October 2020 - Cahaya Hayati

30 Oct 2020

Resipi Kangkung Goreng Belacan

October 30, 2020 2
Resipi Kangkung Goreng Belacan

Resipi Kangkung Goreng Belacan. Masak apa hari korang? CH masak kangkung goreng belacan yang mudah dan sedap jer.. Buat gu dengan sambal ikan sardin. Dua menu jer setiap hari. Kalau rajin sikit, 3 menu atau ada ulam ngan sambal belacan. Kira okaylah kan bagi ibu-ibu yang bekerja dari rumah macam CH ni?


Resipi Kangkung Goreng Belacan, resepi kangkung goreng belacan mudah dan sedap, sedapnya kangkung goreng belacan, kangkung, kangkung goreng belacan
Kangkung Goreng Belacan


Baru dapat email yang CH akan sambung bekerja dari rumah sehingga 30 November 2020. Berbelah bagi sebenarnya sebab bila kat rumah CH tak dapat nak bagi 100% komitmen walaupun semua kerja siap sebelum due.. Task yang perlu call pun CH just sms atau email saja. Nak guna handphone sendiri takut dikatakan scammer.. Huhu serba salah CH. Apa-apapun CH cuba juga siapkan task yang diberikan dengan menggunakan alternatif email dan sms. Harap-harap capai target yang telah ditetapkan. In sya Allah.

Sebab itulah bila bekerja dari rumah ni, CH akan masak 2 menu saja yang hanya mengambil masak 30 minit untuk masak. Lain-lain menu yang perlu masa lama untuk masak, CH akan masak pada hari cuti.. So, kangkung goreng belacan adalah menu yang paling mudah, cepat dan sedap. Makan dengan ikan goreng pun dah sedap. 


Resipi Kangkung Goreng Belacan


Bahan:

1 ikat kangkung - potong dan ketepikan
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
1/2 biji cili merah besar
belacan sebesar ibu jari
sejemput ikan bilis

minyak secukupnya
garam secukupnya
air secukupnya


Caranya:

Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah besar, belacan dan ikan bilis. Tumbuk kasar saja macam gambar dibawah.. 


Resipi Kangkung Goreng Belacan, resepi kangkung goreng belacan mudah dan sedap, sedapnya kangkung goreng belacan, kangkung, kangkung goreng belacan
pes Kangkung Goreng Belacan


Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan sedikit garing.

Masukkan kangkung. Gaul rata.

Masukkan sedikit air ( 2 sb ) untuk melembutkan kangkung. 

Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Gaul rata, 

Angkat dan hidangkan dengan nasi panas serta menu lain. 


Resipi Kangkung Goreng Belacan, resepi kangkung goreng belacan mudah dan sedap, sedapnya kangkung goreng belacan, kangkung, kangkung goreng belacan

Selamat mencuba uolls!

7 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

October 30, 2020 0
7 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh
7 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh. Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah SAW. Antara manfaat mandi awal pagi ialah:

7 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh


Kebaikan Mandi Sebelum Subuh, 7Kebaikan Mandi Sebelum Subuh, mandi, 7 kebaikkan mandi, kebaikkan mandi sebelum subuh, manfaat mandi, mandi subuh, madi sebelum subuh, manfaat mandi sebelum subuh,
Kebaikan Mandi Sebelum Subuh


#1 Melancarkan peredaran darah

Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.


#2 Kulit lebih lembut dan halus

Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan mnjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.


#3 Meningkatkan kesuburan

Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.


#4 Mengurangkan risiko darah tinggi

Insyaallah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga.


#5 Mengurangkan tekanan serta tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.


#6 Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat.


#7 Meningkatkan Produktiviti

Bila mandi pagi, ia mampu meningkatkan produktiviti kerana rasa mengantuk turut hilang selepas mandi ini menyebabkan badan rasa bertenaga dan positif untuk melakukan aktiviti. 


Oleh itu, jangan malas-malas mandi ya!

29 Oct 2020

Tonton Drama Patahnya Sebelah Sayap Full Episod 1 Sehingga Akhir

October 29, 2020 0
Tonton Drama Patahnya Sebelah Sayap Full Episod 1 Sehingga Akhir

Tonton Drama Patahnya Sebelah Sayap Full Episod 1 Sehingga Akhir. Drama patahnya sebelah sayap ini merupakan drama tahun 2016 yang diulang tayang semula di Unifi TV. So, CH pun tertengok dan terlayan sampai akhir episod. Bagi CH drama ini banyak memberi pengajaran kepada kita antaranya nak berkorban kepada orang yang disayangi biarlah berpada-pada jangan sampai makan diri, nak menghukum jangan melulu sampai tersalah hukum, bila jatuh, bangun semula dan berusaha sehingga berjaya dan banyak lagi. So, korang kena tonton sendiri drama Patahnya Sebelah Sayap Full Episod 1 Sehingga Akhir. 


Drama ini merupakan lakonan Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, Normah Damansuri, Neera Azizi, Muhamad Faiz, Wan Nor Azlin, Azhar Amir, Mili, Arash Mohd, Faiz Hak, Zainab Othman. 


Tonton Drama Patahnya Sebelah Sayap Full Episod 1 Sehingga Akhir


Mengisahkan Alisha, seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar. Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.


Tonton Drama Patahnya Sebelah Sayap Full Episod 1 Sehingga Akhir, drama patahnya sebelah sayap, patahnya sebelah sayap full episod, tonton online,
Tonton Drama Patahnya Sebelah Sayap Full Episod 1 Sehingga Akhir



Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.


Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.


Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi, suami kepada mangsa langgar lari Amzar.


Nak tahu kisah lanjut, korang tonton melalui link di bawah :


[EPISOD 1] [EPISOD 2][EPISOD 3] [EPISOD 4][EPISOD 5] [EPISOD 6][EPISOD 7] [EPISOD 8][EPISOD 9] [EPISOD 10][EPISOD 11] [EPISOD 12][EPISOD 13] [EPISOD 14][EPISOD 15


Selamat menonton uolls!

Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Menyebabkan Makan Nasi Bertambah

October 29, 2020 0
Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Menyebabkan Makan Nasi Bertambah

Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Menyebabkan Makan Nasi Bertambah. Assalamualaikum wbt & salam Maulidur Rasul. Hari cuti maka banyaklah urusan rumah yang nak kena tengok. Dari laundry sehinggalah ke bab membersih dan mengemas rumah. Semua nak kena tengok dan buat. Makanya kita masak menu yang mudah dan sedap tapi boleh menyebabkan makan nasi bertambah. Menu tersebut adalah daging masak kicap. Sambil buat kerja pun korang boleh masak. hihi


Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap, daging, resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap, daging masak kicap, mudahnya masak daging, sedapnya daging, sedapnya daging masak kicap, menu sahur sedap, menu iftar paling disukai, resipi daging untuk sahur, resipi daging masak kicap kegemaran keluarga, resepi daging masak kicap mudah dan sedap
Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Menyebabkan Makan Nasi Bertambah


CH jarang masak daging sebab CH kalau makan daging terover sikit mesti sakit kepala. Tak tahu kenapa tapi perasan perkara ni sejak remaja lagi. Bila selalu sangat sakit kepala, terus berhati-hati nak makan. CH dah check, sakit kepala bila makan daging ni bukan sebab darah naik. Tekanan darah normal saja tapi dia rasa berdenyut-denyut sampai kena makan paracetamol baru lega. So, sampai sekarang CH tak pasti sebab apa. Jadi bila teringin sangat-sangat baru CH makan atau masak. 


Itu cerita tentang CH tetapi daging merupakan favorite suami, MIL dan anak-anak CH. Diaorang makan takde masalah apa. 


Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap, daging, resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap, daging masak kicap, mudahnya masak daging, sedapnya daging, sedapnya daging masak kicap, menu sahur sedap, menu iftar paling disukai, resipi daging untuk sahur, resipi daging masak kicap kegemaran keluarga, resepi daging masak kicap mudah dan sedap
Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap


Oklah tak nak membebel panjang-panjang sebab CH masih ada senarai panjang yang nak kena buat. Kongsi dengan korang, resipi daging masak kicap mudah dan sedap yang menyebabkan makan nasi bertambah. Selamat mencuba uolls!



Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Menyebabkan Makan Nasi Bertambah



Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap, daging, resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap, daging masak kicap, mudahnya masak daging, sedapnya daging, sedapnya daging masak kicap, menu sahur sedap, menu iftar paling disukai, resipi daging untuk sahur, resipi daging masak kicap kegemaran keluarga, resepi daging masak kicap mudah dan sedap
daging masak kicap


Bahan:

1kg daging lembu batang pinang - dihiris nipis
2cm halia - diracik
1 biji bawang holland - di potong separa bulat ( optional)
3 ulas bawang putih - diracik
1/2 biji bawang besar - dipotong separa bulat
1 biji tomato - di belah 4/6
5sb kicap manis
2sb sos tiram
1sk lada hitam
3-5 biji cili padi - di belah 2
1 biji cili besar
1 btg kulit kayu manis
garam secukupnya
kunyit secukupnya
minyak secukupnya
air secukupnya


Caranya:

Gaul daging dengan kunyit dan halia. Perap selama 15 minit. 

Panaskan kuali dan masak daging yang telah diperap sehingga empuk. ketika masak daging, boleh tambah air sehingga menutup daging. Biarkan sehingga daging benar-benar empuk dan kering air. Tips supaya daging cepat empuk, korang tutup kuali dengan penutup dan buka sekali sekala untuk check daging dah empuk atau belum. 

Bila daging dah empuk dan air dah kering, masukkan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan kulit kayu manis sehingga wangi. 

Tambahkan sos cili, sos tiram,sos tomato dan kicap manis. Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air. 

Masukkan tomato, cili besar dan bawang holland. Gaul rata dan biarkan sehingga bawang holland sedikit layu.

Angkat dan hidangkan dengan nasi panas. 

28 Oct 2020

Tonton Online Drama Hati Yang Tersakiti | Kisah Kecurangan Rumah Tangga

October 28, 2020 0
Tonton Online Drama Hati Yang Tersakiti | Kisah Kecurangan Rumah Tangga

Drama ini mengisahkan mengenai Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT).

Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi.

Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya. Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja.

Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.


Tonton Online Drama Hati Yang Tersakiti | Kisah Kecurangan Rumah Tangga, ost drama hati yang tersakiti, drama hati yang tersakiti, hati yang tersakiti
Tonton Online Drama Hati Yang Tersakiti | Kisah Kecurangan Rumah Tangga


Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.

Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya.

Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya. Di sinilah bermulanya kecurangan dalam rumahtangga yang bahagia


Tonton Online Drama Hati Yang Tersakiti | Kisah Kecurangan Rumah Tangga




Layan juga OST Drama Hati Yang Tersakiti. Ost ni sangat sesuai dengan jalan cerita drama ini.. Jom layanzz.


27 Oct 2020

Membeli Belah Barangan Tempatan Di PG Mall | Lagi Berbaloi Dengan Voucher Code KBBM

October 27, 2020 0
Membeli Belah Barangan Tempatan Di PG Mall | Lagi Berbaloi Dengan Voucher Code KBBM

Membeli Belah Barangan Tempatan Di PG Mall | Lagi Berbaloi Dengan Voucher Code KBBM. Assalamualaikum & hi korang! Nak share dengan korang satu website online shopping yang best dan sangat berbaloi. Website tersebut adalah PG Mall yang menawarkan voucher KBBM untuk pembelian barangan tempatan. Jarang mehh website online shopping nak tawarkan voucher untuk product tempatan... Tapi PG Mall buktikan yang mereka menyokong produk tempatan dengan memberi voucher KBBM. 

Apa itu KBBM? Nak tahu kena baca sampai habisss ya...

 

PG Mall Satu-satunya Platform E-Commerce Tempatan di Malaysia

 

PG Mall adalah platform membeli-belah dalam talian Malaysia, yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. (836625-K) dan disokong oleh Kumpulan PG. Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk menghadirkan platform perniagaan yang boleh dipercayai untuk para peniaga untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global. Ia juga merupakan platform e-commerce nombor satu Malaysia sejak di tubuhkan pada tahun 2017. PG Mall juga  merupakan salah satu top 3 online marketplace yang sering dikunjungi oleh  iPriceinsight.


PG Mall, online shopping terbaik di malaysia, website beli produk tempatan, barangan tempatan online, online shopping best, local product, pgmall
PG Mall


Pembeli di PG Mall mempunyai pelbagai pilihan produk tempatan dari produk Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Kehidupan, Makanan & Minuman, Sukan & Riadah, Anak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Otomotif hingga E-Voucher. Jumlah produk tempatan yang ditawarkan di PG Mall juga meningkat setiap hari. Jadi, pembeli mempunyai lebih banyak pilihan dan lebih banyak juga tawaran menarik yang ditawarkan. 

Lagi menarik apabila setiap pembelian di PG Mall boleh di buat bayaran melalui e-wallet dan juga fpx (payment gateway). Nak beli mudah,nak bayar pun mudah. 


Membeli Belah Barangan Tempatan Di PG Mall | Lagi Berbaloi Dengan Voucher Code KBBM


Seperti yang CH habaq dekat atas, PG Mall sangat menyokong barangan tempatan dimana #BarangBaikBarangKita di gunakan dalam kempen kali ini. Kempen barangan tempatan ini meliputi kategori Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Kehidupan, Makanan & Minuman, Sukan & Riadah, Anak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Otomotif bermula dari bulan Julai sehingga Disember 2020. Pendek kata nak cari apa semua ada kat PG Mall. Boleh cari dan belek lama-lama produk yang kita nak tu... 

Lagi menarik kalau korang guna voucer KBBM yang PG Mall tawarkan.. 

 

PG Mall, online shopping terbaik di malaysia, website beli produk tempatan, barangan tempatan online, online shopping best, local product, pgmall



Kod Kupon KBBM20 RM20  OFF – minimum spend RM50

Kod Kupon KBBM30 RM30 OFF – minimum spend RM100


Sebab kita tahu #BarangBaikBarangKita, jadi kita mestilah support barangan tempatan dengan membeli belah di PG Mall. Nak tahu lebih lanjut, korang boleh dapatkan info di sini  https://pgmall.my/proudly-local-campaign . 


Cadangan 10 Store Produk Tempatan di PG Mall


Yerrrr CH sangat memahami yang korang tak tahu nak beli apa. So, CH cadangkan korang lawat 10 store produk tempatan di PG Mall. Setiap store ada pelbagai produk. Tinggal nak add to cart saja...  



Cadangan produk tempatan yang korang boleh beli di PG Mall... Seharian lepak di PG Mall pun, korang tak akan bosan.

PG Mall, online shopping terbaik di malaysia, website beli produk tempatan, barangan tempatan online, online shopping best, local product, pgmall

PG Mall, online shopping terbaik di malaysia, website beli produk tempatan, barangan tempatan online, online shopping best, local product, pgmall

PG Mall, online shopping terbaik di malaysia, website beli produk tempatan, barangan tempatan online, online shopping best, local product, pgmall

PG Mall, online shopping terbaik di malaysia, website beli produk tempatan, barangan tempatan online, online shopping best, local product, pgmall


Kempen Home Essential PG Mall


Opps! Sebelum terlupa CH nak habaq kat korang yang sekarang ni, PG Mall juga mengadakan kempen Home Essential. So, senanglah korang nak decorate dapur, bilik tidur dan hall korang. Takleh keluar tak semestinya tak boleh decorate rumah korang. Tambah-tambah lagi bila tengah PKPB ni dan korang kena banyak stay at home. 


PG Mall, online shopping terbaik di malaysia, website beli produk tempatan, barangan tempatan online, online shopping best, local product, pgmall



Nak lagi jimat, korang guna voucer kod LIFESTYLE dimana akan dapat potongan RM15 bagi pembelian minimum RM60. 

Cepat cepat tau sebab kempen ini akan berakhir 31 Oktober 2020 ni...


CH habaq kat korang tentang kempen PG Mall ni sebab dengan melakukan pembelian online, kita dapat menjimatkan masa dan juga mencegah jangkitan COVID-19. Untuk maklumat lanjut tentang PG Mall dan kempen yang ditawarkannya, korang bolehlah layari media sosial di bawah:-



#PGMall  #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #Homeessentials #Stayathome

26 Oct 2020

5 Restoran Cina terbaik di Putrajaya / Cyberjaya

October 26, 2020 1
5 Restoran Cina terbaik di Putrajaya / Cyberjaya

Restoran Cina menyajikan pelbagai jenis makanan, mulai dari hidangan individu yang paling baik disajikan dengan nasi, atau mungkin hidangan ala carte seperti nasi goreng, mee dan juga lauk pauk. Tidak kisah apa menu makanan cina kegemaran masing-masing, yang pasti untuk kawasan Putrajaya / Cyberjaya, memang ada restoran cina yang Halal untuk dicuba. 


Berikut adalah senarai Restoran Cina yang disyorkan untuk area Putrajaya dan Cyberjaya. Mungkin boleh cuba singgah untuk makan bersama yang tersayang nanti. 


#1 - Homst Restaurant


5 Restoran Cina terbaik di Putrajaya / Cyberjaya, Restoran Cina terbaik di Putrajaya / Cyberjaya, restoran china muslim di cyberjaya, halal chinese food in putrajaya, restoran china halal di putrajaya, restoran makanan china di cyberjaya, chinese food at putrajaya, chinese food sedap di putrajaya, restoran china halal dan sedap di cyberjaya


Makanan enak dan perkhidmatan yang baik, ini adalah antara review terbaik yang sering diberikan oleh pelanggan terhadap Homst Restaurant. Homst Restaurant juga sering disebut-sebut sebagai salah satu tempat makan yang sangat baik untuk hidangan Cina Muslim. Ia juga sangat mudah untuk meletak kenderaan di tempat yang telah disediakan dan bersifat mesra keluarga juga. 


Sukar untuk mencari restoran muslim cina di cyberjaya? Homst Restaurant tempatnya untuk membawa keluarga makan malam.


Ada juga dikalangan pelanggan yang akan ke Homst Restaurant tiap bulan dek kerana telah jatuh cinta dengan makanan yang ada di sini. Antara menu yang sering dipesan adalah seperti sup sirip, udang mentega, sup bola ikan dan banyak lagi. Harganya juga berpatutan, selesa dan sesuai untuk dijadikan tempat untuk makan beramai-ramai. Lokasinya adalah di tingkat bawah Kompleks Beli Belah The Pulze, Cyberjaya.


#2 - Kitchen Village 


5 Restoran Cina terbaik di Putrajaya / Cyberjaya, Restoran Cina terbaik di Putrajaya / Cyberjaya, restoran china muslim di cyberjaya, halal chinese food in putrajaya, restoran china halal di putrajaya, restoran makanan china di cyberjaya, chinese food at putrajaya, chinese food sedap di putrajaya, restoran china halal dan sedap di cyberjaya


Restoran Kitchen Village ini menyajikan makanan Cina halal di Cyberjaya. Bagi pengemar menu makanan cina dengan rasa asli, restoran ini adalah tempat yang tepat untuk sesiapa sahaja yang mahukan sedikit rasa oriental untuk selera masing-masing. Makanannya enak dan bahan yang digunakan juga sentiasa di beri perhatian demi menyajikan makanan yang terbaik untuk para pelanggan mereka. 


Alamat : Jalan Teknokrat 5 (Prima Avenue), 63000, Cyberjaya, Selangor


#3 - Salam Noodles


5 Restoran Cina terbaik di Putrajaya / Cyberjaya, Restoran Cina terbaik di Putrajaya / Cyberjaya, restoran china muslim di cyberjaya, halal chinese food in putrajaya, restoran china halal di putrajaya, restoran makanan china di cyberjaya, chinese food at putrajaya, chinese food sedap di putrajaya, restoran china halal dan sedap di cyberjaya


Nama Restoran Salam Noodles ini memang sudah lama terkenal di Malaysia, terutama dikalangan warga Putrajaya dan Cyberjaya. Di sini, antara menu yang paling mendapat perhatian adalah Mi Tarik. Mi tarik di sini sangat special dan hanya menggunakan bahan yang segar dalam pembuatannya. 


Jumlah sajian makanannya juga agak besar dan sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Restoran Salam Noodles ini boleh dianggap sebagai salah satu tempat makan yang paling senang untuk makan tengah hari. Perkhidmatannya cepat dan makanannya juga enak. Sekiranya anda mencari mee tarik, ini mungkin tempatnya.


#4 - Summer Palace 


5 Restoran Cina terbaik di Putrajaya / Cyberjaya, Restoran Cina terbaik di Putrajaya / Cyberjaya, restoran china muslim di cyberjaya, halal chinese food in putrajaya, restoran china halal di putrajaya, restoran makanan china di cyberjaya, chinese food at putrajaya, chinese food sedap di putrajaya, restoran china halal dan sedap di cyberjaya


Bufet dim sum yang enak dimakan sehingga anda menjatuhkan restoran berkelas yang selesa. Telah datang ke tempat ini sering suka makanan di sini.


Summer Palace adalah tempat yang bagus untuk keluarga berkumpul. Pengurus restoran, Puan Joanne Foo tahu dengan tepat apa yang harus dicadangkan dan saya mesti mengatakan bahawa dia benar-benar dapat menyesuaikan hidangan mengikut pilihan anda. Perkhidmatan dan pujian yang luar biasa untuk Puan Joanne. Terima kasih


#5 - My Iman Noodle House


5 Restoran Cina terbaik di Putrajaya / Cyberjaya, Restoran Cina terbaik di Putrajaya / Cyberjaya, restoran china muslim di cyberjaya, halal chinese food in putrajaya, restoran china halal di putrajaya, restoran makanan china di cyberjaya, chinese food at putrajaya, chinese food sedap di putrajaya, restoran china halal dan sedap di cyberjaya


Ini adalah salah satu outlet Salam Noodles di Cyberjaya. Di sini ia menawarkan makanan ringan dengan harga murah dan staff juga sangat cekap dan ramah. Antara menu yang agak terkenal di sini adalah mi sup, roti rebus dan pilihan nasi dengan minuman tanpa had. Ya, di sini air boleh di isi semula secara percuma.


Itulah dia antara 5 restoran cina terbaik di Putrajaya / Cyberjaya. Bagi anda yang sukakan menu makanan cina, bolehlah cuba singgah dan nikmati menu yang ada di sana. Untuk anda yang lebih gemar makan di rumah dan teringin nak cuba menu makanan cina seperti ini, tak usah khuatir kerana anda masih boleh memesan secara online.


Antara pihak yang ada menyediakan servis pesanan dalam talian untuk menu  chinese food ini, tak lain dan tak bukan adalah Foodpanda. Dengan menggunakan servis pesanan dan penghantaran dari Foodpanda, bila-bila masa boleh dapatkan menu makanan yang diinginkan tanpa perlu keluar dari rumah.


Waktu-waktu begini, sebaiknya ikut saranan kerajaan untuk kekal berada di dalam demi keselamatan diri sendiri dan insan tersayang. 



25 Oct 2020

Resipi Sambal Paru Mudah Dan Sedap

October 25, 2020 2
Resipi Sambal Paru Mudah Dan Sedap

Resipi Sambal Paru Mudah Dan Sedap. Assalamualaikum wbt & happy weekend uolls. Masak apa hari ini? Semalam CH masak sambal paru mudah dan sedap. 


Sambal paru ni favorite suami dan MIL. Semalam CH ke kedai frozen, Kebetulan masa CH pergi tu stok paru frozen baru sampai. Apalagi, CH terus ambil la sebab dah lama tak masak sambal paru. 


Resipi Sambal Paru Mudah Dan Sedap, sambal paru, sambal kelempung, paru masak sambal, resipi paru mudah dan sedap, paru, paru berlado, kelempung,
Resipi Sambal Paru Mudah Dan Sedap


Paru atau kelempung ni CH suka buat sambal, rendang dan gulai. Untuk gulai dan rendang tu CH campur dengan daging rincik atau tetel.  Alahai sambil type entry ni pun dah terbayang -bayang paru yang siap masak dan dimakan dengan nasi panas..


Tak nak bebel panjang-panjang, nah resipi sambal paru untuk korang. Makan dengan nasi lemak pun sedap..


Resipi Sambal Paru Mudah Dan Sedap


Resipi Sambal Paru Mudah Dan Sedap, sambal paru, sambal kelempung, paru masak sambal, resipi paru mudah dan sedap, paru, paru berlado, kelempung,
Sambal paru mudah dan sedap


Bahan Untuk Rebus Dan Goreng Paru: 

1/2 paru 

2cm halia

1 batang serai

Garam secukupnya

Kunyit secukupnya

Minyak untuk menggoreng


Caranya: 


Bersihkan paru. 

Masukkan semua bahan dan rebus sehingga paru lembut. CH rebus guna rice cooker selama 1 jam.

Angkat dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk, hiris mengikut ketebalan dan kepanjang yang korang nak.

Gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga separa garing. 

Angkat dan ketepikan. 


Bahan Sambal


3 sb cili kisar

2 biji bawang besar - kisar

4 ulas bawang putih- kisar

2 cm halia- kisar

1 batang serai - diketuk

1sb sos cili

2 sb sos tiram

2 sb kicap

1 keping asam gelugor

1 biji bawang holland - dipotong separa bulat

Gula secukupnya

Garam secukupnya

Minyak secukupnya


Caranya: 

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan serai sehingga wangi dan pecah minyak. 

Masukkan asam keping , sos cili, sos tiram dan kicap manis. Gaul rata. Biarkan mendidih sebentar untuk satukan rasa. 

Jika masih kurang masin dan manis, tambah garam dan gula secukupnya. 

Masukkan bawang holland. Gaul rata. 

Masukkan paru yang telah di goreng separa garing. Gaul rata.. biarkan mendidih sekejap. 

Angkat dan hidangkan dengan menu yang lain. 


Selamat mencuba uolls.


Nak lebih info, boleh baca di link di bawah....


Info Ibu Hamil 

https://t.me/ibuhamilmalaysia


Info Resepi 

https://t.me/ResepiKampungku


Info Motivasi 

https://t.me/katasemangathidup


Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

https://t.me/bloggersmalaysia

23 Oct 2020

Couple Day Out | Macam Biasa, Planning Ke Laut

October 23, 2020 1
Couple Day Out | Macam Biasa, Planning Ke Laut

Couple Day Out. Halah halah tetiba hari ni gedik nak update moment dating dengan encik suami.. Dating pergi cari hadiah birthday encik suami sebenarnya. Tak tahu nak beli apa sebenarnya sebab tulah ajak dia keluar cari barang yang dia nak. Sian dia sebab dapat bini yang tak tahu nak beli apa kat suami. 


First tempat yang CH cadangkan adalah design village sebab encik suami kata nak cari kasut. Dari satu butik ke satu butik tak jumpa juga jenis kasut yang di cari. Haru sungguh. Then, cakap kat suami tak jumpa kat sini, nanti balik kita singgah sport direct dekat tesco Seberang Jaya. Settle bab kasut. CH suruh la dia beli jeans sehelai dua... Non hado size pula. huhu... So, satu benda pun tak beli kat sini. 





Penat pusing Design Village tu, kami lepak minum kopi dekat Starbuck. Hilang dahaga dan penat, baru gerak ke Tesco Seberang Jaya. 


Otw ke Tesco Seberang Jaya, encik suami kata jom kita singgah Mitsubishi Bukit Mertajam untuk test drive Xpander. Sekali, outlet Mitsubishi kat Bukit Mertajam tengah renovate. Dari Bukit Mertajam, kami ke outlet Mitsubishi di Butterworth pula. Rupanya, Xpander tak sampai lagi untuk test drive. Harga pun tak tahu lagi berapa sebab Mitsubishi baru lancarkan Xpander untuk media saja. Habiskan masa tengah jalan saja. Takpelah janji dapat spend quality time dengan encik suami.


Lepas frust sebab tak dapat nak test drive Xpander, kami terus ke Tesco Seberang Jaya. Nasib baik ada kasut yang di cari. Ni ha kasut aka sandal untuk aktiviti lasak.. 


Hahaha... Tu sajalah cerita dating kami. 


Amalkan Doa Ini Untuk Permudahkan Menyelesaikan Masalah Diri Sendiri

October 23, 2020 2
Amalkan Doa Ini Untuk Permudahkan Menyelesaikan Masalah Diri Sendiri

Amalkan Doa Ini Untuk Permudahkan Menyelesaikan Masalah Diri Sendiri. Assalamualaikum wbt & salam jumaat. Semoga yang singgah sini baik-baik saja dan dilindungi dari virus Covid-19. Doa yang CH share ni, CH dapat dari page ustazah Nurhafizah kalau tak silap CH. Dah lama save, cuma nak jadikan ia dalam bentuk entry tu yang ambik masa.. Tapi hari ini CH rajin sikit. So, dapatlah share di sini supaya kita semua dapat amalkan dan dipermudahkan menyelesaikan masalah diri sendiri seperti:-


Amalkan Doa Ini Untuk Permudahkan Menyelesaikan Masalah Diri Sendiri


1) Bebanan hutang

2) Lemah semangat, gelisah jiwa dan malas

3) Rasa sedih dan takut

4) Takde keyakinan diri

5) Selalu ditindas, dipermainkan dan diperlekehkan.


Doa ni mustajab tau, cuma ramai yang tak tahu cara amal. CH sendiri pun tak tahu tapi bila tahu dan cuba amalkan, alhamdulillah rasa sedih, takut, lemah semangatm gelisah dan malas tu beransur pergi. CH akan terus amalkan doa ini supaya lain-lain masalah juga hilang terus dari diri CH.. In sha Allah. 


Jom sama-sama kita amalkan doa ini..



Amalkan Doa Ini Untuk Permudahkan Menyelesaikan Masalah Diri Sendiri, doa untuk hindar malas, doa untuk hilangkan hutang, doa untuk buang rasa gelisah
Amalkan Doa Ini Untuk Permudahkan Menyelesaikan Masalah Diri Sendiri


Cara amal doa ni adalah dibaca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Selepas solat subuh dan solat asar.


Semoga menjadi amalan.

15 Oct 2020

Menu Hari Ini | Ayam Masak Kicap Dan Sayur Sawi Bebola Daging

October 15, 2020 3
 Menu Hari Ini | Ayam Masak Kicap Dan Sayur Sawi Bebola Daging

Menu Hari Ini | Ayam Masak Kicap Dan Sayur Sawi Bebola Daging. Assalamualaikum wbt & hi korang! Hari ni CH malas masak sebab itulah buat ayam masak kicap dan sayur sawi bebola daging saja. Cepat masak, sedap dan menyelerakan. Kahkah.. Sorry ya termasuk bakul dan angkat sendiri. 


Menu Hari Ini | Ayam Masak Kicap Dan Sayur Sawi Bebola Daging 


Pagi ni terima satu email dari HR yang meminta semua staff di seluruh negara dan bukan unit kritikal untuk bekerja dari rumah. Huhu... Tetiba teringat masa kena MCO pada bulan March -May dulu. Macam nilah email yang staff dapat. Adakah negara kita akan melaksanakan MCO sekali lagi? Nampak gayanya macam tulah tapi apa-apapun kita tunggu pengumuman dari Perdana Menteri kita ya... 

Ayam Masak Kicap Dan Sayur Sawi Bebola Daging, ayam, ayam masak kicap mudah dan sedap, resipi ayam mudah dan sedap, resepi ayam masak kicap, ayam
Menu Hari Ini | Ayam Masak Kicap Dan Sayur Sawi Bebola Daging 


Sebab dapat email dari HR inilah, mood CH terus swing. Yelah sebelum ni dengar dari kawan-kawan tentang apa plan atau tindakan yang company mereka ambil. Ada yang offer vss, ada yang potong gaji, ada yang dicutikan dan diberi gaji separuh saja, ada yang diberhentikan atau tidak disambung kontrak dan macam-macam lagi cerita. Korang macammana? CH harap semua baik-baik saja..


Ayam Masak Kicap Dan Sayur Sawi Bebola Daging, ayam, ayam masak kicap mudah dan sedap, resipi ayam mudah dan sedap, resepi ayam masak kicap, ayam
Menu Hari Ini | Ayam Masak Kicap Dan Sayur Sawi Bebola Daging 


Okaylah disebabkan mood swing, CH hanya masak ayam masak kicap dan sayur sawi bebola daging. Sambil buat kerja dari rumah pun korang boleh masak. Hihi...


Resipi Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap



Ayam Masak Kicap Dan Sayur Sawi Bebola Daging, ayam, ayam masak kicap mudah dan sedap, resipi ayam mudah dan sedap, resepi ayam masak kicap, ayam
 Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap


Bahan:

8-10 ketul ayam - digaul garam kunyit dan digoreng terlebih dahulu
2 biji bawang besar - di potong separa bulat
6 ulas bawang putih - diracik
2cm halia - diracik
1 batang kulit kayu manis
1 biji tomato - dibelah 6
2 pelepah daun kari
4-6 biji cili padi 
1sb sos cili
4sb kicap manis
2sb sos tiram
minyak secukupnya


Caranya:

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, cili padi dan daun kari sehingga layu dan bau wangi. 

Masukkan kicap, sos tiram, sos cili dan tomato. Biarkan sehingga ia mendidih.

Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan mendidih lama sedikit agar semua rasa sebati dengan ayam. 

Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.



Resepi Sayur Sawi Bebola Daging




Ayam Masak Kicap Dan Sayur Sawi Bebola Daging, ayam, ayam masak kicap mudah dan sedap, resipi ayam mudah dan sedap, resepi ayam masak kicap, ayam
Sayur Sawi Bebola Daging



Bahan:

1/2 biji bawang besar - di racik
2 ulas bawang putih - diracik
1cm halia - di ketuk
1-2 pokok sawi - dipotong dan di bersihkan
2 batang fucuk -direndam dan dipotong
sedikit suhun - direndam dan dipotong 2
5 biji bebola daging - di potong 4
Minyak secukupnya
garam secukupnya
Lada sulah secukupnya
2 cawan air

Caranya:

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi. 

Masukkan bebola daging. Gaul rata. 

Tambah air dan biarkan sehingga mendidih. 

Masukkan garam secukupnya. 

Bila rasa dah cukup semuanya, masukkan sayur sawi, suhun dan fucuk. Biarkan sehingga mendidih dan sayur sawi masak sepenuhnya.

Angkat dan hidangkan dengan menu yang lain. 


Senangkan? Selamat mencuba uolls!


14 Oct 2020

15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang

October 14, 2020 2
15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang

15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang. Assalamualaikum wbt & hi korang. Bila bekerja dari rumah ni, CH lebih suka masak resipi yang mudah, sedap dan kesukaan semua orang atau ahli keluarga. Satu menu pun kadang-kadang dah cukup untuk membuat kesayangan menambah nasi. Antara menu yang menjadi kesukaan ahli keluaga CH adalah telur. Masak lah resipi apa pun, confirm menu telur tetap menjadi pilihan dan paling cepat habis. Disebabkan itu, CH simpan di sini 15 resipi telur mudah, sedap dan menjadi kesukaan semua orang. 


15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang


15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang
15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang



#1  Resipi Sambal Telur Pecah


Sambal Telur Pecah,15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang, resipi telur, resipi telur mudah dan sedap, telur, telur ayam, resepi telur, resepi telur sedap
Sambal Telur Pecah


Bahan-bahan:

4 biji telur

2  labu Bawang besar - 1 labu di kisar bersama bawang putih. 1 labu di potong bulat.

2 ulas bawang putih - di kisar

2-3 sb cili kisar

minyak

gula

garam

bahan perasa

air asam


Cara-caranya:

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan 3 sudu cili kisar. Biarkan mendidih.

2. Masukkan telur sebiji sebiji. Biarkan seketika agar telur menjadi separuh masak sebelum terbalikkannya.

3. Terbalikkan telur untuk masakkan bahagian atas.

4. Masukkan bawang yang di potong bulat dan biarkan mendidih seketika.

5. Angkat dan dihidangkan bersama nasi panas.


#2  RESEPI TELUR PECAH HANCUR MELETOP


Sambal Telur Pecah Meletop,15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang, resipi telur, resipi telur mudah dan sedap, telur, telur ayam, resepi telur, resepi telur sedap
Sambal Telur Pecah Meletop


Bahan-bahan :

3 biji telur

4 s/mkn cili yg telah dikisar bersama dgn bawang merah & putih

3 s/mkn cili sos

1 s/mkn gula merah

2 s/mkn gula pasir

garam secukup rasa


Cara-caranya :

1. tumis cili kering hingga masak

2. masukkan cili sos

3. masukkan gula merah, gula pasir & garam

4. rasa dah meletop, pecah kan telur sebiji-sebiji dalam kuali, biarkan telur 1/2 masak, terbalikkan .. korang kaup manja telur tu dlm kuali baru jadi hancur-hancur tu

5. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.


#3  TELUR GORENG KICAP PEDAS


TELUR GORENG KICAP PEDAS,15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang, resipi telur, resipi telur mudah dan sedap, telur, telur ayam, resepi telur, resepi telur sedap
TELUR GORENG KICAP PEDAS


Bahan:

elur 4 biji

Sebiji Bawang besar dihiris halus*

Cili padi 7 biji dihiris*

Setengah biji Tomato dipotong dadu*

Kicap*

4 biji Limau kasturi dibelah 2

Minyak untuk menggoreng


Caranya :

Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.

Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.

Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi. Siap!


#4  Sup Telur


Sup Telur,15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang, resipi telur, resipi telur mudah dan sedap, telur, telur ayam, resepi telur, resepi telur sedap
Sup Telur


Bahan:

3 biji telur

1 biji bawang besar/ merah sederhana besar

2 ulas bawang putih

1/2 biji cili besar

1 cube ayam maggi

suhun

daun bawang

2-3  cawan air

minyak untuk menumis

garam secukupnya


Caranya:


Tumis bawang merah, bwg putih dan cili besar potong

Masukkan air

Masukkan 1 cube ayam knorr

Bila mendidih pecahkan telur sebiji sebiji

Masukkan garam dan adjust rasa

Bila telur masak, masukkan suhun (rendam dulu 10 minit)

Masukkan daun bawang

Tutup api


#5  KARI TELUR AYAM


Kari Telur, Gulai telur,15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang, resipi telur, resipi telur mudah dan sedap, telur, telur ayam, resepi telur, resepi telur sedap
Kari Telur Ayam


6 biji telur – rebus dulu kemudian kupas kulitnya


BAHAN-BAHAN

bunga cengkeh

kayu manis

bunga lawang

rempah kari daging

kerisik

santan - terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari

Garam

Air- ikut citarasa nk kuah pekat &bny mana


Bahan dikisar/ ditumbuk

bawang merah

bawang putih

halia


Caranya:


Bahan yg ditumbuk tadi digaul dgn rempah dlm satu mangkuk dan dibancuh dgn sedikit air.

Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih hingga naik bau...

Kemudian masukkan campuran rempah tadi yg digaul dgn bahan yg ditumbuk..

Biar sampai garing dan naik minyak. Lps tu , masukkan santan tadi..masukkan air utk ikut tahap kepekatan yg dikehendaki..

Masukkan kerisik ..gaul bagi sebati ..

Akhir sekali masukkan telur ayam rebus tadi.masak hingga mendidih. Kemudian masukkan garam secukup rasa.Tutup api dan sedia dihidangkan


#6 TELUR GORENG SAMBAL KICAP PEDAS


15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang, resipi telur, resipi telur mudah dan sedap, telur, telur ayam, resepi telur, resepi telur sedap


Bahan :

Telur 4 biji

Sebiji Bawang besar dihiris halus*

Cili padi 7 biji dihiris*

Setengah biji Tomato dipotong dadu*

Kicap*

4 biji Limau kasturi dibelah 2

Minyak untuk menggoreng


Caranya :

Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.

Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.

Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.

Siap!


#7 KURMA TELUR


kurma telur,15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang, resipi telur, resipi telur mudah dan sedap, telur, telur ayam, resepi telur, resepi telur sedap
Kurma Telur


Bahan:

10biji telur -rebus

2paket kecil rempah kurma

5ulas bawamg putih (hiris)

1labu bawang merah besar -hiris besar)

1inci halia

2biji tomato (optional)

1biji lobak merah

Kulit kayu manis

Buah pelaga

Bunga lawang

Air asam sikit

Garam secukup rasa

Air secukupnya


Caranya:

Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang sampai naik bau...masukkan rempah kurma yg telah dibancuh dgn air ...tumis sampai pecah minyak.

Masukkan air asam, dan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati. Masukkan kentang, lobak, msak sehingga empuk. Masukkan telur, cili merah, tomato, dan garam secukup rasa ..lepas tu adjust lah kuah dia nk pekat @ cair 


#8  TELUR MASAK SOS


Telur masak sos,15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang, resipi telur, resipi telur mudah dan sedap, telur, telur ayam, resepi telur, resepi telur sedap
Telur masak sos


Bahan: 

2 biji bawang besar dihiris kasar

3-4 inci halia dihiris kasar

3-4 sudu makan cili kering kisar

Sos tomato Kimball(lebih Dr sos cili UTK gantikan asam jawa)

Sos cili Life(kuantiti sikit dari sos tomato)

Kicap manis Life(4-5sudu makan)

Sedikit air

Telur goreng

Minyak menumis

1 tin kecil kacang peas(x perlu buang air)


Caranya:

Panaskan minyak

Tumiskan cili kering kisar hingga masak dan pecah minyak

Masukkan SEPARUH kuantiti bawang besar hiris dan halia hiris

Kacau hingga bawang layu

Masukkan semua sos dan kicap bersama sedikit air

Masak hingga mendidih

Masukkan baki bawang besar dan kacang peas

Kacau rata..

Masukkan telur goreng renihkan seketika..

Dan siappp!


#9  Telur Bistik

Telur Bistik,15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang, resipi telur, resipi telur mudah dan sedap, telur, telur ayam, resepi telur, resepi telur sedap
Telur Bistik


Bahan Dan Caranya:


Untuk telur dadar : Pecahkan telur + garam + daging ayam potong dadu yg dh digoreng terlebih dahulu (sy guna daging burger). Gorengkan telur mcm biasa.

Utk kuah : Tumiskan bwg putih cincang dan bwg holland potong dadu. Dah layu, masukkan sos cili dan sos tomato. Tambah air.

Tambah cili padi ketuk, sayur (bunga kobis + carot + celery + capsicum)

Perasakan dgn garam.

Dah siap kuah, tuang atas telur dadar tu. Tabur daun sup daun bwg 

*nak kuah lebih, tambah air lebih, cili sos dgn cili tomato lebih.



#10  Telur bungkus ala thai


Telur bungkus ala thai,15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang, resipi telur, resipi telur mudah dan sedap, telur, telur ayam, resepi telur, resepi telur sedap
Telur bungkus ala thai



Bahan:

2 biji telur
100gm isi ayam @ daging ( dicincang)
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar ( dihiris nipis)
1 biji tomato ( dibelah 6 )
1 camb kacang peas
2 camb sas tomato
1 camb sos tiram
garam secukup rasa
daun ketumbar ( dipotong 1 inci )


Cara:

Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan.

Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam @ daging.

Setelah masak masukkan sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar masak sehingga bawang layu.

Masukkan tomato dan kacang peas , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.

Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur berbentuk empatsegi.

Sedia dihidang


#11  Sambal Tumis Telur


Sambal Tumis Telur,15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang, resipi telur, resipi telur mudah dan sedap, telur, telur ayam, resepi telur, resepi telur sedap
Sambal Tumis Telur


Bahan bahan:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - hiris
3-4 sb cili kisar
Sedikit belacan
Garam
Gula
Air asam jawa
Telur - rebus, kupas & goreng

Cara cara:

Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.

Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik. Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.

Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan

Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.


#12  Parpu Telur 


Parpu telur,15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang, resipi telur, resipi telur mudah dan sedap, telur, telur ayam, resepi telur, resepi telur sedap
Parpu Telur


Bahan:

2 cawan parpu (dhal)
4 biji telur
1 batang serai
1 sb jintan manis serbuk
1 sb jintan putih serbuk
1sk kunyit serbuk
RM2 santan
Air untuk rebus parpu
garam secukupnya

Bahan Tumis Darat:

3-5 tangkai daun kari
5 biji cili kering
1 biji bawang besar - diracik halus
minyak untuk menumis


Caranya:

Rebus parpu sehingga empuk dan sedikit hancur. 

Masukkan serai, kunyit , jintan manis dan jintan putih. kacau rata dan biarkan ia mendidih. 

Masukkan santan. Kacau rata dan biarkan ia mendidih dengan api sederhana. 

Masukkan garam secukupnya. Gaul rata. 

Untuk masukkan telur, biarkan kuah mendidih dengan api sederhana. Masukkan telur satu persatu sehingga habis. Jangan kacau sehingga telur masak sepenuhnya. 

Sementara tunggu telur masak, tumis bahan tumis sehingga keperangan dan berbau wangi. Bila dah perang dan wangi, tutup api kuali dan api parpu. 

Tuangkan bahan tumis kedalam parpu. Terus tutup periuk parpu untuk memberi aroma dan rasa sedap pada parpu. 

Kacau rata sebelum hidang. 

Masukkan dalam bekas sebelum hidang dengan lauk pauk yang lain. 


#13 Rasam Telur


Rasam Telur,15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang, resipi telur, resipi telur mudah dan sedap, telur, telur ayam, resepi telur, resepi telur sedap
Rasam Telur



Bahan-Bahan:

5 Biji Telur (Boleh juga guna ikan talang masin)
1 sudu teh jintan putih biji (Tumbuk)
1/2 sudu teh jintan manis biji (Tumbuk)
1/2 sdt lada hitam (Tumbuk)
2 ulas bawang putih (Tumbuk)
4 ulas bawang merah (Tumbuk)
2-3 tangkai cili kering (potong dlm 1 inci)
1-2 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah (mayang halus)
1/2 sudu besar pati asam jawa (atau secukup rasa)
1/2 kiub pati ayam
Sedikit serbuk kunyit (untuk bagi nampak yellowish sket)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak


Cara-Cara

Tumis hirisan bawang merah hingga garing, masukkan daun kari dan juga cili kering.Tumis sekejap hingga nak bau.

Masukkan bahan kisar/tumbuk tumis hingga pecah minyak dan naik bau.

Masukkan semua bahan kecuali telur.Setelah kuah mendidih,pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah.

Biarkan sehingga telur masak dan kuning telur set (keras sedikit)

Seimbangkan rasa. Tambah garam/gula/perasa (jika perlu).

Dah siap.Tutup api. 

Mmg sesuai dihidangkan dengan nasi putih,ikan masin dan papadom..



#14 Telur Rebus Air Asam


Telur rebus air asam,15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang, resipi telur, resipi telur mudah dan sedap, telur, telur ayam, resepi telur, resepi telur sedap
Telur Rebus Air Asam



Bahan:

Cili api
Bawang besar
Tomato
Asam jawa
Garam secukup rasa
Air
Telur

Cara-cara:

1. Rebus beberapa biji telur.

2. Hiris cili api, bawang besar dan tomato. Kemudian masukkan bahan hirisan tadi bersama air asam jawa. Perasakan dengan garam dan masukkan telur rebus.

*Biarkan 15 minit bagi meresap semua bahan di atas.


#15 Telur Masak Kicap Mudah Dan Sedap 



Telur Masak Kicap,15 Resipi Telur Mudah, Sedap Dan Kesukaan Semua Orang, resipi telur, resipi telur mudah dan sedap, telur, telur ayam, resepi telur, resepi telur sedap
Telur masak kicap




Bahan

3-5 biji telur ayam yang di basuh ( ikut bilangan ahli keluarga)
1 labu bawang besar - di potong bulat/ separa bulat
5 biji cili padi - di belah
1 biji cili besar merah - di potong 
1 sudu besar cuka 
5 sudu besar kicap manis
Minyak


Caranya

Telur di goreng terlebih dahulu. boleh garing atau separa masak. Ikut suka hatilahh..

Minyak goreng telur tadi di gunakan semula. 

Tumis bawang besar, cili padi dan cili merah sehingga terbau wangi bawang.

Tambah kicap dan cuka. Masak sehngga mendidih. 

Angkat dan curahkan ke atas telur.

Siap untuk di hidang.