August 2020 - Cahaya Hayati

27 Aug 2020

Lala Rebus Serai Mudah Dan Sedap

August 27, 2020 2
Lala Rebus Serai Mudah Dan Sedap

Lala Rebus Serai Mudah Dan Sedap. Minggu lepas CH ke pasar dan kebetulan ada Lala segar tapi harga dia... Hahaha... Rasanya last CH beli lala sebelum PKP hari RM6 saja sekilo. Sekarang dah RM10 sekilo. Bila dah teringin, harga bukan lagi menjadi persoalan. Beli sajalah dan balik terus basuh serta masak lala rebus serai yang mudah dan sedap. 


Lala Rebus Serai Mudah Dan Sedap, lala, resipi lala mudah dan sedap, lala rebus, cara mudah masak lala, sedapnya lala rebus serai, resipi lala sedap,  cara masak lala rebus, langkah demi langkah, sedapnya lala rebus, bahan untuk masak lala rebus, resipi lala mudah dan sedap, retak seribu, resipi mudah retak seribu, retak seribu rebus, retak seribu rebus sera
Lala Rebus Serai Mudah Dan Sedap

CH suka masak lala rebus serai ni sebab isi dia manis dan boleh di ratah saja.. Anak-anak Ch memang suka kalau CH buat lala rebus serai ni. Memang depa akan ambik sorang semangkuk... Tengok-tengok dah habis sekilo. 


Lala Rebus Serai Mudah Dan Sedap


Lala Rebus Serai Mudah Dan Sedap, lala, resipi lala mudah dan sedap, lala rebus, cara mudah masak lala, sedapnya lala rebus serai, resipi lala sedap,  cara masak lala rebus, langkah demi langkah, sedapnya lala rebus, bahan untuk masak lala rebus, resipi lala mudah dan sedap, retak seribu, resipi mudah retak seribu, retak seribu rebus, retak seribu rebus sera
Resipi Lala Rebus Serai Mudah Dan Sedap


Bahan: 


1kg Lala / retak seribu

2 batang serai - diketuk

2cm halia - diketuk 

2 cm lengkuas - diketuk

3-4 biji cili padi

1/2 biji cili merah besar

1 biji bawang besar - diracik

2 kpg asam gelugor

1 helai daun limau purut - CH tak masukkan

garam secukupnya

air secukupnya - sehingga menutupi lala


Caranya: 


Masukkan semua bahan ke dalam periuk yang sesuai. 

Rebus sehingga mendidih dan kulit lala terbuka. Perasakan dengan Maggi Cukup Rasa. Jika tiada tambah sedikit 1/2 sudu kecil gula. 

Angkat dan hidangkan dengan lauk lain. 


Selamat Mencuba uolls!

26 Aug 2020

Resepi Ikan Jenahak Masak Cuka Sedap Dan Tahan Lama

August 26, 2020 0
Resepi Ikan Jenahak Masak Cuka Sedap Dan Tahan Lama

Resepi Ikan Jenahak Masak Cuka. Resepi favorite dan sedap. Resipi dikala buntu nak masak. Menu masa tak lalu nak makan. Lauk masa pantang. Hahaha... Jadi, bila CH buntu tak tahu nak masak apa dan nak cepat, memang menu ni yang menjadi pilihan CH. Dapat pula makan dengan nasi panas... Memang bertambahlah. Ikan kesukaan CH untuk masak cuka ini adalah ikan jenahak, ikan merah, ikan tenggiri, ikan otek, ikan seludu dan juga ikan haruan. Bak kata semua ikan boleh dibuat masak cuka ni...


Masak cuka memang menu yang mampu membuka selera dan sedap di makan bila-bila masa saja walaupun bukan dalam tempoh berpantang. Selain itu, lauk ini juga merupakan lauk yang tahan lama dan tak mudah basi. Lagi lama, lagi sedap.. 


Arwah mak CH pesan, kalau buat masak cuka letak bawang putih banyak-banyak. Lagi banyak lagi sedap... Sampai sekarang memang CH akan masukkan bawang putih banyak-banyak. Sedap!


Resepi Ikan Jenahak Masak Cuka Sedap Dan Tahan Lama, resipi ikan jenahak mudah dan sedap, ikan jenahak, resipi ikan jenahak, masak cuka ikan jenahak, ikan jenahak masak cuka mudah dan sedap, ikan jenahak masak cuka, resipi masak cuka ikan jenahak, resipi ikan mudah dan sedap, lauk berpantang, resipi ikan untuk berpantang, lauk berpantang, resipi ikan mudah dan sedap, sedapnya ikan jenahak masak cuka, sedapnya ikan jenahak, menu ikan jenahak mudah dan sedap,
Resepi Ikan Jenahak Masak Cuka Sedap Dan Tahan Lama



Resepi Ikan Jenahak Masak Cuka Sedap Dan Tahan Lama


Bahan:


5 potong ikan jenahak - di gaul garam kunyit dan digoreng terlebih dahulu. Ketepikan.

1 biji bawang besar - dipotong separa bulat

10 ulas bawang putih - diracik halus

2cm halia - racik halus

3-5 biji cili padi - dibelah 2

1 biji cili besar - dipotong serong

1-2 sb cuka

1 cwn air

minyak secukupnya - CH guna minyak goreng ikan saja

Garam secukupnya


Caranya:


Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili besar dan cili padi sehingga wangi.

Masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.

Tambahkan cuka. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi. 

Masukkan ikan jenahak yang telah di goreng tadi. Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.

Rasa. Jika belum cukup masin dan masam, bolehlah tambah garam dan cuka secukupnya. 

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas. 


#tips: Menu ini sedap jika di panaskan 2 atau 3 kali sebelum makan


24 Aug 2020

Permohonan Ke MRSM 2021 Tingkatan 1 Dan 4 Telah Dibuka Mulai 24 Ogos Sehingga 4 Disember 2020

August 24, 2020 0
Permohonan Ke MRSM 2021 Tingkatan 1 Dan 4 Telah Dibuka Mulai 24 Ogos Sehingga 4 Disember 2020

Permohonan Ke MRSM Tingkatan 1 Dan 4 Telah Dibuka Mulai 24 Ogos Sehingga 4 Disember 2020. Permohonan ini bolehlah di buat diatas talian www.mara.gov.my.  Tahun ni bermulanya tahun untuk CH kena rajin buka web MARA dan Kementerian untuk memohon sekolah berasrama. Teruja sebab anak sulung CH akan melangkah ke sekolah menengah tahun depan. CH memang target untuk hantar anak untuk bersekolah di sekolah berasrama. Sekolah dekat-dekat pun takpa janji anak-anak dapat fokus pada pelajaran demi masa depan depa. 


Permohonan Ke MRSM 2021 Tingkatan 1 Dan 4 Telah Dibuka Mulai 24 Ogos Sehingga 4 Disember 2020



Ya CH dah apply walaupun dok risau tak dapat sebab penilaian untuk kemasukkan pada tahun 2021 ni lain dan tak menggunakan keputusan UPSR. Tapi takpa dengan berbekalkan keyakinan yang kakak Aisya boleh melepasi syarat yang telah di tetapkan, maka CH pun apply...  Ta2 cuba tak tahu kan? Mohon juga doa dari korang supaya anak CH terpilih dan mendapat tempat di salah satu MRSM yang CH minta tu..


MRSM mempunyai sistem pendidikannya yang tersendiri dan ianya tak sama dengan Sekolah Berasrama Penuh yang lain. Ia berteraskan sains, teknologi, kejuteraan dan matematik yang berpaksikan kepada pembinaan karektar para pelajar untuk menjadi insan cemerlang yang holistik, innovatif dan berintegriti. 


Senarai Program Dan Syarat-Syarat Permohonan MRSM 2021 Tingkatan 1 Dan 4 


1. Program Premier


2. Program UlulAlbab



3. Program IGCSE