Tonton Online Episod Penuh Drama Bicara Cinta - Cahaya Hayati

9 Oct 2020

Tonton Online Episod Penuh Drama Bicara Cinta

Tonton Online Episod Penuh Drama Bicara Cinta. Assalamualaikum wbt & hi korang. Sejak 2 menjak ni CH busy sikit, busy melayan drama Bicara Cinta yang best. Drama ni dilakonkan oleh Dato'Ady Putra dan Emma Maembong. CH baru layan sampai episod 10, tu pun layan online ja... Kalau korang nak layan online, korang klik ja link di bawah. 


Tonton Online Episod Penuh Drama Bicara Cinta 


Dari episod 1 sampai 10 yang CH dah tengok, drama ini mengisahkan tentang Anis Sofea seorang gadis yatim piatu yang dibesarkan dalam kemewahan tetapi tidak disukai oleh nenek sebelah ayahnya kerana nenek sebelah ayahnya menyatakan Anis bukanlah cucu kandungnya dan tidak suka dengan mama Anis. Manakala, datuk dan nenek sebelah ibunya tidak di ketahui kewujudannya.


Tonton Online Episod Penuh Drama Bicara Cinta, Drama bicara cinta, bicara cinta 2020, emma maembong, ady putra, episod penuh bicara cinta, drama best
Tonton Online Episod Penuh Drama Bicara Cinta 


Membesar dalam kemewahan dan kebebasan menyebabkan Anis alpa dan melakukan maksiat dengan teman lelakinya. Teman lelaki Anis pula, hanya menjadikan anis tempat untuk berfoya-foya dan bukannya mahu hubungan yang serius sepertimana anggapan Anis. Hal ini disedari apabila Anis mengkhabarkan yang dia mengandung. Terus teman lelakinya, Saddiq tidak mahu bertanggungjawab.


Dalam kesedihan kerana teman lelaki tidak mahu bertanggungjawab, ibu dan bapa Anis pula meninggal dunia akibat kemalangan. Selepas pengebumian, orang gaji nenek Anis telah memberi surat yang berisi surat beranak ibunya supaya Anis dapat mencari datuk dan nenek sebelah ibunya. Pada hari yang sama juga, nenek sebelah ayahnya telah mengupah orang untuk menangkap/ menculik Anis tetapi penculik tersebut telah meminta Anis untuk melarikan diri. Maka, Anis pun melarikan diri dengan cuba mencari datuk dan nenek sebelah ibunya berpandukan alamat dalam surat beranak. Alhamdulillah dia berjaya menjumpai mereka dan mereka menerimanya dengan baik. 


Datuk dan nenek sebelah ibunya sedar yang mereka telah tua dan tak berdaya untuk menjaga Anis. Lalu mereka meminta Anis untuk berkahwin dengan Rais yang merupakan anak angkat mereka. Di masa yang lalu, Rais mencintai ibu Anis... Disebabkan perkahwinan ini, banyaklah fitnah, hinaan dan dugaan yang menimpa Anis. 


Sampailah episod 10 dimana Saddiq berjaya menemui semula Anis. Adakah Anis akan mengikut Saddiq? Nak tahu, korang kena tonton cerita ini sendiri...


Episod Penuh Drama Bicara Cinta


[ EPISOD  1 ][ EPISOD 2  ][ EPISOD  3 ][ EPISOD 4  ][ EPISOD 5  ][ EPISOD  6 ][ EPISOD  7 ][ EPISOD 8  ][ EPISOD  9 ][ EPISOD  10 ][ EPISOD  11 ][ EPISOD  12 ][ EPISOD 13  ][ EPISOD 14  ][ EPISOD 15   ]

No comments:

Post a Comment