Puding Karamel Guna Susu Pekat Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa Semalam - Cahaya Hayati

24 Nov 2020

Puding Karamel Guna Susu Pekat Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa Semalam

Puding Karamel Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa Semalam. Assalamualaikum wbt & Hi korang. Rindu nak update blog tapi bila work from home ni kerja update resipi sajalah. Harap korang tak boring singgah sini. Semalam CH dan anak dara berpuasa ganti. Baru nak mula ganti puasa tak seperti tahun tahun lepas dimana CH ganti puasa dalam bulan Syawal. Tahun ni sebab WFH, terus tak terganti puasa. Allahuakbar. Leka dengan duniawi betul. Bila ganti puasa berteman ni, rasa seronok sikit sebab ada teman sahur dan berbuka. Macam semalam, anak dara CH request nak berbuka dengan puding karamel. Nak keluar mencari, macam susah nak jumpa. So, tengoklah bahan apa yang ada kat rumah. Nasib baik semua ada dan bolehlah buat puding karamel mudah dan sedap untuk Kakak Aisya. 


Puding Karamel Guna Susu Pekat Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa Semalam


Puding Karamel Guna Susu Pekat Mudah Dan Sedap, puding karamel, puding karamel mudah dan sedap, bahan untuk buat puding karamel, resipi puding karamel, resepi puding karamel confirm jadi, bahan untuk buat puding karamel, puding caramel, sedapnya puding karamel, mudahnya buat puding Karamel, langkah demi langkah buat puding karamel, puding mudah dan sedap, dessert mudah dan sedap, cara buat puding karamel
Puding Karamel Guna Susu Pekat Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa Semalam


CH suka juga puding karamel ni tapi asyik tak jadi ja sampailah CH jumpa resipi yang guna susu pekat ni. Sukahati CH bila buat makanan yang disukai menjadi. So, lepas ni dah tak payah beli.. 


Puding Karamel Guna Susu Pekat Mudah Dan Sedap, puding karamel, puding karamel mudah dan sedap, bahan untuk buat puding karamel, resipi puding karamel, resepi puding karamel confirm jadi, bahan untuk buat puding karamel, puding caramel, sedapnya puding karamel, mudahnya buat puding Karamel, langkah demi langkah buat puding karamel, puding mudah dan sedap, dessert mudah dan sedap, cara buat puding karamel


Resipi Puding Karamel Guna Susu Pekat Mudah Dan Sedap


Bahan:

3 sb gula - jadikan caramel.

6 biji telur

1 cawan air

1/2 tin susu pekat manis

1 sk essen vanilla

1sb tepung jagung


Caranya:

Masakkan gula sehingga sedikit hangus dan masukkan 2sb air panas sedikit demi sedikit. Kacau sebati.  Kemudian tuang ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.

Masukkan telur, susu pekat, air dan esen vanilla. Kisar sebati.

Tapiskan adunan telur yang sudah dikisar kedalam loyang yg mengandungi gula hangus tadi.

Masukkan adunan dalam loyang bulat saiz 6inci. Tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil. Supaya air tidak menitik atas puding. CH tutup dengan tudung periuk saja. 

Kukuskan puding selama 20 - 25minit atau sehingga masak.

Setelah masak. Sejukkan seketika. Kemudian bolehlah terbalikkan loyang diatas pinggan yg sesuai.

Sedap dimakan ketika sejuk.

4 comments: