Tips Bilik Tidur | 7 Item Ini Perlu Dibersihkan Secara Berjadual. Bilik tidur merupakan antara ruangan dalam rumah yang mempunyai kadar pencemaran udara yang tinggi berbanding ruang lain seperti ruang tamu, ruang makan dan ruang rehat keluarga. Ini kerana bilik tidur merupakan tempat yang paling lama kita habiskan waktu seperti waktu tidur 6 hingga 8 jam. Baru kira waktu tidur, belum kira waktu bersiap dan melepak di dalam bilik tidur.
Tips Bilik Tidur | 7 Item Ini Perlu Dibersihkan Secara Berjadual |
Selain itu di bilik tidur juga mempunyai banyak barang yang memerangkap habuk, bakteria dan kotoran. So, kena bersihkan secara berjadual selain setiap hari bagi lantai dan seminggu sekali bagi perabot.
Tips Bilik Tidur | 7 Item Ini Perlu Dibersihkan Secara Berjadual
Menurut penulis buku ‘Clean My Space’, beberapa benda di dalam bilik tidur perlu diganti, dibersihkan dan dicuci dalam tempoh waktu tertentu. Berikut adalah 7 item yang korang perlu beri perhatian dan membersihkannya secara berjadual.
Seminggu sekali wajib tukar cadar. Kita tidur 6 hingga 8 jam setiap hari, dengan cuaca Malaysia yang panas kadangkala kita berpeluh. Peluh akan melekat pada cadar. Waktu tidur juga antara waktu sel kulit mati kita tertanggal. Semuanya tertinggal atas cadar.
Hah, belum kira kalau ada air liur basi lagi. Stink.
Penting untuk tidur atas cadar yang bersih bagi memiliki kualiti tidur yang baik.
2. Bantal
Sebaiknya tukar setahun 2 kali. Namun untuk memanjangkan tempoh hayat bantal, sarungkan dengan ’pillow protector’. Elakkan tidur dengan rambut basah. Kelembapan pada bantal menjadi tempat terbaik untuk bakteria membiak.
Seeloknya jemur bantal di bawah terik matahari setiap 2 minggu.
3. Comforter / duvet / selimut
Comforter, selimut dan duvet seharusnya diganti dan dicuci setiap 3 bulan sekali. CH mengguna comforter. Jadi setiap kali tukar cadar, akan tukar comforter sekali sebab selalu beli cadar satu set dengan comforter. Nampak ala-ala hotel gitu.
Maka kebersihan lebih tinggi kerana CH akan tukar setiap minggu bersama cadar.
4. Kain pengesat kaki
Dua minggu sekali adalah tempoh yang baik untuk menggantikan kesat kaki yang baru dan membasuh kesat kaki yang lama. Namun sekiranya, anak-anak main air dan mengakibatkan pengesat kaki basah atau lembap yang melampau, CH akan terus ganti kesat kaki yang baru.
Selain daripada mengelakkan lantai menjadi basah dan bilik tidur manjadi berbau, apa yang lebih dirisaukan adalah pembiakan bakteria. Dengan cuaca khatulistiwa yang lembap, sangat mempercepatkan pembiakan bakteria pada pengesat kaki yang lembap. Jadi, bila basah atau lembab wajib tukar kepada yang kering.
Dengan ini bilik tidur akan bersih dan terhindar dari bakteria.
5. Langsir
Perlu diganti setiap 6 bulan. Namun setiap bulan ketika membersihkan kipas, kita dicadangkan untuk blow langsir dengan hair dryer untuk membuang habuk yang melekat.
6. Tuala mandi
Seminggu sekali setiap hari Ahad CH akan tukar tuala baru. Namun disarankan tukar tuala baru setiap 3 hari.. tapi kesuntukkan masa untuk mendobi, CH hanya gantikan seminggu sekali. Kalau korang rajin, korang boleh ja buat.
Tidak digalakkan untuk menyidai tuala yang lembap di dalam bilik air, melainkan ruang bilik air mempunyai kipas. Ini kerana, kelembapan udara sangat tinggi di dalam bilik air. Tuala akan memerangkap kelembapan udara dan akan menjadi tempat pembiakan bakteria yang baik sekiranya menyidai tuala di dalam bilik air.
7. Tilam
Setahun sekurang-kurangnya perlu mencuci tilam sebanyak 2 kali. Kaedah yang terbaik untuk mencuci tilam adalah dengan memanggil ‘Pro Cleaner‘ datang ke rumah. Biarkan mereka melakukakan kerja-kerja pembersihan tilam di rumah.
Namun sebaiknya, setiap bulan tilam perlu di vacuum untuk membuang segala habuk dan allegern menggunakan vacuum yang sesuai untuk tilam.
Apabila mengetahui tips bilik tidur ini, nampaknya CH perlu membuat pelaburan untuk membeli vacuum mattress dust mites. Barulah bersih dan segar kerana kualiti udara serta kebesihan di dalam bilik tidur juga antara faktor yang mempengaruhi tahap kualiti tidur seseorang.
Bila difikir sekali, memang rasa penat mengemas rumah, tapi bila difikir dua kali bagus juga untuk kesihatan dan kebersihan. Boleh aktif bergerak dan keluarkan peluh. Tidaklah asyik duduk berehat menonton tv saja...ahaks!
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini, jarang nak guna tips ni boleh la ikut
ReplyDelete