OST Drama Cinta Sekali Lagi | Tanpa Rela Misha Omar - Cahaya Hayati

6 Nov 2020

OST Drama Cinta Sekali Lagi | Tanpa Rela Misha Omar

OST Drama Cinta Sekali Lagi | Tanpa Rela Misha Omar. Hi korang! Dan tonton drama Cinta Sekali Lagi? CH belum lagi tapi takpe, nanti tgk online saja..


Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi


Mengupas kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.


OST Drama Cinta Sekali Lagi | Tanpa Rela Misha Omar, tonton online cinta sekali lagi, drama cinta sekali lagi, ost cinta sekali lagi, tanpa rela misha omar, lirik tanpa rela, lirik lagu tanpa rela, tonton online drama cinta sekali episod penuh, tonton online full episod cinta sekali lagi,
Drama Cinta Sekali Lagi


Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.


Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda Mazlin) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.


Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.


Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.


Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.


OST Drama Cinta Sekali Lagi | Tanpa Rela Misha Omar, tonton online cinta sekali lagi, drama cinta sekali lagi, ost cinta sekali lagi, tanpa rela misha omar, lirik tanpa rela, lirik lagu tanpa rela, tonton online drama cinta sekali episod penuh, tonton online full episod cinta sekali lagi,


Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Menarik! nak tahu kesudahannya, jom tonton secara online di SINI




Sebelum tu, jom kita layan ost drama cinta sekali lagi ini. Best sangat. Setiap bait-bait lirik tu ada maksudnya yang tersendiri. 




Lirik Lagu Tanpa Rela Misha Omar



Saat engkau pergi
Dan tinggalkan cintaku
Terbiar hatiku hanyut tak terpujuk
Semua terjadi atas kemahuanmu
Memadam hatiku dan hadiahkan ku sepi

Sayang tak pernah kuduga
Keegoanmu mematikan rasa
Cinta yang ku puja
Terhapus dimamah dusta
Teganya kau mengakhiri
Dan memilih dia
Hanya aku dan diriku
Sendirian didera waktu
Melara dihukum kecewa
Tanpa relaku

Semua terjadi atas kemahuanmu
Memadam hatiku dan hadiahkanku sepi, oo-ho

Sayang tak pernah ku duga
Keegoanmu mematikan rasa
Cinta yang ku puja
Terhapus dimamah dusta
Teganya kau mengakhiri dan memilih dia
Hanya aku dan diri ku
Sendirian didera waktu
Melara dihukum kecewa
Tanpa relaku…

No comments:

Post a comment