Bertukar Kepada Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural Untuk Produk Tanpa Betaina, Sulfat, & Silikon - Cahaya Hayati

6 Jul 2020

Bertukar Kepada Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural Untuk Produk Tanpa Betaina, Sulfat, & Silikon

Bertukar Kepada Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural Untuk Produk Tanpa Betaina, Sulfat, & Silikon. Kita seringkali menghadapi masalah dalam memilih produk yang berkaitan dengan rambut. Salah beli boleh menyebabkan rambut menjadi rosak seperti kekeringan, bercabang dan lain-lain lagi. Ada yang sesuai tetapi mengandungi bahan terlarang seperti betaina, sulfat dan silikon. Kita tak mahu banyak bahan kimia dalam menjaga rambut kita kerana penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan rambut menjadi rosak dan tidak cantik lagi. Oleh yang itu, bertukar kepada produk tanpa betaina, sulfat dan silikon adalah penyelesaian yang baik. CH dah cuba dan ianya sangat sesuai dengan CH. Produk tersebut adalah Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural. 

Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural, syampu tanpa bahan kimia, conditioner tanpa bahan kimia, syampu naturaly, natural shampoo, shampoo,
 Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural | Produk Tanpa Betaina, Sulfat, & Silikon


Bertukar Kepada Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural Untuk Produk Tanpa Betaina, Sulfat, & Silikon


Kenapa bertukar kepada Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural? Seperti yang CH maklumkan sebelum ini, CH mencari produk yang natural tanpa bahan kimia bagi mengatasi masalah rambut kering dan kulit kepala gatal. Alhamdulillah dengan menggunakannya setiap hari selama 7 hari CH dah alami perubahan di mana rambut menjadi lembut, kulit kepala dan kurang gatal. Lain-lain perubahan mungkin akan ada bila dah lama guna. 

Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural, syampu tanpa bahan kimia, conditioner tanpa bahan kimia, syampu naturaly, natural shampoo, shampoo,
CH dah cuba....

Buat pengetahuan korang juga, Sensenique Natural telah memenangi Her Beauty Awards (Majalah HER) pada tahun 2019 bagi kategori conditioner terbaik untuk rambut rosak atau kering ( editors pick). 

Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural, syampu tanpa bahan kimia, conditioner tanpa bahan kimia, syampu naturaly, natural shampoo, shampoo,
Menang Her Beauty Awards

So, CH cadangkan korang bertukar ke Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural untuk mengatasi masalah rambut korang. 

Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural


Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural, syampu tanpa bahan kimia, conditioner tanpa bahan kimia, syampu naturaly, natural shampoo, shampoo,
Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural


Syampu Sensenique Natural Pepermint Lime adalah daripada ekstrak minyak pudina, minyak limau nipis, aloe vera, tumbuhan semulajadi dan minyak argan. Boleh digunakan oleh semua peringkat bermula dari umur satu tahun ke atas. Manakala, jenis rambut pula adalah semua jenis rambut terutamanya jenis rambut dan kulit kepala yang berminyak serta rambut yang menggunakan pewarna. 

Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural, syampu tanpa bahan kimia, conditioner tanpa bahan kimia, syampu naturaly, natural shampoo, shampoo,
Syampu Sensenique Natural Pepermint Lime

Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural, syampu tanpa bahan kimia, conditioner tanpa bahan kimia, syampu naturaly, natural shampoo, shampoo,
Bahan dalam Syampu Sensenique Natural Pepermint Lime


Conditioner Sensenique Natural merupakan perapi ringan dari yang di buat dari ekstrak minyak pati tulen halia, oren, daun pudina, daun limau nipis serta tumbuhan semulajadi yang lain seperti minyak zaitun, minyak argan, minyak biji jojoba dan minyak macadamia. Ia berfungsi untuk melembutkan rambut dengan serta merta dengan menjadikan rambut licin serta mudah diurus. Sesuai untuk semua jenis rambut termasuklah rambut yang berwarna. 

'
Syampu Dan Conditioner Sensenique Natural, syampu tanpa bahan kimia, conditioner tanpa bahan kimia, syampu naturaly, natural shampoo, shampoo,
Bahan dalam Conditioner Sensenique Natural


Kelebihan Syampu Sensinique Natural 


#1 Buih 

Syampu ini tidak mengeluarkan buih yang banyak seperti syampu yang biasa digunakan. Bukan bermakna syampu ini tidak membersihkan rambut atau perlu menggunakan lebih banyak syampu daripada biasa tetapi untuk menggunakan syampu ini rambut mestilah benar-benar basah sebelum menggunakan syampu penjagaan Sensenique Natural. Untuk menikmati pembersihan yang berkesan hanya perlu tambah air bukannya menambahkan lebih syampu seperti yang biasa kita lakukan. Guna sikit tapi kesan pembersihan sangat memuaskan. 


#2 Keadaan rambut selepas menggunakan syampu penjagaan Sensenique Natural 

Kulit kepala mungkin mengambil masa seawal 2-3 minggu hingga selewat 1-2 bulan untuk serasi apabila bertukar kepada cara penjagaan rambut yang benar-benar semula jadi. Pada permulaannya, rambut  mungkin terasa sedikit kering dan kasar. Ini merupakan tempoh penyesuaian untuk syampu ini membantu rambut dinyahtoksik daripada semua saki-baki lapisan kimia. Selepas tempoh penyesuaian ini, mendapati bahawa rambut lebih lebat dan teksturnya lebih seimbang. Hasilnya, akan memperoleh rambut dan kulit kepala yang lebih sihat. 


Cara Menggunakan Penjagaan Rambut Sensenique Natural 


Cara untuk menggunakan penjagaan rambut  Sensenique Natural TIADA Silikon, Sulfat & Betaina yang betul adalah seperti berikut: 

  1. Pastikan rambut benar-benar basah sebelum menggunakan syampu. Jika rambut tidak betul-betul basah, sukar untuk menggunakan produk dan meratakannya pada rambut. 
  2. Gunakan lebih banyak air, bukannya lebih banyak produk. Kita Sebenarnya memerlukan kuantiti yang sedikit sahaja. Jika mahukan lebih banyak buih, gunakan lebih banyak air, bukannya lebih banyak produk. Air akan membantu untuk mengaktifkan syampu dan memudahkan syampu dirata ke seluruh rambut.
  3. Bersyampu sebanyak dua kali. Jika rambut tebal atau kasar, bersyampu sebanyak dua kali. Pada kali yang kedua, syampu akan lebih mudah berbuih dan rambut yang tebal atau kasar dapat dibersihkan dengan lebih mudah dan lebih berkesan. 
  4. Bilas rambut dengan sempurna. Sebarang sisa syampu akan menjadikan rambut terasa berat.
  5. Susuli dengan perapi. Gunakan jari jemari untuk meratakan perapi daripada bahagian tengah panjang rambut hingga ke hujung (kulit kepala tidak perlu disapu dengan perapi, terutamanya jika rambut anda halus atau berminyak). Kemudian bilas dengan sempurna.

Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah layari laman web di bawah:


No comments:

Post a Comment