Sup Ikan Merah Mudah Dan Sedap. Siapa yang suka makan sup ikan? Mesti ramai yang suka kan? Teringat masa dalam pantang, mesti selang 2, 3 hari akan masak sup ikan merah. Kalau hari-hari biasa, kurang sikit sebab suami dan anak-anak tak suka. Jadi, bila teringin atau kena pantang baru CH masak.
Bila sebut tentang pantang makanan, Abang Ammar kena pantang makan ayam, telur, seafood dan juga makanan segera/ processed food. Ini kerana abang Ammar confirm mengidap penyakit kulit Dermatitis. Nak tahu lebih lanjut, korang google lah... Next entry baru CH cerita tentang Dermatitis ni. Actually, doktor tak suruh pantang makanan pun... Cuma CH dan suami yang mahu abang Ammar pantang sebab dah dua kali jumpa pakar kulit tetapi rasa gatal pada kulit masih sama. Nak tak nak, kenalah pantangkan dia dulu dari makan makanan yang boleh menyebabkan gatal. Baru 3 hari CH pantangkan dia, dia inform dah kurang sikit gatal dan rasa nak garu waktu nak tidur. So, kena pantang lagi untuk tahu makanan apa yang dia allergik dan menyebabkan rasa gatal.
Sup Ikan Merah Mudah Dan Sedap |
Alang-alang nak berpantang, semua orang dalam rumah ni kena pantang jugalah... So, sup ikan merahlah hidangan untuk makan tengahari sekeluarga walaupun ada yang tak suka. Silalah belajar makan makanan pantang ye...
CH suka sup ikan merah ini kerana ia hidangan lengkap. Tak perlu tambah lauk lain dah sebab dalam sup ni sendiri dah ada sayuran. Boleh letak sayur yang kita suka... CH cuma letak kentang dan carrot. Itupun sedap dah. hihi.
So, kalau korang tak tahu nak masak apa untuk lunch.... Korang cubalah masak sup ikan merah. In sha Allah sangat menyelerakan dan bertambah nasi.
Sup Ikan Merah Mudah Dan Sedap
Bahan:
1 ekor ikan merah - bersih dan ketepikan
ikan merah |
1 peket sup bunjut ikan adabi
1/2 batang carrot - dipotong sederhana besar
2 biji kentang - dibelah 6
1 biji bawang besar - diracik
2 ulas bawang putih - di racik
2cm halia - di racik
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
daun sup secukupnya
minyak untuk menumis secukupnya
garam secukupnya
2sk cukup rasa maggi
1sk serbuk lada hitam
3 cawan air
Panaskan minyak dalam kuali / pan. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
Tambah air dan biar sehingga mendidih.
Bila dah mendidih masukkan ubi kentang, carrot dan sup bunjut ikan adabi. Biarkan sehingga mendih dan ubi empuk sepenuhnya.
Masukkan lada hitam, garam, serbuk perasa. Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih sekali lagi.
Bila mendidih, bau sup wangi sangat... nak makan la la tu jugak.. hahaha |
Masukkan ikan. Biar sehingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya.
sampai penuh pan. hahaha |
Dah siap. Taburkan daun sup dan bawang goreng.
dah siap sup ikan merah |
Selamat mencuba uolls.
SA suka sup ikan...naknplak skrg tgh diet kan..mmg bagus makan sup ikan..masukkan banyak sayur...walla!!!
ReplyDeleteNampak sedap dan menyelerakan.
ReplyDeleteTapi ikan merah ni mahalnya ya ampun
Nampak sedap sangat menyelerakan. Tukang Kebun suka sup ikan merah ni, tapi tak berapa mahir masak. Very healthy. Thank you for sharing.
ReplyDelete