Kek Marble Mudah, Gebu Dan Sedap | Kek Pilihan Sepanjang Masa - Cahaya Hayati

22 Nov 2020

Kek Marble Mudah, Gebu Dan Sedap | Kek Pilihan Sepanjang Masa

Kek Marble Mudah, Gebu Dan Sedap | Kek Pilihan Sepanjang Masa. Assalamualaikum wbt dan selamat pagi. Cuaca sejuk pagi ni dan dengar kata ada tempat di sebelah utara Kedah dan Perlis telah dinaiki air. Semoga semuanya baik, selamat dan dipermudahkan urusan. Oh yer, bila work from home ni dan tak mahu anak-anak ganggu time CH buat kerja... CH akan sediakan kudapan atau makanan favorite anak-anak terlebih dahulu seperti kek marble gebu, mudah dan sedap. Kalau tak, sekejap sekejap cakap lapar. Tu baru 3 orang. Kalau ramai lagi, confirm tak keluar dapur dah. Hihi.. Lawak ja. CH tahu ibu-ibu pada hari ini adalah ibu-ibu yang hebat dan bijak mengatur jadual antara urusan rumah tangga dan kerjaya. 


Kek Marble Mudah, Gebu Dan Sedap | Kek Pilihan Sepanjang Masa



Macam CH tulis di atas, makanan wajib sentiasa tersedia dan bila anak-anak nak makan, diaorang akan ambil sendiri. So, CH pun boleh buat kerja dengan tenang. 

Antara kudapan atau makanan favorite anak-anak CH adalah kek Marble. Buatlah kek Marble corak apa pun, memang akan habis. Itu yang mak depa pun makin semangat nak baking. 


Kek Marble Mudah, Gebu Dan Sedap | Kek Pilihan Sepanjang Masa, kek marble, resipi kek marble sukatan cawan, resipi kek marble mudah dan sedap, kek mudah dan sedap, senangnya buat kek marble, marble cake, marble cake recipe, how to make marble cake, kek kampung mudah dan sedap, sedapnya kek marble, cake recipe, cara buat kek marble, resepi kek marble mudah dan sedap
Kek Marble Mudah, Gebu Dan Sedap | Kek Pilihan Sepanjang Masa


So, hari ni CH sharing resipi kek marble mudah, gebu dan sedap yang hanya menggunakan sukatan cawan untuk membuatnya. Makan panas-panas dengan teh o atau kopi o pun sedap tambah-tambah time hujan. 


Resipi Kek Marble Mudah, Gebu Dan Sedap Menggunakan Sukatan Cawan


Bahan: 

1 cawan mentega/planta 
3/4 cawan gula kastor / CH guna gula pasir saja
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri blue key
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh essen vanilla
3 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan serbuk koko
Loyang saiz 6' atau 7'


Caranya

Pukul/ mixer gula dan mentega sehinga kembang dan sebati selama 12 minit. 

Masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan sehingga sebati. 

Masukkan tepung, essen vanilla, baking powder. Kaup balik hingga rata. 

Tambah susu pekat manis. Gaul lagi sehingga rata. 

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di campur dengan serbuk koko.  Satu lagi biarkan dengan warna asal. 

Ambik loyang dan sapukan dengan marjerin hingga rata. Lapikkan dengan baking paper. CH tak lapik pun sebab malas nak ke kedai bakery. 

Ambik satu senduk adunan warna asal dan letakkan di tengah - tengah loyang. Jangan ratakan. 

Kemudian ambik satu senduk adunan koko dan letak atas adunan warna asal. Jangan ratakan juga sebab nanti ia akan menentukan corat marble atau zebra. 

Ulang proses yang sama sehingga adunan habis. 

Untuk corak atas kek, letakkan adunan coklat di atas adunan asal secara berselerak. Kemuadian corak yang dikehendaki dengan menggunakan lidi. 

Kek Marble Mudah, Gebu Dan Sedap | Kek Pilihan Sepanjang Masa, kek marble, resipi kek marble sukatan cawan, resipi kek marble mudah dan sedap, kek mudah dan sedap, senangnya buat kek marble, marble cake, marble cake recipe, how to make marble cake, kek kampung mudah dan sedap, sedapnya kek marble, cake recipe, cara buat kek marble, resepi kek marble mudah dan sedap


Bakar dengan suhu 170 selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung  kepada jenis oven korang. Guna api atas dan bawah. 

Lepas kek dah masak, keluarkan kek dan boleh di hidangkan panas-panas atau disejukkan terlebih dahulu. 

Kek Marble Mudah, Gebu Dan Sedap | Kek Pilihan Sepanjang Masa, kek marble, resipi kek marble sukatan cawan, resipi kek marble mudah dan sedap, kek mudah dan sedap, senangnya buat kek marble, marble cake, marble cake recipe, how to make marble cake, kek kampung mudah dan sedap, sedapnya kek marble, cake recipe, cara buat kek marble, resepi kek marble mudah dan sedap


Selamat Mencuba uolls! 




No comments:

Post a comment