Tonton Online Drama Beri Sedikit Waktu Episod Penuh 1-15 (Akhir) - Cahaya Hayati

20 Nov 2020

Tonton Online Drama Beri Sedikit Waktu Episod Penuh 1-15 (Akhir)

Tonton Online Drama Beri Sedikit Waktu Episod Penuh 1-15 (Akhir). Semalam tertengok drama Beri Sedikit Waktu lakonan Aqasha dan Zara Zya. Walaupun baru satu episod, CH rasa drama ni best sebab kedua-duanya mempunyai bakat lakonan yang mantap. So, jom Tonton Online Drama Beri Sedikit Waktu Episod Penuh 1-15 (Akhir). 


Tonton Online Drama Beri Sedikit Waktu Episod Penuh 1-15 (Akhir)


Drama ini mengisahkan kehidupan Hananiyah ( Zara Zya) dan anaknya Luqman yang menderita dan hilang tempat bergantung selepas diceraikan oleh suaminya Farhan ( Shah Jazzle). Terpaksa keluar dari rumah kerana rumah tersebut telah dilelong disebabkan bekas suaminya suka  berfoya-foya dan berlagak sebagai orang kaya. Selain suka berfoya-foya, bekas suaminya juga mempunyai hutang keliling pinggang termasuklah dengan along. 


Selepas bercerai dengan Hananiyah, Farhan berkahwin dengan Haryani ( Atikah Suhaime) yang merupakan anak orang kaya. 


Tonton Online Drama Beri Sedikit Waktu Episod Penuh 1-15 (Akhir), drama beri sedikit waktu, beri sedikit waktu zara zya aqasha, zara zya, aqasha, tonton online drama beri sedikit waktu, drama tv3 beri sedikit waktu


Niya tertekan dengan hidupnya selepas diceraikan dan tidak boleh menerima kenyataan tersebut. Dia ingin memulakan hidup baru dengan anaknya dengan mencari kerja sehinggalah dia bertemu dengan Kakak Imran, Sofia ( Farisha Irwayu). Sofia menawarkan kontrak 3 bulan untuk menjadi pembantu rumah Imran. Niya terpaksa melayan kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Niya dan anaknya tinggal di bilik stor belakang rumah Imran tanpa disedari majikannya.


Imran merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) yang cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupan. Sekiranya sesuatu yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran akan cepat marah, sensitif dan panik. Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan sifat yang ada pada Imran. Selain panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu.


Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Imran menolak cinta daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman. Imran juga sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan rapi.


Nak tahu lebih lagi,  kena tonton sendiri... sebab cerita ni baru saja bermula. 


[EPISOD 1] [ EPISOD 2] [EPISOD 3] [ EPISOD 4][EPISOD 5] [ EPISOD 6][EPISOD 7] [ EPISOD 8 ][EPISOD 9] [ EPISOD 10 ][EPISOD 11] [ EPISOD 12][EPISOD 13] [ EPISOD 14][EPISOD 15


Selamat Menonton Uolls!

No comments:

Post a Comment