Tonton Online Drama TV3 Sang Pewaris Episod 1 hingga 13 ( Akhir ) - Cahaya Hayati

3 Dec 2020

Tonton Online Drama TV3 Sang Pewaris Episod 1 hingga 13 ( Akhir )

Tonton Online  Drama TV3 Sang Pewaris Episod 1 hingga 13 ( Akhir ). Assalamualaikum wbt & hi korang. Drama Sang Pewaris adalah drama terkini Slot Lestary TV3 bagi menggantikan drama Lelaki Lingkungan Cinta yang telah tamat episodnya. Drama ini merupakan lakonan dari pelakon mantap seperti Ben Amir, Amyra Rosli, Zarynn Min, Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Acong Sweetchild, Sheila Mambo, Dilla Ahmmad, Harun Hashim, Wan Sharmila dan ramai lagi. CH memang jatuh cinta dengan drama ini dari episod 1 lagi. Nampak kelaian dari drama TV3 bagi tahun 2020. Nak tahu jalan cerita dan kesudahannya, kena tonton online sendiri Drama Sang Pewaris ini dari Episod 1 hingga 13 (Akhir). 


Tonton Online Drama TV3 Sang Pewaris Episod 1 hingga 13 ( Akhir )


Sebelum CH kongsi link Drama, jom kita ketahu Sinopsis Drama Sang Pewaris ini.


Tonton Online Drama TV3 Sang Pewaris Episod 1 hingga 13 ( Akhir ), sang pewaris, drama sang pewaris, drama tv3 sang pewaris, episod penuh sang pewaris
Tonton Online Drama TV3 Sang Pewaris Episod 1 hingga 13 ( Akhir )

Sang Pawaris mengisahkan tentang Tunku Ali yg diculik sejak kecil dr kediaman bondanya kembali hidup bersama keluarga kandungnya setelah ditemui oleh pengurus keluarga diraja itu. Tunku Ali kembali sbg Kudin yg menyamar sbg tkg kebun utk melihat sendiri penerimaan keluarganya. Dalam masa penyamaran itulah pelbagai rahsia terbongkar.

Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya;


1) Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!

2) Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!

3) Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!

4) Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.


Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya.

Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.


Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.

Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.

Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.

Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.

Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.

Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.


Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!

Dari sinopsis pun kita dah tahu yang drama ini best. So, jom tonton online di link di bawah...


Drama Sang Pewaris Episod 1 Hingga 13 (Akhir)


[ Episod 1 ][ Episod 2 ][ Episod 3 ][ Episod 4 ][ Episod 5 ][ Episod 6 ][ Episod 7 ][ Episod 8 ][ Episod 9 ][ Episod 10 ][ Episod 11 ][ Episod 12 ][ Episod 13 ]

No comments:

Post a Comment