya. Kerana bagi anda, beberapa jam bebas dari kesakitan adalah lebih baik daripada hidup dengan kesengsaraan setiap hari.

Anda kemudian belajar bahawa ubat tahan sakit yang telah diambil, biasanya ubat Anti-Radang Tanpa Steroid, atau NSAIDs, telah didapati  mempercepatkan perkembangan artritis di samping kesan sampingan lain (pendarahan gastrik, serangan jantung, strok dan kegagalan ginjal antara lain). Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit yang mengambil NSAID memerlukan pembedahan penggantian sendi lebih awal daripada pesakit yang tidak mengambilnya.

Pada ketika ini, anda bersedia menyerah kalah. Paradoks sakit sendi adalah perjuangan yang tidak boleh dimenangi, dilihat dari sudut mana sekalipun.

Artritis adalah Degeneratif 

Tanpa diketahui ramai, artritis bukanlah sekadar masalah penuaan. Artritis, yang mana osteoarthritis adalah bentuk yang paling biasa, adalah penyakit sendi yang aktif dan degeneratif yang menyebabkan tisu sendi menjadi reput pada kadar yang cepat. Tanpa rawatan, artritis biasanya menjadi lebih teruk dari masa ke masa dan boleh mempengaruhi semua sendi utama dalam badan, termasuk tulang belakang, tangan, pinggul, dan lutut. Risiko pergembangan penyakit sendi degeneratif meningkat dengan usia begitu juga jika anda seorang perempuan dan mempunyai berat badan berlebihan.

Sakit sendi adalah punca utama penderitaan penghidap artritis. Sakit sendi memberi kesan kepada pesakit secara fizikal dan mental - memburukkan lagi keadaan adalah persepsi pesakit tentang keadaan mereka senditi. Menurut kajian yang dijalankan oleh Arthritis Research UK, 80% pesakit mengalami sakit sendi pada kebanyakan hari, manakala 60% pesakit mengalami sakit sendi setiap hari. Sakit sendi bukan sahaja seperti hilang keupayaan fizikal malahan menggangu kesihatan mental kerana ia meningkatkan tekanan, kesusahan dan kemurungan di kalangan penghidap artritis.

Pengurusan Sakit Secara Konvensional

Ubat ubat penahan sakit NSAIDs (ibuprofen, naproxen, celecoxib, etoricoxib) adalah ubat yang paling biasa diberikan untuk mengatasi kesakitan sendi, menjadikannya industri bernilai berbilion di seluruh dunia. Malah, dianggarkan sebanyak 70% individu berusia lebih 65 tahun mengambil NSAID sekurang-kurangnya sekali seminggu, dengan kira-kira separuh daripada kumpulan ini mengambil NSAID setiap hari.

Oleh kerana artritis merupakan penyakit kronik dan degeneratif, tidak hairanlah ramai pesakit bergantung kepada ubat penahan sakit ini secara berkala untuk mengatasi sakit sendi mereka. Walaupun NSAID berfungsi untuk melegakan simptom kesakitan sendi, bukti baru telah menunjukkan kesan buruk jika diambil untuk jangka masa panjang. Pada tahun 2006, Osteoarthritis Research Society International (OARSI) membentuk sebuah jawatankuasa antarabangsa untuk mengkaji semula semua garis panduan yang relevan dan bukti saintifik untuk rawatan osteoarthritis. Berdasarkan bukti yang menunjukkan fungsi sendi semakin merosot, dan peningkatan keperluan penggantian pinggul dan lutut pada pesakit osteoartritis yang mengambil NSAID, jawatankuasa telah menasihatkan untuk tidak menggunakan NSAID untuk rawatan jangka panjang osteoarthritis.

Membongkar Gengaman Paradoks Sakit Sendi

Ini meninggalkan pesakit Artritis dalam gengaman Paradoks Sakit Sendi. Anda mahu melegakan kesakitan sendi anda, tetapi keselesaan ubat penahan sakit sebenarnya memburukkan lagi keadaan anda. Menjalani kehidupan seperti ini  adalah beribu-ribu pesakit sakit sendi, tanpa harapan untuk penyelesaian alternatif yang berkesan atau selamat. 

Lanconone®

Lanconone® adalah formula herba sakit sendi yang dikaji secara klinikal yang telah diuji melawan ubat tahan sakit NSAID, ibuprofen. Didapati bahawa ubat herba ini berfungsi dengan cepat dan berkesan seperti ubat  NSAID untuk melegakan kesakitan sendi sementara menyokong pemulihan sendi pada masa yang sama. Terdiri daripada tujuh herba Ayurvedik yang disahkan dalam satu formula yang dipatenkan, Lanconone® kini boleh d idapati di Malaysia, yang menjadi asas kepada acara media ini.

Penyelidikan mengenai Lanconone® bermula sedekad yang lalu dengan kajian terbaru terhadap Ibuprofen yang diterbitkan dalam jurnal Trials 2016. Lanconone® menonjolkan kemampuannya untuk memberikan kelegaan  sakit sendi sepantas Ibuprofen. Selain daripada melegakan kesakitan, fungsi sendi  di kalangan pesakit sebenar dengan osteoarthirtis juga didapati bertambah baik selepas 12 minggu rawatan dengan Lanconone®. Keputusan ini menunjukkan keupayaan Lanconone untuk membolehkan sendi membaiki dirinya. Formula herba ini sesuai untuk vegetarian dan yang paling penting, ia telah terbukti selamat.

Datin Swanee Teh, Pengurus Unit Perniagaan Nuvanta Sdn. Bhd. Yang menjadi tuan rumah majlis itu menyampaikan pengenalan.

Datin Teh, seorang ahli farmasi dan terapi semulajadi berkongsi, "Artritis adalah penyakit sendi yang dahsyat, yang perlahan-lahan menghisap semua warna dalam kehidupan seseorang. Ia boleh merubah walaupun orang yang positif menjadi bayang-bayang diri mereka kerana gejala utama sakitan sendi - merosakkan keupayaan diri, mobiliti dan kehidupan normal pesakit sedikit demi sedikit, hari demi hari.

Bukan sahaja pesakit yang terjejas, malahan keluarga juga turut terkesan kerana 76% daripada pesakit yang mengalami artritis tidak dapat menyertai aktiviti bersama keluarga mereka. Bayangkan cucu anda tidak mempunyai atauk dan nenek untuk berjalan-jalan, bermain malahan pergi bercuti bersama.
Nuvanta diberi penghormatan untuk bekerjasama dengan Enovate Biolife dalam membawa penyelesaian semulajadi yang terbukti secara klinikal seperti Lanconone® ke Malaysia. Hari ini, anda tidak hanya akan mendengar tentang kesakitan tetapi juga manfaat produk herba kelas dunia yang disokong oleh sains yang memberikan harapan baru untuk pesakit sakit sendi.

Turut hadir pada majlis itu adalah Amol Pathak seorang ahli farmasi berdaftar dan Pengarah Bersekutu Enovate Biolife. Amol telah memperjuangkan produk asli India selama hampir dua dekad di hampir empat puluh negara di seluruh dunia. Pada masa ini, beliau telah menjadi sebahagian daripada evolusi produk Ayurvedic ke dalam produk pelbagai kategori kesihatan termasuk makanan tambahan, makanan berfungsi, makanan perubatan, derivatif bioaktif, ubat-ubatan herba dan phyto-farmaseutikal.

Amol berkongsi, "Semua orang mahu mencari penyelesaian untuk masalah ini kerana artritis melemahkan semua orang - secara fizikal, mental dan kewangan. Sebagai seorang ahli farmasi, saya telah mengamalkan perubatan Barat sebagai satu-satunya cara penyelesain. Saya gembira berada di sini hari ini untuk berkongsi alternatif, ubat-ubatan Ayurvedic yang terbukti secara klinikal dalam bentuk Lanconone®. Berita baiknya adalah, YA ada cara lain untuk menyelesaikan paradoks sakit sendi ini dengan berkesan dan selamat. Sekarang, anda tidak perlu membuat pilihan yang mengerikan antara menderita sakit sendi atau menambah kerosakkan artritis anda atau mencederakan perut atau buah pinggang anda. "

Dr Shalini Srivastava adalah salah seorang penyelidik utama di Lanconone®. Dilatih sebagai seorang doktor dari Universiti Perubatan Negeri Rusia di Moscow, Dr Shalini telah mendedikasikan sebahagian besar waktunya untuk penyelidikan klinikal dan mempunyai kajiannya diterbitkan di peringkat nasional dan antarabangsa. Pengalaman selama tujuh belas tahun dalam bidang ini telah menyaksikan beliau menyandang jawatan di beberapa organisasi penyelidikan klinikal terkemuka di India dan hospital praktikal. Dr Shalini memegang ijazah pascasiswazah dalam Penyelidikan Klinikal (MSc) dari Cranfield University, UK dan merupakan pengurus projek yang disahkan oleh Universiti Adelaide, Australia. Sebagai ahli aktif Kolej Perubatan Amerika, Dr. Shahlini terus terlibat dalam membangunkan penyelesaian gaya hidup baru. 

Beliau berkata, "Apabila kami memulakan kajian membandingkan Lanconone® kepada salah satu ubat penahan sakit yang paling terkenal di dunia hari ini, dengan harapan kejayaan kami akan diterjemahkan kepada penyelesaian alternatif yang lebih berkesan tetapi selamat untuk pesakit sakitan sendi di luar sana. Dengan rendah hati, kita kini dapat berkongsi Lanconone® dengan rakyat Malaysia. "

Testimonial Lanconone

Eddie Choong, Bapa Serena C’s:

Saya sudah mengambilnya (Lanconone) secara tetap sejak 3 minggu lalu. Sakit belakang di awal pagi sudah kurang dan pergerakan saya lebih baik kini.

Datuk Hafidz Roshdi, Mohd Jabar @ Ibrahim b Ismail:

Lanconone adalah yang terbaik: kesannya dapat dirasai dalam tiga atau empat hari sahaja. Saya boleh berjalan lebih jauh dan menunaikan solat dengan selesa, dan Alhamdulillah tiada sebarang kesan sampingan yang saya, seorang warga emas rasai. Tahniah Lanconone!

Lanconone dijual pada harga RM160 sebotol yang mengandungi 50 biji kapsul. Ia boleh di dapati di Guardian, Caring, AA dan farmasi-farmasi terkemuka diseluruh Malaysia. 

Nikmati Sotong Tembun Di Pak Mud Cafe

April 09, 2018 3
 Nikmati Sotong Tembun Di Pak Mud Cafe
Nikmati Sotong Tembun Di Pak Mud Cafe, Merbok. Semalam mommy follow encik suami dan kawan-kawan dia pergi jalan-jalan cari makan. Destinasi kali ini adalah di Pak Mud Cafe di Merbok, Kedah. Terletak di tepi jalan dan kalau hendak ke Tanjung Dawai bolehlah singgah.. Teringin nak rasa sotong tembun Pak Mud sebab dah viral dan asyik lalu lalang di FB. hahaha..

Sotong tembun nama diberi sebab dalam sotong yang di bakar besar dan dalamnya ada telur sotong. Memang nampak gemuk aka tembun laa... Kami sampai di sini dalam pukul 10.30 pagi.. Dah ramai cuma belum beratur lagi. Oh yer Pak Mud Cafe di buka setiap hari Ahad sehingga Khamis mulai jam 10 pagi sehingga 2.30 petang. Ahad sampai khamis jer tau, weekend tak buka... So, pandai-pandailah korang cari masa untuk merasai keenakkan sotong tembun ni.

pak mud cafe, pak mud cafe merbok, pak mud sotong tembun, sotong tembun pak mud, sotong tembun viral, sotong tembun bakar, lokasi pak mud sotong tembun, review sotong tembun pak mud, review pak mud sotong tembun, jalan-jalan cari makan sungai petani, jalan-jalan cari makan tanjung dawai, jalan-jalan cari makan kedah, tempat makan sedap di merbok, tempat makan sedap di sungai petani,
beratur dulu. Muka pucat sebab terlupa nak pakai lipstik.. hihi
Sementara menunggu sempatlah mommy snap gambar sotong-sotong tembun ni tengah di bakar... Tembun-tembun kan?

pak mud cafe, pak mud cafe merbok, pak mud sotong tembun, sotong tembun pak mud, sotong tembun viral, sotong tembun bakar, lokasi pak mud sotong tembun, review sotong tembun pak mud, review pak mud sotong tembun, jalan-jalan cari makan sungai petani, jalan-jalan cari makan tanjung dawai, jalan-jalan cari makan kedah, tempat makan sedap di merbok, tempat makan sedap di sungai petani,
Sotong tembun tengah di bakar..

Zoom sikit. Ada pelbagai saiz dan harga sotong adalah mengikut saiz.. 

pak mud cafe, pak mud cafe merbok, pak mud sotong tembun, sotong tembun pak mud, sotong tembun viral, sotong tembun bakar, lokasi pak mud sotong tembun, review sotong tembun pak mud, review pak mud sotong tembun, jalan-jalan cari makan sungai petani, jalan-jalan cari makan tanjung dawai, jalan-jalan cari makan kedah, tempat makan sedap di merbok, tempat makan sedap di sungai petani,
Tembun tak? hahaha
Eh, dah sampai giliran mommy. Untuk dapatkan sotong ni, just habaq berapa ekor sotong yang kita nak... Nasiblah kalau dapat saiz yang tak berapa nak besar sebab tokey tu tak tanya pun nak saiz macammana.. huhuhu. 

pak mud cafe, pak mud cafe merbok, pak mud sotong tembun, sotong tembun pak mud, sotong tembun viral, sotong tembun bakar, lokasi pak mud sotong tembun, review sotong tembun pak mud, review pak mud sotong tembun, jalan-jalan cari makan sungai petani, jalan-jalan cari makan tanjung dawai, jalan-jalan cari makan kedah, tempat makan sedap di merbok, tempat makan sedap di sungai petani,
dah start nak ramai

Inilah saiz sotong yang mommy dapat... Dua ekor sudah! Nampak tak dalam tu ada telur sotong... Untuk saiz mommy ni RM7 seekor. Mahal? Harga sotong pun tengah mahal sekarang ni... 

Untuk sotong ni... order, ambil dan bayar sebab nanti nasi, lauk tambahan dan air di kira lain.. lain-lain tokey agaknya. 

pak mud cafe, pak mud cafe merbok, pak mud sotong tembun, sotong tembun pak mud, sotong tembun viral, sotong tembun bakar, lokasi pak mud sotong tembun, review sotong tembun pak mud, review pak mud sotong tembun, jalan-jalan cari makan sungai petani, jalan-jalan cari makan tanjung dawai, jalan-jalan cari makan kedah, tempat makan sedap di merbok, tempat makan sedap di sungai petani,
kena bom daaa...

Sebagai pelengkap hidangan sotong tembun tentulah nasi bersama kari bawal, ulaman dan sambal belacan. Ulam dan sambal belacan takdak dalam gambar sebab letak sekali dalam pinggan nasi. 

pak mud cafe, pak mud cafe merbok, pak mud sotong tembun, sotong tembun pak mud, sotong tembun viral, sotong tembun bakar, lokasi pak mud sotong tembun, review sotong tembun pak mud, review pak mud sotong tembun, jalan-jalan cari makan sungai petani, jalan-jalan cari makan tanjung dawai, jalan-jalan cari makan kedah, tempat makan sedap di merbok, tempat makan sedap di sungai petani,
pelengkap hidangan

Oppps tak lupa juga gambar my only one semalam. hahaha.. 

pak mud cafe, pak mud cafe merbok, pak mud sotong tembun, sotong tembun pak mud, sotong tembun viral, sotong tembun bakar, lokasi pak mud sotong tembun, review sotong tembun pak mud, review pak mud sotong tembun, jalan-jalan cari makan sungai petani, jalan-jalan cari makan tanjung dawai, jalan-jalan cari makan kedah, tempat makan sedap di merbok, tempat makan sedap di sungai petani,
Jemput makan sotong tembun uolls...
Review mommy, sotong tembun ni rasa macam sotong percik. Sedap! Kalau tak, takdaklah encik suami pergi tambah lagi seekor... 

pak mud cafe, pak mud cafe merbok, pak mud sotong tembun, sotong tembun pak mud, sotong tembun viral, sotong tembun bakar, lokasi pak mud sotong tembun, review sotong tembun pak mud, review pak mud sotong tembun, jalan-jalan cari makan sungai petani, jalan-jalan cari makan tanjung dawai, jalan-jalan cari makan kedah, tempat makan sedap di merbok, tempat makan sedap di sungai petani,
posing dulu... 

yummy!

Bagi korang yang tak tahu di mana lokasinya Merbok atau jalan ke Tanjung Dawai, korang bolehlah folllow google maps ni...