Kekal Bertenaga Dengan Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura. Assalamualaikum wbt & hi korang! Dari bulan ramadan hari tu lagi nak share dengan korang tentang amalan menambah tenaga ketika berpuasa tapi tak sempat nak share sebab busy kemain. hihi.. Walaupun selepas bulan ramadan CH masih lagi teruskan amalan ini untuk mengekalkan tenaga yang berpanjangan. CH perlukan tenaga lebih kerana bekerja dari rumah tidak sama dengan bekerja di pejabat. Bekerja dari rumah lebih mencabar mental dan juga fizikal. Jadi amalan yang CH amalkan untuk kekal bertenaga adalah dengan memakan Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura.
Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura |
Seperti yang kita sedia maklum, Kurma Ajwa adalah kurma kesukaan Nabi Muhammad SAW. Menjadi Sunnah untuk mengamalnya setiap hari. Hal ini termaktub dalam satu hadis yang bermaksud :
"Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang memakan 7 biji buah kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun atau sihir kepadanya pada hari tersebut."
Fungsi buah kurma ini adalah sebagai penawar atau ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh sihir/ santau/ racun dan juga penyakit misteri. Sebab itulah kurma Ajwa ini sangat luarbiasa dari kurma lain. Maha Kuasa Allah yang menyembuhkannya.
Selain sebagai penawar untuk menyembuhkan penyakit, amalan pengambilan Kurma Ajwa juga sangat bagus kerana ia :
- Berkhasiat dan sebagai sumber antioksidan
- Sumber tenaga
- Milk Booster kepada ibu yang menyusu bayi
- Memberi khasiat dan sumber vitamin
- Melancarkan penghadaman
- Melindungi dari penyakit
Disebabkan ia merupakan buah yang luarbiasa dan banyak khasiat, maka ramai yang keliru untuk mengenalpasti buah kurma ajwa yang asli dari Madinah. Berikut adalah ciri-ciri buah Kurma Ajwa Asli Madinah :-
- Berwarna hitam pekat
- Mempunyai garis kecil
- Berkedut
- Baunya wangi
- Tidak terlalu manis
- Saiznya kecil
- Kurma Kering dan tak mudah rosak
- Berkualiti tinggi
Bila dah tahu ciri-ciri buah kurma ajwa asli madinah, senanglah untuk dikenalpasti apabila hendak membeli. Ciri-ciri buah kurma ajwa yang dinyatakan di atas memang terdapat pada Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura. Jadi bila dah jumpa seller yang betul, memang CH hanya akan ulang beli dengan Rihura Herb Enterprise saja.
Kurma Ajwa - buah yang luarbiasa dan banyak khasiat |
Berikut adalah sebab-sebab kenapa CH akan ulang beli dengan Rihura Herb Enterprise:-
- Keaslian buah kurma Ajwa Madinah. Confirm memang asli dari Madinah
- Harga berpatutan dan mampu milik.
- Gred premium VIP
- Buah segar dan terbaru ( handpicked dari ladang)
- Kurma tidak diperam atau disimpan lama
- Saiz yang sama
- Packaging yang menarik - sesuai untuk di doorgift, hadiah ataupun sedekah
- Penghantaran ke seluruh negara
- Pelbagai saiz packaging yang sesuai untuk budget pelanggan
- Trusted seller
Seperti yang CH maklumkan di atas, CH mengamalkan pengambilan Kurma Ajwa untuk memberi tenaga yang berpanjangan kepada CH.Ada masa CH makan saja, ada hari CH buat air nabeez ataupun susu kurma. Kiranya, sejak mengamalkan Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura Herb ini, CH merasa sangat bertenaga, boleh melakukan banyak kerja ( kerja pejabat dan juga kerja rumah), lebih berdaya tumpuan dan lebih fokus.
Selain dari memberi tenaga, CH juga merasa lebih kenyang dan lambat lapar apabila mengambil segelas susu kurma. CH sendiri dah alami penurunan berat badan sebanyak 5kg sepanjang bulan ramadan. Jadi untuk mengelakkan berat badan kembali naik, CH teruskan amalan meminum susu kurma bagi mengekal dan juga menurunkan lagi berat badan CH. So, korang yang tengah usaha nak turunkan berat badan tu, tak perlu susah susah mencari suplement.. Amalkan saja susu dan buah kurma Ajwa. In sha Allah korang boleh kawal jumlah makanan yang korang ambil. Lama-lama berat badan akan susut dengan sendiri.
susu kurma |
susu kurma - supplement mudah dan asli |
Oleh itu, CH nak share resipi susu kurma yang CH buat dan amalkan. Mudah saja...
Resipi Susu Kurma Ajwa
Bahan:
300ml susu segar/ fullcream
4-5 biji buah kurma Ajwa - dibuang biji terlebih dahulu
hanya 2 bahan saja untuk dapatkan susu kurma yang sedap |
Caranya:
Satukan kurma ajwa dan susu dalam bekas atau blender. Kisar sehingga kurma sebati dengan susu. Dah siap dan sedia untuk di minum.
Susu Kurma sedia untuk di minum |
Senangkan? Jom cuba untuk kesihatan yang lebih baik dan juga sebagai sumber tenaga yang berpanjangan.
Dapatkan Kurma Ajwa Asli Madinah dan lain-lain produk Rihura Herbs dengan hubungi mereka di media sosial dan whatsap.
Facebook:
Whatsapp:
memang sedap kurma Ajwa ni cuma harganya tu agak tinggi berbanding dgn kurma lain kan
ReplyDeleteAnak semua suka kurma.. memang berkhasiat
ReplyDeleteNice....memang suka makan kurma. Nanti nak blend dengan susu dan pisang pulak...hehe
ReplyDelete