Sayur Campur Sama Hati Dan Pedal Ayam. Assalamualaikum wbt & salam jumaat. Bila bekerja dari rumah, hari-hari masak... Hari-hari lah update resipi kat blog ni. Tak pandai sangat masak tapi boleh lah untuk santapan sekeluarga. Bila masak sendiri ni, boleh masak apa yang teringin atau apa yang ada kat rumah. Kat rumah CH ni, CH seorang saja yang makan hati ayam.. Pedal ja suami ngan MIL makan. Anak-anak memang tak di ajar untuk makan. Jadi bila tiap kali beli ayam, CH akan goreng atau buat sayur campur yang dicampur dengan hati dan pedal. In sha Allah laku dan tak buang saja hati dan pedal tu.
Sayur Campur Sama Hati Dan Pedal Ayam |
Sayur Campur Sama Hati Dan Pedal Ayam
Bahan:
hati dan pedal ayam - di potong kecil dan digaul dengan sedikit garam
6 batang kacang buncis
kobis bunga
baby jagung
1/2 biji bawang besar - dipotong separa bulat
cili besar
garam secukupnya
1sk tepung jagung - bancuh dengan 1sb air
1 sb minyak untuk menumis
air secukupnya
Caranya:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan hati dan pedal. Tambah sedikit air supaya hati dan pedal lembut.
Bila hati dan pedal sudah masak dan lembut, masukkan kobis bunga dan baby jagung. Biarkan sehingga sayur ini masak.
Jika air telah kering tambah 2sb air dan masukkan kacang buncis, cili besar. Gaul rata sehingga kacang buncis masak sepenuhnya.
Tambah tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
Rasa. Jika belum cukup masin, boleh tambah garam sikit. Selalunya CH tak tambah dah...
Angkat dan hidangkan dengan menu lain.
Selamat mencuba uolls!
Jadi perencah menggantikan ikan bilis atau udang kering.
ReplyDeletesedapnyaaa, fav sangat ni
ReplyDeletemenu ni kadang2 jumpa di kedai makan.. sayur campur ok tapi campur hati pedal x penah cuba masak sendiri. suka juga..
ReplyDelete