6 Resipi Lengkap kek Coklat Sukatan Cawan Sedap, Mudah Dan Confirm Jadi. Assalamualaikum wbt & hi korang!. Bila PKPB, ibu-ibu confirm banyak habiskan masa di dapur untuk memenuhi selera seisi keluarga. Yelah nak keluar, hanya dua orang saja yang dibenarkan, maka masak sendiri adalah yang terbaik. CH begitu juga, WFH tetapi masak tetap masak sebab CH malas nak keluar. Kalau keluar pun hanya untuk top up barang dapur. Lain-lain banyak order online atau delivery. Bila kerap masuk dapur ni, anak-anak pun pandai request nak itu nak ini. Yang terbaru nak makan kek. Kek yang CH pandai buat adalah brownies, kek butter, kek marble dan kek pisang. Kek coklat selalu failed. Tak cukup moist lah, overcooked lah... last-last kalau nak makan kek coklat, CH beli ja. Tapi sejak-sejak 2 menjak ni CH teringin nak buat kek coklat sendiri sampai jadi. Orang kata usaha tangga kejayaan kan? So, sebelum mencuba CH kumpul dulu resipi lengkap kek coklat sukatan cawan sedap, mudah dan confirm jadi. Resipi tersebut adalah daripada bakers viral Ina Azlina. Setakat ni, resipi kek yang dikongsi memang menjadi...
So, CH share di sini dulu resipi lengkap kek coklat yang boleh di cuba.
6 Resipi Lengkap kek Coklat Sukatan Cawan Sedap, Mudah Dan Confirm Jadi
#1 KEK COKLAT MOIST NESLO VIRAL
Bahan & Caranya
5 biji telur
1 sb ovalate
1 cawan gula halus
1 sk esen vanila
1 sk emulco coklat
1 sk emolco coffee
*** Mix semua bahan diatas hingga kembang dan gebu.
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1sk soda bikarbonat
1 sk garam halus
1 sk baking powder
*** Ayak ke semua bahan diatas bersama dan ketepikan.
1cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1/2 cawan air panas + 2sb nescafe ( larutkan siap2)
Masukkan bahan ni kedalam adunan yang gebu tadi dan mix perlahan.
Matikan mixer dan masukkan tepung dan kacau dengan menggguna senduk. Masukkan 1/2 cawan air panas+ 2 sb nescafe. Gaul sehingga semua bahan sebati.
Masukkan kedalam acuan atau loyang 8x8. Panaskan kukusan dan kukus selama 40 minit guna api besar.
Jangan lupa tutup permukaan loyang dengan wrapping plastic.
TOPPING
Bila dah sejuk tadi kek boleh tuang ganace. Kalau nak ganace cantik, kek kosong tadi masuk peti ais dulu dalam 1 jam baru tuang ganace. So, ganace tidak akan meresap. Hias ikut kreativiti korang..
#2 KEK COKLAT TURKISH NUTELLA WALNUT
Bahan 1:
6 bijik telur
1 cawan gule halus
1sb ovalate
sedikit emolco coklat
Bahan 2:
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
3/4 cawan air panas
Bahan 3:
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder,
1/2 sk soda bikarbonat
sedikit garam halus
1 cawan serbuk koko
*** Ayak dan satukan semua bahan di atas
Caranya:
Mix bahan 1 sehingga kembang.
Bila bahan 1 dah kembang, masukkan susu pekat manis dan minyak. Mix lagi sehingga sebati dan matikan mixer.
Masukkan bahan 3 dan kacau sebati.
Tambahkan air panas dan kacau sebati.
Masukkan adunan dalam bekas dan kukus selama 15 minit api besar
Angkat dan sejukkan sebelum dituang ganache atau filing.
Walnut di bakar terlebih dahulu dan ditumbuk sehingga pecah sebelum di tabur di atas filing.
Siap!
#3 KEK COKLAT MELT
Bahan-bahan dan caranya:
Bahan 1:
5 biji telur
1 cawan gula
1 sk esen vanila
Kacau rata guna senduk atau whisk sehingga sebati.
Bahan 2 :
1/2 cawan susu pekat
1 cwn marjerin cair
1/2 cwn air panas
Ok dah tu masukkan susu pekat setengah cawan.
Majerin dicairkan awal,sukat yang cair tadi secawan.
Bahan 3:
1 1/2 cawan tepung gandum (satu cawan setengah)
1 cawan serbuk koko
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
sedikit garam halus
Caranya:
Satukan bahan 1 dan pukul dengan whisk atau senduk sehingga sebati.
Bila bahan 1 dah sebati, masukkan susu pekat dan maejerin cair. Pukul lagi sehingga sebati.
Masuk bahan 3 dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sehingga habis bahan 3.
Tambah 1/2 cawan air panas. Gaul sehingga sebati.
Masuk dalam bekas apa-apa yang korang suka dan kukus selama 30 minit. Nak bakar pun boleh tapi perlu guna bekas aluminium.
sejukkan sebelum di tuang topping coklat.
Resipi Toping Coklat
Bahan :
500g beryls milk compound
1 cawan whipping dairy
1 sb majerin
Caranya:
Masuk dalam pengukus biar 10 minit atau masuk kat oven dan biar sampai cair
atau double boil. Kacau sebati.
Siap dann boleh simpan dalam peti untuk sejukkan/ pekatkan.
Bahan-bahan topping layer putih:
250g cream cheese
3sb susu pekat
1/2 cawan whipping non dairy sejuk
1/4 cwn susu segar
Caranya:
Mix cream cheese dan susu pekat sehingga sebati.
Tambahkan 1/2 cawan whipping non dairy sejuk dan mix lagi sampai gebu. Sila guna mixer.
Nampak macam gebu tu,baru tambah 1/4 cawan susu segar. Mix lagi.
Siap!
Bila dah siap topping dan kek dah sejuk, piping layer putih dahulu. Boleh guna piping beg, nak guna spatula boleh, lepas tu ratakan.
Dah siap topping putih, tuang ganace tadi. Tabur atas ganache dengan coklat rice atau apa-apa yang korang suka.
Sejukkan selama 2 jam dulu baru sedia di makan.
#4 KEK COKLAT MOIST FLOOD MELTING NUTELLA
Bahan-bahan A :
4 biji telur
1 cawan gula
1sk emolco coklat
1 cawan susu pekat
3 sb nutella
*** Blender sebati. Tambahkan
1 cawan minyak masak
*** Blend lagi.
Bahan B (Ayakkan):
1 cawan 1/2 tepung gandum
1 cawan 1/2 serbuk koko( resepi ni memang rich rasa coklat ye)
1sk baking powder
sedikit garam halus
1sk soda bikarbonat
*** Ayak rata. Tuang bahan A dalam bahan B kacau rata. Tambah 1/2 cawan air panas,kacau rata.
Kukus 15-20 minit tengok besar mana bekas. Kalau nak kukus di loyang 40 minit dah masak. Potong mengikut saiz bekas paper food dan masuk bekas paper food.Tuang ganache dan parutkan coklat blok atas ganache. Siap!
Resipi Ganache
Bahan:
500g milk compound
1 cawan whiping dairy
1sb butter /majerin
Double boil atau masukkan oven atau pengukus.
Dah tu whiskkan dan tambah 2 sb nutella. Kacau sebati dan biarkan/ sejukkan supaya ganache pekat
Dah nampak likat baru tuang atas kek tadi.
#5 KEK COKLAT PISANG TANPA TELUR
Bahan A:
1 cawan gula perang
1 cawan susu coklat dutch lady
1 cawan minyak
1/2 cawan air panas
pisang secukupnya - boleh di belah 2
Bahan B: Ayakkan
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
sedikit garam
Caranya:
Lapik loyang dengan baking paper dan susun pisang sehingga penuh loyang ( selapis jer).
Masukkan gula perang, susu coklat dan minyak ke dalam bahan B. Gaul rata sehingga sebati.
Tambah air panas dan gaul lagi sehingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disusun pisang tadi.
Kukus selama 40 minit atau bakar selama 1 jam.
Dah siap, terbalikkan kek. Sejukkan dan buang baking paper sebelum di tuang coklat ganache di atas pisang.
Sedia untuk di makan.
#6 KEK COKLAT MUDAH TANPA TELUR
Bahan A:
2 cawan susu segar
2 sudu besar cuka makan
Bahan B :
2 cawan tepung selfrising
1/2 kecil soda bicarbonat
1cawan serbuk koko
garam halus sikit
Bahan C:
2 cawan gula halus
1 cawan minyak masak/butter dicairkan
Caranya:
Satukan susu segar dan cuka.Biarkan selama 10 minit.
Satukan semua bahan B. Masukkan gula serta minyak tadi kacau sehingga sebati.
Tambah bancuhan susu dan cuka tadi sikit demi sedikit.
Masukkan dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
Siap. Sejukkan sebelum dituang coklat ganache.
sebagai someone yang tak reti baking tapi tingin nak acah2 reti..
ReplyDeletesaya sangt hargai resepi yang guna sukatan cawan hehe..
bestnya! sedap betul nampak!
ReplyDelete