Ini Yang Korang Perlu Buat Bila Alami 'Skin Breakout'. Assalamualaikum wbt & hi korang! Lately ni jarang boh gambar CH dalam mana-mana socmed sebab kulit muka CH alami skin breakout. Teruk sampai suami tegur... 'awat muka awak teruk sangat''? Huhu. Yelah sepanjang kenal dan hidup bersama dah 13 tahun ni hanya jerawat sebiji 2 yang timbul sebulan sekali. Tup tup ni naik jerawat sampai penuh muka. Besar-besar pula tu. Maunya dia tak tegur.. So, nak tahu apa yang CH buat bila alami skin breakout ni? Kena baca sampai habis tau!
Muka tika jerawat tengah rancak naik.. huhu |
Muka sebelum tukar skincare.. ada la jerawat seketoi dua.. |
Kenapa alami skin breakout? Silap CH sendiri. Tukar skincare yang kononnya sangat baik ( mungkin pada orang lain ya, bukan pada CH). Yelah bila tengok kawan-kawan dan adik beradik guna,. kulit mereka semakin baik dan cantik, CH pun teruja la nak guna.
So, laburlah sedikit untuk jadi ahli dan beli complete set skin care tu. Memula guna, memang nampak macam okay sebab hanya ada sebijik dua saja jerawat yang naik. Ingatkan perkara biasalah bila tukar skincare... Healing process la katakan.
Masuk bulan kedua, jerawat semakin banyak dan besar-besar ( macam jerawat batu). Tudung terkena pada jerawat pun dah rasa sakit. Huhu... Baru tau macam mana perasaan orang yang ada jerawat. CH punya skin breakout bukan yang teruk lagi tapi kalau biarkan mungkin akan jadi teruk. Yang sikit ni pun CH dah rasa stress.
Ini Yang Korang Perlu Buat Bila Alami 'Skin Breakout'
So, ini yang CH buat bila alami skin breakout....
#1 Berhenti Guna Skincare
Ini perkara pertama yang CH buat bila alami skin breakout. Jangan tunggu sampai teruk baru nak berhenti. Jangan percaya pada mitos yang skin breakout tu adalah healing process. Mungkin ada yang okay tapi kalau semakin teruk, korang tanggunglah sendiri akibatnya.
Bagi CH lebih baik berhenti dan buat langkah kedua ini.
#2 Dapatkan Nasihat Dan Rawatan Dari Doktor Pakar Kulit
Langkah nombor 2 ni buat serentak dengan langkah nombor 1. Mula-mula Ch ingat nak tukar skincare saja tapi disebabkan takut jadi lagi teruk, terus google cara rawatan skin breakout. Macam-macam petua jumpa tapi the best dan reasonable adalah dengan jumpa doktor pakar kulit untuk nasihat dan rawatan.
Disebabkan CH tinggal di Kulim, so pakar kulit yang CH jumpa adalah di Poliklinik Kempas Indah. Doktor wanita. So tak seganlah nak cerita tentang masalah kulit.
#3 Guna Skincare Yang Dicadangkan Oleh Doktor Pakar Kulit
Selalunya bila dah pergi jumpa doktor ni, doktor akan beri skincare yang sesuai dengan masalah kulit kita. Tak perlu nak cari di drug store.
Ini yang CH dapat bila jumpa pakar kulit:-
- Pencuci muka
- Moisturiser
- Krim Jerawat 2 kali Sehari (siang saja)
- Krim Jerawat 3 hari sekali ( Malam saja)
- Ubat Jerawat (doxymycin)
Pencuci, moisturiser dan krim jerawat |
Alhamdulillah, selama 2 minggu menggunakan skincare dan ubat dari doktor pakar kulit, breakout muka CH dah semakin berkurang. Dah takde jerawat baru yang naik.. Yang lama pun makin mengecut.. Sis is happy sekarang. Tinggal nak lega sepenuhnya dan hilangkan parut.
Menurut Doktor, masalah skin breakout ( bergantung pada tahap individu) akan baik dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Jadi kena istiqomah dan bersabar jika nak kulit cantik balik. Baik doktor!
Kenapa Perlu Jumpa Doktor Pakar Kulit
Kalau ada yang tanya kenapa perlu jumpa doktor pakar kulit? Ini jawapannya. Ubat Jerawat (doxymycin) tu tidak dijual di farmasi. Hanya boleh diperolehi dengan nasihat doktor. Macam CH untuk 2 minggu makan 1 biji siang dan 1 biji malam ketika perut penuh. Dan hari ini selepas 2 minggu, hanya perlu makan 1 biji pada waktu malam saja.
Ubat Jerawat ( doxymycin) |
Ubat jerawat di wajib di ambil kerana ia boleh merawat masalah jerawat dari dalam dengan mematikan akar jerawat. Sebab itulah bila CH makan selama 2 minggu ni, jerawat baru dah tak naik. Alhamdulillah.
Lagi satu, hanya doktor yang tahu pencuci dan krim yang sesuai dengan masalah kulit kita. Memang ada jual di farmasi tapi pharmacist bukan pakar kulit ya.
Berapa kos jumpa doktor pakar kulit? Bergantung pada doktor dan tahap masalah kulit korang. Macam CH, untuk consultation, ubat, krim, moisturiser dan pencuci berkos RM 250... Bila follow up, hanya tambah ubat makan, kosnya hanya RM30.
So, korang yang ada masalah jerawat atau skin breakout bolehlah pergi ke Poliklinik Kempas Indah ( sebelah JnT ) untuk mendapat nasihat dan rawatan. Confirm korang rasa sangat berbaloi. In Sya Allah.
Jerawat dah kecut dan tinggal parut jerawat.. |
Tak lama lagi, CH bolehlah cakap goodbye kat Miss J. Hahaha...
Nanti CH update lagi sebab perjalanan nak dapat balik kulit yang dulu masih jauh lagi..
No comments:
Post a Comment