March 2021 - Cahaya Hayati

28 Mar 2021

Guna IDW Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah

March 28, 2021 1
Guna IDW Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah

Guna IDW Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah. Impian semua orang untuk miliki rumah cantik, kemas dan susun atur yang  teratur tapi bukan semua orang mampu mengupah interior designer untuk lakukannya. Ada yang rujuk majalah tetapi masih tetap tidak dapat hasil yang dimahukan ataupun memuaskan hati. Ada yang try & error, tapi masih rasa kurang cantik.. Mungkin disebabkan kekurangan ilmu dan panduan atau rujukan tidak lengkap. Buntu bila fikirkan bab deko rumah. Tapi sekarang tidak lagi sebab CH guna IDW Design Collection untuk rumah cantik dan tampak mewah. Budget sikit pun boleh deko rumah juga uolls. 


IDW Design Collection, Guna IDW Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah, panduan lengkap pengubahsuaian rumah, dekorasi, dekorasi rumah, dekorasi rumah cantik dan mewah, cara mudah dekorasi rumah, cara mudah deko ruang rumah, panduan lengkap dekorasi, idw, buku dekorasi lengkap, harga buku dekorasi, cara mudah cantikkan rumah, rumah, ubahsuai rumah, rumah cantik, dekorasi ruang tamu, dekorasi bilik tidur, dekorasi dapur, dekorasi bilik tamu, pejabat rumah, pejabat di rumah, backyard cantik,
Guna IDW Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah


Guna IDW Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah


Apa itu IDW Design Collection? Ia adalah sebuah buku yang mengandungi ratusan koleksi plan, daris panduan, bahan yang digunakan dan lukisan gambar pelbagai ruang dalam rumah. Buku ini di hasilkan oleh pakar pengubahsuaian dalaman. Memang memudahkan kita untuk membuat rujukan pada bila-bila masa saja. 


IDW Design Collection, Guna IDW Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah, panduan lengkap pengubahsuaian rumah, dekorasi, dekorasi rumah, dekorasi rumah cantik dan mewah, cara mudah dekorasi rumah, cara mudah deko ruang rumah, panduan lengkap dekorasi, idw, buku dekorasi lengkap, harga buku dekorasi, cara mudah cantikkan rumah, rumah, ubahsuai rumah, rumah cantik, dekorasi ruang tamu, dekorasi bilik tidur, dekorasi dapur, dekorasi bilik tamu, pejabat rumah, pejabat di rumah, backyard cantik,
IDW Design Collection panduan lengkap dekorasi


Banyak idea menarik dan terkini untuk pelbagai ruang dalam rumah. Setiap ruang tersebut terdapat pelbagai rekabentuk bersesuaian dengan konsep yang dimahukan. Memang berbaloi untuk miliki buku IDW design Collection ini kerana ia boleh digunakan pada bila-bila masa saja untuk ubah suai rumah sendiri, rumah mak ataupun mak mertua. Tengok ruang, tengok buku IDW dah boleh buat rumah tampak cantik, kemas dan mewah. Senang dan tak rugi uolls!


IDW Design Collection, Guna IDW Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah, panduan lengkap pengubahsuaian rumah, dekorasi, dekorasi rumah, dekorasi rumah cantik dan mewah, cara mudah dekorasi rumah, cara mudah deko ruang rumah, panduan lengkap dekorasi, idw, buku dekorasi lengkap, harga buku dekorasi, cara mudah cantikkan rumah, rumah, ubahsuai rumah, rumah cantik, dekorasi ruang tamu, dekorasi bilik tidur, dekorasi dapur, dekorasi bilik tamu, pejabat rumah, pejabat di rumah, backyard cantik,

IDW Design Collection, Guna IDW Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah, panduan lengkap pengubahsuaian rumah, dekorasi, dekorasi rumah, dekorasi rumah cantik dan mewah, cara mudah dekorasi rumah, cara mudah deko ruang rumah, panduan lengkap dekorasi, idw, buku dekorasi lengkap, harga buku dekorasi, cara mudah cantikkan rumah, rumah, ubahsuai rumah, rumah cantik, dekorasi ruang tamu, dekorasi bilik tidur, dekorasi dapur, dekorasi bilik tamu, pejabat rumah, pejabat di rumah, backyard cantik,


Cabaran Membina IDW


Memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007 ketika masing-masing berusia 21 tahun.  Ketika itu, masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.  Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta.  Pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k.  Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan.  Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang.  Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan seterusnya ke peringkat Sarjana.  Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.


IDW Design Collection, Guna IDW Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah, panduan lengkap pengubahsuaian rumah, dekorasi, dekorasi rumah, dekorasi rumah cantik dan mewah, cara mudah dekorasi rumah, cara mudah deko ruang rumah, panduan lengkap dekorasi, idw, buku dekorasi lengkap, harga buku dekorasi, cara mudah cantikkan rumah, rumah, ubahsuai rumah, rumah cantik, dekorasi ruang tamu, dekorasi bilik tidur, dekorasi dapur, dekorasi bilik tamu, pejabat rumah, pejabat di rumah, backyard cantik,
pengasas IDW


Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek sewaktu di peringkat sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran.  Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan.  Akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian.  Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan.  Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupun terus berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.


Tragedi Kebakaran


Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW.  Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api.  Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi `push factor' untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW.  Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik  kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.


Fenomena COVID


Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID.  Akibatnya seluruh negara berhadapan `total lock down' dan semua individu hanya duduk di rumah.  Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.  Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.  


IDW Design Collection, Guna IDW Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah, panduan lengkap pengubahsuaian rumah, dekorasi, dekorasi rumah, dekorasi rumah cantik dan mewah, cara mudah dekorasi rumah, cara mudah deko ruang rumah, panduan lengkap dekorasi, idw, buku dekorasi lengkap, harga buku dekorasi, cara mudah cantikkan rumah, rumah, ubahsuai rumah, rumah cantik, dekorasi ruang tamu, dekorasi bilik tidur, dekorasi dapur, dekorasi bilik tamu, pejabat rumah, pejabat di rumah, backyard cantik,
Antara rumah yang mendapat sentuhan IDW


Disebabkan arahan kawalan pergerakn menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan.  Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga.  Disebabkan `New Normal' ini, telah mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.


Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar


Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.

IDW Design Collection, Guna IDW Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah, panduan lengkap pengubahsuaian rumah, dekorasi, dekorasi rumah, dekorasi rumah cantik dan mewah, cara mudah dekorasi rumah, cara mudah deko ruang rumah, panduan lengkap dekorasi, idw, buku dekorasi lengkap, harga buku dekorasi, cara mudah cantikkan rumah, rumah, ubahsuai rumah, rumah cantik, dekorasi ruang tamu, dekorasi bilik tidur, dekorasi dapur, dekorasi bilik tamu, pejabat rumah, pejabat di rumah, backyard cantik,
Cantiknya sentuhan IDW


Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik. Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.


IDW Design Collection, Guna IDW Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah, panduan lengkap pengubahsuaian rumah, dekorasi, dekorasi rumah, dekorasi rumah cantik dan mewah, cara mudah dekorasi rumah, cara mudah deko ruang rumah, panduan lengkap dekorasi, idw, buku dekorasi lengkap, harga buku dekorasi, cara mudah cantikkan rumah, rumah, ubahsuai rumah, rumah cantik, dekorasi ruang tamu, dekorasi bilik tidur, dekorasi dapur, dekorasi bilik tamu, pejabat rumah, pejabat di rumah, backyard cantik,


Menariknya buku IDW Design Collection ni kan? Berbaloi untuk dimiliki. Bagi yang berminat dengan "plug & play" interior design book pertama di Malaysia ini, korang boleh dapatkannya di laman https://idw.design/idw-collection-design/ dengan harga promosi RM397 (HARGA ASAL: RM2897). Isi kandungan buku ini pasti sangat membantu korang untuk mendapat rumah idaman. 


Follow juga media sosial IDW di bawah:


WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK


26 Mar 2021

20 Resipi Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap

March 26, 2021 0
20 Resipi Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap

20 Resipi Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap. Antara masakan yang menjadi favorite CH adalah masak lemak cili padi. Tak kisah lah masak lemak apa pun, memang sedap di tekak dan kena dengan selera CH. 

Lagi satu, nak masak masak lemak cili padi ni mudah saja. Kalau tak biasa buat memang rasa macam susah tapi lama kelamaan akan menjdi senang sebab kita dah tahu kalau bahan utama banyak sekian sekian, bahan sampingan berapa pula. Untuk memudahkan korang, CH himpun 20 resipi masak lemak cili padi mudah dan sedap untuk korang cuba. Tambah-tambah lagi di bulan ramadan. 

Masak lemak cili padi juga dikenali sebagai masak lemak cili api. Ikut tempat korang duduk lah sebab kat Kedah ni, depa panggil masak lemak cabai melaka. Walaupun cili tu ditanam di Kedah tetapi nama glamer dia tetap cabai melaka. Jangan terkejut pulak tau. 


20 Resipi Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap


#1 Masak Lemak Cili Api Daging Salai


20 resipi masak lemak cili api mudah dan sedap, resipi masak lemak cili padi, masak lemak cili padi mudah dan sedap, cara buat masak lemak, masaklemak, masak lemak sedap, masak lemak daging salai, resipi masak lemak daging salai, masak lemak sotong, daging salai masak lemak cilia pi, daging salai masak lemak cili padi, resipi masak lemak cili api udang, resipi masak lemak ketam, resipi masak lemak pucuk paku, resipi masak lemak cili api jantung pisang, resipi masak lemak cili padi pucuk packu, resipi masak lemak ayam, mudahnya masak lemak cili padi, sedapnya masak lemak cili api
Masak lemak cili api daging salai


Bahan:

500 gm daging lembu

1 biji kelapa parut - perah ambil santan

2 batang serai - diketuk

10-15 biji cili api **

4 biji bawang merah **

2 ulas bawang putih **

1 ketul kunyit hidup **

2 keping asam gelugor

1 helai daun kunyit - dicarik sahaja

1 sudu makan garam atau secukup rasa

1/2 sudu teh gula atau secukup rasa

Bahan pelengkap - jika mahu

3 biji kentang potong ikut citarasa

atau boleh juga letak belimbing buluh mahupun petai muda


Cara memasak

1. Bersihkan daging, lumur dengan sedikit garam, bakar/salai daging hingga masak. Kemudian potong nipis kemudian digaul pula dengan serbuk kunyit.

2. Bahan bertanda (**) ditumbuk lumat/ kisar.

3. Dalam periuk/kuali panaskan minyak, tumis serai kemudian masukkan bahan tumbuk masak hingga naik bau wangi.

4. Masukkan santan, asam keping dan kentang biarkan mendidih api perlahan. Untuk dapatkan warna kuning yang menarik tambah sedikit serbuk kunyit.

5. Masukkan daging, garam dan gula secukup rasa serta daun kunyit.

6.Apabila masak tutup api, sedia dihidang.


#2 Ayam Masak Lemak Cili Api


20 resipi masak lemak cili api mudah dan sedap, resipi masak lemak cili padi, masak lemak cili padi mudah dan sedap, cara buat masak lemak, masaklemak, masak lemak sedap, masak lemak daging salai, resipi masak lemak daging salai, masak lemak sotong, daging salai masak lemak cilia pi, daging salai masak lemak cili padi, resipi masak lemak cili api udang, resipi masak lemak ketam, resipi masak lemak pucuk paku, resipi masak lemak cili api jantung pisang, resipi masak lemak cili padi pucuk packu, resipi masak lemak ayam, mudahnya masak lemak cili padi, sedapnya masak lemak cili api
Ayam masak lemak cili api

Bahan:

Ayam satu ekor di potong kecil

Cili api campur merah/hijau

Serai d ketuk 2 batang.

Kentang 4 biji.

Santan 3 ringgit.

Asam gelugur sekeping.

Gula nisan.(sedikit untuk memancing rasa)

Maggie secukup rasa.

Garam.

Kunyit.


Cara memasak

1. Ayam di cuci bersih dan di garam kunyit serta di goreng sederhana masak..

2. Setelah siap masukkan dalam periuk.

3. Cili api dikisar kasar

4. Kentang buang kulit dan d potong 4 dan di rebus

5. Masukkan santan, cili, kentang, serai yang diketuk, asam gelugur ke dalam periuk ayam yang siap di goreng tadi. Boleh mula masak.

6. Perasakan dengan garam maggie secukup rasa dan nisan.

7. Masukkan daun kunyit yang di carik...

8. Sedia untuk dihidang


#3 Masak lemak cili api siput sedut


20 resipi masak lemak cili api mudah dan sedap, resipi masak lemak cili padi, masak lemak cili padi mudah dan sedap, cara buat masak lemak, masaklemak, masak lemak sedap, masak lemak daging salai, resipi masak lemak daging salai, masak lemak sotong, daging salai masak lemak cilia pi, daging salai masak lemak cili padi, resipi masak lemak cili api udang, resipi masak lemak ketam, resipi masak lemak pucuk paku, resipi masak lemak cili api jantung pisang, resipi masak lemak cili padi pucuk packu, resipi masak lemak ayam, mudahnya masak lemak cili padi, sedapnya masak lemak cili api
siput sedut masak lemak cili api

Bahan:

1 kg siput sedut (di potong hujungnya)

Segenggam cili padi

5 ulas bawang merah

1 sdu teh lada hitam

1 sudu teh biji ketumbar

1 sdu teh jintan halus

1 sudu teh jintan putih

2 inci halia

2 inci kunyit hidup @1 sdu teh serbuk kunyit

1 kotak santan

3 keping asam keping

2 btg serai (di ketuk)

Garam & serbuk perasa


Cara memasak

1. Kisar atau tumbuk semua bahan (bawang merah, cili padi, halia, jintan halus, jintan putih, lada hitam dan serbuk junyit @ kunyit hidup.

2.Masukkan bahan kisar, santan, serai, asam keping dan siput sedut ke dalam satu periuk.

3.Sekiranya terlalu pekat boleh tambah kan sedikit air. Bergantung pada selera masing masing.

4.Hendaklah sentiasa kacau utk elakkan santan berketul. Kacau sehingga menggelegak..

5.Setelah menggelegak, masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa. Sudah siap boleh dihidang bersama nasi panas dan menu lain. 


#4 Sotong masak lemak cili api


20 resipi masak lemak cili api mudah dan sedap, resipi masak lemak cili padi, masak lemak cili padi mudah dan sedap, cara buat masak lemak, masaklemak, masak lemak sedap, masak lemak daging salai, resipi masak lemak daging salai, masak lemak sotong, daging salai masak lemak cilia pi, daging salai masak lemak cili padi, resipi masak lemak cili api udang, resipi masak lemak ketam, resipi masak lemak pucuk paku, resipi masak lemak cili api jantung pisang, resipi masak lemak cili padi pucuk packu, resipi masak lemak ayam, mudahnya masak lemak cili padi, sedapnya masak lemak cili api
Sotong masak lemak cili api

Bahan:

500 gm sotong
Seinci kunyit hidup
Anggaran 10 biji cili api (boleh kurang kan jika tidak suka pedas)
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 cawan santan pekat
1 batang serai diketuk
Garam secukup rasa


Cara memasak

1. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk@kisar. Kemudian tumbuk kan pula cili api bersama kunyit hidup.

2. Panaskan periuk dengan anggaran 1 cawan air. Masukkan bahan-bahan kisar tadi bersama dengan serai yang telah diketuk. Didihkan sebentar.

3. Kemudian masukkan santan pekat tadi dan didihkan perlahan-lahan. Pastikan sentiasa di kacau perlahan-lahan.

4. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan terung telunjuk. Akhir sekali bolehlah dimasukkan sotong dan masakkan sebentar sehingga sotong masak. Jangan terlalu lama bimbang nanti sotong liat. Tutup api. sotong masak lemak siap.


#5 Udang Masak Lemak Cili Padi


20 resipi masak lemak cili api mudah dan sedap, resipi masak lemak cili padi, masak lemak cili padi mudah dan sedap, cara buat masak lemak, masaklemak, masak lemak sedap, masak lemak daging salai, resipi masak lemak daging salai, masak lemak sotong, daging salai masak lemak cilia pi, daging salai masak lemak cili padi, resipi masak lemak cili api udang, resipi masak lemak ketam, resipi masak lemak pucuk paku, resipi masak lemak cili api jantung pisang, resipi masak lemak cili padi pucuk packu, resipi masak lemak ayam, mudahnya masak lemak cili padi, sedapnya masak lemak cili api
Udang masak lemak cili padi


Bahan:

400 gram udang
1 biji nanas (saya guna size kecil)
Segenggam cili padi
2 biji kunyit hidup (sebesar ibu jari setiap sebiji)
2 batang serai
2 helai daun kunyit (dihiris)
1 1/2 kotak santan
2 cawan air suam
1 1/2 sudu kecil garam

Cara memasak:

1. Tumbuk lumat kunyit hidup & cili padi. Ketuk hancur serai. Masukkan nanas dan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk. Hidupkan api,kecutkan nanas seketika. Bila nanas sudah mengecut, air akan keluar dari buah nanas. Masukkan udang.

2.Tuangkan santan dan air suam. Masukkan garam,daun kunyit serta serai.

3.Kecilkan sedikit api,biarkan mendidih. Jangan sampai santan pecah. Perasakan secukupnya. Siap


#6 Ikan Kerisi masak lemak cili padi


20 resipi masak lemak cili api mudah dan sedap, resipi masak lemak cili padi, masak lemak cili padi mudah dan sedap, cara buat masak lemak, masaklemak, masak lemak sedap, masak lemak daging salai, resipi masak lemak daging salai, masak lemak sotong, daging salai masak lemak cilia pi, daging salai masak lemak cili padi, resipi masak lemak cili api udang, resipi masak lemak ketam, resipi masak lemak pucuk paku, resipi masak lemak cili api jantung pisang, resipi masak lemak cili padi pucuk packu, resipi masak lemak ayam, mudahnya masak lemak cili padi, sedapnya masak lemak cili api
Ikan Kerisi masak lemak cili padi

Bahan:

2 ekor ikan kerisi

1 btg cili merah

5,6 btg cili padi

1 biji bwg besar

1 biji bwg putih

600 ml santan

100 ml air

1 btg serai


Cara memasak

1.Masukkan santan ke dalam periuk.

2.Kisar halus bwg besar,bwg putih,cili merah,kunyit hidup dan cili padi.Tuangkan ke dlm santan dan air kemudian masukkan serai yg telah diketuk.Kacau selalu supaya santan tidak meruap.Tunggu hingga mendidih dan masukkan ikan.

3.Masukkan garam dan perasa. Dah siap


#7 Ikan Lampam Masak Lemak Cili Api


20 resipi masak lemak cili api mudah dan sedap, resipi masak lemak cili padi, masak lemak cili padi mudah dan sedap, cara buat masak lemak, masaklemak, masak lemak sedap, masak lemak daging salai, resipi masak lemak daging salai, masak lemak sotong, daging salai masak lemak cilia pi, daging salai masak lemak cili padi, resipi masak lemak cili api udang, resipi masak lemak ketam, resipi masak lemak pucuk paku, resipi masak lemak cili api jantung pisang, resipi masak lemak cili padi pucuk packu, resipi masak lemak ayam, mudahnya masak lemak cili padi, sedapnya masak lemak cili api
Ikan lampam masak lemak cili padi

Bahan:

3 ekor ikan lampam

30 biji cili api

2 batang serai

3 keping asam gelugur

2 cawan santan pekat

1 sudu serbuk kunyit

3 ulas bawang putih

Garam secukup rasa


Cara memasak:

1. Masukkan ikan, serai yg telah diketuk, bawang putih yg diracik nipis, garam, asam keping dan serbuk kunyit ke dalam periuk yg sesuai.

2. Kisar cili api bersama santan.

3. Tuangkan santan dan cili yg dikisar ke dalam periuk.

4.  Panaskan . Selalu menimbuk atau mengacau kuah supaya tidak meruap.

5. Masak sampai mendidih dan ikan masak.

6. Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi putih.


#8 Gulai Betik Lemak Cili Api


20 resipi masak lemak cili api mudah dan sedap, resipi masak lemak cili padi, masak lemak cili padi mudah dan sedap, cara buat masak lemak, masaklemak, masak lemak sedap, masak lemak daging salai, resipi masak lemak daging salai, masak lemak sotong, daging salai masak lemak cilia pi, daging salai masak lemak cili padi, resipi masak lemak cili api udang, resipi masak lemak ketam, resipi masak lemak pucuk paku, resipi masak lemak cili api jantung pisang, resipi masak lemak cili padi pucuk packu, resipi masak lemak ayam, mudahnya masak lemak cili padi, sedapnya masak lemak cili api
Betik masak lemak cili padi

Bahan:

1 biji betik muda/ sederhana tus

1 biji kelapa / 1 kotak santan

10 biji cili api (ikut kepedasan byk mna nk letak)

1 inci kunyit hidup/ 1 sudu kecil serbuk kunyit

2 beatang serai/ titik

1 senduk ikan bilis

1 keping asam keping


Cara memasak:

1.Mula mula betik kupas kulit dan cincang halus. Basuh dan toskan.

2.Kisar cili api dan kunyit, lepas tu campurkan bahan yang diblend dalam kuali, ikan bilis, serai yang diketuk serta santan, masak dengan api sederhana, tambah garam, kuah hampir masak atau kering sikit baru masukkan betik tadi.. Kacau 2 dan rasa garam nya. Kalau semua dah terasa boleh tutup api. Tujuan masak kuah dulu kemudian masukkan betik untuk menggelakan betik hancur kerana terlalu lembik.

3.Biasanya bila masukkan betik kaup balikkan sekejap. Agak-agak layu je tutup api.


#9 Ayam Masak Lemak Cili Api Rebung


Ayam masak lemak cili api rebung

Bahan:

Ayam setengah ekor (8 / 9 ketul)

1 cawan air untuk bahan yg bertanda bintang)

10 biji cili api (kalau nk pedas lebihkan cili)*

2 inci kunyit hidup*

2 batang serai (ketuk)

Rm 2.00 rebung

1 kotak santan) Rm3.00 santan

1 keping asam keping

garam secukup rasa


Cara memasak:

1.Mula mula blend bahan yang bertanda dengan air, masukkan bahan blend, serai yang diketuk, ayam dan rebung (rebung basuh dan perah airnya) dalam kuali. Kacau sebati dalam kuali sekejab orang nogori panggil kocutkan sekejab, baru masukkan santan.

2.Tambah air dalam satu @ dua cawan, tambah garam, asam keping kacau selalu untuk mengelakkan pecah minyak dan sehingga masak.. tutup api.

3.Taraa siapp untuk dihidang..Makan dengan ulam dan ikan jering perhh cnfm tambah 2 pinggan


#10 Telur Ikan Masak Lemak Cili Api


Telur ikan masak lemak cili padi

Bahan:

300g Telur Ikan

1 Inci Kunyit

1 Batang Serai

8-10 cili api

2 Keping Asam

2 Cawan Santan

Garam


Cara memasak:

1.Bersihkan telur ikan dengan air asam.

2.Blend kan kunyit dan cili api. Serai titik sahaja.

3.Masukkan santan dan bahan blend ke dalam periuk. Masakkan dengan api sederhana. Masukkan serai dan asam keping

4.Apabila santan mendidih, masukkan telur ikan dan perisa kan dengan garam. Siap


#11 Kerang Dan Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api


Kerang dan pucuk paku masak lemak cili api

Bahan:

1 kilogram kerang

2 ikat pucuk paku

200 ml santan pekat

200 ml air

1 helai daun kunyit dihiris

2 batang serai diketuk

1 keping asam gelugor

3 sudu makan minyak

1 sudu teh garam (secukup rasa)

Bahan A -Ditumbuk

10 tangkai cili api (boleh ditambah atau dikurangkan)

2 ketul kunyit hidup

3 ulas bawang merah


Cara memasak

1.Sediakan bahan-bahan.

2.Masukkan kerang ke dalam kuali. Tak perlu tambah air. Buka api yang agak kuat dan tutup kuali. Tak sampai 2 minit, kerang dah terbuka. Ketepikan

3.Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan A. Masukkan air. Bila dah mendidih, masukkan pula santan dan asam gelugor. Sentiasa dikacau agar santan tidak pecah minyak.

4.Setelah mendidih, masukkan pucuk paku, daun kunyit dan kerang tadi. Perasakan dengan garam.

5.Dah siap, sedia dihidang


#12 Ikan Merah Masak Lemak Cili Api Nogori


Ikan merah masak lemak cili api

Bahan:

2 inci Kunyit Hidup ditumbuk(2 sudu kecil serbuk kunyit)

1 ekor Ikan Merah

1 sudu besar cili api yang sudah diblend (ikut kepedasan)

1 cwn santan pekat

1 1/2 cwn air

2 batang serai diketuk

1 kpg asam keping

Garam secukup rasa


Cara memasak

1. Masukkan santan, air, kunyit, cili padi, asam, serai dan garam. Masak atas api sederhana sehingga hampir mendidih. Perlu sentiasa di kacau untuk mengelakkan santan pecah minyak.

2. Masukkan ikan yang telah dicuci bersih. Tambah serbuk kunyit jika warna kurang menarik.

3. Masukkan daun kunyit dan sayur pilihan (terung, kacang panjang). Biarkan sehingga mendidih. Kacau sekali sekala.

4. Rasa dan tambah garam jika perlu. Tutup api dan siap dihidang.


#13 Perut Masak Lemak Cili Api


perut masak lemak cili api


Bahan:

500g Perut Lembu(yg telah direbus)

6 ulas Bawang Merah

3 ulas Bawang Putih

2 hirisan Halia

Cili Api(ikut kepedasan kita nak)

Sedikit Kunyit Hidup@Serbuk Kunyit

Sehelai Daun Kunyit(disimpul@dihiris halus)

1 cawan Santan Pekat

2 Batang Serai

Keping Sekeping Asam

Garam secukup Rasa


Cara memasak:

1.Kisar Bawang, Halia, Kunyit dan Cili Api.

2.Masukkan bahan yg dikisar ke dlm periuk. Tambah 2 batang serai yang telah dititik.

3.Masukkan Perut yg telah direbus dan gaul sebati dengan bahan yg telah dikisar.

4.Masukkan Asam Keping, Santan dan  Daun Kunyit.

5.Masukkan Garam dan sedikit Air (jika pekat). Sentiasa kacau dan api perlahan untuk pastikan masak lemak kita cantik serta tak berketul. Biarkan 5-10minit. Tutup api dan sedia untuk dihidang. 


#14 Rebung Masak Lemak Cili Api


masak lemak cili api rebung


Bahan

1 Batang Rebung - Bersihkan dan di rebus sehingga empuk. Bila dah empuk, racikkan ia. Ketepikan.
RM3 santan
1 genggam udang sayur/kecil
Garam secukupnya
1-2 keing asam keping
2 cawan air

Bahan kisar

1 biji bawang besar
2cm halia
2cm lengkus
2 batang serai
5-7 biji cili padi
2-3 cm kunyit hidup


Caranya

Panaskan kuali. masukkan bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih dan naik bau. 

Masukkan udang dan rebung. Biarkan sebati dan mendidih agak lama.

Perlahankan api dan tambah santan serta garam. Masa ni perlu kacau perlahan dan tanpa henti sehingga mendidih. Kaedah ini adalah untuk memastikkan santan tidak menjadi kepala. 

Biarkan sehingga masak sepenuhnya.

Angkat dan hidangkan bersama lauk pauk yang lain.


#15 Ketam Masak Lemak Cili Api



ketam masak lemak cili api


Bahan:

3 ekor ketam - disiang, dibersihkan, ditos dan di potong 2
RM2 santan
1 biji terung bulat - dibelah 6
1-2 keping asam gelugor / keping
2cawan air
garam secukupnya

Bahan kisar:

6 biji cili padi ( boleh tambah jika suka extra pedas)
1 biji bawang besar
1cm halia
1cm lengkuas
1 batang serai
2cm kunyit 

Caranya: 

Masukkan bahan kisar dan asam keping dalam periuk atau kuali. Masak sehingga mendidih dan biarkan ia mendidih selama 5 minit. 

Tambah air. Biarkan sehingga ia mendidih lagi. 

Masukkan ketam dan biarkan ketam separuh masak/ mendidih lagin sekali.

Masukkan santan, terung dan garam secukupnya. Kacau dengan kerap untuk memastikan santan tak pecah atau menjadi kepala sehingga terung dan ketam masak sepenuhnya. 

Angkat dan hidangkan dengan nasi dan lauk pauk yang lain. 



#16 LALA MASAK LEMAK CILI PADI



Lala masak lemak cili padi


Bahan-Bahan

2 kg Lala - di rendam dengan air garam dan di bersihkan
2 batang serai - di ketuk
1 biji nanas - hiris nipis dan memanjang
1-2 biji tomato di belah 4 atau 6
2-3 helai daun kunyit p- dihiris besar atau halus. 
RM4 santan
1-2 keping asam keping/gelugor
2-3 cawan air
garam secukupnya

Bahan Kisar

2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 batang serai
2 cm lengkuas
2 cm kunyit 
2 cm halia
6-10 biji cili padi

Caranya

Panaskan kuali. CH lebih suka guna kuali sebab senang nak gaulkan lala tu nanti. 

Masukkan bahan kisar sehingga mendidih. Masukkan serai, asam keping, air dan garam. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi.

Masukkan nanas. Biarkan sehingga mendidih dan nanas masak.

Masukkan lala, tomato, santan. Gaul rata. Biarkan sehingga mendidih. 

Tambahkan daun kunyit. 

Rasa. Jika dah cukup, angkat dan hidangkan bersama dengan nasi panas, ikan goreng, cili padi dan ulam.



#17 Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api


Pucuk paku masak lemak cili padi



Bahan-Bahan:

1 ikat sayur pucuk paku
1 mangkuk besar santan pekat
1/2 mangkuk kecil ikan bilis
4 ulas bawang merah
5 biji cili padi
1 ketul kecil kunyit hidup
garam secukup rasa

Caranya:

Bersihkan pucuk paku dan potong bahagian daun dan batang yang lembut sahaja dalam anggaran panjang 1 inci.

Kisar halus bawang merah bersama cili api dan kunyit. Ketepikan.

Basuh ikan bilis dan tumbuk kasar.

Masukkan santan, bahan kisar halus dan ikan bilis di dalam periuk. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.

Masukkan pucuk paku dan masak sehingga lembut. Perasakan bersama garam secukup rasa.


Kredit : Che Nom



#18 PUCUK UBI MASAK LEMAK CILI API TEMPOYAK



Pucuk ubi masak lemak cili padi tempoyak


Bahan:

2 cekak pucuk ubi.. rebus hingga lembut
3 ulas bawang merah*
10 biji cili api merah*
1/2 inci kunyit hidup*
segenggam ikan bilis*
3 sudu tempoyak
1 cawan santan
garam & aji
2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit dipotong kecil2

Caranya:

Tumbuk bahan2 bertanda (*)

Masukkan semua bahan didalam kuali dan masak hingga sebati.. gunakan api kecil..

Rasakan dengan garam dan serbuk perasa. Bila dah ok angkat dan hidangkan.


#19 MASAK LEMAK CILI API JANTUNG PISANG DAN PUCUK UBI


Masak lemak cili padi jantung pisang dan pucuk ubi

Bahan:

1 biji jantung pisang
Semangkuk air
3 keping asam keping (untuk rendam jantung pisang)
Garam secukup rasa
Segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
1 1/2 biji kelapa (diparut dan diperah santannya)
Segenggam ikan bilis
Pucuk ubi secukupnya (siang dan bersihkan)
2 keping asam keping untuk memasak

Caranya:

1. Bersihkan jantung pisang. Kupas sampai dapat kulit jantung yang kuning susu. Potong kecil jantung pisang.

2. Ambil air, masukkan asam keping dan garam. Rendam jantung pisang dalam air ini.

3. Ambil cili api dan kunyit hidup. Tumbuk halus.

4. Dalam kuali, masukkan santan, ikan bilis, asam keping dan pes cili api serta kunyit hidup. Biarkan mendidih.

5. Masukkan jantung pisang dan masak sampai jantung pisang lembut.

6. Masukkan pula pucuk ubi. Kacau seketika. Masukkan garam dan biarkan seketika sebelum matikan api.


#20 IKAN MASIN MASAK LEMAK CILI PADI


Masak lemak cili padi ikan masin


Bahan kisar :

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
2 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup

Bahan bahan:

2 keping nanas muda 
Ikan masin kurau
2 batang serai – ketuk
1 biji kelapa – santan
Garam
1 keping asam keping


Cara cara:

Panaskan satu senduk minyak masak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga naik minyak.

Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. 

Masukkan ikan masin dan masak sehingga ikan masak.

Masukkan nanas.

Asam keping dan garam masukkan apabila tak cukup masan dan masin. If dah okay, tak perlu masukkan. 

Nota: jangan terlebih garam kerana ikan masin dah masin. Sesuaikan rasa. 

25 Mar 2021

Nasi Ulam Dan Sayur Keladi | Menu Rare Di Utara

March 25, 2021 1
Nasi Ulam Dan Sayur Keladi | Menu Rare Di Utara

Nasi Ulam Dan Asam Pedas Keladi | Menu Rare Di Utara. Assalamulaikum wbt & hi korang. Setiap negeri ada terkenal dengan nasi rare masing-masing. Contohnya kelantan dengan nasi kerabu, terengganu dengan nasi dagang, johor dengan nasi beriani gam, penang dengan nasi kandar. Begitu juga dengan Kedah. Nasi yang rare di kedah adalah nasi ulam tetapi ia semakin tenggelam dimana ia tak begitu di minati oleh golongan muda sekarang. 


Nasi Ulam Dan Sayur Keladi | Menu Rare Di Utara


Bagi yang pernah rasa keenakkan dan kesedapan nasi ulam ini, pasti akan tercari-cari. Hanya didapati dalam bulan ramadan. Nasi ulam ini hanya berlaukkan sayur keladi aka asam pedas keladi. Lauk lain tak perlu dah sebab dalam nasi tersebut dah ada ikan talang masin tumbuk dan isi ikan bakar di samping pelbagai ulam yang di hiris halus. 


Aduhhh sambil taip entry ni pun terbayang kesedapan nasi ulam.. Mana nak cari kalau bukan bulan ramadan? Kena buat sendirilah jawabnya. Simpan di sini dulu resipi dan nanti boleh la kita cuba buat. Resipi yang di share oleh Eyta Omar adalah resipi turun temurun keluarganya... 


Resipi Nasi Ulam Utara


Nasi Ulam Dan Sayur Keladi, resipi nasi ulam, resipi lengkap nasi ulam dan sayur keladi, sayur keladi, nasi ulam utara, resepi nasi ulam, nasi, keladi, resipi sayur keladi utara, resipi asam pedas keladi utara, cara masak asam pedas keladi, sedapnya nasi ulam, cara mudah buat nasi ulam, sedapanya asam pedas keladi, langkah demi langkah asam pedas keladi, cara-cara buat nasi ulam lengkap, nasi rare, resipi traditional, resipi nasi turun temurun
Nasi Ulam Utara


Bahan-bahan: 


Nasi putih

Ikan talang masin

Kerisik ( Buat sendiri sangai kelapa parut sampai garing dan kisar halus)

Bunga kantan ( hiris halus )

Ikan kembung ( bakar di ambil isinya )

Lada hitam

Bawang merah kecik ( hiris halus )

Serai ( hiris halus )

Lengkuas ( racik halus )

Halia ( racik halus )

Ulam-ulaman (daun selom, daun kunyit, ulam raja, tenggek burung, daun kesom, pucuk mengkudu, daun kaduk, pucuk gajus, daun limau purut, daun pegaga dan macam-macam lagi daun ulam-ulaman lain yang boleh didapati)  


Cara penyediaan:


1. Cuci daun-daun ulam, keringkan dan potong sehalus mungkin.

2. Bakar ikan talang masin tadi dan hancurkan.

3. Potong halus-halus bawang, bunga kantan, lengkuas, halia dan serai.

4. Tumbuk halus lada hitam bersama ikan kembung yg dah dibakar ( ambil isinya)

5. Kemudian, semua ulam-ulaman daun-daun digaul dahulu dengan ikan talang masin, dan sedikit garam halus.

6. Selepas sebati, baru digaul dengan nasi putih. Siap.


Kredit : Eyta Omar


Resipi Sayur Keladi Utara


Nasi Ulam Dan Sayur Keladi, resipi nasi ulam, resipi lengkap nasi ulam dan sayur keladi, sayur keladi, nasi ulam utara, resepi nasi ulam, nasi, keladi, resipi sayur keladi utara, resipi asam pedas keladi utara, cara masak asam pedas keladi, sedapnya nasi ulam, cara mudah buat nasi ulam, sedapanya asam pedas keladi, langkah demi langkah asam pedas keladi, cara-cara buat nasi ulam lengkap, nasi rare, resipi traditional, resipi nasi turun temurun
Sayur Keladi aka Asam Pedas Keladi 


Bahan-bahan:

500gm batang keladi 

10 tangkai cili Kering - rendam air mendidih hingga lembut dan toskan

4 ulas bawang merah

1/2 inci belacan

1/2 cawan ikan bilis

1 sudu teh lada hitam

3 keping asam gelugur

1 ekor ikan kembung rebus - Ambil isinya

3 tangkai daun kesum


Cara memasak:


1. Bersihkan, siang dan kupas kulit luar batang keladi. Rebus hingga agak lembut selepas itu buang air rebusan dan lalukan batang keladi tersebut dengan air mengalir. Ini untuk menghilangkan rasa gatal batang keladi selepas dimasak.

2. Tumbuk ataupun kisar cili kering,bawang merah,belacan,ikan bilis dan lada hitam.

3. Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama air secukupnya dan asam gelugur, masak hingga mendidih.

4. Seterusnya masukkan isi ikan kembung serta garam dan gula secukup rasa.

5. Akhir sekali masukkan batang keladi yang telah direbus tadi bersama daun kesum dan renih hingga masak.

22 Mar 2021

Resipi Agar-Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap

March 22, 2021 1
Resipi Agar-Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap

Resipi Agar-Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap. Assalamualaikum wbt & hi korang. Salah satu makanan atau kuih traditional yang CH suka adalah agar-agar kering. Mudah saja nak buatnya tapi nak jemur dan tunggu sehingga kering tu yang susah. Sebab itulah ia susah nak dapat. CH pun dah lama tak makan.

Baru-baru ini kawan CH ada up di facebook kata dia jual agar-agar kering yang di buat sendiri. Terus la CH order sampai 1 kilo. Kat rumah ni, CH sorang ja makan... Makan sambil layan drama tak sedar dah nak habis sebalang. Sedap dan tak manis sangat. Ni pun dah book siap-siap untuk raya... 

Kalau korang nak rasa agar-agar kering yang super sedap ni, korang boleh la pm kawan CH aka Norzaini . Makan tak cukup satu sebab habis satu nak lagi dan lagi. hihi... 
 

Resipi Agar-Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap, agar-agar, agar-agar kering, cara buat agar-agar kering, agar-agar kering, dried  jelly, resepi agar-agar kering, mudahnya buat agar-agar kering,
Resipi Agar-Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap


Tapi kalau korang rajin nak buat sendiri, korang boleh guna resipi di bawah. Resipi turun temurun katanya... Bila buat sendiri ni, boleh la letak perisa strawberry, sirap, laici, sarsi dan lain-lain lagi. 

Resipi Agar-Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap


Bahan-Bahan

60gm Agar-agar tali (direndam dalam air)
1500ml air
1500gm gula pasir - boleh kurangkan jika tak mahu manis sangat
250gm gula batu (tumbuk hingga sedikit hancur)
Pewarna makanan/ sirap berperisa


Cara-caranya:

Basuh agar-agar dan masukkan dalam periuk. Masak agar-agar sehingga cair.

Masukkan gula batu dan gula pasir. Kacau hingga gula larut.

Masukkan agar2 ke dalam loyang dan tambah pewarna atau sirap berperisa. Kacau hingga warna sekata.

Biarkan hingga agar-agar keras. Setelah itu bolehlah di potong kecil2 memanjang, kemudian di jemur hingga kering.

Nota: 
* Jemur 2 hari dah cukup sebab sekarang musim panas.
*tanda-tanda agar2 cukup kering warna di luar jadi putih dan bila di sentuh kering serta tak melekat pada tangan.

19 Mar 2021

Singgah Makan Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang

March 19, 2021 3
Singgah Makan Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang

Singgah Makan Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang. Plan asal nak singgah makan laksa di Teluk Kechai sebab dah lama tak makan laksa yang ada sambal nyoq tu. Sekali sampai kat kedai tu, kedai tutup la pulak sedangkan kat dlm google maps kata buka. Nak buat macam mana, takdak rezeki nak makan laksa Teluk Kechai. Pastu, husband ajak balik ikut jalan lama. Horayyy la sebab dah lama tak lalu jalan lama dan boleh singgah beli jagung di deretan gerai sepanjang jalan ke Gurun. Masa on the way, ternampak status kawan tentang Maksu Laksa Dapur Arang. Terus ajak husband singgah.. 

Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang, laksa kedah, laksa gurun, Maksu Laksa Dapur Arang, laksa viral, review laksa maksu laksa dapur arang, laksasedap, laksa sedap, laksa kedah sedap, sedapnya laksa maksu laksa dapur arang, lokasi laksa maksu laksa dapur arang, laksa gurun sedap, laksa gurun viral
Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang


Sampai ke Gerai Maksu Laksa Dapur Arang, masih ramai orang dan ada lagi yang beratur. Dalam hati sedap sangat ke? Alang-alang dah sampai, haruslah kita cuba. 

Self service order. Dua laksa biasa, dua laksa tak mau sayur...  Bila sampai, nampak kuah laksa pekat dan bau pun sedap. Dari tengok saja belum rasa lagi memang dah tau sedap. 


Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang, laksa kedah, laksa gurun, Maksu Laksa Dapur Arang, laksa viral, review laksa maksu laksa dapur arang, laksasedap, laksa sedap, laksa kedah sedap, sedapnya laksa maksu laksa dapur arang, lokasi laksa maksu laksa dapur arang, laksa gurun sedap, laksa gurun viral
Maksu Laksa Dapur Arang


Selfie dulu sebelum makan. 


Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang, laksa kedah, laksa gurun, Maksu Laksa Dapur Arang, laksa viral, review laksa maksu laksa dapur arang, laksasedap, laksa sedap, laksa kedah sedap, sedapnya laksa maksu laksa dapur arang, lokasi laksa maksu laksa dapur arang, laksa gurun sedap, laksa gurun viral
bab posing boleh serah kat husband... 


Zoom sikit rupa laksa Maksu Laksa Dapur Arang..


Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang, laksa kedah, laksa gurun, Maksu Laksa Dapur Arang, laksa viral, review laksa maksu laksa dapur arang, laksasedap, laksa sedap, laksa kedah sedap, sedapnya laksa maksu laksa dapur arang, lokasi laksa maksu laksa dapur arang, laksa gurun sedap, laksa gurun viral
Makan Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang

Selepas di gaul-gaulkan sebelum masuk mulut.. 

Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang, laksa kedah, laksa gurun, Maksu Laksa Dapur Arang, laksa viral, review laksa maksu laksa dapur arang, laksasedap, laksa sedap, laksa kedah sedap, sedapnya laksa maksu laksa dapur arang, lokasi laksa maksu laksa dapur arang, laksa gurun sedap, laksa gurun viral

My Debab always laju bab makan.. 

Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang, laksa kedah, laksa gurun, Maksu Laksa Dapur Arang, laksa viral, review laksa maksu laksa dapur arang, laksasedap, laksa sedap, laksa kedah sedap, sedapnya laksa maksu laksa dapur arang, lokasi laksa maksu laksa dapur arang, laksa gurun sedap, laksa gurun viral


Ni cara orang Penang nikmati laksa. Tambah otak udang. Baru surrrr katanya.. CH sebagai orang Kedah pula kata, kalau tambah otak udang tu, hilang rasa laksa. Hahaha...


Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang, laksa kedah, laksa gurun, Maksu Laksa Dapur Arang, laksa viral, review laksa maksu laksa dapur arang, laksasedap, laksa sedap, laksa kedah sedap, sedapnya laksa maksu laksa dapur arang, lokasi laksa maksu laksa dapur arang, laksa gurun sedap, laksa gurun viral
wajib tambah otak udang


Budak kecik ni tak mau makan. Frust sebab ABC takde dah.. Ada laicikang saja. Order tapi dia tak makan pun. Katanya rasa pelik pastu kutip segala jeli dan buah dalam laicikang tu. Suka hatilah adik, janji tak buat perangai. 

Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang, laksa kedah, laksa gurun, Maksu Laksa Dapur Arang, laksa viral, review laksa maksu laksa dapur arang, laksasedap, laksa sedap, laksa kedah sedap, sedapnya laksa maksu laksa dapur arang, lokasi laksa maksu laksa dapur arang, laksa gurun sedap, laksa gurun viral

Untuk laksa Maksu Laksa Dapur Arang, CH bagi 4/5 bintang. Rasa dah sedap cuma takde cili padi dan limau untuk tambah rasa pedas dan masam. Mungkin sebab CH dah sampai lambat dan kedai pun dah nak tutup. Nak minta, tak nampak pula bekas cili dan limau. So, makan yang sampai sajalah. 

Rekomen juga untuk korang singgah sini kalau nak rasa laksa kedah. Bukan laksa Penang tau sebab laksa kedah letak daun selom bukannya salad. Laksa Penang letak salad. 

Nak rasa laksa Maksu Laksa Dapur Arang, klik google maps di bawah.